
Sebelum ini, Pancaindera ada tulis berkenaan Lash yang dikatakan kecewa teruk sebab Miera mempermainkan cintanya seperti sampah.
Memang macam sampahlah bila bercinta bagai nak rak, bila putus boleh diam-diam saja dan tup-tup bercinta dengan orang baru. Miera pergi tanpa pesan, sudahnya menjaja cinta baru di media kononnya sedang berbahagia dengan mamat baru, Shahz Jaszle. Kalau Joyah, memang sudah lama makan ‘sup selipar’.


Tidak mahu terus mengeruhkan keadaan, Lash seboleh-bolehnya mahu isu ini diselesaikan segera. Bukan niatnya tampil untuk mengeruhkan keadaan tetapi dia hanya mahu membersihkan namanya daripada terus dikaitkan dalam hal ini.
Dalam nada yang cukup merendah diri, Lash tidak mahu terus bersembunyi daripada rasa yang mencengkam lubuk hatinya.
Namun dia sekali-kali tidak mahu terus menyalahkan mana-mana pihak biarpun ramai yang tahu dia berada di pihak yang benar.
“Dalam lima bulan juga kami rapat. Memang hubungan kami cukup mesra seperti mana yang diketahui umum. Cuma ada satu ketika dia minta time off pada saya. Dua kali dia cakap perkara yang sama dan akhirnya ini yang terjadi.
“Kalau nak kata saya mengongkong dia tak juga. Sebab kami jarang juga berjumpa. Jadual dia macam ni, jadual saya macam tu, jadi masa yang kami ada memang agak terbatas sebenarnya.

“Siapa yang tak rasa kecewa tapi bukan bermakna hidup saya sudah hancur musnah. Ini mungkin ujian buat saya kali ini dan saya sedia hadapinya. Lagi pun masalah ini bukan besar mana kalau nak banding dengan masalah orang lain,” luah Lash mengatur ayat satu persatu.
Sebelum ini Lash menggambarkan Miera sebagai wanita yang cukup matang walaupun masih berusia belasan tahun. Namun persepsi Lash terhadap Miera sedikit berubah apabila berlakunya insiden ini.
Baginya Miera telah membuatkan dia terdiam seketika dengan ‘peralihan’ cinta tanpa memberikan apa-apa alasan yang munasabah.
“Industri ini kecil sahaja. Kalau nak bergaduh kerana hal ini, baik tak payah. Banyak lagi perkara lain yang perlu diutamakan daripada terus meratapi cerita macam ni.
“Famili saya memang cukup terkejut dengan cerita mereka. Apa yang saya boleh buat? Kalau itu pilihan terbaik Miera, saya hormati keputusannya. Rasa kecewa tu ada bila mengenangkan cara Miera putuskan hubungan.
“Cuma saya selalu mahu bertindak profesional. Bila cerita tu keluar, Miera tidak pernah menerangkan apa yang terjadi pada saya. Sama juga dengan Shahz. Ada kata nak jumpa, tapi sampai ke hari ini belum datang.
“Kalau saya boleh profesional dalam hal ini, saya juga mahu mereka profesional. Datang jumpa dan terangkan hal ini. Itu sahaja. Lepas tu apa yang nak jadi pada mereka saya tak kisah,” luahnya kesal.
Lash yang akan membintangi drama bersiri Bicara Hati menafikan yang dia tidak serius dalam hubungan cinta. Tanpa ragu-ragu Lash mengaku dia cukup serius dalam hubungan yang dibina dan seboleh-bolehnya mahu ia berakhir di jenjang pelamin.
“Semua itu dah jadi sejarah. Buat apa nak ungkit lagi kisah-kisah tu. Kepada mereka saya doakan mereka semoga berbahagia dan berkekalan,” luah Lash ringkas.
Alah, kalau macam tulah sikapnya,Joyah fikir, tak ke mana juga cinta si Miera dengan Shahz tu. Kita tengok sajalah nanti ya. Masa tu, kalau Miera cari Lash balik, pandai-pandai sajalah nak pulangkan ‘paku buah keras’ ya.
Sumber: Utusan
No comments:
Post a Comment