Monday, October 22, 2012

Doa kami

Pagi nie dengar announcement.. mak mertua dengan bapa mertua ofismate meninggal dunia.. yang syahdunya.. ibu mertua tu meninggal hari jumaat malam, lepas 3 hari hari, iaitu pagi nie, bapa mertua dia pergi di jemput Pencipta pulak....aku yang dengar announcement tu terus macam............. cemburunya aku.. kejap je diaorang berpisah.. pastu sama-sama di jemput Pencipta..

* Al - Fatihah untuk mereka berdua.. Al- Fatihah untuk adik yang sentiasa aku sayang Mohamad Idzhar Ariff*

Terus aku doa dalam hati cepat-cepat, andai satu hari Dia nak panggil suami aku pergi dulu, panggil lah aku sekali.. sebab aku memang tak tau macam mana nak hidup kalau dia takde..Dan andai Dia nak jemput aku dulu, panjangkanlah usia suami aku.. 

sejak dari kiteorang kenal 8 tahun lepas, memang aku tak de orang lain. apa2 nak buat memang aku bergantung dengan dia. mana-mana nak pergi selalunya mesti dia bawak aku. hujan panas ribut petir dia sanggup redah amik aku balik keje. aku ingat lagi masa keje dekat jalan pudu dulu.. aku memang bangang giler tak berani nak naik tren, merengek2 suruh dia hantar dan amik aku balik keje.. dia pun redhakan je..layankan je ketermegadaan aku. sampai la sekarang, walau dah pandai sikit, aku tetap mengada2..kalau nak beli barang rumah memang aku tak pegi sendiri. habis barang rumah pun habis la aku tak pedulik. aku sanggup tapau makan hari2 dari aku kena pegi beli barang sensorang.

Walau aku suka buli suami aku dia la yang selalu sabar ngan aku.bila aku merengek2 tengah malam sebab nyamuk gigit kaki. malas nak tarik selimut aku sanggup nangis2 suh dia selimutkan aku, bila aku senggugut dia dah sedia bakarkan tungku aku walau dulu masa dok bujang reti je tido diam2, bila aku jarang bangun siapkan bekpes sebab malas aku terus siapkan makan tengahhari dia tak penah merungut. bila selalu kalau jenjalan aku tak penah nak carry henbeg aku sendiri sebab sumer aku campak kat bahu dia, walau bila dia bangun tengah malam cakap lapar aku jeling2 dia sambil masak, bila dia suh aku buat air panas aku bagi air kosong, bila aku paksa dia suh balik umah cepat tak payah OT sebab aku sunyi dok umah, bila aku suka sms "malam nie tak payah balik pun tak pe" sebab dia kuar lepak ngan kengkawan, bila aku bebel2 sebab dia tanak layan korea ngan aku, bila aku boleh tido ngan senang lenang bila dia dok menyapu mengemop lantai...sungguh dia sangat manjakan aku..

Dia la syurga aku. dia la kekasih aku. dia la sahabat aku. dia la siang malam aku. dia la pembimbing aku.

Walau dia tak romantik.walau dia selalu terus terang bila bercakap. walau dia selalunya tak respon bila aku cakap. walau dia kaki game. walau dia kadang2 blur. walau dia tak pernah langsung tinggi suara dengan aku selama 8 tahun kami kenal, walau aku pernah lukakan hati dia, walau aku pernah tengking2 dia, walau dia suka cite pasal iluminiti,walau aku selalu suruh dia senyap bila dia start nak bercerita, walau aku selalu buat2 tidor bila dia suruh bangun pagi..walu dia tak penah ingat besday aku..walau..walau...walau.. dan walau.... dia la satu-satunya..selamanya..yang aku sayang yang aku cinta.

Untuk abang yang selalu curi2 baca entry ayg nie, terima kasih sebab sudi terima ayg, baik buruk, wangi busuk, kurus gemuk, cantik buruk..abg terima ayg seadanya...terima kasih sayang.

*Doakan kami bahagia sampai Jannah*

Eh teremo lak entry nie.. tak pe la sekali sekala kan.. oh my mr hubby i love u so much!!
 

4 comments:

  1. NAPE TAK STORY bahasa ompuitih... sure lagi touching... aku setat dok bca bhasa opmuitih hg,.. x reti baca dlm bhasa melayu dah...
    By the wy... Sob3... jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. entry panjang tak leh uat dalam omputih. xreti.hahahaha.. hg nie baca entry aku jab sob2.ceh.

      Delete
  2. dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali....

    ReplyDelete