Saturday, November 12, 2011

Bantuan persekolahan RM100- Ibu bapa boleh dapatkan RM 100 di sekolah sebelum cuti 18 November 2011

Mesti ramai yang dah mula tercari-cari tertanya-tanya macammana kan.. Lelagi yang spesis aku nie yang selalu miss baca paper dan degar berita kan.. So jom aku ngan besar hati nak share info nie.. Makasih kat Cheguzubir (=..

Pihak pengurusan sekolah akan mengeluarkan surat pekeliling kepada setiap ibu bapa atau penjaga meminta mereka hadir pada tarikh ditetapkan bagi pengagihan wang bantuan persekolahan RM100 seorang yang diberikan kerajaan.



Pengagihan wang yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin, akan diterima secara tunai oleh setiap pelajar dengan ibu bapa atau penjaga perlu hadir bagi menerimanya.


PENGAWAS Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail (berdiri di belakang dari kiri) Lim Chen Yao, Carlos Ruben Dourado, Walid Amry dan Shariffuddin, (depan) Puteri Mariam Diana Ahmad Mosadik (kiri) dan Tufah Rasyidah Zakaria menunjukkan wang RM100 mereka terima semalam

Yang Dipertua Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), Ruslan Madon, berkata pengagihan secara tunai terus kepada ibu bapa atau penjaga juga yang terbaik bagi memastikan wang itu diterima dengan selamat dan telus.

“Prosedurnya juga mudah iaitu mereka menurunkan tandatangan dan nombor kad pengenalan bagi pengesahan penerimaan.

“Pengagihan itu juga dijangkakan dapat dibuat sebelum sesi pembelajaran tamat 18 November ini supaya ibu bapa dapat membeli keperluan pelajar bagi sesi persekolahan 2012,” katany

p/s: Alhamdulillah dengan rezeki nie.. dapat la mak aku guna nak buat belanja keperluan 2 orang adik aku tu...

No comments:

Post a Comment