Sunday, June 17, 2012

House of Five

Semalam aku nengok citer Apa Kata FBI..
Ala yang host dia Faizal bin Ismail tu..
Tajuk semalam artis cilik..so ada la adik haziq, fimie don ngan bell ngasri..
hahaha apakehal ada si bell ngasri nie kann.. memang dia da bukan kategori cilik lagi kan..tapi pembabitan awal dia tu dari cilik.. 

Pastu dia jemput satu band nie.. House of Five.. Diaorang nie band dari adik beradik.. Yang bagusnya educated. Aku suka..kakak yang besar tu dah grad dalam law dari U of London kalau tak silap.. bawah dia Skrg study kat U of Manchester, 3 orang lagi akan amik xzam tahun nie. SPM, PMR ngan UPSR.. sume target straight A ok.. hahaha.. 

semalam masa FBI tanya yang kakak ni bagi tau sejak dari umur 3-4 tahun parents diaorang dah hantar diaorang ke kelas muzik.. ooo.. bagus2 hasilnya dah ada band dan dah release album pun ok (=..

Selain KRU rasanya takder lg band yg fuly family members kan.. kira ok la nie...nak jadi macam The Corrs kata diaoraang.. ok la..gud luck ok..jangan hangat2 taik ayam je ok... moga korang berjaya dalam muzik dan cecita memasing..




Nie sikit citer pasa diaorang yang aku google.. Kdt info to Utusan

BAND House of Five hadir dengan personel yang masih muda-muda belaka. Bayangkan pemain gitar dan deramnya baru berusia 12 tahun.
Namun jangan remehkan mereka, dari segi bakat walaupun masih perlu diasah bukan sesuatu yang mustahil untuk mereka menyerlah seperti band-band senior lain.

Lebih unik tentang band berasal dari Seremban, Negeri Sembilan ini adalah kesemua lima anggotanya terdiri daripada adik beradik dan mampu mencipta lagu mereka sendiri.

Mereka adalah Syazmin, 22 (vokalis), Aizat Ikhwan,20, (pemain biola), Azran Irsyad,17, (gitaris), Syazrin, 15 (vokalis kedua dan pemain keyboard) dan Azriq Anwar, 12 (deram dan gitar).

Nama mereka tentu masih belum ke tahap "hiruk pikuk" dalam dunia hiburan tanah air tetapi melihat usia mereka yang belia, selagi konsisten, langkah pasti terbentang luas.
Begitu juga biarpun pernah mendapat jolokan Jackson 5, House of Five mengakui lebih terinspirasi daripada kemunculan kumpulan muzik dari Ireland, The Corrs.

"Mungkin kerana muzik kami mempunyai persamaan iaitu pop kontemporari dengan sedikit unsur-unsur klasik," kata Syazmin yang kini menuntut jurusan undang-undang di Universiti Hull, London.

Bercerita tentang pembabitan awal House of Five, kata Syazmin, semua bermula daripada dorongan kedua-dua ibu bapa mereka, Saprudin Mohd Sharif dan Nor Aliza Abdul Rashid.
Semacam satu tradisi, seawal empat tahun adik-beradik ini akan dihantar ke kelas muzik.

"Mulanya sekadar untuk bersuka-suka kami adik beradik akan membuat persembahan di majlis keraian saudara mara dan rakan-rakan. Namun selepas itu banyak yang berpendapat kami patut melangkah lebih jauh," katanya.

DiujibakatAtas galakan tersebut dan setelah diujibakat oleh penerbit Amy dari kumpulan Ukay's, lahirlah House of Five.
"Kami memang terkejut apabila dikatakan sangat layak untuk menubuhkan sebuah band dan menghasilkan album sendiri," kata Syazmin lagi.

Dua buah single pertama kumpulan ini, Kenapa dan Rahsia sudah berkemundang di corong radio.
Kedua-dua buah lagu tersebut juga dihasilkan sendiri Syazmin dengan bantuan adik-adiknya.

Bukan sekadar ingin mengenengahkan single tersebut, House of Five juga merancang untuk muncul dengan album pertama mereka menjelang Jun nanti.
Pada masa yang sama, kata Syazmin, mereka berharap pertaruhan genre pop kontemporari itu akan diterima pendengar.
"Dalam kebanyakan lagu, kami akan berusaha menerapkan sedikit muzik klasik dengan alunan biola sebagai satu kelainan dan berharap ia dapat diterima ramai," katanya lagi.

Syazmin juga menjelaskan bahawa dia akan pulang bercuti pada Mei ini bagi menguruskan semua rangka promosi dan menyiapkan album penuh.
Biarpun begitu, House of Five lebih bijak apabila terlebih dahulu menggunakan laman sosial Facebook untuk mempromosikan band dan lagu mereka.
Malah klip video untuk kedua-dua single tersebut juga sudah dilancarkan di laman Youtube.

Sementara itu, Saprudin berkata dia memberi sokongan untuk mendukung anak-anak kesayangannya itu mengembangkan bakat dalam bidang muzik.
"Ini bukan sekadar untuk mengejar populariti tetapi membuktikan remaja seperti mereka juga boleh mengecapi kejayaan tersendiri dan kami sebagai ibu bapa cukup berbangga dengan dedikasi mereka," katanya.

1 comment: