Friday, October 14, 2011

BANTULAH BELIAU - Pameran Dan Jualan Amal Koleksi KaryaSeni Kartunis Fatah Ngah



Aku bukan orang senang..
Aku tak mampu nak bantu dari segi kewangan..
Tapi aku akan cuba bantu dengan cara aku..
Aku ada blog dan aku akan bercerita dengan blog aku..

FATAH NGAH
Seorang kartunis dari majalah yang sangatlah aku suka baca di zaman kanak2 aku. DAN aku percaya sehingga sekarang majalah nie masih ada tempat di hati pembacanya.

MAJALAH GILA-GILA
Iya.. beliau adalah kartunis majalah gila-gila.. Kalau korang pernah baca majalah gila-gila mesti tahu pasal kartun LAGAK A MAHMUD kan.. Iya.. beliaulah pelukis watak2 Lagak A Mahmud itu..

Kalau suatu masa dahulu beliau galak menggeletek hati kita dengan lukisan2 beliau dengan kartun2 beliau, tak salah rasanya hari ini kita sama-sama membantu beliau.. Membantu setakat yang mampu. Bantulah walau hanya dengan memanjangkan mengenai majlis amal ini.

Majlis amal ini bertujuan membantu kos rawatan dan perubatan serta kos sara hidup beliau yang kini menghidapi penyakit saraf dan kini hanya bergantung pada kerusi roda untuk bergerak.

"Orang ramai dijemput hadir ke Pameran dan Jualan Amal Koleksi KaryaSeni Kartunis Fatah Ngah pada 21-30 Oktober 2011, dari pukul 9.00 pagi - 7.00 malam bertempat di Laman Wau, Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Untuk makluman Fatah Ngah merupakan pelukis kartun yang popular menerusi Lagak A Mahmud dalam Majalah Gila-Gila. Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia di 03-2161 3793"

p/s: Macam nak menitis air mata tengok video beliau.. Lagi2 mengenangkan kartun2 beliau yang selalu buat kita ketawa suatu ketika dulu... (= Ya Allah Ya Tuhanku.. Kau sembuhkanlah hambaMu itu.. Sesungguhnya Kau yang maha berkuasa..
Sangat tabik spring pada kawan2 beliau yang bersungguh2 bersatu padu untuk membantu beliau.. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian (=

No comments:

Post a Comment