Tuesday, June 12, 2012

Pertandingan Dondang Sayang

Suka berdondang?
Suka bersayang?
Jom la join (=

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN DONDANG SAYANG
SEMPENA PROMOSI KERJA KAHWIN 2012

24 JUN 2012 (AHAD),
7.00 PAGI – 6.00 PETANG
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR

TEMA
·  Setiap peserta hendaklah membawakan lagu dondang sayang bertemakan  PERKAHWINAN MASYARAKAT MALAYSIA
·         10 minit bagi setiap persembahan.
PENYERTAAN
·         Pertandingan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia
(tiada had umur)
·    Penyertaan adalah secara individu (pasangan untuk dondang sayang ditentukan melalui cabutan undi)
·         Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan yang dilengkapi dengan nama, alamat, nombor Kad Pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi.
·         Peserta yang mengambil bahagian hendaklah berpakaian tradisional yang sopan & kemas.
·      Segala perbelanjaan pengangkutan dan persediaan termasuk peralatan   adalah di bawah tanggungjawab peserta yang mengambil bahagian.

PEMBAHAGIAN MARKAH:         

KRITERIA
MARKAH
Pantun Beli
 30
Pantun Jual
 20
Melodi + Tempo
 20

Vokal
(Sebutan, Pitching , Intonasi / kemerduan Keharmonian suara)



 20
Persembahan
 10


HADIAH PERTANDINGAN

 HADIAH
(RM)

Pertama

Kedua

Ketiga

Sagu hati (x3)


2,000.00

1,500.00

1,000.00

250.00


TARIKH TUTUP PENYERTAAN

·   Borang Penyertaan yang telah siap diisi hendaklah dikembalikan pada atau sebelum 22 Jun 2012 (Jumaat)
·         Borang penyertaan boleh didapati dari Urus Setia atau laman web Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di www.kraftangan.gov.my.
·         Salinan borang penyertaan yang difotokopi juga boleh digunakan.

p/s: Ampun nie kesan kopi pste..capok sana capok sini.. tak pe la kan janji info lengkap (= 

No comments:

Post a Comment