Wednesday, November 23, 2011

TROFI KEMENANGAN YUNA DENGAN LAGU PENAKUT DI AIM 18 DI TARIK BALIK

 
 Tuweet-tuweet dari Yuna (=
Trofi Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik 18 yang dimenangi oleh Yuna akan ditarik balik. Kontroversi terbaru AIM18 itu disahkan oleh Yuna menerusi akaun laman sosial Twitter miliknya sebentar tadi.

Dalam ruangan Dengarnya yang tersiar di akhbar Berita Harian hari ini, khabarnya berlaku kesilapan pada perkiraan sehingga lagu Penakut diumumkan lagu terbaik keseluruhan AIM18, sedangkan ia tidak pun memenangi lagu terbaik kategori yang dipertandingkan.

Ruangan tersebut turut memaparkan bahawa trofi tersebut akan diserahkan kepada pencipta dan penyanyi lagu Sedetik Lebih, Edry Abdul Halim dan Anuar Zain.

GUA sedang cuba untuk menghubunyi wakil penganjur RIM dan AIM18 bagi mendapatkan reaksinya.
Yuna dalam akaun Twitter miliknya enggan menjawab sebarang pertanyaan dan meminta setiap persoalan diajukan kepada pihak penganjur iaitu RIM dan AIM.


p/s: Memandangkan aku tak minat sangat Yuna nie so aku nak sharing jela tanak komen apa2.. Cuma korang rasa Jurey punya kes ngan Raja Azmi tu pun akan berakhir macam nie ker?? (=

No comments:

Post a Comment