Thursday, August 4, 2011

Bila balik sendiri (=

Hari nie balik keje naik teksi…sebab maryam os stesen!.so kul 425 da nepon Zalnas sebab takut takder teksi nak amik pepetang kan…dan la bulan puasa..jem jangan cerita apatah lagi nak kata la kan…aku pun mendail la kompeni teksi yang selalu aku call iaitu Zalnas : 03 – 2692 6000.. so cik operator bgtau la ada teksi nak amik on the way katanya so dia tanya nak amik kat mana dan dengan bangga teramat confident aku jawab lobi lama.. ok.. tak lama pastu aku pun terkedek-kedek turun nak kejar teksi la katakan takut orang lain rembat.. turun lobi nampak teksi cepat-cepat aku jalan sekali orang lain naik..ooo…rupanya tu ayah dia yang datang amik..aku terkemaluan sendiri.. 2,3 minit menuggu aku yang memang tak reti sbar terus call cik operator..

Cik operator: Teksi dah lama sampai la cik..

Penumpang: Eh dah lama saya dekat sini tunggu nie.Tak Nampak pun..

Cik operator: Kat lobi lama kan

Penumpang: aah lobi lama la.. saya pun dah lama tunggu nie..

Cik operator: (Kebingungan-------> menelefon cik operator di opis penumpang DAN ternyata penumpang salah lobi!!) Cik salah lobi lahhh..

Penumpang: (Kemaluann…) owh yeke saya salah cakap la tu.. ok saya tggu sini..

Argggggggggghhhh…malunya walaupun tak pernah Nampak cik operator tu tapi aku tetap malu! Macam mana leh lupa tu lobi baru!bbbbblluuuuuuggggggghhhhhhhhh!! MALU ok!
Naik je teksi brader tu dah senyum-senyum..”Kak lain kali cakap lobi baru yea…(=”…ah aku tau la aku salah..ish dia nie kan.. dalam keterjeman tu sempat lagi brader tu promote dia punya catering servis kat aku.. memandangkan brader tu tadi agak baik kurangkan tambang RM0.20 (tak der 0.20 nie tak jadi seringgit tau!) so aku baik hati nak promote kedai dia.. Kedai brader nie ada menyediakan servis catering ada skirting ada meja & kerusi untuk perkahwinan DAN tempahan kuih muih tradisional.. brader nie kata satu hari paling sikit 1000 biji tempahan karipap yang diaorang terima..heyyybbbaattt kann mesti sedap!!.. So kalau berminat boleh la hubungi :
R&Z Trading Enterprise
di 011-1241 0047
cakap ngan Mohd Norizam
tak pun teeeeeeeeeerrrrrus pegi kedai dia kat
PPR Kampung Muhibah,
Jalan Puchong, 58200 KL ok..

Harga aku tak tau sebab aku tak tanya hakhakhak…. (=

p/s: gambar ini hanya bayangan imaginasi aku sahaja...takder kene mengena dengan kuih brader tu (=

No comments:

Post a Comment