Sunday, August 7, 2011

Gossip Girl season 4 xoxo (=


Yaabbeeddaabbeedoo…Gossip Girl is back…xoxo (= Konflik persahabatan dan cinta yang sukar untuk diungkaikan…

Watak-watak elit popular kembali dengan musim terbaru yang pastinya lebih skandal dan drama yang lebih menyengat dalam Gossip Girl (Musim ke-4). Sesuatu yang tidak dijangka bakal berlaku dalam Gossip ini. Skandal, krisis, drama, khianat dan semestinya gosip-gosip hebat dapat anda saksikan dalam drama ini. Serena, Blair, Nate, Chuck, Dan berusaha untuk mengekalkan perhubungan mereka dan sentiasa berhati-hati dengan muslihat baru musuh-musuh mereka.

Mengimbas kembali apa yang berlaku pada musim sebelum ini, Blair akhirnya memaafkan Chuck atas kesilapan beliau. Banyak perkara yang berlaku di antara Dan, Serena dan Nate sementara Dorota dan Vanya pula menyambut kelahiran bayi mereka. Jenny Humprey pula telah dihantar ke Hudson akibat daripada tindakan beliau yang tidur bersama dengan Chuck Bass yang juga merupakan abang tiri beliau. Jenny juga mula berjinak-jinak dengan pengedaran dadah. Sampai bila Jenny akan terjebak dengan gejala yang kurang sihat ini? Adakah Jenny akan berubah?

Georgina Sparks akan membuat kemunculan pada episod akhir apabila dia kembali dan sudah pasti dengan agenda dan muslihat baru. Tidak cukupkah dengan masalah dan kekecohan yang sedia ada?

Gossip Girl (Musim ke-4) ini juga akan membawa anda ke lokasi baru iaitu Paris! Musim ini akan mempertemukan Blair Warldorf dan Serena Van Der yang menghabiskan musim panas mereka di Paris untuk melupakan masalah cinta yang kompleks dan kehidupan rumit mereka.

Jangan lupa ikuti sambungan Gossip Girl nie yang padat dengan skandal, konspirasi dan gosip panas yang pastinya membuat anda melekat di kaca televisyen masing-masing. Gossip Girl (Musim ke-4) akan disiarkan setiap Selasa jam 9.30 malam hanya di saluran hip 8TV ok!!!

No comments:

Post a Comment