Monday, August 15, 2011

Berita Harian Online | Bawang termasuk barang kawalan




Bawang termasuk barang kawalanOleh Abdul Razak Raaffraaffar@bharian.com.my
2011/08/15

Elak peniaga naik harga sempena Aidilfitri

BERA: Dua lagi barangan keperluan iaitu bawang putih dan bawang besar disenaraikan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Aidilfitri 2011, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Barang disenaraikan sebelum ini ialah daging lembu tempatan, daging lembu import, telur gred A, B dan C, ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging kerbau tempatan, daging kerbau import, kobis bulat import, cili merah, bawang merah, tomato, kelapa parut, kacang tanah import, ikan kembung dan kentang.

Setakat ini, tidak berlaku kekurangan bekalan bahan makanan yang sering dapat perhatian menjelang Ramadan dan Aidilfitri. - Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Beliau berkata, ia dilakukan berikutan kedua-dua bahan makanan itu turut digunakan dan mendapat permintaan tinggi setiap kali menjelang Aidilfitri.“Ini bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga sehingga membebankan pengguna dalam membuat persiapan Aidilfitri apabila berlaku permintaan tinggi terhadap sesuatu bahan makanan berkenaan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan di Masjid FELDA Rentam, di sini, kelmarin.Mengenai bekalan bahan makanan pula, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera, berkata setakat ini, tidak berlaku kekurangan bekalan bahan makanan yang sering mendapat perhatian menjelang Ramadan dan Aidilfitri.

Namun, sebagai langkah awal, pihaknya juga dimaklumkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) turut menambah pengeluaran minyak masak 10 peratus sempena Hari Raya hujung bulan ini. “Ia bermula sejak 1 Ogos lalu dengan tambahan pengeluaran 7,000 tan sehari bagi menampung keperluan permintaan,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri menasihatkan pengguna supaya merancang perbelanjaan di bazar Ramadan lebih awal bagi mengelak pembaziran sewaktu berbuka.“Ini kerana, agak sukar bagi kementerian mengambil tindakan ke atas peniaga menjual makanan bermasak yang turut membeli nilai tambah kepada masakan itu bagi menarik orang ramai membelinya,” katanya.“Namun, jika dapat mengesannya maka kita akan meminta mereka beri surat tunjuk dan jika masih berdegil menjual harga melebihi paras siling barangan kawalan maka mereka boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada,” katanya

No comments:

Post a Comment