Tuesday, October 2, 2012

Surat Buat Ipar Duai dan Biras Beras ku

Assalamualaikum.. Ke hadapan abg mie, kak nadiah, dayang, imas dan khairul..

Buat semua ipar duai biras beras yang ah sayang..

Ah tak mampu nak bagi hadiah mewah-mewah kat korang semua..
Ah tak pandai nak pura-pura amik hati korang semua..
Ah tak reti berpura-pura bila kat depan korang semua..
Percayalah..apa yang korang nampak..
Itulah ah. Diri ah yang tak pernah berpura-pura.
Ah tau ah selalu macam hati kering, tapi memang ah hati kering pun..

Buat semua ipar duai biras beras ah..  

#Terima kasih sebab sudi terima ah seadanya..

Satu2nya abg ipar n kakak ipar biras *loveuboth*
#Terima kasih sebab sentiasa ada untuk ketawa bersama ah..

Kakak ipar yang sangat sekepala *selalurindunakgelakkuatkuat*
#Terima kasih sebab sudi terima ah sebagai separuh dari hidup kamu semua..
#Terima kasih sebab menjadi abang ipar, kakak ipar, adik ipar dan biras yang sempurna di mata ah.

Imas dan Krul yang sentiasa aku kerjakan si comel diaorang *loveuguys!*
#Terima kasih sebab sentiasa izinkan ah berkongsi kasih sayang ah pada anak2 kamu semua..
#Terima kasih sebab lahirkan anak2 yang sangat comel untuk ah kerjakan..
Anak saudara yang dah anak dara *makincantiksayangmaklang!*
#Terima kasih sebab sentiasa faham ah yang sangat pemalas ini..

Lagi anak sedara yang gila macam mak sedara *korangmemangtaklehblah*
#Terima kasih sebab menjadi adik beradik yang sangat sederhana untuk zaki..
#Terima kasih untuk sentiasa menghormati mak abah opah dan adik-adik yang lain.

My sayang aqish ngan bambam *mummysayangkorangtaw!*
#Terima kasih untuk sentiasa ada disisi untuk membantu bila ah susah..
#Terima kasih kerana sentiasa sudi berkongsi suka duka dengan ah..

jantung hati nie! *mummyrindurayyanselaluu*
#Terima kasih sebab sudi jadi abang, kakak, adik, kawan, penasihat, pendengar dan segalanya..
#Terima kasih..terima kasih.. dan terima kasih..

Buat semua ipar duai biras beras ah..  

Hanya ucapan terima kasih yang mampu ah tuturkan untuk korang semua..
Ah sedar, ah bukanlah insan sempurna tapi percayalah kamu semua sentiasa sempurna di mata ah! 

~Terima kasih Allah sebab Kau kurniakan aku ipar duai dan biras yang sangat istimewa untuk aku~

Dan buat dua orang lagi yang telah kak ah terima dengan sepenuh hati sebagai bakal adik ipar.. terima kasih jugak sebab selalu layan kak ah yang tak berapa nak betul nie. kak ah doakan semoga jodoh korang ngan adik-adik kak ah kekal. Sesungguhnya korang pun ada tempat yang istimewa di hati kak ah ini.

Semoga cepat jadi officially adik kak ah yea sayang *garangnie*
Sekian, 
salam kasih sayang dari Ah 
LoVe 02102012

p/s: Ya kami semua adalah ipar duai biras yang muda mudi.. Sesungguhnya setakat nie yang paling tua abag ipar aku 32 tahun. Yup aku tak de ipar duai yang berumur 40an. Mungkin sebab tu pada aku semua boleh masuk air dengan aku.
 

3 comments: