Tuesday, September 27, 2011

Cantik ke korang?

Cantik itu penting tapi tak payah la terlalu nak dipentingkan. Yela aku pelik kadang2 tu ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Memang la bagi sesetengah ok SESETENGAH wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, TAPI tahukah korang sebenarnya bagi lelaki wanita cantik bukan syarat kebahagiaan.

Pada aku la kan sesetengah ok SESETENGAH lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia. Yela kan try fikir logik eh bila sampai saat dan ketikanya pasangannya mula kelihatan hodoh, mesti KOMPOM dia akan berubah perasaan. Tika dan saat itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di- sekelilingnya.Sebab? Sebab dia cintakan kecantikan jer.. Ish.. Sunguh tak ikhlas kan..

So nasihat aku kalau korang sama golongan ngan aku... golongan yang takberapa nak cantik nie kan, tak usah bersusah hati sebab tidak semua lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat berteman yea sayang. Ada...ada lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak asalkan hatinya berkenan, berlandaskan keikhlasan, budi pekerti serta pegangan agama yang mantap. Hiasi diri korang dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk seorang wanita, hiasi juga wajah korang seadanya, sebab itu lumrah wanita kan...(Walaweh ayat aku... tapi betul...)

INGAT jangan la pulak gatai-gatai pergi eksperimen kan muka tu ngan produk tu produk nie abis duit ribu2 juta2..(Ish juta2? Macam melampau jer aku nie!) wajah nanti korang hilang identiti diri.

Hargai diri kerana andalah satu-satunya, tiada duanya dan tiada tiganya, hanya diri anda Kita akan tetap cantik tanpa pujian kecantikan darinya.(susah2 sangat puji jer diri sendirujian orang lain kan..) Korang akan tetap Indah tanpa sanjungan manisnya. Korang akan tetap mempesona tanpa kata-kata pesonanya.

Percayalah...Indahnya dirimu saat kamu nak menjaga dirimu, Cantiknya dirimu saat kamu mahu menghargai keharmonian.

Siap jer aku menaip nie aku pun pegi la kat pakcik GooGleiMage nie.. aku taip la WANITA CANTIK..(Konon nak tau la macam mana wanita CANTIK sangat kan..) Jom kita tengok yang cantik sangat tu kan!!!

HaH!!! Nie gambar 1st yang kuar.. CANTIK la sangat kaannnnnn..

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Yang nie lagi CANTIK!!!!!









Haaaaaaaaaaaa!!!! Korang sanggup ke cantik punya pasal??


Setelah meneliti aku bangga mengatakan aku yang gOmoks nie lagi cantik!!(Kan aku da pesan tadi.. puji jer diri sendiri..hehehehehe..)

p/s: oooooo... pakcik GooGleiMaGe tu mana ada mata nak tau sape cantik ker tak... apa la ko nie paah!!

No comments:

Post a Comment