Monday, August 22, 2011

Marion Caunter disahkan mengandung (=

RAMADAN yang mulia ini, nampaknya banyak gosip yang bersifat positif daripada negatif. Terbaru dengarnya bahawa pengacara cantik E! News Asia, Marion Caunter, sah mengandung lima bulan!

Tahniah buat Marion dan suaminya, SM Nasarudin kerana akhirnya perkahwinan yang dibina pada tanggal 15 Oktober 2010 atas dasar cinta akan diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata.

Pasti comel dan ‘meletop’ wajah anak pasangan sama cantik sama padan ini. Maklumlah gabungan acuan berdarah campuran, si ibu yang jelita dan tampan pula bapanya.


Cuma, mengenai jantina anak khabarnya pengacara itu sudah tahu tetapi memilih untuk merahsiakan kerana baginya apapun boleh berlaku. Cara terbaik bagi Marion dan suami, mereka menerima seadanya sama ada lelaki mahupun perempuan.

Marion dikahabrkan sangat gembira apabila dirinya disahkan mengandung kerana dia memang berharap terus mengandung selepas berkahwin. Tetapi berita kehamilannya hanya disahkan sekitar Mac lalu selepas lima bulan mendirikan rumah tangga. Yang pasti, pasangan ini tidak sabar menantikan kelahiran bayi mereka bakal dilahirkan pada penghujung November atau awal Disember nanti. Marion jugak dikatakan sangat ‘enjoy’ melalui proses kehamilannya yang tidak banyak ragam.


Tahniah sekali lagi buat mereka berdua (=

No comments:

Post a Comment