Wednesday, November 14, 2012

Bekam

Bekam. Tahukah anda apa itu bekam? pernahkan anda berbekam? yea aku tak tahu apa itu bekam. jadi mari kita tanya pakcik google kesayangan.

Ok info pasal bekam boleh korang baca kat SINI. kang aku tepek sini macam panjang lak entry nie. so korang bacalah di tem[at dia sendiri yea. Ok yang aku nak tepek yang nie

Dalil-dalil tuntutan berbekam 

1) Sabda Rasulullah SAW "jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya" HR Malik

2) Telah bersabda Rasulullah SAW“Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku di isra`kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam”Riwayat Ibnu Majah

3) Sabda Nabi SAW lagi "kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan kay”Hadith Sahih Al Bukhari

Kenapa aku nak cite pasal bekam nie, ekceli mr hubby la...dah lama dia merengek kat aku nak buat rawatan bekam nie.. aku memang tak amik tau selama nie.. dia lak manusia yang susah dapat cuti kan... so dah alang2 semalam cuti depabali so dia google la cari mana tempat yang dekat nak pegi. sekali google punya google ada dekat je ngan umah kiteorang. Pusat Rawatan Nurul Sunnah, kat taman datuk harun tu je ha.. sekangkang kera. so siap2 la laki bini nak kuar dalam kul 1 sekali ujan lebat drag sampai kul 4 baru pegi. 

sampai2 sana abang ustat bagi penerangan skit pastu terus buat. mr hubby buat bekam darah. tu untuk hilangkan stress. dia buat dekat belakang dengan tengkuk -eh dia stress ngan aku ke?? aiyarkkkk... jap je dia buat tak sampai sejam pun. memula mr hubby baring, pasti dia buh bekam tu, dalm 10 minit cabut dia sapu minyak pastu dia cucuk ngan jarum pastu bekam balik. dalam 45 minit settle sumer. very the cepat ok. aku tak amik gambar pun sebab takut ngan abg ustat tu..hahahahah..

pastu nak balik mr hubby beli alat bekam angin. boleh buat sendiri, tak payah datang buat rawatan pun. kalau nak buat yang darah tu sebab yang tu kena cucuk kena ada kepakaran. Kat abg ustat nie dia cas satu cup RM5 sahaja ok. dia pesan kalau nak pegi buat bekam kat mana2 pun make sure kita tanya dulu bape inggit orang tu cas per cup. sebab ada orang cas 10 ringgit satu cup. kalau 10 cup dia tepek atas badan ko dah berapa kan?? kira la sendiri. 

dah. malas cite panjang. jom nengok gambo.

Nie rupanya alat bekam angin tu.. RM 30 per set. ada 12 cup.
penyedut nie pun ada sekali
BACA! BACA
Nie la mendalah tu
Taraaaaaaaaaaaaaaaaaa
Gini boh dia
gini pam dia
INGAT!!

Badan mr hubby pas kena bekam tu. yang cam tanduk tu yang angin dia buat sendiri kat umah
Minyak zaitun
Sudah dibacakan...........

Sekianlah saja cerita saya.. ok kalau korang nak buat bekam angin meh la umah aku. aku cas murah je.. satu cupp 15 inggit. kira harga kawan2. serius!

pssstt.. katanya bekam angin nie bekam cara korea. Tak caya?? Baca SINI

1 comment: