aaaaa..... Meh sini aku nak citer sikit.. orang lain sana sini dok citer pegi open house open house open house...haaa...korang ingat aku tak pegi ke...aku pegi lagi laa...open bahagian tau...korang ada??hehehe...
Apa kebenda open bahagian nie paah? Ok meh sini aku nak citer..Kat opis aku nie ada la beberapa kerat bahagian... so ahli2 tiap2 bahagian tu collect2 la duit uat open bahagian...itulah al kisahnya...
Open bahagia kat opis aku nie mula dengan Bahagian Audit Dalam.... diaorang punya bahagian ada 6 orang jer...so diaorang buat nasi tomato ngan buah ngan air jer.. walaupun menu tak banyak tapi keenakkan nasi tu buat aku tak lupa pada rasanya....hehehhe..
Pastu lak Bahagian Kewangan dan Pembangunan.. Bahagian nie ramai anggota kerja so banyak la sikit makanan dia.. Ada nasi tomato, nasi impit, kuih muih dan kek-kek.. wwoohhoooo.... makanan dia sedap2 jugak.. aku makan tart dia sedap sangat...rasa macam nak amik sebalang bawak balik..hahahhaha...
Esoknya lak Bahagian Pasaran dan promosi punya turn.. Ini special skit.. sampai2 ja disambut meriah oleh ahli2 bahagian tu.. ada kameraman/women sana sini.. waahhhh... Ok diaorang takder buat nasi,, Tapi ada laksa, spaghetti, coktail, satay, rojak, lemang, lontong, aiskrim pun ada ok... sedap2 sumer makanan... aku makan smapai sebu perut tau.. bayangkan betapa sedapnya makanan tu...
Lastly hari ni Bahagian Pemuliharaan.. Bahagian nie buat laksa, nasi himpit, ada kuih2, kek2, puding jagung yang sangatlah aku suka.. ada rendang jugak... Pun aku telan sampai kenyang tapi setakat aku menaip nie tak der sebu lagi la..hahahha..
Tq yea korang sumer sebab sudi buat jamuan open open nie... Ish...bukan..bukan... bukan nie je bahagian2 kat ofis aku...ada lagi tapi bahagian yang lain yang mungkin masih belum terbuka pintu hati nak buat open bahagian kowt...hahahahaha (termasuk lah bahagian aku sendiri ok!)
Esok lak ofis punya open ofis...hahahhaah time aku melantak free lagi... so nanti kalau best aku buat satu entry khas...kalau tak jangan harap!
Sila ambil maklum yang gambar takder langsung sebab hawa nafsu aku lagi penting dari amik gambar.
Sekian terima kasih (=
No comments:
Post a Comment