Thursday, January 5, 2017

SELAMAT TAHUN BARU!!

Gitchew!!
Setelah 5 hari baru nak ucap kan..
Xpe la dari tak ucap langsung kan..

So tak nak lah cite pasal azam yang tak pernah kesampaian tuh.
Cumanya nak bagi tau.
Arini rajin nak tuka gambor blog..
Kah. ok Tak kelakar kan.
Paham.

Cerita??
Banyak cuma malas nak cerita.
Sebernarnya aku rasa punca aku malas nak menaip sebab aku dok layan cerita korea sekarang ni.
Banyak nau aku nak marathon.
Memang sejak aku terjebak aku tak leh stop.
Harus la sejak aku terjebak itu juga aku tak nak update blog.
Sebab.
Dari aku menaip blog baik aku nonton korea.
Kah. ok Tak kelakar lagi.
Paham.

Ok lah meh mami payung cerita sikit lah. (Nak cerita pasal anak tetiba bahasakan diri mami. Over!)
Ofkos la pasal ezra..muahahhahaha
Muhammad Nur Ezra dah dua tahun 3 bulan.
Alhamdulillah.. sakit sikit-sikit biasa la kan..
Tapi dah tak teruk macam masa dia kecik tu..
Dah boleh macam macam.
Aritu mami try bagi soalan cepu emas
"Ezra nak adik tak"
"Tak nak adik"
Ok mami tak bagi adik dulu.
Kita manja manja dulu ok.
Kah. Tak kelakar jugak ke?
ok paham.

Dua tahun jadi mami Ezra banyak yang aku belajar.
Terutamanya ilmu kesabaran aku yang selalu tak ada sebelum ni.
Biasa la dah jadi mak mak kena banyak sabar dengan anak..
Walau hp ko di baling
Walau laptop di curah air.
Walau tab dipijak sampai pecah hancur berderai screen dia.
Walau minyak tengah mengelegak di datang campak mainan getah dia dalam kuali
Tetap kena sabar.
Tapi tak la sabar mana pun.
Mami kutil jugak
Mami tempik jugak
Mami piap jugak
Maaplah mami tak manjakan anak.

Lagi cerita pasal tambah harta. (Gitchew bongkak bunyinya...)
Alhamdulillah..
Kami dalam proses nak beli rumah.
Lambat sikit prosesnya..
Tak pelah slowly kan..
Orang kata biar lambat asal selamat.
Aku kata lambat sebab cash tak cukup selamat.
Kah. Ok ini memang tak kelakar
Aduh

Citer family.
Mak abah alhamdulillah sihat dedua..
Lily da kawin.
Nak meletup pompom dah pun.
In sha Allah bulan tiga kuar la baby dia..
Macam gegirl katanya..
So the first flower in the house yawww..
Abg ija pun nak tambah ahli..
Bulan 6 In Sha Allah
Puyen dah sekolah!!
Masha Allah my most handsome anak sedara tu..
selalu buat mami melting.Behave up to max!!
Aie nak bertunang dah.
Insha Allah bulan 5 ni.
Mat Pit dah dalam upper six.
Good luck bro!!
Qimi gitu lah.
Jap gemok jap kurus.
Tapi dia kata berat badan dia ideal
Waklu qimi!!
kalau Arwah adik pat ada ni mesti dia dah start keje..
Rindu..takpela
Al - Fatihah untuk Mohamad Idzhar Ariff kesayangan akak..(Sebut dia je nangis..haishh)

Eh bila da buat list cenggini macam pax je jadual tahun ni..hahaha..
Ok lah..mungkin ini coretan pertama di tahun ini dan berjumpa lagi di tahun depan.
Doakan aku kuat semangat nak menaip cenggini.
Hahahaha..
Bye korang!!
-Ntah sesape yang baca blog ko farah!-

Wednesday, December 7, 2016

SETAHUN

Setahun tak update blog ok.
Anak dah boleh bercakap
Dah boleh melawan.
Dah boleh minta nasik goyeng.
Tapi belum boleh minta adik.
Kah.

Tu je nak update,
Bye.

Saturday, November 7, 2015

Assalamualaikum sayam sayam sekalian..hekhek.. lama kita tak bersua.. ada yg rindu ka langsung xde sape peduli..
takpe lah.. harini aku tetiba rasa nak kongsi pasal persiapan nak hadapi hidup bertiga selepas selesa berdua.. tu diaaaa panjanh tajuk dia.. cita dia depends pada tahap kerajinan aku menaip lah kan..
kisahnya.. aku dapat rezeki anak ni lambat.. lepas 4 tahun baru Allah bagi rezeki.. Alhamdulillah.. aku bukan nak cita kisah rezeki ni tapi kisahnya putaran hidup aku berubah bila ada anak.. sebelum dapat anak hidup aku sangat la simple.. sangat.. aku bole buat apa aku suka.. bangun bila nak bangun tido bila nak tido masak bila nak masak basuh baju bila nak basuh makan bila nak makan eh boleh kata semua ikut suka hati aku lah kan. sampai bila nak dapat anak i thought life wont change. hanya penambahan seorang ahli dalam family tu je.. tak fikir jauh pun. aku terlalu selesa dalam zon tu untuk empat tahun ok. empat tahun
sampai la aku deliver to ezra.. at first and second day, of course such a beautiful moment in my life kan.. dok la tatap muka si kenit tu.. kekuatan fizikal n mental dah mula teruji.. bila balik hospital urus diri sendiri smntara mak nak sampai dr kampung.. aku makin lemah.. ezra mengamuk masa second night kat umah.. dia sembelit.. pastu breast start membengkak.. masa tu mak dah datang.. Ya Allah sakit dia.. lagi sakit dari kena jahit masa lepas beranak kot.. mak soh sikat breast bg susu kuar..nasib la tu sekali je kena bengkak susu.. lepas tu dua hari lps tu.. aku kena angin kot.. rasa sebu macam nak mati.. ok lagi bertahan.. balik umh mak mentua warded sebab darah tinggi..
masa ni time tido dah tungging langgang.. aku xbole nak adjust time.. bila dua minggu kesabaran da makin nipis ni.. malam je ezra nangis sebab selesema.. aku mula rasa tekanan dia..masa tu baru terfikir macam mana mak bela kami 7 beradik ); .. susahnya Allahu..ada masa aku bebal sangat kat ezra sampai aku macam marah sgt kat dia.. dia xnak tido.. dia xsihat sebenarnya.. tapi sebab aku tak bersedia mentally nak bangun pagi bagi susu semua tu buat aku bebal.. sungguh.. kesian anak aku.. aku punya bebal berlarutan sampai abis pantang.
bila abis pantang balik umh mak aku.. ezra kena angin pasang lagi la menangis dia.. sabar farah.. sabar.. dah berubat ok.. balik kl dalam dua bulan dia kena pneumonia pulak.. korang dapat bayangkan x.macam mana mental aku nak terima.. aku makin penat.. makin tak larat.. pastu kuar wad xlama masuk lagi sekali.. dah kuat kena pulak kaki tangan mulut..
ada sampai masa aku nangis sebab penat. rasa nak mati je. syaitan tu berbisik je kan best masa xde anak dulu.. Astagafirullahaladzim...  sampai tahap tu aku fikir.. tapi nasib aku waras lagi.. cepat2 istigfar.. sekarang da makin besar makin mencabar la.. kalau aku cuti dok umah memang penat jaga ezra.Tapi tak pe.. Tu penat yang membahagiakan..

Thursday, September 17, 2015

Ada

Assalamualaikum..

fuhhhh...ffuuuhhh...ffuuuhhh..
tiup skit habuk.. eh dedebuan yang melekat kat blog ni..

saja je nak update nak bgtaw tuan blog masih ada...
cuma malas..kahkahkahkah..
sibuk sekarang..
biasala terkial2 lagi nak adapt hidup jadi mak mak ni..
pastu nak ejas masa bak nengok korea lg.. fb lg.. acaner tu..

jangan marah yea..
nnti iols ada masa iols story mory ok..
muaahhhh..

Wednesday, July 22, 2015

Sakit

Assalamualaikum...
Harini nak cite pasal sakit..
Bukan aku sakit..
Tapi sakit yang ezra dah kena hadap selama dia hidup ni.. );
Sedih..
Mak mana yg happy bila tgk anak sakit..
Nak nak bertimpa timpa sakit dia..
Aku nampak je happy..mcm xkisah.. Tapi dalam hati hanya Allah yg tau.. Betapa aku rasa downnya bila ezra sakit..
Penah aku rasa aku ni mak yg gagal.mak yg xguna asyik bg anak sakit je... Sedih perit pilu.. Tapi apa pilihan yg aku ada selain mohon pada Dia utk terus lindungi ezra..

1. SELESEMA
Start dari hari ke 21 ezra lahir dia dah kena selesema.. Teruk jugak selesema dia... Non stop sampi la dia umur 3 bulan.. Seminggu baik pastu jadi balik.. Kalau xsilap aku tiap 2 minggu aku bawak ezra p klinik utk check paru2 dia.. 

2. TERSEDAK SUSU
Ezra pernah tersedak susu.. Masa tu aku nasib la aku jenis xcepat panik.. Bila dia tersedak muntah kuar susu ikot mulut n the worst is when susu tu kuar kot hidung.. Ada sekali tu ezracm dah xleh nafas.. Lepas trsedak..kuar susu kot idung dia mcm tersumbat dan cant breathe.. Aku cepat2 capai alat sedut hingus baby n sedut all the muntah lepas tu dia jerit sekuat2 hati mcm lega dpt brnafas.. Tu jugak punca aku berani pam benda tu dlm hidung ezra sampi skrg.. Mmg ada momy yg xberani guna dan aku berani.. Sebab benda tu selamatkn nyawa ank aku.. Lps tu aku nangis sebab takut sgt2... 

3. ANGIN PASANG
Then cukup 44 hari aku balik umah sendiri sebelum blk kg abiskan cuti kat umh mak aku.. Petang sampai..malam ok.. Esoknya tengahhari ezra menangis mcm org gila...mcm kena rasuk.. Dia menangis sampai aku menangis skali.. Aku baca mcm2 surah samapi dia tido.. Bila petang dia bgn dia ok.. Esoknya pun sama.. Nangis lg sampai aku da nk bawak g spital.. Aie blk bwk air anugerah sbb kiteorg tkut ezra ter "tegur".. Sapu la kat ubun2 segala.. Pastu call mak, mak soh tgk telur dia.. Dan aku tgk telur dia bengkak sebelah.. And yes.. Angin pasang.. Allahuakhbar... Dugaan lg.. So mak suruh bunjutkan lada hitam dan tuam kat telur dia.. Berkesan la sementara nak blk kg.. Sampai kg terus bawak pegi berubat dekat pakcik kat kg aku tu.. 3 pagi pegi mengurut..masa first day ezra nangis teruk sgt.. Sampai hari ke 3 alhamdulillah ok.. Tp syarat dia xbole bg ezra nangis teruk2 nnt datang blk sakit tu..ok jagala kiteorg si ezra ni dgn hati2..dua mnggu lepas tu time cucuk 2 bulan.. Apa lagi melalak sekuat2 hati smapai demam.. Pastu satu petang tu dia menangis lg..kaw kaw pny nangis smpi masa tu mak pun nangis tgk dia..apatah lg aku.. Nak bwk pegi umh pakcik yg urut aritu tp kbeltulan hari tu umah dia ada kenduri kahwin..anak dia..xkan nak pegi bberubat pulak.. Buntu kami ank beranak.. Pastu teringat pakngah.. Dia penah bawak ank pakuda berubat angin pasang ni gak.. Kat area kemunting sana.. So pegi la cari umh pakcik tu.. Sampai pakcik tu kata kena bawak jarum air ngn daun terung pungaq.. Hadoii mana nak cari kan.. Soh abah cari..pusing2 kampung Alhamdulillah jumpa... Pegi umh pakcik tu dia bacakn surah kat daun tu tujuh helai.. Pastu dia soh bawak balik dan tuamkan kat telur ezra tujuh ahri berturut..sehari sehelai daun.. Alhamdulillah hari ketujuh memang ok.. Hari ketujuh gak kami berangkat blk kl..seminggu sbelum stat keje balik..

4. PNUEMONIA

Lepas seme ok.. Aku stat keje.. Dalam sebulan ezra start selesema.. Pastu demam terus suhu cecah 40°c.. Pastu batuk teruk sgt smpi lain macam pernafasan dia.. Bawak pegi emergency ppum - warded. Pnuemonia.. Jangkitan kuman kat paru2... Ya Allah sedihnya aku tengok ezra masa tu..wayar sana sini.. 8 jam sekali kena amik gas lepas tu kena sedut kahak..menangis melalak.. Bengkak mata ezra bengkak lg hati aku nak hadap..Sayu hati aku tengok..tapi kena tabah.. 5 hari warded pastu ok.. Discharge dengan arahan utk still bawak g nearest clinic utk follow up..

5. RSV.

Dua minggu lepas discharge.. Sekali lagi demam.. Kali ni ezra batuk kahak sampi sejuk2 tangan dia.. Aku panik bawak skali lg pegi ppum.. Doktor ckp pernafasan dia sgt worst time tu.. Aku punya susah hati.. Duduk dalam ward pemantaun rapi..wayar sana sini lagi.. Menangis lg hati aku..hari ke dua warded doktor sahkan kena virus RSV. Gugel la apa benda tu.. Dan kami dikuarantin.. Sedih. Kena lg gas.kena lg sedut kahak. 6 jam sekali..ezra mcm xsempat nak rest melalak lg.. Lagi..dan lagi.. Aku mampu lari jauh2 je xnk dengaq suara dia meronta2 bila wayar kena sumbat dalam hidung dalam tekak..Allahu rabbi.. Tuhan je yang tahu perasaan aku masa tu.. sumpah aku rasa down gila bila ezra warded kali ke dua.. Lepas 10 hari warded alhamdulillah ezra discharged. Tapi still kena datang jumpa prof anna utk pemantauan.. Masa first time pegi prof anna soh try antibiotik apa ntah nama dia utk tempoh 2 minggu non stop. Alhamdulillah antibiotik tu serasi dengan ezra..till today 22/7/2015 selesema ada tapi sikit je..batuk xde dah..

6. KAKI TANGAN MULUT (HMFD)

Yup. selepas sebulan lebih ezra kena rsv..ingat dah ok la..lepas dari segala penyakit kan..nononono..sekali lagi kami kena uji..ezra kena kaki tangan mulut pulak. abis mulut naik kudis, badan kaki tangan naik kudis and bintik2.. masa tu doc tak de bagi ubat apa2 melainkan kuarantin kat umah takut berjangkit ngan orang lain.. and yes momy la yang bercuti free..-free tak free la jugak abis cuti momy kan...huhuhuhu- Sepuluh hari lagi momy cuti Alhamdulillah ezra recover dengan cepat.. selalunya 2 minggu baru ok tapi ezra recover cepat.. 

7. CAMPAK (CHIKEN POX)
Hahahaha. Tak lawak ok. 12 hari baik HMFD kena pulak demam campak.. Ya Allah.. nasib la tak naik teruk.. naik bintik2 ruam kat seluruh bada.. cuma pakaikan calamine losyen tu je kat ezra..hehehe lepas seminggu alhamdulillah sihat..

And sampai harini dah hampir sebulan.. Alhamdulillah things went well..

Ya Allah Ya Tuhanku.. berhentilah menguji anakku..
Kau balikkanlah sakitnya padaku..
Sesungguhnya Engkau maha mendengar..

Buat ezra sayang..
Momy minta maaf sebab ezra selalu sakit.. tapi jangan risau.. kalau orang nak meluat ngan momy sebab selalu ponteng keje momy tak heran apatah lagi berkudis. Yang penting anak momy sihat.. Momy akan sentiasa ada dengan ezra ok!!

Huh!
Panjang kan kisah sakit ezra.

Tu je nak cite.
k.bye.