Wednesday, November 30, 2011

Mencium jenazah dan persoalan mengenainya

Hari tu masa arwah adik aku meninggal dunia, sebelum bawak jenazah mandi ada suara-suara yang mengatakan cium adik tu cepat sebab nanti lepas dia dah mandi dah tak boleh cium lagi dah.. Hubungan sesama manusia dah putus. Aku tak peduli time tu.. Yang aku tau sebelum arwah adik di kafankan aku mesti cium dahi dia. Mesti. Dia adik aku. Hidup ke mati ke dia adalah adik aku. Darah yang mengalir dalam tubuh dia ada juagak pada tubuh aku. Dan alhamdulillah ustaz yang sempurnakan jenazah adik aku pun benarkan kami sekeluarga cium arwah adik tapi elakkan airmata jatuh dekat dia. Dan alhamdulillah buat kali terakhir aku dapat cium arwah adik. Lepas jer semua tu selesai aku dah tak fikir pasal tu lagi sebab kenangan dengan arwah lebih dulu berlegar-legar dalam kepala otak aku sampailah masa aku memwalking tadi aku jumpa artikel nie.. So aku nak sangat sharing ngan korang sumer..

Mencium jenazah dan persoalan mengenainya

Menziarahi orang meninggal merupakan satu amalan yang sangat baik kerana terdapat banyak faedahnya; antaranya mengucapkan takziah kepada keluarga si mati, menunjukkan rasa simpati terhadap keluarganya dan menggalakkan amalan tolong-menolong ketika dalam suasana sedih dan musibah. Di samping itu, ianya juga boleh mengingatkan kita kepada kematian. Dalam suasana sibuk menguruskan pengendalian jenazah, seringkali juga terdengar para ahli keluarga, samada yang tua atau yang muda, dipanggil untuk mencium jenazah buat kali terakhir. Maka sebilangan mereka pernah bertanya apakah hukum perbuatan ini?
Mencium jenazah boleh dirujuk kepada perbuatan Rasulullah s.a.w sendiri dan juga perbuatan seorang sahabat dan khalifah, iaitu Sayyidina Abu Bakar r.a. Ini berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a bahawa baginda s.a.w mencium jenazah Utsman bin Mazh‘un, iaitu saudara sesusuan baginda.
“Bahawa Rasulullah s.a.w mencium Utsman bin Mazh‘un dan dia (ketika) itu sudah meninggal dunia dan baginda menangis, atau katanya (Abdur Rahman): Bahawa kedua-dua mata baginda menitiskan air mata.” (Hadith riwayat Tirmidzi)
Sementara perbuatan Sayyidina Abu Bakar r.a pula, sepertimana riwayat dari Aisyah r.a, beliau mencium wajah Nabi s.a.w setelah Baginda wafat.
“Bahawa Abu Bakar Radhiallahu ‘anhu telah mencium (kawasan) antara kedua-dua mata Nabi s.a.w, dan baginda (ketika itu) telah wafat.” (Hadith riwayat al-Baihaqi dan an-Nasa’ie)
Adapun perbuatan Abu Bakar r.a tersebut tidak diingkari oleh sahabat yang lain pada ketika itu.
Hukum Mencium Jenazah
Hukum asal mencium jenazah adalah harus. Perkara ini sabit sepertimana dalam dua riwayat yang telah dibawakan di atas. Oleh itu adalah harus hukumnya bagi ahli keluarga si mati dan selain mereka, umpamanya sahabat-sahabat, termasuklah juga suami atau isteri dan mahram kepada si mati, mencium wajah jenazah tersebut.
Walau bagaimanapun ulama’ berbeza pendapat mengenai hukum mencium jenazah seperti mana berikut:
  • Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah berpendapat hukumnya adalah harus, sejajar dengan apa yang disebutkan dalam nash kitab fiqh. Manakala hukum sunat itu hanyalah untuk jenazah orang yang soleh. Maka adalah sunat, sama ada bagi ahli keluarga, sahabat dan yang lainnya, untuk mencium jenazah orang soleh itu kerana untuk mendapatkan keberkatan daripadanya. Berbeza pula hukumnya apabila jenazah tersebut bukan terdiri daripada ahli keluarga dan bukan sahabat ataupun bukan orang soleh, maka hukumnya adalah menyalahi yang utama (khilaf al-awla).
  • Menurut Imam ar-Ramli, Khatib asy-Syarbini dan juga merupakan pendapat as-Subki Rahimahumullah, berdasarkan kepada dua hadith di atas, iaitu Rasulullah s.a.w mencium wajah saudara sesusuan baginda dan Sayyidina Abu Bakar r.a mencium wajah sahabat yang juga bapa mertua beliau, iaitu Rasulullah s.a.w, mereka berpendapat hukumnya adalah sunat bagi ahli keluarga si mati dan sahabat-sahabatnya mencium jenazah (walaupun si mati bukan orang soleh), manakala hukum harus itu adalah untuk selain daripada mereka ini.
  • Telah disebutkan pendapat dalam Zawa’id ar-Raudhah bahawa tidak mengapa mencium wajah jenazah jika dia
    adalah orang soleh. Jika dia bukan orang soleh, maka seperti hukum asalnya, adalah harus. Adapun jika dia bukan orang soleh dan diketahui bahawa si mati itu orang yang melakukan maksiat, maka hukumnya adalah makruh.
Selain itu antara perkara yang perlu diambil perhatian oleh orang yang bercadang atau disuruh untuk mencium jenazah ialah:
  • Jika sekiranya dia bukan terdiri daripada ahli keluarga si mati atau mahramnya, maka hendaklah antara orang yang hidup dengan si mati tersebut dari jantina yang sama. Maka tidak boleh perbuatan ini dilakukan antara perempuan dengan lelaki ajnabi dan sebaliknya.
  • Janganlah perbuatannya (orang yang hidup) mencium jenazah itu akan mengakibatkan hilang maruah ataupun merendahkannya.
Di samping itu perlu juga diketahui bahawa kesemua hukum mencium jenazah yang telah disebutkan di atas adalah bagi mereka yang tidak mudah tersentuh perasaan dan boleh mengawalnya. Adapun jika sebaliknya, iaitu jika perbuatan mencium jenazah itu boleh menyebabkan timbulnya perasaan dukacita dan kesedihan yang keterlaluan dan seterusnya tidak dapat mengawalnya, sepertimana kebiasaan halnya bagi kaum perempuan, maka pada ketika itu adalah haram hukumnya mencium jenazah tersebut.
Ini kerana, perbuatan menangis dengan suara yang kuat atau meratap walaupun tanpa air mata adalah haram dan jelas dilarang dalam Islam sepertimana yang diriwayatkan oleh Ummu ‘Athiyyah r.a:
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melarang kami daripada perbuatan meratap.” (Hadith riwayat Abu Daud)
Manakala dalam sebuah hadith daripada Buraidah r.a Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tidak termasuk di dalam golongan kami orang yang memukul-mukul pipinya, mengoyak-ngoyak koceknya, berteriak-teriak seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Adapun sedih atau mengalirkan airmata secara tabi’e kerana kesedihan, tersentuh hati dan keinsafan tanpa diiringi ratapan adalah harus dan tidaklah dilarang. Kerana kesemua itu boleh menyedarkan kita akan hakikat kematian yang boleh membawa kepada keinsafan. Buktinya Nabi s.a.w juga mempamerkan kesedihan baginda serta mengalirkan air mata ketika anaknya Ibrahim meninggal dunia. Menurut riwayat Anas bin Malik r.a bahawa sebelum Ibrahim menghembuskan nafasnya (yang terakhir) dengan tenang, sambil menitiskan air mata baginda bersabda:
“Sesungguhnya mata ini menitiskan air mata dan hati ini bersedih, (namun) kami tidak akan mengatakan kecuali apa yang diredhai oleh Tuhan kami. Dan sesungguhnya kami merasa sedih kerana berpisah denganmu wahai Ibrahim.” (Hadith riwayat Bukhari)
Bahagian Anggota Jenazah Yang Dicium
Jika dilihat pada nas yang dibawakan dalam kitab fiqh, secara umumnya mengatakan bahawa harus hukumnya mencium wajah jenazah. Demikianlah juga yang diriwayatkan dalam hadith bahawa Rasulullah s.a.w mencium wajah jenazah saudara susuan baginda. Di samping itu, ada beberapa pendapat yang lain, antaranya:
  • Telah disebutkan dalam riwayat Aisyah r.a di atas bahawa kawasan atau tempat yang dicium oleh Sayyidina Abu Bakar r.a ialah pada kawasan antara kedua-dua mata baginda s.a.w.
  • Pendapat yang mengatakan bahawa mencium kawasan tempat sujud (dahi) adalah awla (lebih utama) dan sebaiknya dilakukan tanpa ada lapik.
  • Pendapat yang mengatakan bahawa harus mencium anggota badan jenazah seperti tangan dan selainnya selama mana tidak menimbulkan syahwat.
Namun dalam hal ini adalah dibataskan kepada bahagian wajah sahaja kerana itulah yang warid. Ini memandangkan antara sebab untuk mencium jenazah adalah kerana untuk mendapat keberkatan, atau kerana rasa kasih atau kerana kasihan ke atasnya.
Di samping itu disunatkan menutup wajah jenazah dan tidak membiarkannya terdedah. Daripada Abu Salmah bahawa Aisyah r.a berkata kepadanya:
“(Ketika mendengar berita kewafatan Nabi s.a.w), maka Abu Bakar r.a datang dari rumahnya di Sunh dengan berkenderaan kuda. Sesampainya di pintu masjid, dia pun turun dan segera masuk ke rumah Aisyah tanpa bercakap-cakap dengan seorang pun yang ada dalam masjid sehinggalah dia menemui Aisyah. (Kemudian) dia menuju kepada (jenazah) Rasulullah s.a.w yang telah diselimuti dengan sehelai jubah hibarah (iaitu sejenis jubah atau pakaian Yaman bercorak jalur yang diperbuat daripada ‘cotton’ atau ‘linen’). Setelah itu dia membuka (kain) di bahagian wajah baginda, lalu Abu Bakar r.a pun menurunkan kepalanya dan mencium (kening) Rasulullah s.a.w seraya menangis.” (Hadith riwayat an-Nasa’ie)
Batalkah Wudhu’ Apabila Mencium Jenazah?
Jika kita memperkatakan tentang hukum wudhu’ bagi jenazah tersebut, maka perbuatan ini tidak membatalkan wudhu’nya. Adapun hukum wudhu’ bagi orang yang hidup (yang menyentuh jenazah tersebut), maka perlu diperhatikan apakah dia mahram kepada jenazah tersebut ataupun tidak. Kerana antara perkara yang membatalkan wudhu’ itu ialah bersentuhan kulit seorang lelaki dengan perempuan ajnabiyah (bukan mahram) tanpa berlapik (antara keduanya).
Menurut jumhur (majoriti) ulama’, hukum memegang atau menyentuh mayat perempuan atau lelaki yang ajnabi (bukan mahram) adalah membatalkan wudhu’. Ini berdasarkan kepada hukum sentuhan antara kedua mereka (perempuan dan lelaki yang ajnabi) pada ketika hidup adalah membatalkan wudhu’. Berbeza dengan mahram, iaitu perempuan yang haram dinikahi samada mahram secara nasab keturunan atau sesusuan atau perkahwinan, maka persentuhan kulit antara lelaki dengan perempuan yang merupakan mahramnya tidak membatalkan wudhu’. Maka begitulah juga hukum bagi mereka yang sama jantina.
Sebagai kesimpulan, hukum mencium jenazah itu asalnya adalah harus, bahkan sunat jika si mati adalah terdiri daripada golongan orang soleh. Namun perlu diingat bahawa keharusan itu boleh berubah kepada haram, iaitu jika perbuatan mencium jenazah itu boleh membuat seseorang itu hilang kesabaran dan kawalan kerana terlalu sedih atau dukacita dan sehingga membawa kepada ratapan atau tangisan yang kuat.
Di samping itu, perlu juga diambil kira bahawa hukum harus atau sunat tadi adalah bagi ahli keluarga, mahram dan mereka yang sama jantina dengan si mati. Maka tidak boleh perbuatan ini dilakukan oleh lelaki dan perempuan yang ajnabi. Adapun sebagai pilihan lain, maka bolehlah mengucapkan takziah kepada ahli keluarga si mati dan mendoakannya.

Info : SINI

p/s: Aku sangat rindukan adik pat.. Sungguh aku rindu dia.. Airmata tak mampu tertahan tiap kali berbicara tentang dia )': Al-Fatihah untuk allahyarham Mohamad Idzhar Ariff bin Razali (22/09/1996 ~ 16/06/2011)

Tuesday, November 29, 2011

Dia cinta hatiku

Dia adalah keutamaan aku..
Jangan buat aku marah dengan menyakitkan hati keutamaan aku itu..
Jangan buat aku sakit hati dengan memandang rendah keutamaan aku itu..

Syurga aku pada dia..
Keredhaan hidup aku atas izin dia..
Dia adalah keutamaan aku selamanya..

Dia satu-satunya cinta hati aku..
Dia satu-satunya yang mampu bersabar dengan karenah aku..
Dia satu-satunya yang tidak pernah meninggi suara dengan aku..
Dia satu-satunya yang bisa buat air mata aku mengalir jika dia tidak pedulikan aku..

Dia suamiku..
MD ZAKI BAHARUDIN
Love u sayang (=

p/s: Tetiba mood sangat jiwang dan rindukan mrHubby...lalallaalalalalalalaaaaaa

BAUCER BUKU RM200 UNTUK PENUNTUT INSTITUT PENGAJIAN TINGGI

BAUCER buku bernilai RM200 untuk penuntut institusi pengajian tinggi, yang diumumkan dalam Belanjawan 2012, boleh mula digunakan pada awal pengajian tahun depan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab Rahim Md Noor.

Beliau berkata, mekanisme untuk menentukan kaedah menukarkan baucer dengan buku untuk dimanfaatkan penuntut akan diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin tidak lama lagi.

"Kira-kira 1.2 juta pelajar akan menikmati kemudahan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Program Kita Cakna Kerjaya Kolej Komuniti Malaysia 2011 di sini, malam tadi.

Turut hadir Ketua Pengarah Kolej Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Malaysia, Prof Madya Kamarudin Kasim.

Ab Rahim berkata, langkah kerajaan memberi peruntukan tambahan kepada penuntut membuktikan kerajaan prihatin terhadap masa depan bidang pendidikan negara untuk melahirkan modal insan yang berkualiti.

Dalam Belanjawan 2012, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian baucer buku RM200 kepada semua penuntut warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi dan pelajar Tingkatan Enam.

Terdahulu, dalam ucapannya Abd Rahim berkata, Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi adalah bertujuan untuk menggalak dan memantapkan pembangunan keusahawanan yang lebih terancang dan holistik di kalangan IPT.

"Ini selaras dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai pemikiran, atribut dan nilai keusahawanan.

"Dasar ini juga adalah usaha kementerian bagi melahirkan lebih ramai lagi usahawan siswazah yang akan bertindak sebagai pemangkin kepada transformasi ekonomi negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan berpaksikan inovasi ke arah pencapaian negara maju menjelang tahun 2020," katanya. - BERNAMA

p/s: Berkenaan baucher RM 200 ianya diuruskan oleh pihak pengurusan universiti masing-masing. Tapi sehingga sekarang masih belum kedengaran mana-mana IPT yang telah mengeluarkan baucher tarsebut dan aku terwondering wheter orang yang buat part time layak tak untuk voucher nie eh (=

Saturday, November 26, 2011

CONTEST CANDID TIME (=

Uaaarrrgghhhh.. Dipagi ahad yang sepoi-sepoi nie..
Aku bangun buat walking..
*bukan bersenam eh..Jari yang bersenam (=*
Waking punya walking punya walking..
Aku jumpa contest nie!!!

Kenapa aku nak join??
Suka hati aku la kan..
Hahahahahha..
Sebab hadiah dia best..
Tak caya??
Cer tengok kat blog MUNA RAHIMAH nie sendiri ok!

Aahh la... kena taruk gambar kandid..
So aku choose gambar nie..
Nape gambar nie??
Saja. Sebab aku suka (=

ok la...nie gambar yang aku nak letak...TaDDDDaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

 Nie gambar 2 tahun lepas.. Di candid masa majlis perpisahan ngan bos lama.. Tenkiu tuk ME for the pict!

Dah nama pun cOntest kan..
Harus ada syarat yang nak kena ikut..

Nak buat checklist jap:

# Wajib follow blog muna supaya senang untuk mengetahui perkembangan contest ini . DONE
#Buat satu entri tentang contest ini bertajuk 'CANDID TIME CONTEST' DONE
#Letak banner dekat atas tu dalam entri yang korang buat .DONE
#sertakan satu gambar 'CANDID' korang . tak kisah beramai ramai atau individu . DONE
#Tag 2 orang dan wajib inform dekat diorang tentang contest ini.. Kat bawah yea (=

Sape aku nak tag nie eh.........
 
Ok mangsa yang pertama..
MiZzerzil a.k.a cik Jiwa & Lara

Mangsa ke dua..

En. Cerita Mamat a.k.a Mamat

Mangsa terlast

En. Chegu Zubir a.k.a CZ
 
Ok siap!
 
p/s: Mak aiiii.. panjang giler entry!  

Friday, November 25, 2011

Sambung ke tak sambung

Yuppp... aku suka menulis...
dah lama aku tak sambung penulisan aku tu...
semalam bukak....
tengok dah 25 page...
nak biar sayang..
nak sambung malas...
idea kering...

Adusss...
macam mana nie...
Kadang-kadang....
idea tu ada tapi vitamin M tu banyak sangat menular sekrang..

Huurrrrmmmmmmmmmm....

Thursday, November 24, 2011

Jangan hina orang yang berpangkat rendah
Sebab
Orang yang berpangkat tinggi tak semestinya di hormati
Kalau
Tak reti nak hormat orang lain

Pengalaman orang yang berpangkat rendah lagi bernilai dari pelajaran ko yang membuat ko dapat pangkat tinggi tu.
Sila faham!

What goes around, comes around.What goes up, must come down

p/s: Sangat rasa terhina!

Untuk kawan-kawan seIslamku (=

Panduan ini dikirim oleh rakan-rakan dan saya sekadar ingin berkongsi dengan teman-teman sekelian. Semuga ianya memberi kemanfaatan pada kita semua……amiiin
Dikatakan :-
 
۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
 
۞ Surah Yasin dapat menghi lan gkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
 
۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
 
۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
 
۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
 
۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
 
۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
 
۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
 
۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
 
۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
 
Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-

۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
 
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
 
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
 
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
 
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....

Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke
.
 
۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
 
۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG!

p/s Aku harap kita sama-sama berkongsi ilmu nie yea.. Thanks untuk mak aku yang email info nie.. Sayang mak kuat-kuat!

Yuuupppp!! Sedang menunggu buku-buku ini tiba.. yabbeeddaabbeedduuu...


Buku  dua nie beli kat KAKINOVEL

Dan yang nie.. beli dari penulis dia..hehehehehe

Wednesday, November 23, 2011

10 illegal baby names

Muuuaahhhh....Baby nak cium!!
This week the Pope declared war on parents naming babies after celebrities, fruit or popular sports cars. In an address to parents, the ever-progressive pontiff pleaded with worshipers to 'give your children names that are in the Christian calendar'. So Apple, Brooklyn and Ferrari are out, Francisco and Giulia are in.
But Benedict's not the only authority figure to stamp down on one of the sillier by-products of celebrity culture. The following names have all been banned around the world for reasons of taste, decency or just plain daftness.

1) Talula Does The Hula From Hawaii (New Zealand)

New Zealand law bans names which could cause offence to a 'reasonable' person. Good thing too - the country is a stupid name hotspot. We found a couple from the islands who tried and failed to call their son '4Real', but nothing beats the ridiculous moniker above. It belonged to a 9-year-old girl before a judge had her renamed during a custody battle. 'It makes a fool of the child,' he said. It certainly made application forms a pain in the butt.
Has New Zealand banned any other names? Oh yes. The judge listed some that were also blocked: Fish and Chips (twins), Yeah Detroit, Keenan Got Lucy and Sex Fruit. Number 16 Bus Shelter and Violence were allowed.

2) Venerdi AKA 'Friday' (Italy)

Maybe this is what the Pope was talking about. Back in 2008 a court banned an Italian couple from calling their child Venerdi (translation: Friday). The judges reckoned the name - taken from 'Robinson Crusoe' - would expose the boy to 'mockery' and was associated with 'subservience and insecurity'. The parents, however, might have the last laugh; they threatened to call their next child Mercoledi (Wednesday).
Has Italy banned any other names? Italian courts can step in 'when the child's name is likely to limit social interaction and create insecurity'. In Turin, Andrea was rejected (and changed to Emma) as it's a boy's name in Italy. Dalmata has also been rejected, as it means Dalmatian.

3) Brfxxccxxmnpcccclllmmnprxvclmnckssqlbb11116 (Sweden)
No, we didn't fall asleep on the keyboard. That is an actual name a Swedish couple tried to inflict on their son back in 1996. Apparently the name is pronounced 'Albin' (we're not sure how), and the parents chose it as a protest against Sweden's admittedly strict naming laws. Tax authorities must give their blessing to both first and surnames before they can be used.
Has Sweden banned any other names? Oh yes. Some favourites include Metallica, IKEA, Veranda and Q. Google was OK though.

4) Gesher AKA 'Bridge' (Norway)
Back in 1998 those nasty Norwegians threw a woman in jail (admittedly for only two days) when she failed to pay a fine for giving her son an 'unapproved' name. Eccentric Kristi Larsen said she was instructed in a dream to name her son Gesher (Hebrew for 'Bridge'), but the court were having none of it. Kristi did have 13 children already though, so maybe she had just run out of ideas.
Has Norway banned any other names? Undoubtedly, though in recent times they have replaced their list of officially sanctioned names with a general ban on monikers featuring swearing, sex and illnesses.

5) Chow Tow AKA 'Smelly Head' (Malaysia)
Unlike many countries which are gradually relaxing name laws, Malaysian authorities have cracked down on unsuitable titles in recent years. In 2006 government killjoys published a list of undesirable names that weren't in keeping with the religious traditions of the country – such as Cantonese moniker Chow Tow – which means 'Smelly Head'.
Has Malaysia banned any other names? Lots more Chinese efforts such as Ah Chwar ('Snake'), Khiow Khoo ('Hunchback'), Sor Chai ('Insane'). Malays should also steer clear of Woti, which means 'Sexual Intercourse'. 

6) @ (China)
With more than a billion fellow countrymen, finding a unique name in China is difficult. Perhaps that's why one couple called their baby the '@' symbol – in Chinese characters it apparently looks a bit like 'love him'. Bless. Unsurprisingly, however, the authorities were less sentimental and publicised the moniker as an example of citizens bringing bizarre names into the Chinese language.  
Has China banned any other names? The police have control over all names given to children because they issue identity cards, but details of rejections are not widely circulated.
7) Miatt (Germany)
Country living up to stereotype alert! Surprise, surprise the Germans are somewhat officious when it comes to baby naming laws. Regulation-loving Deutschland has an entire department (the Standesamt) which decides if names are suitable. Miatt was rejected because it didn't clearly show whether the child was a boy or a girl, but sometimes the decisions are somewhat arbitrary...
Has Germany banned any other names? The likes of Stompie, Woodstock and Grammophon were turned down, whereas the similarly strange Speedy, Lafayette and Jazz were allowed.

8) Anus (Denmark)

What is it about Scandinavian countries and name laws? The Danes are even tougher than the Swedes in this regard, with parents given 7,000-odd names to choose from by the government. Special permission is needed to deviate from the list, with ethnic names, odd spellings and even compound surnames forbidden. Luckily for him (we assume it's a 'he'), Anus was one of 250-odd names rejected each year.
Has Denmark banned any other names? Well, Pluto and Monkey had lucky escapes...

9) Ovnis (Portugal)

Before naming your child in Portugal, best consult this mammoth, 80-page government doc (and have it translated to English) that tells you which names you can and can't use. It's pretty strict (and random) – Tomás is OK but Tom isn't – and celebs can forget about the likes of Apple and Brooklyn, which aren't even on the banned list. Essex girls rejoice, however – Mercedes is allowed!
Has Portugal banned any other names? There are more than 2,000 names on the reject list, including Ovnis - Portuguese for UFO. 

10) Akuma AKA Devil (Japan)
Here's a name the Pope definitely wouldn't approve of. In 1993 a Japanese parent called his son Akuma (which literally means Devil). The authorities decided this was an abuse of the parent's rights to decide a child's name and a lengthy court battle ensued. Eventually the father backed down and junior got a new, less demonic name.
Has Japan banned any other names? Lots. Names must use one of the 2,232 'name kanji' characters decided by the government.


p/s: Nasib la mak abah aku tak namakan aku dengan nama yang pelik kan.. tengkiu mak abah... Sayang kat mak abah (= kalau tak mesti nama aku ada dalam senarai nie kan.. leh jadi femes gak (=

Shah Rukh Khan Curang?

Rumours are suggesting that Bollywood superstar Shah Rukh Khan is in romantic relationship with his "Don 2" co-star, Priyanka Chopra. However, the actor seems to be unwilling to comment on the matter, according to the Daily Chilli website.

"Ask the next question. You asked if I would clarify [the rumour]. I said no," said Shah Rukh who's been married to his high school sweetheart since 1991.
His admiration for the former Miss World is however not a secret, as he even went into calling her a "pop icon".

"I am tone deaf and don't understand music," Shah Rukh said. "But I've heard Priyanka and a part of what she's done.
"She has a great voice and I believe she can be a huge international crossover star. I hope to [be in the video]... I would like to shoot in places where you have good five-star hotels." 

The pair seems to be together wherever they go; they have been recently announced to be the ones hosting the Zee Cine Awards in Macau on 21 Jan next year.
"Don 2" will be released on 21 December in 2D and 3D by Reliance Entertainment.

p/s: Haishhhh.. jangan cepat percaya rumors ok.. Shah Rukh Khan setia lah!!

TROFI KEMENANGAN YUNA DENGAN LAGU PENAKUT DI AIM 18 DI TARIK BALIK

 
 Tuweet-tuweet dari Yuna (=
Trofi Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik 18 yang dimenangi oleh Yuna akan ditarik balik. Kontroversi terbaru AIM18 itu disahkan oleh Yuna menerusi akaun laman sosial Twitter miliknya sebentar tadi.

Dalam ruangan Dengarnya yang tersiar di akhbar Berita Harian hari ini, khabarnya berlaku kesilapan pada perkiraan sehingga lagu Penakut diumumkan lagu terbaik keseluruhan AIM18, sedangkan ia tidak pun memenangi lagu terbaik kategori yang dipertandingkan.

Ruangan tersebut turut memaparkan bahawa trofi tersebut akan diserahkan kepada pencipta dan penyanyi lagu Sedetik Lebih, Edry Abdul Halim dan Anuar Zain.

GUA sedang cuba untuk menghubunyi wakil penganjur RIM dan AIM18 bagi mendapatkan reaksinya.
Yuna dalam akaun Twitter miliknya enggan menjawab sebarang pertanyaan dan meminta setiap persoalan diajukan kepada pihak penganjur iaitu RIM dan AIM.


p/s: Memandangkan aku tak minat sangat Yuna nie so aku nak sharing jela tanak komen apa2.. Cuma korang rasa Jurey punya kes ngan Raja Azmi tu pun akan berakhir macam nie ker?? (=

Monday, November 21, 2011

New Chapter (=

 DONE!!
Ya Allah Ya Tuhanku..
Kuatkanlah semangatku
Untuk menghabiskan pengajian ku ini nanti..
Amin..

p/s: Alhamdulillah akhirnya pintu hati aku kembali terbuka selepas bermacam-macam orang "sekolah"kan aku untuk kembali sambung belajar.. Terima Kasih korang!!! Sayang korang ketat-ketat!

Sunday, November 20, 2011

ZAHIRIL ADZIM yang aku suka

Aku dah lama suka dengan lakonan dia..
Dia sangat exclusive..
Hanya cerita yang berkualiti ada dia.
KAMI yang kenalkan aku pada dia.
Seterusnya MERAH PUTIH

Start dari situ aku terus ikuti..ikuti..dan ikuti..
Memang tak rugi..
Bukan saja lakonan.. penulisan dia pun berkualiti..
Hari ini dia akan bernikah dengan pelengkap rusuk kiri dia..

Tahniah dari aku..
Dan untuk itu aku buat entry khas untuk dia.
Walau selepas nie dia bergelar suami.
Aku tetap akan mengikuti perkembangan dia ok (=

Hari ni.. aku jatuh hati dengan satu penulisan dia lagi..
Katanya..

"Jika aku diberi peluang menjadi orang tua,
maka aku berdoa agar tidak mahu menjadi orang tua yang menunjuk pandai kepada orang muda"..

Huh.. sangat mendalam kan..

ZAHIRIL ADZIM. Dialah pelakon itu..

Kredit Gambar to http://zahiriladzim.blogspot.com/
Dia dan Pelengkap Rusuk Kiri yang akan disatukan hari ini 20112011
TAHNIAH!!!!!

Friday, November 18, 2011

PENAT dan 5 Bulan )=

5 bulan berlalu..
Dia pergi meninggalkan kami..
Dan hingga saat aku menitip rasa ini..
Aku masih sangat rindukan dia..

Suara..
Ketawa..
Senyum..
Panggilan..

Semua.. semua tu aku tak mampu lupakan..
aku sedih..aku kecewa..
Kenapa..

Tahun nie sungguh menguji aku..
Sungguh..
Kalaulah aku tiada iman..
Mungkin dah lama aku buat kerja gila..

Ya Allah Ya Tuhan ku..
Aku mohon padaMu..
Janganlah kau beri aku ujian maha hebat lagi..
Sesungguhnya aku dah penat menangis..
Penat.. Sangat penat..

Kalau mata ini mampu bersuara..
Mungkin dia akan berkata-kata..
Dia juga penat seperti tuannya... )';

Al-Fatihah buat Allahyarham Mohamad Idzhar Ariff bin Razali.. 22/09/1996 ~ 16/06/2011
Dan buat semua yang telah kembali kepada Pencipta yang satu..

NEELOFA


Kenapa NEELOFA?
Saja.. Suka-suka nak letak gambar Neelofa (=

Terbaru dari Mat Luthfi - rokok dan kopiah

Seorang INSAN akan memahami apa yang Mohd Lutfhi nie nak sampaikan (=

GOMEN

Tadi bos bagitahu..
Jadual untuk bulan 12 pack!
Dia dah kabut.
Aku??
Tak kisah. Sama jerrr..
Sebab?
Orang yang keje gomen jer tau sebabnya!

Tuesday, November 15, 2011

HARAM GUNA RINGTONE AYAT AL-QURAN

Pagi nie dalam mengwalking sekejap jumpa nie.. info yang aku rasa bertanggungjawab nak share sebagai seorang ISLAM!

p/s: Kalau tak tau tak per kan.. SEKARANG dan tau kan.. faham2 la yea (=

Monday, November 14, 2011

FIXIE

Perbualan di antara kakak dan adik:

ADIK       :   Kak ah.. adik mi dah dapat no periksa.

KAKAK   :   Yaka.. No berapa?? (SANGAT BERDEBAR!)

ADIK       :     nO 13.. hehehheheh

KAKAK  :    La... kenapa teruk sangat. Tak dak la basikal

ADIK      :    Qimi nak jugak basikal fixie!(Menangis dan mengamuk!)

KAKAK  :  !@#$%^&***^)(*&^ *&$## Mana BOLEH!!Kalau dapat no 2 boleh dipertimbangkan lagi nie 13!!

BASIKAL NIE!!!

p/s Aku akan cuba sedaya mampu untuk tak belikan dia basikal nie! Tak berbaloi!

Update

Ada beberapa benda nak cerita..
Tapi tak der mood nak update..

Nak citer pasal Raya Haji..

Nak citer pasal Belang yang hilang..

Nak citer pasal Putih buat perangai..

Tapi...

Hujan nie..
Bau orang masak megi ayam lah.

LAPAR!

Lain kali la aku cerita kan.

Kelas vocal

Esok dan lusa..
Ada kelas Vokal!
(*,*)

Dah la suara aku macam katak panggil hujan.
Kenapa buat aku macam nie.

Tapi

Terima kasih sebab nama aku "naik" lagi.

Peluang datang jarang sekali.
Aku rembat jer (=

p/s Aku memang insan terpilh.. Terima Kasih Ya Allah (=

B.E.N.C.I

He makes me SICK!! day after day! Swear to God i wish i can kill him!!!!!!!!!!

Amanah


Patut ker?
Keje di HR. Dapat tau mengenai hal orang.
PNC dan lepas tu..
Seronok sharing dengan kawan2??

Amanahkah anda??

Tak faham langsung aku!

p/s PNC is private and confidential! 

New Chapter?

Mampu ker aku??????????

Selama nie aku fikir macam nie (~,~)

Saturday, November 12, 2011

Bantuan persekolahan RM100- Ibu bapa boleh dapatkan RM 100 di sekolah sebelum cuti 18 November 2011

Mesti ramai yang dah mula tercari-cari tertanya-tanya macammana kan.. Lelagi yang spesis aku nie yang selalu miss baca paper dan degar berita kan.. So jom aku ngan besar hati nak share info nie.. Makasih kat Cheguzubir (=..

Pihak pengurusan sekolah akan mengeluarkan surat pekeliling kepada setiap ibu bapa atau penjaga meminta mereka hadir pada tarikh ditetapkan bagi pengagihan wang bantuan persekolahan RM100 seorang yang diberikan kerajaan.



Pengagihan wang yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin, akan diterima secara tunai oleh setiap pelajar dengan ibu bapa atau penjaga perlu hadir bagi menerimanya.


PENGAWAS Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail (berdiri di belakang dari kiri) Lim Chen Yao, Carlos Ruben Dourado, Walid Amry dan Shariffuddin, (depan) Puteri Mariam Diana Ahmad Mosadik (kiri) dan Tufah Rasyidah Zakaria menunjukkan wang RM100 mereka terima semalam

Yang Dipertua Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), Ruslan Madon, berkata pengagihan secara tunai terus kepada ibu bapa atau penjaga juga yang terbaik bagi memastikan wang itu diterima dengan selamat dan telus.

“Prosedurnya juga mudah iaitu mereka menurunkan tandatangan dan nombor kad pengenalan bagi pengesahan penerimaan.

“Pengagihan itu juga dijangkakan dapat dibuat sebelum sesi pembelajaran tamat 18 November ini supaya ibu bapa dapat membeli keperluan pelajar bagi sesi persekolahan 2012,” katany

p/s: Alhamdulillah dengan rezeki nie.. dapat la mak aku guna nak buat belanja keperluan 2 orang adik aku tu...

Photo Pre - Wedding Bogel Trend Terkini


SHANGHAI: Sebuah persatuan untuk fotografer pernikahan di China menyerukan larangan potret telanjang pengantin baru, trend baru di kalangan pasangan muda negara itu.

The Wedding Asosiasi Perdagangan Shanghai mengatakan perilaku ini tidak menghormati institusi pernikahan dan memperingatkan akan tekan pemerintah untuk melarang setiap studio yang mengambil foto tersebut, Shanghai Daily melaporkan pada hari Jumaat.

"Kami tidak menganjurkan seperti foto-foto pernikahan mereka berada di luar sesuai dengan tradisi konservatif orang Tionghoa," wakil presiden asosiasi itu Ia Lina mengatakan.

Studio telah mulai menawarkan pasangan pilihan potret dari mereka tidak memakai sama sekali atau dengan lembaran strategis ditempatkan atau benda lain di tubuh mereka.

Peguam Liu Chunquan berkata itu bahwa tidak ada yang ilegal tentang potret telanjang, tetapi mengatakan siapa saja yang menyebar foto tersebut dalam domain publik boleh menghadapi tuduhan pornografi.

p/s: Rasa2 artis Malaysia yang dah ikut trend buat pre-wedding tu nak ikut tak trend nie???

Friday, November 11, 2011

Kaitan Fasha Separa bogel dan 11-11-11, 11-11am

Tengok dashboard hari nie..
BW hari ni nie..

SAMA...

Sume nak tulis pasal tu..
Aku pun nak tulis lah.

11.11.11 dan aku taip pada 11.11 am!
hah! korang mampu??

p/s jom nengok agak-agak apa nak jadi ngan fasha nie. Dah separuh bogel aku tengok (=

 ~~KALAUlah kan.....time balik nie dia excident pastu "PERGI"..macammana la dia kan~~

 wOOOt...peruttttt...


Nak tengok lagi?? sila tengok kat ROTIKAYA nie ok (=

TAKDE KAITAN PUN (=

Thursday, November 10, 2011

Melayu mudah lupa

Time orang lain buat kau marah.
Bila kau buat kau tak rasa bersalah ker?

Manusia...manusia...

eh...

Melayu..melayu...
Kau memang mudah lupa kan (=

Sedap! Wangi!!

Penah minum teh kundur?
Cuba la try.
Kompom nak lagi.

Sedap. Wangi.
Tak manis.
Ada khasiat. Elok untuk orang demam ngan batuk. Kan sekarang musim demam. Ubat tak sedap lah!

En GooGle kata air kundur nie elok untuk asma ngan sakit jantung gak.

lalalalalalalalalala.... Try eh (=

Idola Kecil 4 mulai 12 November 2011


Stesen TV9 kembali membawakan program kesukaan ramai Idola Kecil untuk musim yang keempat. Setelah menjelajah ke empat buah Bandar serata Malaysia, akhirnya 12 peserta berbakat berjaya dikumpulkan.

Dengan lebih daripada 1000 penyertaan di peringkat ujibakat, Idola Kecil 4 berjaya mencungkil bakat kanak-kanak berumur 9 – 12 tahun dalam bidang nyanyian, lakonan serta bermain alat muzik. 12 peserta yang tersenarai adalah Haikal (10 tahun), Hairul (12), Irfan (10), Syafiq (10), Irish (12), Abby (12), Nina (12), Leen (11), Shasha (11), Fifa (12), Rusil (11) serta kehadiran seorang peserta berusia lapan tahun, Trisyia.

“Untuk musim ini, kami berjaya mengumpul peserta yang mempunyai bakat lebih baik berbanding musim-musim lepas. Amat sukar untuk memilih 12 peserta terbaik daripada 30 peserta yang telah menjalani sesi ‘bootcamp’. Usia bukanlah penghalang bagi mereka untuk menempa nama dalam industriseni tanahair dan TV9 akan terus memainkan peranan dalam melahirkan generasi penghibur suatu hari nanti,” ujar Pengurus Besar, Kumpulan Penjenamaan TV9, Cik Sherina Nordin dalam majlis pelancaran program ini di Kota Damansara.

Idola Kecil masih mengekalkan Alif Satar sebagai pengacara untuk tiga musim berturut-turut. Selain itu, tiga tenaga pengajar berpengalaman akan terus menabur bakti iaitu Cikgu Alfa Booty (komposer), Cikgu Delly (vokal) dan Cikgu Affizal (tarian). Juri tetap sejak musim pertama, Atilia telah diberi tanggungjawab sebagai Penasihat Persembahan untuk kali ini.

Pada musim ini, terdapat kelainan di mana peserta-peserta akan menjalani sesi ‘busking’ atau persembahan spontan di tempat-tempat awam seperti hospital kanak-kanak, stesen LRT, taman tema sebagai latihan untuk menaikkan keyakinan diri peserta untuk membuat persembahan di khalayak ramai.

Bagi peminat setia rancangan ini, ikuti program pengenalan Idola Kecil 4 yang akan bersiaran pada 5 November ini dan menyusul pula konsert mingguan pertama pada 12 November ini.

p/s: Aku layan jer citer nie sebab diaorang nie cecomel jer kan.. TAPI kalau aku ada anak nanti rasanya..... aku tak kan galakkan anak-anak aku join program cenggini (= anak orang lain suka hati orang lain la kan. Apahal aku sibuk!

Wednesday, November 2, 2011

COUNT ON ME lyrics - BRUNO MARS

If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see
I'll be the light to guide you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

If you toss and you turn and you just can't fall asleep
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
http://www.elyricsworld.com/count_on_me_lyrics_bruno_mars.html
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah, yeah

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go, never say goodbye

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

You can count on me 'cause I can count on you
p/s: Dis song gonna be in my friendship song list!!

Borang Bantuan Isi Rumah RM500 - Bajet 2012


Borang pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isirumah yang berpendapatan bulanan RM 3000 dan ke bawah akan mula dikeluarkan pada bulan Disember 2011 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Borang bantuan isi rumah boleh dimuat turun (download) menerusi laman web LHDN ataupun boleh dapatkan borang bantuan isirumah RM500 ni di semua pejabat LHDN mulai Disember 2011 nanti. Berkemungkinan juga, borang bantuan ni akan disiarkan dalam akhbar harian terkemuka. Mungkin Berita Harian, NST, The Star ataupun Utusan Malaysia lah kut!

Cara Ringkas/Prosedur Memohon Bantuan Isirumah RM500 bagi pendapatan RM3000 dan ke bawah :

1. Dapatkan borang bantuan isirumah (
download online, pergi ke pejabat LHDN @ disiarkan di suratkhabar) mulai Disember 2011

2. Isi borang dan hantar ke pejabat LHDN yang berdekatan.

3. Tunggu jawapan sama ada permohonan berjaya atau tidak.

4. Wang bantuan isirumah RM500 akan dikreditkan ke dalam bank mulai Januari 2012 jika berjaya.

Untuk pengetahuan bagi yang kurang pengetahuan kan pemberian bantuan isi rumah sebanyak RM500 ini ada dibentangkan oleh PM dalam sesi pembentangan Bajet 2012 Oktober lepas. Maksud isirumah berpendapatan bulanan kurang daripada RM3000 tu ialah hasil jumlah pendapatan (gaji) bulanan semua ahli dalam rumah tu (keluarga) adalah tidak melebihi RM 3000.

Jadi, pada sesiapa yang layak untuk memohon, ataupun kalau korang tahu jiran-jiran, saudara mara, yang memang berpendapatan rendah dan dalam kategori layak untuk memohon bantuan isi rumah RM500 ni daripada kerajaan (ops, duit cukai rakyat gak kan?) korang tolong2 lah bagi borang bantuan 500 tu untuk diorang. Insyaallah, boleh mengurangkan beban diorang kan..

Mereka yang layak menerima bantuan isi rumah RM500 ni, dijangka mula mendapat pembayaran melalui Akauntan Negara pada Januari 2012 menerusi bank-bank yang akan dilantik. So, memang takkan dapat secara tunai! Jangan pulak, hantar borang, terus mintak cash RM500 dengan orang kat LHDN tu plak tau.. Anyway, harapnya tak perlu memaksa buka akaun simpanan pada bank tertentu semata untuk menerima wang bantuan isirumah RM500 ni lah kan… Sumber Berita Asal : Utusan

Lawan Web Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Tuesday, November 1, 2011

Menang Tiket Percuma ke New Zealand!!

                            Henry bakal membawa anda mengenali New Zealand dengan lebih dekat.

Sentiasa muncul dengan idea segar dalam memenuhi kehendak penonton, kini 8TV dengan kerjasama AirAsia X tampil dengan rancangan terbaru berbentuk catatan perjalanan atau travelog, Now Everyone Can Fly To New Zealand yang akan disiarkan 6 November.

Memilih Henry Golding sebagai pengacara, rancangan tersebut bakal membawa penonton menjelajah dan berkongsi keindahan negara yang terkenal dengan jolokan 'middle earth' itu.

Menurut Henry, pengalaman berada di negara berkenaan bukan sahaja mengujakan malah banyak pengalaman baru yang dialaminya ketika menjayakan rancangan lapan episod itu.

"Banyak pengalaman yang saya lalui sepanjang berada di sana dan setiap hari pengalamannya berbeza-beza.

"Ia seperti setiap kali anda bangun dari tidur, pemandangan pertama yang anda saksikan adalah berbeza dari hari sebelumnya," katanya dalam nada teruja.

Selain itu, bagi jejaka yang pernah menjadi hos rancangan Welcome To The Rail World itu, peluang melakukan lompatan bungee dan juga sky diving merupakan salah satu kepuasan yang tidak dapat dilupakan olehnya.

"Aktiviti tersebut betul-betul menguji andrenalin saya lebih-lebih lagi ini merupakan kali pertama saya melakukannya.

"Selain itu, kehadiran saya yang disambut baik dan ramah oleh masyarakat di sana, amat menyenangkan hati saya.

"Sememangnya pengalaman yang saya rasai sepanjang mengendalikan program ini merupakan sesuatu yang sangat istimewa," katanya selepas sidang akhbar mengumumkan program baru berkenaan di Sri Pentas, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Kreatif dan Komunikasi 8TV, Farah Shamsudin berkata, selain membawakan keindahan New Zealand lebih dekat kepada penonton, program ini juga bakal menawarkan tiket penerbangan percuma ke sana.

"Progam lapan episod ini menyediakan lapan keping tiket untuk diberikan kepada lapan penonton bertuah.

"Apa yang penonton perlu lakukan ialah menonton program ini kerana setiap minggu kita akan berikan sekeping tiket kepada penonton bertuah yang berjaya menjawab soalan dengan betul," jelasnya.

Now Everybody Can Fly to New Zealand dapat ditonton pada pukul 10.30 malam di 8TV.

p/s: So lepas ni pastikan tak miss out program nie okeh... AKu memang suka nengok program2 kat 8TV nie sebenarnya!!

'Bus stand Klang' akhirnya ditutup mulai hari ini - 1 November 2011




KUALA LUMPUR 28 Okt. - Pasarama Kota atau lebih dikenali oleh kebanyakan warga kota sebagai 'bus stand Klang' akan ditutup mulai 1 November depan bagi tujuan pembinaan stesen My Rapid Transit (MRT) Pasar Seni bawah tanah yang baru.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam kenyataannya memberitahu, semua perkhidmatan bas yang beroperasi dari terminal tersebut akan dihentikan operasinya selepas pelepasan terakhir pada 31 Oktober ini.

"Syarikat bas Cityliner serta Causeway Link yang beroperasi di Pasarama Kota akan memulakan operasinya pada awal November depan di lokasi yang baru iaitu di Pudu Sentral (Puduraya).

"Syarikat bas Seranas atau Wawasan Sutera yang beroperasi di Jalan Sultan Mohamed turut terlibat dalam penutupan ini dan juga akan memulakan operasi di Pudu Sentral," menurut kenyataan itu.

Selain itu, syarikat bas RapidKL akan memulakan operasi barunya di Jalan Sultan Mohamed iaitu di luar Pasarama Kota.

"Penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan bas ke Klang, Pelabuhan Klang dan Banting perlu menaiki bas di Pudu Sentral (dahulu dikenali sebagai Puduraya)," menurut kenyataan itu.

Sebarang maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi pengusaha bas RapidKL 03-78852585, Cityliner 03-55129424 atau Causeway Link 07-360 2244.

"Segala kesulitan yang timbul melalui penutupan ini amat dikesali dan penutupan ini bertujuan untuk membina pengangkutan awam yang moden bagi kemudahan pengguna," kata kenyataan itu.

p/s: Nasib la bas U66 masih berkeliaran di kawasan tu...soo aku tak la rungsing sangat sebab aku nie memang ada masalah bab2 nak cari jalan nie. Memang fail! So kepada warga2 yang akan sentiasa melalui kawasan tu dan akan mengalami gangguan perjalanan jangan pulak mengamuk yea... semua nie untuk kebaikan di masa hadapa.. sila bersabar banyak2 (=

Info: Utusan online

Pasarama Kota atau lebih dikenali 'bus stand Klang' akan ditutup 1 November bagi memberi laluan pembinaan stesen My Rapid Transit (MRT) Pasar Seni bawah tanah.