Korang pernah dengar tak pasal wasiat terakhir yang Imam Shafie sampaikan kat anak murid ngan umat islam seluruhnya sebelum beliau kembali ke rahmatullah?? Ok lets sharing is caring is maring lagi ok (=
Wasiat beliau berbunyi :
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia menagamalkan sepuluh perkara iaitu:-"
1. HAK KEPADA DIRI - kurangkan tidur, kurangkan makan, kerangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada (=
2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT - Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal dan mohon maaf dari orang yang kita zalimi, bersedia untuk mati dan mencinta Allah s.w.t
3.HAK KEPADA KUBUR - Membuang tabiat yang suka menabur fitnah, buang tabiat kencing merata-rata, banyakkan solat tahajjuda dan membantu orang yang dizalimi
4.HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR - Jangan berdusta, berkata benar, tinggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
5.HAK KEPADA MIZAN (Neraca timbangan amal pada hari kiamat) - Menahan marah, banyakkan berzikir, ikhlaskan amalan dan sanggup tanggung susah
6.HAK KEPADA SIRAT (Titian yang merentangi neraka pada hari Akhirat) - Membuang tabiat suka mengumpat,bersikap warak, bantu membantu, dan suka berjemaah
7.HAK KEPADA MALIK (Penjaga Neraka) - Menangis lantaran takutkan Allah s.w.t, berbuat baik pada ibubapa, bersedekah secara terang - terangan dan sembunyi dan menjaga akhlak
8. HAK KEPADA RIDHWAN (Malaikat penjaga syurga) - Berasa redha dengan qadha Allah s.w.t, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah s.w.t dan bertaubat dari melakukan maksiat
9.HAK KEPADA NABI s.a.w - Berselawat ke atas baginda,berpegang dengan syariat, bergantung kepada As Sunnah (Hadith),menyayangi para sahabatdan bersaing dalam mencari keredhaan Allah s.w.t
10.HAK KEPADA ALLAH S.W.T - Menagajak manusia kearah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci maksiat.
SEKIAN, KHIDMAT NASIHAT DISEDIAKAN OLEH SUSAYANGZAKI (=
No comments:
Post a Comment