Friday, September 30, 2011

Apa hubungan Stacy Angie dan Tailor Swift??

Pagi tadi.. naik tren.. dengar MP3.. dengar lagu apa eh? "Kisah dongeng saja...lallalalala"..oh lagu Kisah Dongeng dari Stacy... Macam layan jer kan... dengar la sampai muntah...hehehe Tak la aku dengar dari Taman Jaya samat Ampang Park kira2 1/2 jam perjalanan. Kalau korang muntah tak? Ulang lagu yang sama jer tu. Korang mampu ke buat macam aku?ngeh...ngeh..ngeh..!

Sampai ofis dok terngiang2 lagu kisah dongeng. Tetiba kena karen elektrik dan terus teringat lagu Fairy Tale by Tailor Swift. Bukan Suzuki Swift tu yea! Tanya pakcik gOOgle lirik dia. Eh macam tak de kena mengena dengan lagu Kisah Dongeng tu pun.

Aku nie kenapa sebenarnya? Ntah yang aku tahu sampai saat ni dah hampir 30 buah lagu Taylor Swift yang aku 4Shared! hah!! Korang mampu buat macam aku buat. Sah! Aku dah tak betul! Haishhhhhhhhhh!!! Tapi seyes aku gtau sumer lagu pompuan omputih nie best!

Kesimpulannya lagu Kisah Dongeng oleh Stacy Angie adalah tiada kena mengena dengan Fairy Tale by Tailor Swift ok! Sila amik maklum yang tiada hubungan di antara mereka berdua. (=



Ini adalah TAILOR SWIFT ok..

Ini adalah STACY ok... (=


p/s: Saja la aku taruk gambar diaorang nie kot2 ada yang tak kenal ke kan..

Thursday, September 29, 2011

Berita Duka lagi )':

Mungkin tengah hari tadi aku sangat beremosi bila mengatakan yang aku sangat merindui arwah adik aku.. Ya...aku sangat merindui dia... sangat merasakan kehilangan dia..

Malam nie dalam aku berehat2 aku menerima berita duka.. Saudara jauh aku juga telah kembali kepada penciptanya..Yang Maha Esa.. Sungguh aku sangat terkejut dan yang paling menyayat hati perginya saudara jauh itu juga membawa bersama-sama 2 anak2nya..Kemalangan...

Aku tak tau kalau dulu aku sangat sedih dah terkilan akan kehilangan seorang adik, aku tak dapat membayangkan seorang isteri terpaksa menerima akan kehilangan seorang suami dan pada masa yang sama menggalas nama ibu untuk menerima kehilangan bukan satu tapi dua orang anak dalam sekelip mata...

Buat mak cik.. tabah lah.. Sesungguhnya Tuhan lebih menyayangi mereka... Kuatkan semangat kuatkan hati.. Al-Fatihah buat 3 saudara jauhku )':

Ada aku kisah?!

Perlu ke nak merajuk tu?
Perlu ker nak beremosi tu?
Perlu ker nak tunjuk hebat tu?
Perlu ke nak mogok tu?

Tak mau...tak mau.. malu ngat aih....

oooppppsssssssss.... Dah besar kan... dah hebat kan... fikir2 sendiri dan selamat beramal yea...(walaweh ayat (=...hahahaha)

1 je pesanan penaja: ADA AKU KISAH??? *blllllluuuggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh*

Terima Kasih Norman untuk Abby (=



Meskipun kontroversi yang melanda Norman Hakim dan Memey Suhaiza telah meretakkan rumah tangga antara Norman dan Abby Abadi dua tahun yang lalu, Abby tetap merelakan kedua anaknya, Mohamed Danish dan Marissa Dania menghadiri majlis pernikahan bapa mereka itu yang berlangsung di Johor, Sabtu lalu.


Malah bekas suami Abby turut terkejut dengan keputusannya itu namun tetap terharu dengan keikhlasan Abby yang mengizinkan mereka hadiri di hari bahagianya. Norman juga mengakui tidak tidak terfikir untuk membawa anak-anaknya pada majlis akad nikah tersebut kerana merancang untuk membawa mereka pada majlis resepsi yang akan berlangsung di Kuala Lumpur nanti.


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Abby kerana dia yang menyediakan pakaian untuk dipakai oleh anak-anak pada majlis pernikahan hari ini. Saya tidak terfikir langsung untuk membawa mereka ke sini hari ini tetapi Abby yang cadangkan saya bawa mereka. Malah dia sendiri yang bangun awal pagi sediakan baju yang anak-anak," ujar Norman ketika sidang media sejurus selepas majlis akad nikah selesai.


Di samping itu Norman turut berasa lega kerana hubungan keruh antaranya dan Abby sebelum ini telah beransur baik memandangkan masing-masing sudah dapat menerima ketentuan takdir yang tertulis. Tambah aktor berusia 35 tahun ini, peredaran masa sedikit "Saya lihat hubungan saya dan Abby sekarang ini semakin baik. Peredaran masa membuatkan masing-masing menerima segala yang berlaku. Walaupun kini saya bergelar suami kepada Memey, namun itu tidak bermakna Abby tidak boleh menghubungi saya lagi.


"Saya juga tidak kisah jika Abby ingin berkongsi sebarang masalah dengan saya. Kami memang telah berpisah tetapi hakikatnya kami tetap ada hubungan sebagai ibu dan bapa kepada tiga orang anak kami," akhiri Norman.


Norman dan Abby disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Gombak Timur pada 2008 selepas bercerai buat kali pertama pada 5 Mei 2006. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania,6, dan Maria Danisha,3.


Sumber: Yuhuuuuuuu (=


p/s: Kalau sumer orang sibuk nak share gambar kawin diaorang nie baik aku tak payah shar kan... sebab sama jer sumer.. Tapi bila baca pasal artikel nie rasa nak share jugak sebab dia macam artikel yang baik..hehehehe.. Let gone be by gone (=

Al-Fatihah untukmu sayang )':

Entry ini sedikit mengusik perasaan )=.. maafkan aku..

Pernah tak korang rasa rindu sangat kat sensorang tu.. Tapi korang tak boleh buat apa-apa sebab korang tahu yang korang tak mungkin akan dapat jumpa orang tu lagi.. Segalanya dah berakhir.. Saat korang terlalu merindui dia korang hanya mampun membaca Al-Fatihah buat dia..


Ya!! Saat nie ketika nie aku tak tahu macam mana aku nak cerita yang aku sangat merindui arwah adik aku.. Memang aku tahu aku tak boleh buat apa2 lagi.. Tapi salah aku kah bila aku sangat merindui dia?


Merindui suara dia..
Merindui gurauan dia..
Merindui usikan dia..
Merindui ejekan dia..
Merindui jeritan dia..
Merindui mata dia..
Merindui untuk membelai dia...


Sungguhpun sebelum dia PERGI aku disini dan dia di sana tapi hubungan kami tak pernah terputus.. Paling lama 2 hari aku pasti melepaskan rasa rindu.. Menelefon, bergurau dan mengusik dan ketawa dan ketawa.. Sekarang dia tiada lagi.. Sungguh aku rindukan panggilan 'kak ah gomok" itu.... sungguh... sungguh... Aku rindukan dia.. Sungguh..

Biarlah orang mengatakan aku emosi... lantak lah orang nak kata aku poyo.. aku tak peduli.. nie tentang perasaan aku.. tentang rindu aku.. Tentang kehilangan dalam hidup aku!


Ya Allah.. Kau tabahkanlah hatiku.. Kau kuatkanlah semangatku..


Al-Fatihah untukmu sayang.. Arwah Mohamad Idzhar Arif bin Razali.. Semoga kau sentiasa tenang di sana sayang )':

Alhamdulillah (=

Comelnya kalau aku semuslimah nie.. Percayalah aku bukanlah wanita solehah yang muslimah. Aku wanita yang penuh dengan masalah...


Alhamdulillah... semoga tanggungjawab baru nie akan buat aku menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab (=



Korang: Naik pangkat ker?
Aku: Tak lah... dah dapat keje yang boleh dipanggil keje (=

Berdua Bersatu (=

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu

Kita berdua bersatu


Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

p/s: korang tau tak lagu nie? Aku suka sangat lagu nie. Tu ja nak bagitahu ok! Kalau nak dengar tanya makcik
utube nie eh (=

Wednesday, September 28, 2011

Bermandikan WET TISSUE (=

Ok nie update untuk entry NIE yea sayang2ku (= hehehe... sikit...sikit.. mood datang yea... mood oh mood... Terima kasih sebab sudi datang yea (=

Kisahnya air tak der di Hari Raya ke-2. Itulah alkisahnya... Hehehehe... Kisahnya kan ke raya pertama tu aku dah beraya di umah my MIL so raya ke dua masihlah disana kan.. Di Kg Kuantan gitu.. Kg Kuantan tu kat Kuala Selangor tau bukan kat Kuantan Pahang.

Pagi tu sangatlah nyaman... aku bangun dalam kul 7 macam tu..(Mak aii...bagus punya menantu kan...)terus jer ke dapur nengok mak mentua ngan adik ipar kat dapur... Sambil sembang2 sambil mak mentua aku memasak kan... Aku pun terus patah balik masuk bilik ingat nak mandi tapi niat tu di batalkan sebab hujan pagi tu...SEJUK....... so pegi cuci muka, gosok gigi, cuci tu cuci nie apa-apa yang patut la kan.. Settle mencuci-cuci aku pegi dapur nolong mak mentua aku siapkan sarapan.. Buat air bagai.. Pastu aku terus makan tanpa tunggu orang lain. Aku sangatlah lapar pagi tu..

Dok makan sedap2 kakak ipar aku baru bangun.. hahahahaha... kami memang dimanjakan mak mentua ok.. Sila jangan cemburu.. Lagipun kakak ipar aku tak sihat hari tu.. So ok la kan.. Siap makan aku pun sambung tolong mak mentua aku siapkan makanan dalam dok kukkikukkikukik gelak ketawa riang tu tetiba mak mentua cakap.. "Eh air takder"..aku pun buat tak tau lagi..ketawa2 jer.. Tetiba aik ipar aku cakap "Sampai petang la nie" Terus tetiba tersentak aku dengar.. Nak tau nape?

Sebab aku nak balik perak hari tu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Aku tak mandi lagi!!!!! Cer bayangkan betapa mengelabahnya aku time tu.. Time tu dah pukul 10.. Bas aku kul 2 aku mesti kuar umah kul 12!! Huuuwaaaaaaaa...nak nangis!!!!

Tunggu...tunggu...dan tunggu.. air tak kunjung tiba... yang mr Hubby pulak tau2 jer air takder dia diam2 pegi mandi guna air tabung yang mak mentua aku simpan!Habiskan!! Sampai hatimu sayang.... So korang bayangkanlah..

Tau apa aku buat?? Aku nie pengguna tegar wet tissue! So koleksi wet tissue yang aku guna aku buat lap satu badan! Puas hati. Yang aku tau aku nak balik jumpa mak aku!!hahahahaha... Siap2 jer cantik2 tapi harem tak mandi aku kuar jer... Mak aii...10 biji keta sedara mara MIL aku sampai..hahahahha aku ketawa jer kat kakak ipar aku..

Sebab? Dia kena layan orang dalam keadaan tak mandi dan tak der air... Kesian...kesian.. Aku?? Tetap balik kampung dengan konfidentnya... hahahahha... Anyway TQ to my lovely wet tissue!!!

INILAH WET TISSUE ITU YEA (=

p/s: Ekceli aku memang guna wet tissue nie as my make up removal.... Kebetulan time tu aku bawak 2 paket... Memang macam tau2..

Tuesday, September 27, 2011

Entry Penghargaan (=


Untuk entry ini.. Aku hanya ingin berterima kasih..

Terima kasih buat kamu.. kamu.. dan kamu kerana sudi membaca..


Terima kasih untuk awak..awak...dan awak kerana sudi menyinggah..

Terima kasih untuk SEMUA yang menjadi silent reader..




Kerana...





Tanpa kamu siapalah aku (=

TERIMA KASIH KORANG!!!!!!!!!!!!!!

Ikhlas dari hati...

Maaf tiada hadiah yang mampu aku beri...

Hanya entry ini pengganti diri (=...

Sayang korang ketat-ketat *sigh*


Say no to FACEBOOK!!

Ok mulai hari nie kamu akan jadi port kesayangan aku ok.. Kalau kat ofis pun kita leh jumpa sebab?? Ofis aku tak dengki ngan ko (=. Aku da sedikit bosan dengan Facebook! So cabaran untuk diri sendiri. Mulai saat ini, jam 8.00 malam 27/9/2011 aku deactivatekan akaun facebook aku. So kita lihat sampai bila aku tahan..hahahahaha..

Time tak tahan nanti aku akan update entry ini ok (=

Lagipun FB tu makin tak best. Makin serabut. Dah la xleh repek panjang2 kan kan.. So pas nie repek kat sini jer ekh....(mampukah aku?????? Waaaaaaaaaaaaaaaaa) Tadi pagi da deactivate kejap, dah tu besttpren aku Cik Zila tu macam tau2 jer terus sms tanya mana Fb aku...hahahaha.. dan dengan bongoknya aku cakap ntah xtau.. nanti aku cek..jangan risau tuan puteri akan kembali... SO to Zila kalau da baca entry nie jangan maraaaaaa... love u babeh (=

So malam nie dengan rasminya aku mencabar diri sendiri!! Go dear go!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

WISH ME LUCK (=

Keghairahan melampau! (=

Tuuuu dia tajuk aku... Mesti ramai yang ghairah yang nak baca kan..hehehehe..

Nak tau apa yang ghairahnya??

Sila la baca pengakuan di bawah yea (=


















JAP......................................






















Ghairah sangat korang nie yea!!!


















Pengakuan ikhlas dari tuanpunyabelog (=
Disebabkan kegilaan tuanpunyabelog nie dengan kaler pepel a.k.a ungu so keseluruhan belog ini telahpun ditukar kaler bagi memenuhi nafsu tuanpunyabelog (=... Harap2 pada sesape yang membenci+memangkah+menidaksukai kaler yang aku pilih nie aku tak boleh buat apa la kan. Sendiri punya belog sendiri punya suka lah kan...hehehehe (=

Seriously aku selaku tuanpunyabelog nie sangat suka kaler pepel!!

Takpe kalau bebila aku punya skill dah makin hebat aku akan bagi pilihan kat korang tuk pilih warna yang korang suka. Korang kelik jer dia tukar kan... Disebabkan setakat nie kepakaran tu tak der lagi so terima la apa yang aku buat eh....

Tu jer yang ghairahnya...hahahahaha (= comel la korang nie. Jangan marah eh.

Cantik ke korang?

Cantik itu penting tapi tak payah la terlalu nak dipentingkan. Yela aku pelik kadang2 tu ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Memang la bagi sesetengah ok SESETENGAH wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, TAPI tahukah korang sebenarnya bagi lelaki wanita cantik bukan syarat kebahagiaan.

Pada aku la kan sesetengah ok SESETENGAH lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia. Yela kan try fikir logik eh bila sampai saat dan ketikanya pasangannya mula kelihatan hodoh, mesti KOMPOM dia akan berubah perasaan. Tika dan saat itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di- sekelilingnya.Sebab? Sebab dia cintakan kecantikan jer.. Ish.. Sunguh tak ikhlas kan..

So nasihat aku kalau korang sama golongan ngan aku... golongan yang takberapa nak cantik nie kan, tak usah bersusah hati sebab tidak semua lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat berteman yea sayang. Ada...ada lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak asalkan hatinya berkenan, berlandaskan keikhlasan, budi pekerti serta pegangan agama yang mantap. Hiasi diri korang dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk seorang wanita, hiasi juga wajah korang seadanya, sebab itu lumrah wanita kan...(Walaweh ayat aku... tapi betul...)

INGAT jangan la pulak gatai-gatai pergi eksperimen kan muka tu ngan produk tu produk nie abis duit ribu2 juta2..(Ish juta2? Macam melampau jer aku nie!) wajah nanti korang hilang identiti diri.

Hargai diri kerana andalah satu-satunya, tiada duanya dan tiada tiganya, hanya diri anda Kita akan tetap cantik tanpa pujian kecantikan darinya.(susah2 sangat puji jer diri sendirujian orang lain kan..) Korang akan tetap Indah tanpa sanjungan manisnya. Korang akan tetap mempesona tanpa kata-kata pesonanya.

Percayalah...Indahnya dirimu saat kamu nak menjaga dirimu, Cantiknya dirimu saat kamu mahu menghargai keharmonian.

Siap jer aku menaip nie aku pun pegi la kat pakcik GooGleiMage nie.. aku taip la WANITA CANTIK..(Konon nak tau la macam mana wanita CANTIK sangat kan..) Jom kita tengok yang cantik sangat tu kan!!!

HaH!!! Nie gambar 1st yang kuar.. CANTIK la sangat kaannnnnn..

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Yang nie lagi CANTIK!!!!!









Haaaaaaaaaaaa!!!! Korang sanggup ke cantik punya pasal??


Setelah meneliti aku bangga mengatakan aku yang gOmoks nie lagi cantik!!(Kan aku da pesan tadi.. puji jer diri sendiri..hehehehehe..)

p/s: oooooo... pakcik GooGleiMaGe tu mana ada mata nak tau sape cantik ker tak... apa la ko nie paah!!