Wednesday, August 10, 2011

PLKN??



 
ok entry kali nie aku terdetik nak cerita pasal PLKN. korang tau ke PKLN tu apa? Program Latihan Khidmat Negara ok! Apa kena aku yang tua-tua nie tetiba nak citer pasal plkn tu pulak yer? ish macam pelik jer kan..bukan aku nie bebudak lagi pun..bukan belasan tahun lagi dah. Lupa diri ke apa kan..  
Ekceli aku nie super senior untuk super junior pelatih plkn ok.. hahhahahah dengan bangganya aku nak bagitahu akulah insan yang sangat istimewa dipilih gomen untuk menyertai program nie. Group aku 1st batch 1st intake ok. semua aku dan kawan2 aku yang rasa dulu kat situ. Kat Kem Teluk Rubiah. ok fine aku super senior kepada super junior kan kenapa nak belagak kan? Macam nie la aku terdetik nak tulis pasal plkn nie sebab aku tau ramai orang kat luar sana yang still pandang negatif kat program nie.(sama macam aku masa mula-mula program nie dicanang-canang dulu!)so kat sini aku nak sharing is caring la ngan korang sikit pasal betapa bestnya kat sana.
 
Masa mula2 dapat surat tawaran memang aku nangis guling-guling tanak pegi siap samapi suruh mak bawak aku pegi klinik mintak tolong doktor buat suat untuk mengatakan aku sakit. Aku sakit apa?xder sakit memang la mak aku tak layan kan. Malam kejadian tu aku buat tak tau jer sumer mak aku kemaskan baju dalam beg. Pagi kejadian mak aku hantak pegi naki bas ramai-ramai..mak aiiiiii ramai gilosss.. takder satu pun muka yang aku kenal..ooiii menci aku! b4 naik bas salam cium-cium ngan mak leleh air mata jap sebab TAK NAK pegi. Naik bas aku jadi kera sumbang! aku memang tanak kawan ngan sesape pun.aku nak memberontak. KONON (= . Bebudak lain ada la yang dah kenal-kenal say hi to each other. ok aku masih tanak!

Sampai je sana dah aku stress sebab kena daftar sendiri kena cari kem sendiri kena angkat beg sendiri!sume aku nonong-nonog je buat sendiri. Masuk kem aku dah ada 4 orang time tu. So aku terpaksa surrender. Kena say hi. 30 hari ko nak kena mengadap diaorang takkan nak jadi kera 30 hari tu kan. So aku dah ada GENG. Geng ok bkn kawan!kami jadi 5 sekawan. Ada la lagi 2 cina 1 india ngan sorang lagi budak melayu dalam kem tu. Tapi diaorang kawan aku sejak hari tu.

Ok bila malam time sumer kena berkumpul..mak datukkkkk ramai kowt!!800orang++ kat kem aku duduk tu..hish rimas aku orang ramai-ramai nie tapi apakan daya.aku tak terdaya! So malam tu mulalah kehidupan aku sebagai sorang wirawati!!mala tu gak kena bahagi-bahagi kumplan sume, amik baju amik celoreng sumer..Malam tu nangis rindu mak..










SEMINGGU












DUA MINGGU












TIGA MINGGU














haaaaaaaaaaaaaaaa...amik ko aku skip 3 minggu terus! time nie da tak ingat rumah tak ingat kampung. Seronok ko..sebab geng memang sama-sama masuk air. Aktiviti dia best. Pagi bangun pegi PT pastu mkn pagi pastu ada kelas kul 10.00 makan lagi sekali. Sambung kelas pastu mkn tengahhari pastu makan petang pastu petang waktu bersukan. Malam makan abis makan duk kat dewan tak leh balik kem sampai kul 10.00 malam minum malam baru boleh tido! hah amik ko 6 kali makan. Buncit perut aku ngan geng.. Hujung minggu tak la aku terperuk kat kem tu kan jurulatih bawak pegi pantai teluk batik ko..jalan-jalan kat lumut..Outing (= hehehehehe...best ooo...


Kat kem nie lebih banyak buat aktiviti outdoor.. Kami diajar cane nak baca peta, nak tengok ompas, buat akitiviti lasak, kami kawad!masuk hutan jadi askar tak bertauliah, balajar TTS tempur tanpa senjata ko! (=



Lepas sebulan setengah kiteorang dipindahkan ke UiTM Seri Iskandar. Pun best. Sebab kat sana pengisian dia lebih kepada kenegaraan, character building(cb) ngan khidmat komuniti (kk).. Berjaya jugak la diaorang buat aku rasa cintakan negara sekejap. Masa building character tu dia buat dari aku punya confident level di paras -0001 sampai jadi 70% hahahaha..hebat??Memang dia ajar bebetul. Masa kk lak kiteorang dibawak ke kampung2 untuk tolong bersihkan kampung ngan sekali tu bawak ke ulu kenas.. Konon nak bersihkan waterfall tu last2 apa??Waterfall tu yang bersihkan badan kiteorang..hahahhaha...


Pas 28 hari masa nak balik...haaaaaaaaaaaa...amik ko aku nangis lagi teruk dari masa datang..nak tinggal geng2 ngan kengkawan yang 800++ tu ingat senang??? 28 hari makan minum pagi petang siang malam dok mengadap! Time tido je ngadap yang 9 orang dalam kem aku tu.haaa...bayangkan sedih...



Kat situ jugak la kita banyak belajar erti sebuah persahabatan.. Eza, faza, farah & tim...persahabatan dengan korang sampai mati aku tak kan lupa. korang memang superb! sebenarnya kat situ memang ada jurulatih perempuan tapi mesti kita pegi kat kawan yang rapat..sama2 sharing is caring kan.. Ya Allah memang aku tak tipu sape yang pergi sana kata tak best baik pegi check. Mungkin ada smting tak kena la tu..
Pesanan aku kepada sesape yang dapat tu PERGI sebab kalau korang tolak memang RUGI!dapat DUIT pulak tu!makan minum bagi.tempat tido selesa.aktiviti tak teruk mana. apa lagi korang nak??Tambah-tambah modul sekarang lagi dah upgrade dari kami dulu. Dengar kata sampai sekarang dah leh pegang senapang dan menembak ko! Yela kami 1st batch tahun mula-mula buat memang ada cacat cela sikit tapi takpe kenangan yang ada dah cuku buat aku lupa kecacatan tu!




*Miss those awesome moment!! miss those friendship: EZA, FAZA, FARAH & TIM






SATU HASRAT SATU SEMANGAT SATU TEKAD!!!

2 comments:

  1. fara tringn nak masuk plkn pas abis spm ritu
    tp xterplh ouu
    hehe :D
    fara flo sn taw

    ReplyDelete
  2. fara: tu la slalunya cenggitu la yg nak sangat tak trpilih yg tanak tu yang kene pegi kan..hehehe tapi rasanya blh buat rayuan ken..cuba la (=

    ReplyDelete