Tuesday, June 12, 2012

Promosi Kerja Kahwin


Ok la kalau promosi kat opis aku yang Hari Kraf Kebangsaan tu aku cite versi kulat, untuk promosi nie aku nak buat versi fresh.. Walawehhh..

Ok la ofis aku Kraftangan Malaysia akan buat promosi kerja kahwin start 20 Jun sampai 2 Julai nie.. Jemput jemput la semua datang yea.. datang membeli belah. Sokonglah kraf tempatan!! *tetiba emo* promosi nie mula 10 pagi sampai 10 malam dekat kompleks kraf jalan conlay, dekat jea ngan pavi ngan klcc sebelah jea ngan royal chulan hotel ok.haaa..korang leh shopping sampai muntah yea.

Parking?? Jangan risau.. kami sangat sayangkan para pengunjung taw.. ada tempat letak kenderaan di sediakan gak. Ada kat pusat rekabentuk lembaga getah malaysia (DDEC), jalan eaton, restoran seri melayu... Siap ada trnasport lagi akan jemput dan hantar korang taw.. tak payah jalan kaki.. Ehh...ehh.. kalau naik LRT pun boleh.. tapi turun kat stesen Ampang Park taw.. nanti ada la orang jemput.. hhaaaa..

so kepada korang korang korang yang rasa-rasa nak terkahwin dalam masa terdekat nie ringan-ringankan la kaki datang yea.. yang dah kawin dan tanak kawin pun boleh jer datang tak de masalah (= Kami ada jualan kraf, ada demonstrasi dan interaktif kraf, pameran fantasi laman perkahwinan, kraf dalam dekorasi dan keindahan seni ukiran senjata tradisional dan banyak lagi aktiviti taww.. ehh. Pertandingan pun ada taw.. nanti aku up date pasal pertandingan tu taw..  Tak pun susah-susah pegi je kat www.kraftangan.gov.my haaa... sume maklumat ada situ taw..

JEMPUT DATANG RAMAI-RAMAI!!

1 comment:

  1. promosi kerja kahwin anjuran kraftangan adalah biasa-biasa saja..cubalah cari kelainan sikit.asyik benda yang sama saja setiap tahun.
    harap pihak management kraftangan lebih kreatif untuk menarik pengunjung...

    ReplyDelete