Saturday, August 20, 2011

Untk K-POPholic!!Populariti Super Junior meningkat


SUPER JUNIOR

SEOUL – Populariti kumpulan K-Pop terkenal Korea Selatan, Super Junior semakin meningkat apabila jualan album kelima mereka yang berjudul Mr. Simple melebihi 100,000 unit sejak dilancarkan dua minggu lalu.

Jualan album yang memberangsangkan itu membolehkan kumpulan tersebut berada pada kedudukan kedua dalam carta Soribada dan keempat pada carta Melon and Bugs.

Rentak tari dan lantunan suara memukau merupakan satu faktor kejayaan penjualan album tersebut, malah video klip mereka ditonton lebih 6.7 juta penonton menerusi laman web YouTube.

Kemasyhuran berganda menjadi milik Super Junior apabila album Mr. Simple berada pada tempat pertama rancangan muzik M.net’s, M! Countdown dan Music Bank.

Kumpulan yang terdiri daripada 13 anak muda itu mula mencipta nama pada 2005 menerusi album pertama SuperJunior05 dan kini mempunyai lima buah album termasuk Mr. Simple. – AGENSI

Kredit: Utusan on9

No comments:

Post a Comment