Friday, August 26, 2011
Thanks to Allah for giving me him as my husband (=...
Aku berSyukur kerana Kau ciptakan aku sebagai suri dalam hidupnya..
Aku mohon padaMu kau peliharalah kasih sayang kami...
Aku mohon padaMu kau kuatkanlah kasih sayang diantara kami...
Seandainya Kau ingin menguji cinta kami janganlah sehingga kau pisahkan kami..
Sesungguhnya aku sangat menyayangi dia..
Sesugguhnya aku tak mampu berdiri tanpa bimbingan dia...
Aku bahagia menjadi miliknya..
Buat kamu suamiku yang sentiasa dihatiku..
Terima kasih untuk kasih sayang yang tak berbelah bahagi..
Wednesday, August 24, 2011
Nasihat Buat ISTERI (=
2. Hendaklah senyum itu senantiasa menghiasi bibirmu setiap anda dipandang oleh sang suami.
Alhamdulillah..aku bersyukaur padaMu Ya Allah kerana telah menemukan aku dengan insan yang sangat sempurna dimata ku.. Terima kasih juga pada suami yang tidak pernah jemu membimbing aku (=
Tuesday, August 23, 2011
Jangan upgrade lagu raya dulu2 boleh??? )=
Sungguh aku tak suka.. Tolong jangan rosakkan lagu tu boleh tak..Memang la korang boleh kata "ala kalau tak suka tak payah la dengar"..Tapi kalau aku dengar radio dah tu semua pulak terpasang lagu RAYA LAMA yang dah diupgradekan macam mana?
Kalau makin sedap lagu tu tak per. Makin tak sedap!(untuk halwa telinga aku laaa...telinga korang aku tatau).
Ok tu jer aku nak bagi tau.
Sekian terima kasih (=
Selamat Hari Raya (=
Mohon ampun kalau ada yag aku tulis buat korang terasa hati ok (=
Korang: Ish semangatnya pompuan nie...awl lagi kowt!
Aku: Ish aku takut aku lupa la...sabtu dah nak balik kuala selangor..line kompom2 takder.. so kena la mintak ampun awal2..lagipun tak salah kan!!!
SENGGUGUT ouch GASTRICK!!!! )=
Anyway terima kasih yang teramat sangat
untuk kamu berdua
si senggugut dan si gastrick
kerana berjaya menyerang aku
dengan sangat ganas dahyat dan hebat malam tadi.
Gaviscon = xjalan
kopi pahit = xjalan
pil check kit teck aun = xjalan
minyak panas = xjalan
tungku = xjalan
pain killer =xjalan
SUNGGUH!!!!!!!!!!
Korang memang suka aku merung dan menangis kan!
Aku sangat hargai.
Terima kasih!
Aku: Alamak so sumer tau aku dah xposa.. hehehehe
Korang: sendiri yag bagitahu sape suruh kan!
Monday, August 22, 2011
‘Ali Setan’ mahu ambil tindakan pihak tuduh hasut
KUALA LUMPUR: Penceramah bebas, Azmil Mustapha atau lebih dikenali sebagai ‘Ali Setan’ akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menuduhnya menyampaikan ceramah menghasut penduduk supaya membenci kerajaan di Masjid An Nur, Subang dekat sini, Jumaat lalu.
Bagaimanapun, katanya, beliau akan meneliti laporan polis yang dibuat terhadapnya terlebih dulu sebelum mengambil tindakan undang-undang dan mendakwa tidak mengetahui apa punca sebenar laporan dibuat terhadapnya.
Azmil yang juga seorang pelakon filem sebelum ini berkata, sehingga kini beliau belum dipanggil mana-mana pihak termasuk polis dan juga Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk disoal siasat.
“Mereka tidak bertanyakan saya tetapi terus menuduh, apa yang saya lihat berdasarkan kepada laporan akhbar banyak perkara tidak tepat dan tidak seperti apa didedahkan. “Saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap semua pihak yang membuat tuduhan tanpa usul periksa terhadap saya termasuk akhbar,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam
Marion Caunter disahkan mengandung (=
Tahniah buat Marion dan suaminya, SM Nasarudin kerana akhirnya perkahwinan yang dibina pada tanggal 15 Oktober 2010 atas dasar cinta akan diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata.
Man complains about Muslim prayers at McDonald’s outlet
The debate first started after a man known as Alex Chang posted his comments on the McDonald's Facebook wall on Thursday.
He had asked why the fast food giant's outlets are playing the Muslim prayers during dinner time at its restaurants. "Can I request to play Buddhism chant on Vesak Day? Please advice," he asked sarcastically.
While he was identified as a SingTel employee, it was uncertain how this came to light. Chang also did not state the McDonald's outlet which he was referring to.
His remarks on the issue drew a few comments explaining that the reason could be Muslims are breaking their fast. In response, Chang said, "Not trying to be disrespectful. But a bit irritating during dinner time. Not respecting other religion(s) at all."
"By the way, can you tolerate if they play Buddhist chime in the restaurant?" he added.
This was the exchange which took place when Alex Chang first posted his comments on the McDonald's Facebook wa …
Posting a statement on its Facebook page on Friday, the fast food chain stressed that it respects all races and religions equally, adding that it had to remove some posts from its wall.
"We hope everyone understands that we've had to remove a number of wall posts on our page. We encourage all our Facebook fans to be respectful to one another," it said.
"I would like to apologise for the comment that was posted on the McDonald's website.It was not meant to be a racist remark which has offended so many people including our Malay friends. Sorry for my ignorance," he said.
"We have clear company values and guidelines and do not tolerate discrimination. We expect our employees to be personally responsible for the content of their personal posts online.
"We are disappointed that an employee recently posted comments that were seen to be inappropriate and we are counselling him," it said.
Hurrmmm...Chang macam nie la kan..senang cite Malaysia nie negara Islam..kalau tanak dengar dah sila pegi duduk negara lain. Malaysia tak kan jatuh pun kalau hilang sorang rakyat yang macam awak tu. Nasib ko dah say sorry (=
Tenkiu untuk pn yaHuu (=
Syukur Alhamduillah...25 Tahun (=
Azwan Ali BERPERANG dengan Didie Alias )=
tweet...tweet..tweet..tweet...perang lagi perang!!
Owh...perang tweet..tweett...tweety bird sungguh la diaorang nie.. buan posa nie kan..tak mau gado2 la.. xbaik..kn bagus mendoakan sesama kita..Harap2 benda nie kejap jea..korang pun satu industri kan...dah2..malu2..xmao2..
Eh lupa.. makasih lagi skali bang nara (=
Nanu Baharuddin sayang anjing )=
Sunday, August 21, 2011
BCL tak puasa penuh! )=
BUNGA Citra Lestari sangat gembira menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan kali ini setelah ditemani anak dan suaminya di rumah.
"Saya sangat tenang . Tidak boleh digambarkan dengan kata-kata, sekarang saya tidak terlalu sibuk dan mempunyai banyak masa bersama Ashraff dan Noah," katanya.
Bintang filem Saus Kacang itu begitu menikmati saat bersama suami dan anaknya ketika menjalani ibadat puasa kali ini.
"Sahur bersama, berbuka bersama, solat bersama, saya menikmati setiap waktu bersama keluarga," ujar pelakon berusia 29 tahun.
Sayangnya, walaupun ditemani suami dan anak, namun Bunga tetap tidak berpuasa penuh kerana dia masih menyusukan anak tunggalnya itu.
0000..tak puasa sebab menyusukan anak...tekejut aku..hehehehe..
Makasih Utusan on9 (=
Kisah MURTABAK (=
Tadi nak berbuka aku teringin sangat nak makan murtabak...so ajak a mr Hubby cari..(nak buat jangan mimpi la kan..heheh)
Sampai bazar...cari..punya cari punya cari..jumpa.. MURTABAK PANTAI TIMUR katanya...apa2 jelah kak..aku teringin nak jugak...orang macam ramai je...naper ramai..oo...sedap kot...tapi PANTAI TIMUR???masakan dia mesti manis kan..alahai..mr Hubby order la satu...dekat 15 minit tunggu murtabak yang satu tu...sabar...sabar...
Dapat..
Ok..
Jom balik..
Berbuka....
Nak makan murtabak...(= so amik la sepotong... ngap!!! Mak aiiiiiI!!SSSEEEEDDAAPPP!!! patut la orang ramai!nyesal tak beli dua.. Berebut.!
Ok!fine. esok nak cari lagi!
Tu jer!
Korang: Apa motif letak gak gambar nie kalau tak der gambar sendiri?
Aku: Yela bukan semua orang kenal murtabak!!Faham!
Kisah Uptown Shah Alam )=
Kalau sape penah pegi mesti tau kan dekat ngan uptown tu ada Carrefour Seksyen 24.. Masa kiteorng sampai situ dah ada orang parking keta. Kiteorang macam ppelik. mr Hubby cakap gak orang ramai nie aku macam tak caya jauh gak tu.. Kalau jaan dalm 20minit tak lari la jauh dia tu.. So sham terus je lagi ke depan... sekali memang tadi orang dok parking kau.. bayangkan time tu belum kul 10 situ dah jemmed.. hai manusia..manusia.. pusing punya pusing punya pussing dapat la parking..tu pun kena jalan dalam 10 minit baru sampai..
Mak ai.. masuk dalam dia aku dah nak naik hatu.. RAMAI NAK MATI manusia kat situ ka..baru kul 10 kut.. Korang saja dengki kat aku ekh..nak jalan pun sekat2.. Pas tu aku ngan lily terpisah ngan mr Hubby...adoiii..mana nak cari..nk nangis pun ada... so call.. cari tempat yang paling senang nak jumpe...dalam 10 minit jumpa baik..aku dah makin rimas.. sampai kat satu kedai jeans lily benti nak beli suar...aku pn layankan je la dia.. ia sambar jeans rM 50.00.. sham lak beli kemeja rM 40.00
Pastu aku lead jalan depan..so korang nak tau aku buat apa?? hahahahha.. aku baawak ke jalan kuar! Dah jom balik!
Kesimpulannya kul 10.00 sampai 11.00 da blah...puas hati aku!
OK.Sedikit kesimpula lagi
1. Ramai sangat orang jual seluar!
2. Kenapa tak jumpa orang jual baju kurung! Sumpah aku jumpe satu kedai jer.
3. Tak faham kenapa ada orang yang sanggup bawak baby ke tempat2 cenggitu!
4.Hahahaha ada jugak orang yang pakai spek oakly(btl ke aku eja nie) yang hitam malam2 buta!
5.Tak der orang jual kuih raya!
6. Tak der orang jual baju melayu!
BOLEH SAPE2 TOLONG JELASKAN??
Saturday, August 20, 2011
David Copperfield mengaku ada anak luar nikah!
DAVID Copperfield (kanan) bersama kekasihnya, Chloe Gosselin.
LOS ANGELES – Ahli silap mata, David Copperfield yang terkenal dengan teknik silap mata memukau ilusi penonton termasuk melenyapkan beberapa bangunan terkenal dunia, baru-baru ini membuat satu lagi kejutan.
Beliau mendedahkan bahawa beliau kini bergelar bapa kepada seorang bayi perempuan, iaitu anak luar nikah yang kini berusia setahun hasil hubungan dengan kekasihnya, supermodel, Chloe Gosselin.
Buat kali pertamanya, ahli silap mata berusia 54 tahun itu dikesan bersama Chloe dan anak perempuan mereka yang diberi nama Sky melancong di New York, Bahamas dan Las Vegas pada bulan lalu.
“David kini perlu melupakan hasrat untuk melenyapkan mercu tanda Statue of Liberty.
“Sebaliknya dia perlu berfikir bagaimana untuk 'melenyapkan' lampin pakai buang anaknya,” kata satu sumber kepada akhbar Daily Mail.
Pasangan tersebut mula bercinta sejak tiga tahun lalu melalui perkenalan yang diuruskan sahabat mereka. – AGENSI
Info: Utusan on9
Untk K-POPholic!!Populariti Super Junior meningkat
SEOUL – Populariti kumpulan K-Pop terkenal Korea Selatan, Super Junior semakin meningkat apabila jualan album kelima mereka yang berjudul Mr. Simple melebihi 100,000 unit sejak dilancarkan dua minggu lalu.
Jualan album yang memberangsangkan itu membolehkan kumpulan tersebut berada pada kedudukan kedua dalam carta Soribada dan keempat pada carta Melon and Bugs.
Rentak tari dan lantunan suara memukau merupakan satu faktor kejayaan penjualan album tersebut, malah video klip mereka ditonton lebih 6.7 juta penonton menerusi laman web YouTube.
Kemasyhuran berganda menjadi milik Super Junior apabila album Mr. Simple berada pada tempat pertama rancangan muzik M.net’s, M! Countdown dan Music Bank.
Kumpulan yang terdiri daripada 13 anak muda itu mula mencipta nama pada 2005 menerusi album pertama SuperJunior05 dan kini mempunyai lima buah album termasuk Mr. Simple. – AGENSI
Kredit: Utusan on9
Akibat terlalu percaya 'romeo' Internet, janda kaya rugi RM125,000
SHAH ALAM 19 Ogos - Kerana terlalu percayakan teman lelaki warga asing yang baru dikenalinya di Internet, seorang janda kehilangan seutas jam Rolex dan barangan berharga bernilai RM125,000 setelah dicuri suspek di sebuah hotel mewah di Sepang, dekat sini pada 11 Ogos lalu.
Wanita tempatan itu hanya menyedari kejadian tersebut selepas dikejutkan pekerja hotel yang terpaksa masuk untuk memeriksa biliknya kerana mangsa masih belum mendaftar keluar walaupun telah melebihi waktu.
Ketika dikejutkan pekerja hotel berkenaan, mangsa berusia 30-an dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tanpa pakaian setelah dipercayai diberi minuman yang dicampur ubat tidur.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, mangsa yang dalam keadaan lemah itu kemudian dibawa oleh pihak hotel ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan.
Katanya, lebih malang, dua hari selepas itu, suspek yang mengaku warga Australia telah menghubungi wanita tersebut dan mengugut akan menyebarkan gambarnya dalam keadaan tidak senonoh jika mangsa enggan membayarnya RM30,000.
Ujar beliau, selepas keadaannya pulih, mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian itu dan ugutan yang diterimanya daripada suspek pada 13 Ogos lalu.
"Berdasarkan siasatan awal kita dapati mangsa yang merupakan seorang wanita kaya berkenalan dengan suspek yang mengaku seorang warga Australia selepas berkenalan dan berbual di Internet baru-baru ini.
"Mangsa yang tempat tinggalnya terpaksa kita rahsiakan bersetuju menemui suspek dan menaiki penerbangan dari tempat tinggalnya menuju ke Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) pada petang 11 Ogos lalu.
"Sampai di LCCT, suspek menjemput mangsa dan membawanya ke sebuah hotel mewah dan di sana mangsa diberi ubat tidur sebelum barangan berharga miliknya dicuri. Kita juga percaya berlaku hubungan seks antara mereka," kata beliau kepada pemberita di sini petang ini.
Menurut Mohd. Adnan, pihaknya kini mengesan suspek yang dipercayai warga asing tetapi bukan dari Australia seperti didakwa dan telah mendapatkan lakaran wajahnya untuk diedarkan.
"Setakat ini, kita percaya suspek masih berada di negara ini," katanya sambil memberitahu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri dan Seksyen 384 kanun yang sama iaitu melakukan pemerasan.
Beliau menasihatkan orang ramai terutama golongan wanita agar tidak mudah percaya dengan pujuk rayu 'romeo' Internet apa lagi yang baru dikenali kerana mereka mungkin penjenayah yang sedang mencari mangsa untuk ditipu.
Kredit to: Utusan on9
Pemuda serang Asyraf direman hingga 10 Oktober
LONDON 20 Ogos - Seorang pemuda yang dituduh merompak pelajar Malaysia yang cedera dalam kejadian yang dirakam dan ditonton berjuta-juta orang di Internet, ditahan reman hari ini selepas dihadapkan ke mahkamah.
Reece Donovan, 21, dituduh merompak permainan video dan telefon bimbit milik pelajar akaun, Muhammad Asyraf Haziq Rossli, 20 di Barking, timur London pada 8 Ogos lalu.
Donovan yang memakai baju T kelabu dan seluar sukan biru, dihadapkan ke Mahkamah Wood Green Crown, utara London untuk mendengar sebutan awal kes.
Dia diarahkan mahkamah untuk ditahan reman sehingga dihadapkan semula ke mahkamah yang sama pada 10 Oktober untuk membuat rayuan. - AFP
Sumber: Utusan On9
Kaya!!Kaya!! Agihan pendapatan 6.5 sen
AMANAH Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.50 sen seunit untuk Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2011, meningkat 0.15 sen berbanding 6.35 sen seunit bagi tahun lalu.
Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM909 juta, meningkat 17.72 peratus berbanding RM772.19 juta pada 2010. Katanya, pembayaran lebih banyak itu disumbangkan prestasi lebih baik ASW 2020 yang memperoleh pendapatan kasar berjumlah RM1.158 bilion sehingga 15 Ogos lalu “Keuntungan penjualan saham dalam syarikat-syarikat menyumbang RM526 juta atau 45.42 peratus, manakala pendapatan dividen dari syarikat-syarikat pelaburan menyumbang RM442.82 juta (38.24 peratus).“Sumber pendapatan hasil pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan pendapatan lain pula menyumbang RM189.27 juta (16.34 peratus) daripada jumlah pendapatan kasar berkenaan,” katanya ketika mengumumkan pengagihan pendapatan ASW 2020 di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata, pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASW 2020 membabitkan tarikh bermula 1 September 2010 hingga 31 Ogos 2011. “Pengagihan pendapatan akan mula dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit pada 1 September tahun ini. Sehubungan itu, semua urus niaga ASW 2020 akan ditangguhkan mulai 25 Ogos sehingga 1 September ini bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan,” katanya.
Menurutnya, sepanjang tahun kewangan ASW 2020 sehingga Julai 2011, pasaran saham secara umumnya menunjukkan peningkatan berterusan didorong pengumuman data-data utama ekonomi pada peringkat tempatan dan global.
“Sejak awal bulan ini, saham negara menunjukkan penurunan yang begitu ketara disebabkan prestasi pasaran saham Amerika Syarikat yang mengalami penurunan apabila Standard & Poor's menurunkan tahap penarafan kredit Amerika Syarikat daripada AAA ke AA+.
“Untuk tempoh mendatang, iklim ekonomi dan pasaran saham global dijangka lebih mencabar berikutan perkembangan terbaru ini,” katanya.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, portfolio luar negara kumpulan turut terkena tempias kelembapan pasaran saham dalam dan luar negara akibat krisis hutang Amerika Syarikat dan Eropah yang semakin merudum.
“Portfolio luar negara sedikit sebanyak memang terjejas tetapi pada keseluruhannya masih mantap sebab portfolio luar negara tidaklah banyak sangat.
PNB mengambil pendekatan bukan setakat beli saham, malah juga mempelbagaikan portfolio serta kita juga lihat dari segi instrumen lain supaya risiko dapat dikurangkan dan dapat memaksimumkan dari segi pulangannya,” katanya.
Kredit to: METRO ON9
5 maut festival rock dilanda ribut
Hujan batu sebesar bola golf melanda kawasan berkenaan dan mencederakan penonton festival muzik itu. Penganjur terpaksa menangguhkan persembahan akibat bencana itu. Festival Pukkelpop itu sepatutnya diadakan tiga hari dan mampu menarik sehingga 65,000 penonton bagi setiap sesi.
Hilde berkata, semua korban adalah warga Belgium. “Sebelum persembahan diadakan, penganjur memeriksa kelengkapan mereka supaya mampu bertahan dalam angin kencang, selain memastikan sistem perparitan berfungsi baik.“Keadaan itu meyakinkan mereka bahawa situasi adalah selamat untuk diadakan persembahan,” katanya.
Sumber: Metro on9
SIAPA LAYAK DAPAT KELEBIHAN LAILATUQADAR.....
UMAT Islam kini berada pada fasa ketiga Ramadan di mana kemuncak keistimewaan 10 hari terakhir Ramadan ini ialah kemunculan malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam al-Qadr dinanti-nantikan oleh setiap Muslim yang beriman dan bertakwa kepada Allah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bulan ini(Ramadan) telah datang kepada kamu, dalamnya ada malam yang amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah”. (riwayat Ibnu Majah).
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Sesiapa yang beribadah pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, mudah-mudahan akan diampuni dosanya yang lalu. (riwayat Muslim). Para ulama bersepakat bahawa malam al-Qadr berlaku di bulan Ramadan. Begitu juga mereka bersepakat malam itu berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan. Mereka hanya berselisih pendapat tentang malam yang ke berapa. Pendapat yang masyhur menyatakan bahawa malam al-Qadr berlaku pada malam ke-27 Ramadan. Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya: “Barang siapa yang ingin mendapatkan al-Qadr, dia hendaklah mencari pada malam ke-27 (riwayat Ahmad).”
Ada juga riwayat lain yang mengatakan malam mulia itu berlaku pada malam ganjil 10 hari terakhir. Apa pun harinya, yang penting pada malam itu, Allah menurunkan rahmat, limpahan kurnia dan keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang melaksanakan ibadat dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah. Kelebihan malam al-Qadr tidak akan dianugerahkan kepada sebarangan orang dan juga tidak pula diberi kepada orang yang ibadahnya hanya pada malam-malam tertentu sahaja.
Fadilat malam itu akan menyinari mereka yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan istiqamah dalam beribadat. Hadirnya malam penuh berkat itu sangat dinantikan dan disambut dengan penuh keimanannya. Kata al-Imam al-Qurtubiy, Rasulullah SAW diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka baginda merasa bahawa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti mana yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya lebih panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah SAW. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadr yang mempunyai nilai 1,000 bulan kepada Rasulullah SAW dan umatnya. Justeru itu, malam al-Qadr dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh.
Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama 1,000 bulan atau 83 tahun tiga bulan. Kerana keutamaan ini, Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan malam al-Qadr. Dalam hal ini, Rasulullah perlu dijadikan ikutan yang menampilkan teladan terpuji dalammenghidupkan malam terakhir Ramadan. Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf, membangunkan keluarga agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari dan tidak mendekati isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, witir, terawih, bertadarus al-Quran, berzikir dan seumpamanya. Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering baginda baca adalah doa maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.”
Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan akhirat, malah untuk memantapkan langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah. Selain itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang dosa yang lalu.
Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: “Setiap anak Adam tidak akan terlepas dari melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu adalah yang bertaubat kepada Allah (riwayat al-Tirmidzi dan Ibnu Majah).” Justeru, wajar bagi setiap Muslim bermuhasabah terhadap segala amalan dan seterusnya bertaubat kepada Allah biarpun sekecil mana kesalahan itu.
Perlu diinsafi bahawa taubat tidak sepatutnya ditunda atau ditangguhkan kepada waktu yang lain kerana ajal maut akan datang menjemput manusia pada bila-bila masa. Maka peluang keemasan yang disediakan Allah sepanjang Ramadan wajar direbut agar tidak menyesal kemudian hari
Azmil didakwa hina Yang di-Pertuan Agong, kafirkan kerajaan
Azmil, 59, yang dijemput menyampaikan tazkirah untuk selama 15 minit sebelum solat tarawih turut didakwa menggunakan kesempatan tersebut untuk menyampaikan ceramah berbaur hasutan politik supaya rakyat membenci Yang di-Pertuan Agong.
Namun dalam ceramah yang berlarutan selama lebih satu jam itu, Azmil juga menghina Yang di-Pertuan Agong serta beberapa sultan lain.
Bilal Masjid An-Nur, Mohd. Sani Nasib berkata, penduduk pada awalnya ternanti-nanti pelakon yang terkenal dengan watak Ali Setan itu untuk menyampaikan tazkirah.
Menurutnya, Azmil bagaimanapun memberikan ceramah berbaur politik dari pukul 9.30 hingga 10.30 malam dan tindakan itu telah mengganggu waktu solat tarawih.
"Semasa Azmil mengutuk dan mengkafirkan kerajaan termasuk sistem yang digunakan, terdapat sebahagian besar jemaah meninggalkan masjid dan ketika itu juga seorang penduduk yang dikenali sebagai Keman, 70-an, bangun menyoal tindakan Azmil.
"Azmil kemudian memalukan Keman dengan mengatakan amal ibadat, zakat dan haji yang dilakukannya tidak akan diterima Allah kerana menyoalnya. Sebagai orang tua, Keman yang enggan bergaduh kemudian meninggalkan masjid," katanya.
Mohd. Sani berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan berhubung perkara itu di Balai Polis Kampung Baru Subang di sini, pukul 11.30 pagi ini.
Tambahnya, dalam ceramah itu, Azmil turut menjerit dengan mengatakan 'Melayu bodoh' dan 'Melayu tiada telur' beberapa kali kerana menyokong kerajaan dan Yang di-Pertuan Agong.
Katanya, sebelum ini penceramah bebas yang hadir pernah menyampaikan ceramah berbaur politik namun tidak sekeras Azmil.
"Kali ini kami tidak tahan lagi dengan penceramah bebas yang hanya mahu bercakap soal politik sedangkan masjid adalah tempat menyatukan orang Islam.
"Sebab itu, laporan polis dibuat supaya tindakan sewajarnya boleh diambil dan ia mungkin boleh memberikan pengajaran kepada penceramah lain," jelasnya.
Friday, August 19, 2011
Cina tolong cina, melayu? (=
Tema xpilih lagi!!)=
Thursday, August 18, 2011
Cara Nak Kenal Handphone Original @ Tidak
Dorang berdebat dengan hebat sekali sebab tak tahu handphone lily nak beli tu original ke tidak..
Sorang ni cakap handphone tu original,
sorang lagi ni kata Made in China larhh!!..
Aiyarkk..
Jadi aku pun carilah jalan nak men'setel'kan masalah dorang ni..
Aku minta tolong ngan en gugel
So cara-cara yang en gugel bagi tau ialah dengan:
- Tekan *#06# untuk mengetahui nombor IMEI.
- Tekan *#0000# untuk mengetahui tarikh handphone korang dilahirkan.
Apa kebenda IMEI NUMBER tu??
Korang buka handphone korang yang canggih manggih tu.
(Korang jangan baraikan handphone canggih korang tu ..Jahanam kang..aku gak korang salahkan)
Macam ni jer..
Cabut bateri sudah..
Kalau sama baguslah..
Sebab korang tak kena tipu..
Kalau tak sama ciplak lah tu..
Aku dah cek. Kompom hp aku ori!!hahahahahahah PUAS!!!!!!!!!!!
Hikmah rusuhan di London
INSIDEN perhimpunan aman yang menular kepada rusuhan ganas di beberapa bandar utama di United Kingdom minggu lalu mengejutkan dunia.
Bencana yang berlaku sewaktu umat Islam menunaikan ibadat puasa menguji keimanan mereka yang menerima kesan langsung, akibat rusuhan itu. Mereka diuji dengan puasa yang panjang iaitu selama 18 jam ditambah terik matahari pada musim panas ini.
Mereka kehilangan premis perniagaan yang musnah dalam kebakaran, roboh dipecahkan dan ada hilang barang perniagaan kerana dilarikan perusuh. Bukan itu saja, selain dirompak di jalanan, ada kehilangan anak sewaktu membantu mempertahankan harta benda milik komuniti daripada dipecahkan perusuh.