Saturday, August 20, 2011

5 maut festival rock dilanda ribut

HASSELT (Belgium): Angin kencang melanda utara Belgium turut menjejaskan satu festival muzik rock Pukkelpop dan membunuh lima orang, kata Datuk Bandar Hasselt, Hilde Claes semalam. Menurut Hasselt, 10 lagi cedera, termasuk tiga yang dalam keadaan kritikal. Polis berkata, dua pentas yang dipasang di tempat terbuka runtuh, manakala banyak pokok tumbang.

Hujan batu sebesar bola golf melanda kawasan berkenaan dan mencederakan penonton festival muzik itu. Penganjur terpaksa menangguhkan persembahan akibat bencana itu. Festival Pukkelpop itu sepatutnya diadakan tiga hari dan mampu menarik sehingga 65,000 penonton bagi setiap sesi.

Hilde berkata, semua korban adalah warga Belgium. “Sebelum persembahan diadakan, penganjur memeriksa kelengkapan mereka supaya mampu bertahan dalam angin kencang, selain memastikan sistem perparitan berfungsi baik.“Keadaan itu meyakinkan mereka bahawa situasi adalah selamat untuk diadakan persembahan,” katanya.

Bagaimanapun, kata Hilde, penganjur tidak menyangka berdepan dengan bencana dahsyat itu. Angin kencang turut menyebabkan sebahagian daripada pokok diterbangkan angin dan tercampak ke atas pentas. - AFP


Sumber: Metro on9

No comments:

Post a Comment