Saturday, October 27, 2012

Doa Memulakan Perjalanan

Selagi aku tak update blog nie mengatakan aku selamat kembali korang doa2kanlah keselamatan kami pergi dan kembali yea.. tQ

So meh aku share sikit2 doa yang boleh di amalkan bila nak memulakan perjalanan..

Doa memulakan perjalanan
 Doa menaiki kenderaan


Selain ayat2 kat atas ada lagi amalan lain.. Ayat-ayat amalan itu ialah;

1. Mulakan membaca Ayat Qursi - 1x
2. Hasbunallahu wa ni'mal wakiil wala hawla wala quwwata illa billahialiyyil 'adzim - 3x
3. Bismillahilladzi laa yadhuru ma'asmihi syai un fil ardhi walafissama' , wahuwas sami ul 'aliimm. - 3x
4. "Ya Allah aku berlindung denganMu dari segala musibah dan selamatkanlah perjalananku (sekeluarga)  
   dari segala musibah yang tidak diingini, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Pelindung"
5. Allahu Akbar - 3x
6. Selawat ke atas Nabi.
7. Doa naik kenderaan (Subhanallazi....hingga Kalibun)

Kesemuanya dibaca didalam hati/bibir mulut sahaja.(Kredit Info)

Dan satu lagi (Kredit Info)
1. Sebelum memulakan perjalanan.

Sebelum keluar dari rumah, baca "Bismillahirohmanirohim" di ikuti dengan"Al-Fatihah" (1x) dan melangkah kaki kanan dahulu dan baca doa ini:


"Bismillahi tawakkal'allahi lakhaulawala khuwattailla billahi"

Maksudnya:

"Dengan nama Allah aku menyerahkan diri ku kepada Allah, tiada ada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah."

2. Apabila Menaiki Kenderaan Darat.

Baca doa naik kenderaan supaya selamat sampai ke destinasi. Baca 1x.


"Subhanallazi shahorolana hazaa wamakunna lahu muqrininna wainnaila robbanaa lamunkholibun"

Maksudnya:

"Maha Suci Allah yang memudahkan ini bagi kami dan tiadalah kami berkuasa mempergunakannya tidak kerana kurnia-Mu. Sesungguhnya kami akan kembali kepada kepada Tuhan kami."

3. Semasa Dalam Perjalanan Di dalam Kenderaan.

Baca Ayatul Kursi sebanyak 1/3/7. Allah SWT akan melindungi hambaNya dari segala sesuatu dari perkara-perkara yang tidak diingini



Maksudnya:

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia , Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafa'at (pertolongan) disisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedangkan mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah menghendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)."

4. Apabila Singgah Untuk Makan Diwarung atau Gerai Tepi Jalan.

Untuk elak santau, makanan beracun "food poisoning". Bacalah doa ini sebanyak (7) tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.


"Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul ‘Alim".

Maksudnya:
"Dengan nama Allah, yang tidak memberi mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

5. Untuk Elak Disihir (Doa Benteng Sihir).

Semasa berada jauh ditempat orang, selalu kena beringat. Ada yang baik kepada kita, tetapi ada yang mengambil kesempatan keatas kita dengan sihir. Jika mengembara dan merantau di luar negara terutama di negara diseberang. Memang cukup banyak sihir. Berbagai jenis sihir yang tak pernah kita bayangkan sebelum ini. Elok baca doa ini dan dijadikan zikir:


"Innarobbi a'lakulli shaiin hafid"
Maksudnya:
"Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pemelihara segala sesuatu." (Dari sebahagian ayat dibaris hujung Dari Surah Hud, Ayat 57).

Dan doa ini juga baik dibaca selalu:


"Wa hifthom min kulli shaitho nimmarid"Maksudnya:

"Dan telah memeliharanya (sebenar-benarnya) dari setiap syaitan yang sangat durhaka."

InsyaAllah, amalkan doa-doa yang mudah ini semuga perjalanan jauh bagi orang-orang yang suka pergi merantau dan mengembara ke luar atau dalam negeri sentiasa selamat dan dipelihara Allah SWT.

Harap2 info nie boleh bantu kita semua..

Friday, October 26, 2012

Mula perjalanan

*Mungkin time korang baca nie aku dah selamat menlanding..kihkihkih*

ok...kenapa aku ada masa nak citer pasal perjalanan mula nie kan.. ekceli flight 27/10/2012 jam 7.25am.. so disebabkan tarikh tu adalah sehari selepas Hari Raya Haji makanya kami buat keputusan tuk pura2 lupakan kewujudan hari raya haji nie *tapi tak mampu ok!*

So masa awal2 tu mr hubby da sound mungkin takde orang yang nak tolong antar kita pepagi buta sebab sehari lepas raya kan.. xpe la kami redho nak berkampung kat LCCT ataupun kat KL Sentral. So bila keputusan dah dibuat aku pun gigih la cari info mana nak menepek sementara nak check in kan... cari punya cari punya cari setujulah kami laki bini...

konon2nya perjalanan macam nie:

8.30pm amik cab pegi KL Sentral :
1st choice cari budget otel kat Bangsar - aku reject sebab malas jalan.
2nd choice terus g LCCT lepak sana.

Amik ERL ataupun 10.00pm amik Skybus pegi LCCT - 1115pm dijangka sampai.
1st choice pegi Tune Hotel = RM168per person tu belum di nak cas ekon towel segalabagai - Reject
2nd choice = Mr Hubby sediakan peha untuk aku tido sebab tido sangat penting utk aku - Reject 
3rd choice = Dok kat Plaza Premium Lounge yang LCCT sediakan tapi bayo la - ok dua2 senyum setuju tangan pun dah gatai2 nak book online. aku memang kaki online dan aku boleh beli apa saja dengan online.hahahha..

Kenapa aku ala-ala belagak nak dok situ?? aku boleh je nak menepek tido memana.. Zila ko ingat mana kita penah tido satu masa dulu???whahahahaha... cumanya kami mengenangkan flight awal pagi..sampai mesti pagi.. otel kul 2pm baru leh check in.. penat la nanti... tak sanggup aku..lagi pun facilities dia ok..tengok nie janji dia padaku:

Refresh your mind and body at the Plaza Premium Lounge which is located at the International Departure Hall. It is well-equipped with the following services and facilities: 

• Basic business facilities such as telephone, fax machine and computer
• Internet access
• Massage services
• Shower room
• Snacks and beverages
• Televisions viewing

Apalagi mau??bukan selalu pun..kalu selalu memang kena kayu la jawabnyakan..Lagipun mr Hubby yang nak bayo aku pedulik apa...wakakakaka...tQ sayang!

So, di hari raya yang indah tu macam orang gila la kami laki bini. sebab malam sebelum tu dah clearkan fridge. lauk sekor haram takde. So makan megi di hari raya!mampu?? xpe. pastu siap2 pack baju. lepak nengok korea. Dalam kul 4 kuar gi Amcorp lak nak cari barang skit lagi. Aku siap beli novel konon takut bosan.hahahaah..Kul 6 kocoh2 balik siap2 nak gi KL Sentral. Tetiba kawan mr Hubby yang sangatlah baik mengoffer untuk hantar kami kul 3pagi..bayangkannnn...aku dah siap lawa2 pulak tu...mr Hubby pun setuju since takde apa2 yang di book so tidurlah di rumah semalaman lagi.. Alhamdulillah...jimat duit (; tima kasih pet!!

Inilah sebabnya aku ada masa nak mengblog lagi memalam nie..mata takmao tido weh...rasa dah duk dalam laut nie!!Yipppiii!!!!!!!!!!!!!!

AirAsia - Free Seat

Dia datang lagi lahai..Malangnya aku tak sempat la nak berkejaran sebab sibuk nak bercuti.. so sesape yang sanggup tu di persilakan lah yea..


So kalau ada sesape berminat jangan lupa serbu website AIRASIA okeh!!

good luck!!

Doakan kami

Tuan tanah nak pegi berlibur lara..
Doakan kami selamat pergi selamat kembali

Salam Aidiladha

Kalau korang hati tak cukup kental, sila jangan cari pasangan yang jauh.

So aku cukup kental kononnya tapi nangis gak pepagi masa cal mak ngan mak mentua.

ok tu je nak gtau.

SALAM AIDILADHA!

Monday, October 22, 2012

Doa kami

Pagi nie dengar announcement.. mak mertua dengan bapa mertua ofismate meninggal dunia.. yang syahdunya.. ibu mertua tu meninggal hari jumaat malam, lepas 3 hari hari, iaitu pagi nie, bapa mertua dia pergi di jemput Pencipta pulak....aku yang dengar announcement tu terus macam............. cemburunya aku.. kejap je diaorang berpisah.. pastu sama-sama di jemput Pencipta..

* Al - Fatihah untuk mereka berdua.. Al- Fatihah untuk adik yang sentiasa aku sayang Mohamad Idzhar Ariff*

Terus aku doa dalam hati cepat-cepat, andai satu hari Dia nak panggil suami aku pergi dulu, panggil lah aku sekali.. sebab aku memang tak tau macam mana nak hidup kalau dia takde..Dan andai Dia nak jemput aku dulu, panjangkanlah usia suami aku.. 

sejak dari kiteorang kenal 8 tahun lepas, memang aku tak de orang lain. apa2 nak buat memang aku bergantung dengan dia. mana-mana nak pergi selalunya mesti dia bawak aku. hujan panas ribut petir dia sanggup redah amik aku balik keje. aku ingat lagi masa keje dekat jalan pudu dulu.. aku memang bangang giler tak berani nak naik tren, merengek2 suruh dia hantar dan amik aku balik keje.. dia pun redhakan je..layankan je ketermegadaan aku. sampai la sekarang, walau dah pandai sikit, aku tetap mengada2..kalau nak beli barang rumah memang aku tak pegi sendiri. habis barang rumah pun habis la aku tak pedulik. aku sanggup tapau makan hari2 dari aku kena pegi beli barang sensorang.

Walau aku suka buli suami aku dia la yang selalu sabar ngan aku.bila aku merengek2 tengah malam sebab nyamuk gigit kaki. malas nak tarik selimut aku sanggup nangis2 suh dia selimutkan aku, bila aku senggugut dia dah sedia bakarkan tungku aku walau dulu masa dok bujang reti je tido diam2, bila aku jarang bangun siapkan bekpes sebab malas aku terus siapkan makan tengahhari dia tak penah merungut. bila selalu kalau jenjalan aku tak penah nak carry henbeg aku sendiri sebab sumer aku campak kat bahu dia, walau bila dia bangun tengah malam cakap lapar aku jeling2 dia sambil masak, bila dia suh aku buat air panas aku bagi air kosong, bila aku paksa dia suh balik umah cepat tak payah OT sebab aku sunyi dok umah, bila aku suka sms "malam nie tak payah balik pun tak pe" sebab dia kuar lepak ngan kengkawan, bila aku bebel2 sebab dia tanak layan korea ngan aku, bila aku boleh tido ngan senang lenang bila dia dok menyapu mengemop lantai...sungguh dia sangat manjakan aku..

Dia la syurga aku. dia la kekasih aku. dia la sahabat aku. dia la siang malam aku. dia la pembimbing aku.

Walau dia tak romantik.walau dia selalu terus terang bila bercakap. walau dia selalunya tak respon bila aku cakap. walau dia kaki game. walau dia kadang2 blur. walau dia tak pernah langsung tinggi suara dengan aku selama 8 tahun kami kenal, walau aku pernah lukakan hati dia, walau aku pernah tengking2 dia, walau dia suka cite pasal iluminiti,walau aku selalu suruh dia senyap bila dia start nak bercerita, walau aku selalu buat2 tidor bila dia suruh bangun pagi..walu dia tak penah ingat besday aku..walau..walau...walau.. dan walau.... dia la satu-satunya..selamanya..yang aku sayang yang aku cinta.

Untuk abang yang selalu curi2 baca entry ayg nie, terima kasih sebab sudi terima ayg, baik buruk, wangi busuk, kurus gemuk, cantik buruk..abg terima ayg seadanya...terima kasih sayang.

*Doakan kami bahagia sampai Jannah*

Eh teremo lak entry nie.. tak pe la sekali sekala kan.. oh my mr hubby i love u so much!!
 

HATE

SERIOUSLY! i hate this kind of people! annoying! who do you think you are? is it too good when you got a title?well its not a BIG title anyway...............

Go to HELL then u can bring your title i guess!
and you!! hey you!! you should start to understanding what karma is!
one day when its come to your turn for karma, then you know how your title can help you!

i hate you!

Till then.
HATE *susayangzaki*

Friday, October 19, 2012

HEBAHAN: Pertandingan Fotografi

Hebahan! Hebahan! Hebahan!

ok memandangkan aku nak bercuti masa promosi nanti, bos tak kasi chance tuk aku dok lepak kangkang kangkang kaki. dia kata mesti buat sebelum cuti, sampai ati ko bos buat i cenggini. dah la dalam mud nak cuti. manada mood nak buat keje kan. hahahaha. ok alasan bodoh. tak diterima.

makanya buatla aku.. bukan susah pun, saja mengada kuda nak menjawab malas buat keje kan.. edit2 borang lama sikit, buat hebahan sikit, buat surat sikit, tu pon teamwork. bukan sensorang. tak mati pun kan. so dah siap segalanya makanya aku perlu jugak bertanggungjawab keatasnya. Ok maklumatnya macam nie,
 
Kraftangan Malaysia akan menganjurkan satu pertandingan fotografi bersempena Promosi Kraf Inspirasi Alam. Pertandingan yang bertemakan "Seni Kreatif Inspirasi Alam" ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia KECUALI anggota kerja Kraftangan Malaysia. Pertandingan akan diadakan pada 04 November 2012 (Ahad) jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.Sila layari http://www.kraftangan.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

Eh! hadiah lumayan ok. menang dapat RM 1,000, tempat ke dua RM 700 ketiga RM 500, saguhati 3 orang dapat RM 100. apa lagi jom la masuk ramai2. gambar apa nak amik? amik gambar bangunan atau lanskap yang ada kat kraftangan nie... banyak aihh...jangan risau...tak terlarat kang korang nak amik gambar.

ok. tu je nak hebah.

Thursday, October 18, 2012

Durian Crepe

Pernah dengar? Pernah makan? Pernah rasa? Aku memula tak tau jugak apa benda durian crepe nie.. tapi macam orang selalu kata tak kenal makan tak cinta.. so kelmarin my lovely kak N wassup tanya nak durian crepe tak.. aku yang tak tau pape nie terus tanya durian crepe tu apa.. dia kata gOOgle... hahahahah..pak cik google...oh pakcik google.. ko memang banyak ilmu. pas gOOgle, Kak N pun anta gak gambar kat aku.. ooooooooooooo...aku penah tengok gambar kuih nie... tapi aku taktau nama dia.. ok..sebab dia berasaskan durian, so aku pun setuju la nak beli.. semalam sampai la durian crepe tu.. weeeeeeeeeeeeee.... aku dah rasa... sedap ok.. mabeles gilos rasa dia... durian.. lemak.. manis.... tersenyum senyum kambing aku makan durian crepe nie taw.. Nah aku bagi korang tengok gambar dia eh.. 

Sang durian crepe
geramnya!!

gigitan pertama!

Gigitan ke dua


Sorry la korang yea.. gigitan seterusnya dah tak lalu nak amik gambar...nafsu menguasai keadaan...
Kalau korang rajin masak, buat sendiri, nah aku bagi link resepi dia.. MASAM MANIS. korang tengok la isi doyan yang terjuntai tu...tak geram ke weyh!!!

*till then, love from us*susayangzaki**

Pack day

Hi peeps!! 
Yup, quite busy today.. DSS in the house.. as usual, he manage an appointment, then i have to look out for his people. Some in here some in there.. 

Owh today i met Dato' Mohamed Izat Emir.. waaa...who is he? He is one of the Muslim entrepreneur that success nowadays.. He own his company named Emir Holdings Sdn Bhd. In person, he is such a humble and proactive person. 

A little bit about him, EMIR ENTERPRISES SDN BHD, incorporated in 1968, took full advantage of the rapid economic development of the country. Started from a humble beginning, EMIR ENTERPRISES SDN BHD obtained exclusive agency representation from reputed manufacturers of the equipment and parts industry. The areas of business include construction, building materials, engineering industries and various elite projects. EMIR ENTERPRISES SDN BHD involvement ranges from the client to contractors and sub-contractors, and involvement through direct, made possible with the state of the art technology transfer in joint ventures and privatisation exercises. 

See... owhh how i respect this kind of person. Malay man! Insyaallah one day, its gonna be me! ahaksss!!!

That's it.
till then, 
love*susayangzaki*

Wednesday, October 17, 2012

Masih mencuba

dok mengkodek bendalah nie memang leka..
xpe...xpe kuatkan semangat.
yang pasti aku tak puas hati lagi.
NOTED *till then, love from us*susayangzaki**

Yeay!!

New look!
changing my header, changing my theme, changing my purple!
no more purple..
boring with it.
now using some nude colour.

Love it?
hate it?

i don't care.
i love it.

till then,
love*susayangzaki*

Salah siapa?

Korang tengok gambar atas ngan bawah nie.
aku yang salah faham ke? benda nie dah di salah eja? 
kalau aku salah ampun kan daku.
kalau benda nie yang salah, silalah teksi2 di sekitar kl nie tukar mendalah nie. malu eh.

p/s: Bukan sengaja cari salah orang, cumanya stress tiap kali baca bila naik teksi.

Tuesday, October 16, 2012

Cerita kursus komunikasi interpersonal

 
 Yup tarikh adalah salah.kan aku ada masalah ngan nombor. biar la!

Sila paham entry nie agak panjang sebab aku nak buat sekali harung.
malas la katakan.

Hari jumaat tu da gerak..
dari opis sharp kul 8 ijam bawak aku mai ngan kak eja pegi angkasaraya eh angkasapuri.
so dalam 830 dah sampai..
sebab awal lagi pegi la makan..
tetengah makan sampai si nadia.
so dari kl kami 4 orang dari pkkm, dah dekat kul 9 gerak pegi kat surau muhammadiah tu..
sampai je orang dah ramai..
kira masa naik tu bas da penuh la..
ada la orang muda dan makcik2 yang tak berapa muda. ok xpe aku tak kisah.

naik bas. memula aku duk ngan nadia tu,
sampai sekerat jalan aku pindah duk belakang,
aku kan XS so aku perlukan ruang,wahahahahaa....
TAPI sampai pagoh amik si tua semah tu... harusla duk ngan aku.
hahahaha...bygkan si debab dua ekor dok skali..
tapi tak pe, sebab dah macam 40 tahun tak jumpa kteorang sembang sampai KSL. 2 jam tak benti ok!

dua ekor gemok cakap 2 jam tak benti

Menunggu masa nak check in

mak cik-mak cik nie pun peserta...cian diaorang mesti penat.


taklimat

sila cari kami di tingkat 13 yea

our slot card

sampai KSL nafsu serakah nak shopping aku tetiba membuak.
gila kaw dalam mall kan otel tu.
so tunggu jap dalam 20 minit urusetia datang check in, then taklimat skit trus boleh masuk bilik..
yyiiiipppiii!!! aku harusla sebilik ngan si semah tu.
owh tenkiu kak ko bagi aku dok katil queen ko duduk katil single tu..
aku kan adik...so layak dapat layanan lebih..hhahahaha..

dalam bilik jadi perak batak jap..
pastu cecepat kuar mall TAPI mall dia buat nafsu aku hilang.
sebab pening cari jalan. pusing2 tempat sama.
so aku fedup. Cuma sempat rembat 1 blouse ngan 1 dress saja.
ok.meh aku buat kesimpulan keseluruhan, senang!

KURSUS
Penceramah - Dr. Hj. Ridzuan Mohd Sagir dari Impact Learning Resources Sdn Bhd.(dia kata dia ayah ainan tasneem ok. tapi aku cakap kat semah aku tak caya. sebab?ntah.wahahahaha)
Topik -  Komunikasi, body language, interpersonal skills dan ada a few lagi yang aku tak ingat.(aku ingat la apa dia ajar cuma aku xreti nak cite kat sini!)
Dewan kursus - ok2 jer..sebab aku lagi prefer kalau meja tu ada lapik kain supaya kaki aku boleh terkangkang kangkang..hahahaha...so terpaksa sopan.(eh jangan tak tau depan dewan ada swimming pool ok.)
Aku tak tipu! memang ada pool taw!
 *Not bad*
Keseluruhan - sangat menepati apa yang aku harapkan, kursus yang langsung tak bosan. asyik buat aku ketawa berdekah-dekah, mesej yang dia ajar sampai dekat aku. Pesan Dr. "Dalam komunikasi kalau nak berkesan, kita pastikan kita sama ngan orang tu" weeeeeeeeeeee....bukan kursus yang buat aku rasa bengkak punggung aku sebab duduk bertapa je. Overall aku bagi 4/5. 

cumanya aku tak puas ati ngan urursetia (amboi dah pandai komplen ko pompuan!).. cakap JEANS TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. ok fine. tapi kenapa urusetia pun bantai pakai jeans. ko formal la sekali. dah tu ada peserta yang pakai jeans, tshirt ngan sliper ko boleh tengok je.. ekceli nie bukan first time urusetia buat macam nie, dulu masa kursus setiausaha pun macam tu, boleh pulak peserta datang kelas malam pakai tshirt ngan track suit. kemonnn...etika kan. kalau dah cakap tak boleh, means xboleh la.. Imej ok imej! dah la malas lelebey kang cakap aku emo lak. just teguran membina dari aku yang hina dina. Tapi petang hari ke dua tu memang semua di minta pakai seluar, so penceramah kata jeans boleh, kalau macam tu lain cite la kan.....

ok sambung lagi.

PENGINAPAN / PENGANGKUTAN
Bilik kami
Aku berpuas hati. Dari segala sudut la, iron pun diaorang tak kedekut, malam pertama aku amik, sampai balik dia tak amik balik.good. bantal banyak. i like. ekon tak menyusahkan aku. lighting good. sume good la dipandangan aku. untuk pengangkutan masa pegi hampeh! masa balik wallah!! sebab naik bas dua tingkat yang sangat luasssssssssssss..... hahahahah...sian korang2 yang duk atas kepeningan kan..hakhakhakhak...i selesa u!
Dapat katil besar!!yipppiii!!
Ko teringat biey yea kak..hahahaha

 Anda lapar???pesan saja!

 
Toilet! puas hati. toilet bowl pun ada paip.kalu setengah otel tu jenuhnya hai kalau nak beyak!

Toiletries - complete!

Semah sawan

 Fridge

 Bersiaran dari atas katil
 
 Selesa!
MAKANAN
Superb! aku sangat puas hati. makan sampai kenyang, sangat puas hati, pilihan makanan yang buat nafsu serakah makan aku pulak yang sentiasa membuak-buak.ada seafood, ada bakar2, ada salad2, ada buah2, ada dessert2..wallllaaaaaaaahhhh...aku makan sampai sengkak perut. Pedulik la orang kata apa. makan free. ko malu ko lapar.wakakaka..
 Makanannnnn....
Alhamdulillah..rezekiMu Ya Allah..
Sedap oii!!
 
Buah!
 
Sentiasa ada
PESERTA
Ok semua. tapi takde la samapai leh comolot dah...kenal gitu2 je...u senyum i senyum. u jeling i lagi jeling! aku tak de masalah pun ngan sesapa. tapi most of the time aku ngan semah of course. cuma bila aktiviti kumpulan kiteorang pecah. tapi pantang ada masa terluag mesti bercantum. kalah pasangan bercinta ok.wahahahahaha..
Gambar aku ngan semah je ada. gambar orang lain aku tak amik. nanti penat aku nak ingat nama.

Ok la...tu je nak cite. cukup la kot. panjang sangat dah nie. meh aku bagi nengok gambar aku sikit bagi korang muntah hijaw.

 
 Malam pertama
 
 
 Petang ke dua

Ok tu je gambar ngan cite yang aku ada.
Penat taip weh!
dah.

Di belanja di Ar-Rawsha Restaurant

Ni kisah jumaat dua minggu lepas..
Pegawai kat bahagian aku bebesar hati nak belanja kami ngan kengkawan dia makan...
orang nak belanja makan kan..
mak kata..rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari..
so sebagai anak yang menurut kata mesti la aku pegi sekali..

aku nie mengikut je..
diaorang cakap jom nak pegi makan..
on je aku..
dah sampai baru aku taw nak makan mana..
ooo..makanan arab rupanya..
memandangkan aku nie bukan kaki makan..
tapi kaki tidor je..
so mesti la tak berapa nak reti nak order2 makanan pelik2 nie..
nengok kat menu so main confident la order..

sekali sampai..
makbapak banyak giler portion nasi dia koWt..
dah la pagi tu aku dah bantai nasi goreng...
sengkak perut aku...hahaha
amik kau...eh aku..padan muka aku..
tapi menjolok jugak la aku makan..
sayang nengok daging kambing dia..besar kott..

ok la nengok gambar jela...
si pemalas dah malas nak taip,.


kami di meja 74.
menu

terkulat-kulat aku baca

tu..tu..orang yang belanja...yg ala-ala botak skit tu..en manan...tq yea en manan!

apple juice aku yang rupanya tak lawa tapi rasanya menggegar jiwa!

makanan maryam - pun tak habis walau setelah dikongsi 4 orang

makanan habsah - ok yang nie habis tu pun terkulat2 nak makan..

nasi aku! nampak je macam nie..BANYAK!

nasi wanZ - sama banyak macam aku. sumpah terkulat2 nak bagi habis!
tak tau apa benda nie

Ekceli banyak lagi makanan yang orang lain order..
tak kuasa lak aku nak g snap makanan sume orang..
kang kena keji lak sebab over kan..
xpela..amik yang dekat ngan aku jela..
Minta maap yea nama makanan seme aku lupa.. 
so kalau korang yang perut ala-ala manja je boleh makan, silalah berkongsi..
jangan membazir dan berkawan dengan syaiton seperti aku yea..
tapi kami dengan machonya tapau makanan yang tak habis..
wakakakaka...
nasib la kan!