Saturday, August 20, 2011

David Copperfield mengaku ada anak luar nikah!


DAVID Copperfield (kanan) bersama kekasihnya, Chloe Gosselin.

LOS ANGELES – Ahli silap mata, David Copperfield yang terkenal dengan teknik silap mata memukau ilusi penonton termasuk melenyapkan beberapa bangunan terkenal dunia, baru-baru ini membuat satu lagi kejutan.

Beliau mendedahkan bahawa beliau kini bergelar bapa kepada seorang bayi perempuan, iaitu anak luar nikah yang kini berusia setahun hasil hubungan dengan kekasihnya, supermodel, Chloe Gosselin.

Buat kali pertamanya, ahli silap mata berusia 54 tahun itu dikesan bersama Chloe dan anak perempuan mereka yang diberi nama Sky melancong di New York, Bahamas dan Las Vegas pada bulan lalu.

“David kini perlu melupakan hasrat untuk melenyapkan mercu tanda Statue of Liberty.

“Sebaliknya dia perlu berfikir bagaimana untuk 'melenyapkan' lampin pakai buang anaknya,” kata satu sumber kepada akhbar Daily Mail.

Pasangan tersebut mula bercinta sejak tiga tahun lalu melalui perkenalan yang diuruskan sahabat mereka. – AGENSI

Info: Utusan on9

No comments:

Post a Comment