Saturday, October 15, 2011

Kisah Perjalanan Ismail Lepat atau Ismail Ariffin


>Bro Ismail Lepat tengah sharing pasal ketidakpuasan hati dan kedukaan beliau<

Korang semua pernah ternampak tak video di atas di YouTube ataupun di Facebook mungkin?! Itulah luahan perasaan Brother Ismail Lepat ataupun nama sebenarnya Ismail Ariffin mengenai ketidakadilan yang menimpa dirinya mengenai kes beliau pada 13 tahun yang lepas. Papepon aku yakin mungkin ada yang tak berminat nak tengok video di atas memandangkan duration pun dah sejam lebih kan?! Tapi aku strongly menyeru korang semua untuk tengok video nie sebab video nie mungkin lebih banyak mencetuskan soalan berbanding jawapan dalam semua perkara. Fikir3!! (^_^)/

Kes Ismail Lepat>Ismail Lepat ataupun Ismail Ariffin bersama Siti Aminah 3 tahun lepas<

Ismail Ariffin ataupun Ismail Lepat adalah seorang kartunis jalanan yang sekarang nie menetap di Bremen, Germany. Kalau aku tahu pasal Abang Ismail Lepat nie sebelum aku turun Germany, sah-sah aku pergi lawat beliau. Oh ya, bagi sesiapa yang mungkin tak ada idea langsung pasal Ismail Lepat ataupun Ismail Ariffin nie, ikutilah kronologi kes beliau di bawah :

• Ismail Ariffin (Ismail Lepat) berkahwin dengan Aisyah Jane Abdullah ataupun nama sebenarnya ialah Jane Brummit dan dikurniakan dengan seorang anak bernama Sunni Sazali lebih kurang 14 tahun yang lepas yang dilahirkan di Malaysia
• Mac 1996 : Aisyah Jane melarikan anak Ismail Ariffin (Ismail Lepat) yakni Sunni Sazali ke England dan kemudian Ismail Lepat mengikuti jejak mereka ke England. Ismail Lepat membawa lari Sunni ke Amsterdam dan seterusnya ke Pulau Pinang pada Oktober 1996
• Keluarga Aisyah Jane Brummit berjaya mendapatkan perintah Mahkamah Crown di Winchester supaya Ismail Lepat memulangkan semula Sunni. Aisyah Jane Brummit kemudian kembali ke Malaysia bagi mendapatkan hak penjagaan Sunni daripada Mahkamah Syariah Pulau Pinang. Kes penjagaan anak itu ditangguh pada bulan Jun 1997.
• Pada 1 April 1997, Mahkamah Syariah Pulau Pinang menetapkan Aisyah Jane Brummit hanya boleh berjumpa anaknya seminggu sekali di Balai Polis Lebuh Pantai, Pulau Pinang sebelum kes hak penjagaan ke atas Sunni diputuskan.
• 5 Julai 1997 : Sunni dilarikan oleh Aisyah Jane Brummit semasa Sunni berada di dalam Custody Mahkamah Syariah Pulau Pinang dengan menyeberangi sempadan di pintu Bukit Kayu Hitam
• Menurut Berita Harian 18 Mac 2010, menurut kenyataan Ketua Polis Negara pada ketika itu, polis tidak pernah menutup kertas siasatan kes bekas isteri Ismail Ariffin (Ismail Lepat), Aisyah Jane Brummit yang melarikan anak mereka, Sunni ke England 13 tahun yang lepas. Siasatan kes berkenaan adalah berdasarkan Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu culik daripada penjagaan sah dan jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun.
• Ismail Ariffin ataupun Ismail Lepat kini menetap di Bremen, Germany bersama isteri barunya, Nor Azlina Ceasar Abdullah dan terus bergiat aktif sebagai seorang pemuzik dan pelukis jalanan.

>Siti Aminah : Anak Ismail Lepat yang sekarang<

Kes Ismail Lepat>Ini pula adalah Myspace kepunyaan Abang Ismail Ariffin (Ismail Lepat)<

Kes Ismail Lepat>Artikel Berita Harian bertarikh 13 Mac 2010 mengenai kes Ismail Lepat<

Kes Ismail Lepat>Mungkinkah ini Facebook Jane Brummit yakni bekas isteri Ismail Lepat?!<

Itulah sedikit sebanyak kisah pahit dan liku-liku disebalik kehidupan seorang pelukis jalanan biasa yang bernama Ismail Ariffin ataupun Ismail Lepat dalam usaha untuk mendapatkan anak kesayangan beliau semula : Sunni. Sebagai insan ataupun orang biasa, usaha beliau lagi payah dan terus ditekan sehingga sampai ke limit. Oh ya, segala data dan maklumat yang aku sharing di sini adalah input daripada kajian aku sendiri serta sumbangan info dan data daripada BeritaSemasa dan Abang Kamato yang pernah menemu bual Ismail Ariffin ataupun Ismail Lepat 3 tahun yang lepas. Bagi sesiapa yang tak tengok lagi video itu, bolehlah rujuk seketika luahan hati Abang Ismail Ariffin ataupun Ismail Lepat nie. Paling aku ingat ayat beliau ialah : ‎"perjuangan berdasarkan pengenalan hakikat.." Injustice anywhere is a threat to justice everywhere.

*Aku cuba seaccurate mungkin dalam memberi info kepada semua : silap bagitau*
[Harap disebarkan mengenai isu ataupun kes Ismail Ariffin atau Ismail Lepat nie : Fikirkan!]

p/s: Atas nama sebuah kesedaran aku pilih untu share info ini.. Buat Lepat, teruskan perjuangan (=

No comments:

Post a Comment