Tuesday, November 1, 2011

Menang Tiket Percuma ke New Zealand!!

                            Henry bakal membawa anda mengenali New Zealand dengan lebih dekat.

Sentiasa muncul dengan idea segar dalam memenuhi kehendak penonton, kini 8TV dengan kerjasama AirAsia X tampil dengan rancangan terbaru berbentuk catatan perjalanan atau travelog, Now Everyone Can Fly To New Zealand yang akan disiarkan 6 November.

Memilih Henry Golding sebagai pengacara, rancangan tersebut bakal membawa penonton menjelajah dan berkongsi keindahan negara yang terkenal dengan jolokan 'middle earth' itu.

Menurut Henry, pengalaman berada di negara berkenaan bukan sahaja mengujakan malah banyak pengalaman baru yang dialaminya ketika menjayakan rancangan lapan episod itu.

"Banyak pengalaman yang saya lalui sepanjang berada di sana dan setiap hari pengalamannya berbeza-beza.

"Ia seperti setiap kali anda bangun dari tidur, pemandangan pertama yang anda saksikan adalah berbeza dari hari sebelumnya," katanya dalam nada teruja.

Selain itu, bagi jejaka yang pernah menjadi hos rancangan Welcome To The Rail World itu, peluang melakukan lompatan bungee dan juga sky diving merupakan salah satu kepuasan yang tidak dapat dilupakan olehnya.

"Aktiviti tersebut betul-betul menguji andrenalin saya lebih-lebih lagi ini merupakan kali pertama saya melakukannya.

"Selain itu, kehadiran saya yang disambut baik dan ramah oleh masyarakat di sana, amat menyenangkan hati saya.

"Sememangnya pengalaman yang saya rasai sepanjang mengendalikan program ini merupakan sesuatu yang sangat istimewa," katanya selepas sidang akhbar mengumumkan program baru berkenaan di Sri Pentas, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Kreatif dan Komunikasi 8TV, Farah Shamsudin berkata, selain membawakan keindahan New Zealand lebih dekat kepada penonton, program ini juga bakal menawarkan tiket penerbangan percuma ke sana.

"Progam lapan episod ini menyediakan lapan keping tiket untuk diberikan kepada lapan penonton bertuah.

"Apa yang penonton perlu lakukan ialah menonton program ini kerana setiap minggu kita akan berikan sekeping tiket kepada penonton bertuah yang berjaya menjawab soalan dengan betul," jelasnya.

Now Everybody Can Fly to New Zealand dapat ditonton pada pukul 10.30 malam di 8TV.

p/s: So lepas ni pastikan tak miss out program nie okeh... AKu memang suka nengok program2 kat 8TV nie sebenarnya!!

No comments:

Post a Comment