HAVANA 1 Okt. - Bekas Presiden Cuba, Fidel Castro menggelar Barack Obama sebagai bodoh selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) itu menyatakan hubungan kedua-dua negara akan bertambah baik jika berlaku perubahan politik dan sosial di Cuba.
Castro dalam penulisan yang disiarkan media rasmi turut menyindir kenyataan Obama itu.
"Baiknya. Pandainya. Namun, di sebalik 'kebaikan' itu, Obama masih tidak memahami bahawa sekatan ekonomi selama 50 tahun dan jenayah yang dilakukan AS terhadap Cuba tidak akan mampu mengubah rakyat negara ini.
"Banyak perkara akan berubah di Cuba tetapi perubahan itu adalah usaha kami dan bukannya AS. Mungkin empayar itu (AS) akan runtuh terlebih dahulu," katanya yang dipetik oleh Huffington Post.
Castro sebelum ini memuji Obama apabila beliau dilantik sebagai presiden kulit hitam pertama AS pada 2008.
Bagaimanapun, bekas Presiden Cuba itu menunjukkan kekecewaannya ketika hubungan Cuba-AS masih kekal di peringkat sama.Castro turut mengkritik keputusan hakim AS baru-baru ini yang memutuskan seorang pegawai perisikan Cuba, Rene Gonzalez perlu menjalani perintah parol di AS selepas hukuman penjaranya tamat.
''Inilah cara empayar memberi maklum balas terhadap permintaan dunia untuk pembebasan Gonzalez dan tiga ejen perisikan lain.
''Jika tidak, empayar itu tidak lagi akan menjadi sebuah empayar dan kebodohan Obama tidak akan berlanjutan,'' ujarnya. - AGENSI
Sumber: Utusan
No comments:
Post a Comment