Wednesday, November 2, 2011

Borang Bantuan Isi Rumah RM500 - Bajet 2012


Borang pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isirumah yang berpendapatan bulanan RM 3000 dan ke bawah akan mula dikeluarkan pada bulan Disember 2011 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Borang bantuan isi rumah boleh dimuat turun (download) menerusi laman web LHDN ataupun boleh dapatkan borang bantuan isirumah RM500 ni di semua pejabat LHDN mulai Disember 2011 nanti. Berkemungkinan juga, borang bantuan ni akan disiarkan dalam akhbar harian terkemuka. Mungkin Berita Harian, NST, The Star ataupun Utusan Malaysia lah kut!

Cara Ringkas/Prosedur Memohon Bantuan Isirumah RM500 bagi pendapatan RM3000 dan ke bawah :

1. Dapatkan borang bantuan isirumah (
download online, pergi ke pejabat LHDN @ disiarkan di suratkhabar) mulai Disember 2011

2. Isi borang dan hantar ke pejabat LHDN yang berdekatan.

3. Tunggu jawapan sama ada permohonan berjaya atau tidak.

4. Wang bantuan isirumah RM500 akan dikreditkan ke dalam bank mulai Januari 2012 jika berjaya.

Untuk pengetahuan bagi yang kurang pengetahuan kan pemberian bantuan isi rumah sebanyak RM500 ini ada dibentangkan oleh PM dalam sesi pembentangan Bajet 2012 Oktober lepas. Maksud isirumah berpendapatan bulanan kurang daripada RM3000 tu ialah hasil jumlah pendapatan (gaji) bulanan semua ahli dalam rumah tu (keluarga) adalah tidak melebihi RM 3000.

Jadi, pada sesiapa yang layak untuk memohon, ataupun kalau korang tahu jiran-jiran, saudara mara, yang memang berpendapatan rendah dan dalam kategori layak untuk memohon bantuan isi rumah RM500 ni daripada kerajaan (ops, duit cukai rakyat gak kan?) korang tolong2 lah bagi borang bantuan 500 tu untuk diorang. Insyaallah, boleh mengurangkan beban diorang kan..

Mereka yang layak menerima bantuan isi rumah RM500 ni, dijangka mula mendapat pembayaran melalui Akauntan Negara pada Januari 2012 menerusi bank-bank yang akan dilantik. So, memang takkan dapat secara tunai! Jangan pulak, hantar borang, terus mintak cash RM500 dengan orang kat LHDN tu plak tau.. Anyway, harapnya tak perlu memaksa buka akaun simpanan pada bank tertentu semata untuk menerima wang bantuan isirumah RM500 ni lah kan… Sumber Berita Asal : Utusan

Lawan Web Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

No comments:

Post a Comment