Thursday, November 10, 2011

Idola Kecil 4 mulai 12 November 2011


Stesen TV9 kembali membawakan program kesukaan ramai Idola Kecil untuk musim yang keempat. Setelah menjelajah ke empat buah Bandar serata Malaysia, akhirnya 12 peserta berbakat berjaya dikumpulkan.

Dengan lebih daripada 1000 penyertaan di peringkat ujibakat, Idola Kecil 4 berjaya mencungkil bakat kanak-kanak berumur 9 – 12 tahun dalam bidang nyanyian, lakonan serta bermain alat muzik. 12 peserta yang tersenarai adalah Haikal (10 tahun), Hairul (12), Irfan (10), Syafiq (10), Irish (12), Abby (12), Nina (12), Leen (11), Shasha (11), Fifa (12), Rusil (11) serta kehadiran seorang peserta berusia lapan tahun, Trisyia.

“Untuk musim ini, kami berjaya mengumpul peserta yang mempunyai bakat lebih baik berbanding musim-musim lepas. Amat sukar untuk memilih 12 peserta terbaik daripada 30 peserta yang telah menjalani sesi ‘bootcamp’. Usia bukanlah penghalang bagi mereka untuk menempa nama dalam industriseni tanahair dan TV9 akan terus memainkan peranan dalam melahirkan generasi penghibur suatu hari nanti,” ujar Pengurus Besar, Kumpulan Penjenamaan TV9, Cik Sherina Nordin dalam majlis pelancaran program ini di Kota Damansara.

Idola Kecil masih mengekalkan Alif Satar sebagai pengacara untuk tiga musim berturut-turut. Selain itu, tiga tenaga pengajar berpengalaman akan terus menabur bakti iaitu Cikgu Alfa Booty (komposer), Cikgu Delly (vokal) dan Cikgu Affizal (tarian). Juri tetap sejak musim pertama, Atilia telah diberi tanggungjawab sebagai Penasihat Persembahan untuk kali ini.

Pada musim ini, terdapat kelainan di mana peserta-peserta akan menjalani sesi ‘busking’ atau persembahan spontan di tempat-tempat awam seperti hospital kanak-kanak, stesen LRT, taman tema sebagai latihan untuk menaikkan keyakinan diri peserta untuk membuat persembahan di khalayak ramai.

Bagi peminat setia rancangan ini, ikuti program pengenalan Idola Kecil 4 yang akan bersiaran pada 5 November ini dan menyusul pula konsert mingguan pertama pada 12 November ini.

p/s: Aku layan jer citer nie sebab diaorang nie cecomel jer kan.. TAPI kalau aku ada anak nanti rasanya..... aku tak kan galakkan anak-anak aku join program cenggini (= anak orang lain suka hati orang lain la kan. Apahal aku sibuk!

No comments:

Post a Comment