Tuesday, October 16, 2012

Cerita kursus komunikasi interpersonal

 
 Yup tarikh adalah salah.kan aku ada masalah ngan nombor. biar la!

Sila paham entry nie agak panjang sebab aku nak buat sekali harung.
malas la katakan.

Hari jumaat tu da gerak..
dari opis sharp kul 8 ijam bawak aku mai ngan kak eja pegi angkasaraya eh angkasapuri.
so dalam 830 dah sampai..
sebab awal lagi pegi la makan..
tetengah makan sampai si nadia.
so dari kl kami 4 orang dari pkkm, dah dekat kul 9 gerak pegi kat surau muhammadiah tu..
sampai je orang dah ramai..
kira masa naik tu bas da penuh la..
ada la orang muda dan makcik2 yang tak berapa muda. ok xpe aku tak kisah.

naik bas. memula aku duk ngan nadia tu,
sampai sekerat jalan aku pindah duk belakang,
aku kan XS so aku perlukan ruang,wahahahahaa....
TAPI sampai pagoh amik si tua semah tu... harusla duk ngan aku.
hahahaha...bygkan si debab dua ekor dok skali..
tapi tak pe, sebab dah macam 40 tahun tak jumpa kteorang sembang sampai KSL. 2 jam tak benti ok!

dua ekor gemok cakap 2 jam tak benti

Menunggu masa nak check in

mak cik-mak cik nie pun peserta...cian diaorang mesti penat.


taklimat

sila cari kami di tingkat 13 yea

our slot card

sampai KSL nafsu serakah nak shopping aku tetiba membuak.
gila kaw dalam mall kan otel tu.
so tunggu jap dalam 20 minit urusetia datang check in, then taklimat skit trus boleh masuk bilik..
yyiiiipppiii!!! aku harusla sebilik ngan si semah tu.
owh tenkiu kak ko bagi aku dok katil queen ko duduk katil single tu..
aku kan adik...so layak dapat layanan lebih..hhahahaha..

dalam bilik jadi perak batak jap..
pastu cecepat kuar mall TAPI mall dia buat nafsu aku hilang.
sebab pening cari jalan. pusing2 tempat sama.
so aku fedup. Cuma sempat rembat 1 blouse ngan 1 dress saja.
ok.meh aku buat kesimpulan keseluruhan, senang!

KURSUS
Penceramah - Dr. Hj. Ridzuan Mohd Sagir dari Impact Learning Resources Sdn Bhd.(dia kata dia ayah ainan tasneem ok. tapi aku cakap kat semah aku tak caya. sebab?ntah.wahahahaha)
Topik -  Komunikasi, body language, interpersonal skills dan ada a few lagi yang aku tak ingat.(aku ingat la apa dia ajar cuma aku xreti nak cite kat sini!)
Dewan kursus - ok2 jer..sebab aku lagi prefer kalau meja tu ada lapik kain supaya kaki aku boleh terkangkang kangkang..hahahaha...so terpaksa sopan.(eh jangan tak tau depan dewan ada swimming pool ok.)
Aku tak tipu! memang ada pool taw!
 *Not bad*
Keseluruhan - sangat menepati apa yang aku harapkan, kursus yang langsung tak bosan. asyik buat aku ketawa berdekah-dekah, mesej yang dia ajar sampai dekat aku. Pesan Dr. "Dalam komunikasi kalau nak berkesan, kita pastikan kita sama ngan orang tu" weeeeeeeeeeee....bukan kursus yang buat aku rasa bengkak punggung aku sebab duduk bertapa je. Overall aku bagi 4/5. 

cumanya aku tak puas ati ngan urursetia (amboi dah pandai komplen ko pompuan!).. cakap JEANS TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. ok fine. tapi kenapa urusetia pun bantai pakai jeans. ko formal la sekali. dah tu ada peserta yang pakai jeans, tshirt ngan sliper ko boleh tengok je.. ekceli nie bukan first time urusetia buat macam nie, dulu masa kursus setiausaha pun macam tu, boleh pulak peserta datang kelas malam pakai tshirt ngan track suit. kemonnn...etika kan. kalau dah cakap tak boleh, means xboleh la.. Imej ok imej! dah la malas lelebey kang cakap aku emo lak. just teguran membina dari aku yang hina dina. Tapi petang hari ke dua tu memang semua di minta pakai seluar, so penceramah kata jeans boleh, kalau macam tu lain cite la kan.....

ok sambung lagi.

PENGINAPAN / PENGANGKUTAN
Bilik kami
Aku berpuas hati. Dari segala sudut la, iron pun diaorang tak kedekut, malam pertama aku amik, sampai balik dia tak amik balik.good. bantal banyak. i like. ekon tak menyusahkan aku. lighting good. sume good la dipandangan aku. untuk pengangkutan masa pegi hampeh! masa balik wallah!! sebab naik bas dua tingkat yang sangat luasssssssssssss..... hahahahah...sian korang2 yang duk atas kepeningan kan..hakhakhakhak...i selesa u!
Dapat katil besar!!yipppiii!!
Ko teringat biey yea kak..hahahaha

 Anda lapar???pesan saja!

 
Toilet! puas hati. toilet bowl pun ada paip.kalu setengah otel tu jenuhnya hai kalau nak beyak!

Toiletries - complete!

Semah sawan

 Fridge

 Bersiaran dari atas katil
 
 Selesa!
MAKANAN
Superb! aku sangat puas hati. makan sampai kenyang, sangat puas hati, pilihan makanan yang buat nafsu serakah makan aku pulak yang sentiasa membuak-buak.ada seafood, ada bakar2, ada salad2, ada buah2, ada dessert2..wallllaaaaaaaahhhh...aku makan sampai sengkak perut. Pedulik la orang kata apa. makan free. ko malu ko lapar.wakakaka..
 Makanannnnn....
Alhamdulillah..rezekiMu Ya Allah..
Sedap oii!!
 
Buah!
 
Sentiasa ada
PESERTA
Ok semua. tapi takde la samapai leh comolot dah...kenal gitu2 je...u senyum i senyum. u jeling i lagi jeling! aku tak de masalah pun ngan sesapa. tapi most of the time aku ngan semah of course. cuma bila aktiviti kumpulan kiteorang pecah. tapi pantang ada masa terluag mesti bercantum. kalah pasangan bercinta ok.wahahahahaha..
Gambar aku ngan semah je ada. gambar orang lain aku tak amik. nanti penat aku nak ingat nama.

Ok la...tu je nak cite. cukup la kot. panjang sangat dah nie. meh aku bagi nengok gambar aku sikit bagi korang muntah hijaw.

 
 Malam pertama
 
 
 Petang ke dua

Ok tu je gambar ngan cite yang aku ada.
Penat taip weh!
dah.

2 comments:

  1. Uuuhhh!

    Uncle pantang tengok pool tu...

    sure nak terjon!

    ReplyDelete
    Replies
    1. uncle: kalau ikut hati memang geram pun..tapi kang pening lalat nengok farah dalam tu...wahahaha...

      Delete