KUALA LUMPUR 28 Okt. - Pasarama Kota atau lebih dikenali oleh kebanyakan warga kota sebagai 'bus stand Klang' akan ditutup mulai 1 November depan bagi tujuan pembinaan stesen My Rapid Transit (MRT) Pasar Seni bawah tanah yang baru.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam kenyataannya memberitahu, semua perkhidmatan bas yang beroperasi dari terminal tersebut akan dihentikan operasinya selepas pelepasan terakhir pada 31 Oktober ini.
"Syarikat bas Cityliner serta Causeway Link yang beroperasi di Pasarama Kota akan memulakan operasinya pada awal November depan di lokasi yang baru iaitu di Pudu Sentral (Puduraya).
"Syarikat bas Seranas atau Wawasan Sutera yang beroperasi di Jalan Sultan Mohamed turut terlibat dalam penutupan ini dan juga akan memulakan operasi di Pudu Sentral," menurut kenyataan itu.
Selain itu, syarikat bas RapidKL akan memulakan operasi barunya di Jalan Sultan Mohamed iaitu di luar Pasarama Kota.
"Penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan bas ke Klang, Pelabuhan Klang dan Banting perlu menaiki bas di Pudu Sentral (dahulu dikenali sebagai Puduraya)," menurut kenyataan itu.
Sebarang maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi pengusaha bas RapidKL 03-78852585, Cityliner 03-55129424 atau Causeway Link 07-360 2244.
"Segala kesulitan yang timbul melalui penutupan ini amat dikesali dan penutupan ini bertujuan untuk membina pengangkutan awam yang moden bagi kemudahan pengguna," kata kenyataan itu.

p/s: Nasib la bas U66 masih berkeliaran di kawasan tu...soo aku tak la rungsing sangat sebab aku nie memang ada masalah bab2 nak cari jalan nie. Memang fail! So kepada warga2 yang akan sentiasa melalui kawasan tu dan akan mengalami gangguan perjalanan jangan pulak mengamuk yea... semua nie untuk kebaikan di masa hadapa.. sila bersabar banyak2 (=
Info: Utusan online
No comments:
Post a Comment