Tuesday, November 27, 2012

CEMBURU

Jom kita cemburu sesama nak?

Saidatina Aisyah (isteri Rasulullah) banyak menceritakan  mengenai sikap Rasulullah yang sangat romantik terhadap isteri baginda.. Saidatina Aisyah menceritakan “Andai Nabi berada di rumah, baginda selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang”.

Cara memanggil isteri
Baginda memanggil isterinya dengan pangilan yang comel.. Aisyah di panggil dengan panggilan humairah yang bermaksud putih kemerah-merahan.. ini adalah kerana pipi Aisyah yang kemerah-merahan kerana kulitnya yang putih. 

Membantu urusan di dapur
Di cerita kan apabila setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Namun pernah suatu ketika baginda pulang pada waktu pagi. Baginda teramat lapar waktu itu tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk dimakan mahupun yang mentah sekalipun tiada kerana Saidatina Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya humaira?" Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah". Lalu Rasulullah berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini " tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajah baginda.

Berpegangan tangan
Rasulullah pernah bersabda, "Apabila pasangan suami istri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka". Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Beliau sering memotong kuku istrinya, mandi janabat bersama, atau mengajak antara isterinya berjalan/melancong.

Menaiki kenderaan
Imam Bukhari & Muslim meriwayatkan, “Bahawasanya Rasulullah duduk di sisi unta baginda kemudian Baginda meletakan lututnya, lalu istri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi saw hingga ia naik ke unta”. 

Memahami isteri
Rasulullah bersabda kepada Aisyah : "Sesungguhnya saya mengetahui jika kamu senang terhadap ku, dan jika kamu sedang marah kepada ku". Aisyah berkata: "Dari mana mengetahuinya?". Rasulullah menjawab: "Adapun jika engkau sedang senang terhadap ku, maka kamu akan mengatakan ‘tidak’ dan demi Tuhan(nya) Muhammad! Dan jika kamu sedang marah maka kamu akan mengatakan ‘tidak’ dan demi Tuhan(nya) Ibrahim as". Aku (Aisyah) berkata: "Ya, betul itu Rasulullah”. (HR. Aisyah)

Pangkuan isterinya
Adakalanya Nabi bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang diceritakan Aisyah dalam Sahih Bukhari dimana “Nabi membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid”.

Bersukan
Satu riwayat yang menceritakan “Rasulullah berlumba-lumba denganku. Aku mendahului baginda. Ketika aku menjadi gemuk, Baginda berlumba-lumba denganku lagi, lalu Baginda telah mendahuluiku. Lalu baginda SAW berkata, ini sebagai balasan terhadap yang lalu” (HR. Aisyah). Dan dalam riwayat lain pula menceritakan "Baginda bersama para sahabat. ketika itu, Aisyah turut sama dalam permusafiran tersebut. Dalam perjalanan, Nabi SAW mengarah para sahabat agar mereka berjalan dahulu, meninggalkan Baginda dan Aisyah di belakang. Apabila para sahabat sudah berada jauh di hadapan, lalu Baginda mengajak Aisyah berlumba".

Membasuh pakaian "Aku dan Rasulullah tidur atas satu hamparan, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid. Darah haidku menitis terkena pada hamparan itu, didapati nabi SAW membasuh tempat titisan tersebut, dan tidak mengalihkan tempat itu, kemudian baginda menunaikan solat di situ. Apabila darahku menitis terkena pakaian baginda, Baginda SAW sendiri membasuh tempat yang kena titisan darah itu, dengan tidak mengalihkan tempat lain, kemudian menunaikan solat dengan pakaian itu" (HR. Aisyah). Tengok.. Nabi sendiri membasuhnya dan tidak marah terhadap Aisyah di atas kesilapan Aisyah itu.

Lebihan isteri
"Aku minum air daripada satu bekas, ketika itu aku sedang berhaid, lalu Nabi SAW mengambil bekas minumanku itu dan meletakkan mulut baginda pada tempat aku meletakkan mulut pada bekas tersebut" (HR. Aisyah)

Meredakan kemarahan isteri
Satu hadis yang bermaksud “Apabila Aisyah sedang marah, Nabi SAW memicit hidungnya seraya berkata : wahai A’yish, katakanlah, Ya Allah tuhan Muhammad, ampunilah dosaku. Dan hilangkan kekerasan hatiku, dan lindungi aku dari fitnah yang menyesatkan". Jelas menunjukan sifat Nabi yang memujuk isterinya dengan perbuatan manja agar lembut hatinya.

Mencium isteri
“Rasulullah SAW sentiasa mencium aku dalam bulan Ramadhan, ketika itu Baginda sedang berpuasa" dan satu riwayat lain yang bermaksud “Seorang lelaki datang berjumpa dengan Rasulullah SAW, berkata: “bolehkah aku cium isteriku pada bulan Ramadhan?” Nabi berkata : “boleh”. Datang pula lelaki lain bertanya; “bolehkah aku cium isteriku pada bulan Ramadhan?” nabi berkata : “tidak boleh”. Aisyah berkata: "Wahai Nabi Allah, kamu izinkan yang ini, dan kamu mencegah yang itu?" berkata Nabi : "Yang aku izinkan itu adalah seorang lelaki yang sudah tua. Pasti dia mampu menahan syahwatnya. Dan yang Aku cegah itu pula adalah adalah lelaki muda. Dia tidak mampu menahan syahwatnya, sebab itulah aku mencegahnya”. (HR. Aisyah)

Mengutamakan isteri
"Sesungguhnya Rasulullah mempunyai seorang jiran berbangsa farsi. Dia mempunyai kepandaian memasak lauk berkuah. Dia telah memasak untuk dihidangkan bersama Rasulullah. Kemudian dia menjemput Nabi. Nabi berkata : "Apakah Aisyah dijemput sama?" Dia menjawab: "tidak". Nabi berkata : "kalau begitu, aku pun tidak terima jemputan itu". Dia pun pulang dan datang kembali menjemput. Nabi SAW berkata : "apakah Aisyah dijemput sama?" dia berkata : "tidak". Nabi SAW berkata : "kalau begitu, Aku tidak akan terima jemputan ini" Dia pulang dan datang kembali lagi menjemput. Nabi berkata : "apakah Aisyah dijemput?" Dia menjawab : "Ya" pada kali ketiga. Nabi dan Aisyah pun bangun, dan sama-sama ke rumahnya" (Anas bin Malik)


Dapat di lihat bagaimana sayangnya Rasul terhadap isteri2 Baginda. Baginda juga tidak senang terhadap lelaki yang memukul isteri mereka. Diceritakan pada suatu ketika Baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia". Rasulullah menyahut "Aku tidak bertanya alasanmu, Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? "

Yup!yup! aku sangat cemburu saat ini...uhuks.

Wednesday, November 14, 2012

Terapi Ion Rendam Kaki

Ok..sambung balik dari buat bekam mr hubby aku lak tergedik2 nak pegi buat bendalah nie. ekceli akak kat opis aku yang cite dia g buat menda nie ngan in law dia. dah memandangkan menda nie dekat je ngan umah aku, so apa lagi dah boring2 lepas hubby buat bekam tu terus lajak kesini.memula memusing gak kiteroang cari tempat nie, rupanya alahai memang tersorok ke atas tempatnya. kalu korang mata tak sharp macam aku mesti tak jumpa.hahaha..

Mesti korang pelik..benda apa la pulak yang aku terjebak kali nie kan.. nie namanya Terapi Ion Rendam Kaki. sesuai tuk pompuan gemuk banyak toksid dalam badan macam aku nie. rawatan nie pun jap je.. paling lama 45 minit je leh buat. sebab dia guna arus elektrik tapi kuasa kecik jela..

Masa aku sampai tu ada dua orang je.. tapi tak lama pas tu dalam 25 minit tu dah ramai pulak yang datang sampai penuh kau.. aku je yang batak tak tau pape. padahal dekat je ngan umah aku. haishh... ok la jom tengok gambar aku yang jijik nie.


                                                  Memula aku letak kaki dalam air.. Jernih je kan..
Mantainnn
Orang dah semakin ramai..
Tu pekerja dia dok tuang air bagi kaki tenggelam sikit
Anda nampak apa yang saya nampak???
Garam sikit bagi perasa
Yeahhh itu dia semakin kelihatan
Keladak mula merebak
Mr hubby mantain
aaaaaaaaahhhhhh...semakin menjadi2 nampaknyaaa....
itu dia...itu dia............
sorang satu plug. kiteorang kena kepit ngan kaki benda yang kotak tu.. dalam tu yang alirkan elektrik
seperti air asam jawa...adakahh??
ok ni hasil yang terkumpul.Aku punya ok!
yekkkkkkkkkkkkkkkkkkk..berledir lendir!
orang tua nie sikit je. ok bang i tau u jaga makan u bukan macam i telan je sume
Nie la jalan rahsia ke lorong itu..hehehe
Pastikan tau waktu nie.. jangan main redah jeee
bukan semua orang boleh...
meh baca meh...
sambungan
sambung lagi
RM 10 ringgit untuk setengah jam rawatan.
Taraaaaaaaaa....tajamkah mata anda untuk ketemu tempat ini????

Mas dah habis buat rawatan tu dia ada bagi satu kertas then tunjuk kat kita lendir2 tu apa.. aku katanya banyak toksin, kurang minum air ouuhh sunnnnguh tepat tekaan itu.. mr hubby katanya banyak angin je.. sama je macam abg ustat kata. banyak angin.

ok la..tu je cite kami.

Bekam

Bekam. Tahukah anda apa itu bekam? pernahkan anda berbekam? yea aku tak tahu apa itu bekam. jadi mari kita tanya pakcik google kesayangan.

Ok info pasal bekam boleh korang baca kat SINI. kang aku tepek sini macam panjang lak entry nie. so korang bacalah di tem[at dia sendiri yea. Ok yang aku nak tepek yang nie

Dalil-dalil tuntutan berbekam 

1) Sabda Rasulullah SAW "jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya" HR Malik

2) Telah bersabda Rasulullah SAW“Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku di isra`kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam”Riwayat Ibnu Majah

3) Sabda Nabi SAW lagi "kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan kay”Hadith Sahih Al Bukhari

Kenapa aku nak cite pasal bekam nie, ekceli mr hubby la...dah lama dia merengek kat aku nak buat rawatan bekam nie.. aku memang tak amik tau selama nie.. dia lak manusia yang susah dapat cuti kan... so dah alang2 semalam cuti depabali so dia google la cari mana tempat yang dekat nak pegi. sekali google punya google ada dekat je ngan umah kiteorang. Pusat Rawatan Nurul Sunnah, kat taman datuk harun tu je ha.. sekangkang kera. so siap2 la laki bini nak kuar dalam kul 1 sekali ujan lebat drag sampai kul 4 baru pegi. 

sampai2 sana abang ustat bagi penerangan skit pastu terus buat. mr hubby buat bekam darah. tu untuk hilangkan stress. dia buat dekat belakang dengan tengkuk -eh dia stress ngan aku ke?? aiyarkkkk... jap je dia buat tak sampai sejam pun. memula mr hubby baring, pasti dia buh bekam tu, dalm 10 minit cabut dia sapu minyak pastu dia cucuk ngan jarum pastu bekam balik. dalam 45 minit settle sumer. very the cepat ok. aku tak amik gambar pun sebab takut ngan abg ustat tu..hahahahah..

pastu nak balik mr hubby beli alat bekam angin. boleh buat sendiri, tak payah datang buat rawatan pun. kalau nak buat yang darah tu sebab yang tu kena cucuk kena ada kepakaran. Kat abg ustat nie dia cas satu cup RM5 sahaja ok. dia pesan kalau nak pegi buat bekam kat mana2 pun make sure kita tanya dulu bape inggit orang tu cas per cup. sebab ada orang cas 10 ringgit satu cup. kalau 10 cup dia tepek atas badan ko dah berapa kan?? kira la sendiri. 

dah. malas cite panjang. jom nengok gambo.

Nie rupanya alat bekam angin tu.. RM 30 per set. ada 12 cup.
penyedut nie pun ada sekali
BACA! BACA
Nie la mendalah tu
Taraaaaaaaaaaaaaaaaaa
Gini boh dia
gini pam dia
INGAT!!

Badan mr hubby pas kena bekam tu. yang cam tanduk tu yang angin dia buat sendiri kat umah
Minyak zaitun
Sudah dibacakan...........

Sekianlah saja cerita saya.. ok kalau korang nak buat bekam angin meh la umah aku. aku cas murah je.. satu cupp 15 inggit. kira harga kawan2. serius!

pssstt.. katanya bekam angin nie bekam cara korea. Tak caya?? Baca SINI

Tuesday, November 13, 2012

SEBARKAN KANAK-KANAK HILANG

MOHON SAMA-SAMA BANTU SELAMATKAN ADIK IFFATAMIN NIE

Sumber info : Fesbuk Diana Danielle

Deepavali kami

Macam mana ngan sambutan korang?? eh???hehehe.. tak de la  aku tak sambut pun...haaaaaa...dosa tau korng kalu terus cakap aku sambut deepavali nie.. tapi kat umah aku nie india pun ramai gak..al maklum lah Taman Medan la katakan.. sape tak tau kisah taman medan angkat kaki? ok blah kalau tak tau. dah angkat kaki tadi kan. 

aku nyewa kat flat...ramai indi sini..tapi alhamdulillah selama dekat 5 tahun aku stay sini tak penah lagi dengar cite india sini kacau orang...diaorang wat hal memasing je..so bila deepavali nie sakan la diaorang main mercun. aku tka tau tempat lain, dulu masa duk kampung pun aku tak lalui sumer nie.. kampung aku lagi la cina ngan melayu je ada..kat sini start kul7 malam dah pung pang pung pang bunyi mercun.. layankan jela..sama macam kita kan bila raya, malam raya start Takbir raya.. so diaorang hormat kita camtu la kita hormat cara diaorng sambut..aku nie easy going punya orang. ko tak kaco aku aku memang tak kan kaco ko settle kan. 

so tepat jam 12 tengah malam bernyanyi2 la mercun kat sini... sumpah dahsyat.. aku sampai takut2 dengar bunyi mercun diaorang. CNY ngan NY pun tak gempak macam nie.. firework are everywhere.. memang cahay sungguh.. mr hubby cecepat amik cammy rakam video...aku suh amik gambo.. dia uat tak tau jee.. alahai... last2 dah ujung2 baru dia nangkap gambo..ok la dari tak de kan..sampai dekat kul 2am baru stop. ko bayangkan hebak tak hebak kan. 

pepagi aku bangun dah anak auntie nie la dok pom pom depan umah aku.. sabor jela.. yang jiran berdepan ngan aku nie lak emo lebih. ditengkingnya bebudak tu.. alahai...kemon.. bebudak kot.. aku yang sampai serdak mercun masuk umah nie ok je lagi..ko sebab budak tu main mercun bising ko nak tengking dia. aku tak paham betul. ok la tu je cite aku. Alhamdulillah tahun nie anak auntie tak bakar sliper aku macam tahun lepas. tahun nie mak dia siap2 angkat sliper aku boh kat tempat tinggi. tQ auntie for your concern ((=










Tak tau la apa ke gambar yang mr hubby tangkap nie. maap le yea.. tengok je jangan keji sangat.

Last Day Phuket

oiiii...lama tak cite pasal phuket ingat dah habis...belum lagi yeaaa... ada saki baki sikit2 lagi..
Last day tak de yang menarik sangat dah pun... kul 12 macam tu check out, amik tuk tuk gi cari lunch.. pas makan teksi datang pick up kat kedai makan tu.. tip top ok service...sebut je mana dia pick up ko... otw  balik kteorang request singgah kat kedai souviner yang orang Malaysia punya..katanya t-shirt murah situ..tapi aku da borong banyak kat Patong.. so kat situ tuk masing2 je.. tu pun 4 helai gak sangkut.. harga memang murah sikit dari patong tapi tak pe aku tak pernah menyesal ((= pastu dalam kul 4 dah sampai epot.

Flight 910pm tapi aku ajak g epot awal sebab yela kiteorang tak familiar ngan epot tu so better awal kan...so dok epot canguk.. check in beg sume settle fight delay setengah jam pastu kiteorang pun say goodbye to Phuket.. im coming home Malaysia (((((=

 Dah nak balik baru gedik2 nak amik gambar kat depan otel.mampu??
 6 hari kat Phuket kteorang ada sekeping je gambar berempat.Boleh?
 muka ada sinyummmm
 Paipai Patong...gonna miss u.. i wish to be here again someday...InsyaAllah...Amin...
 Si gemuk nampak makanan memang suka laaa
 Sila bayar ok!
 Road to epot
 Teruja nampak bahasa melayu kat pekan phuket nie.
 hasil di bawa pulang 
 Custom
 Baibai phuket
Udah delay...

Ok nie la aktiviti aku kat Phuket tu.. xbest tuk korang tapi sgt best tuk aku.. nanti aku cite pasal kos, aku bagi sikit info pasal otel pasal tempat makan sume eh ((=