Tuesday, June 12, 2012

Pertandingan Fotografi

Korang suka amik gambar?
Ada bakat?
Aku cabar korang masuk pertandingan nie (=


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN FOTOGRAFI
SEMPENA PROMOSI KERJA KAHWIN 2012

23 JUN 2012 ( SABTU )
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR
 
1.    TEMA
-       Tema ‘Perkahwinan Masyarakat Malaysia’.
- Peserta perlu mengambil gambar semasa Promosi Kerja Kahwin 2012 berlangsung.

2.    TARIKH & MASA
-       Pertandingan akan diadakan pada 23 Jun 2012 ( Sabtu ). Sesi taklimat kepada semua peserta diadakan pada jam 10.00 pagi bertempat di Panggung Sari, Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

-       Pertandingan terbahagi kepada :
o   Kategori Remaja ( 13 - 17 tahun ), 11.00 pagi - 1.00 petang
o   Kategori Dewasa ( 18 tahun ke atas ), 2.00 - 6.00 petang

3.    LOKASI
-       Lokasi yang dibenarkan adalah di Kompleks Kraf Kuala Lumpur sahaja.

4.    TERMA & SYARAT

Ø  PENYERTAAN
-       Pertandingan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia.
-  Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan yang dilengkapi dengan nama, alamat, nombor Kad Pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi.
-       Peserta yang mengambil bahagian hendaklah berpakaian kemas (Pihak Urus Setia akan memberikan tag khas sewaktu pendaftaran)

Ø  GAMBAR
-       Gambar yang diambil pada hari 23 Jun 2012 di lokasi yang ditetapkan sahaja yang layak untuk dipertandingkan.
-       Peserta hanya boleh menghantar satu (1) penyertaan sahaja.
-  Semua gambar mesti dikemukakan dalam bentuk format JPEG (sekurang kurangnya 300 dpi ke atas)
-       Tiada sebarang sentuhan digital menggunakan perisian komputer dibenarkan.


Ø  HAK MILIK
-  Setiap gambar yang dikemukakan untuk pertandingan ini tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hak milik mutlak penganjur.

Ø  PENILAIAN
-   Gambar pertandingan akan dinilai berdasarkan pematuhan kepada tema, kreativiti dan aplikasi teknik fotografi yang terbaik.
-       Penyertaan yang tidak mematuhi syarat tidak akan dinilai.
-       Keputusan hakim adalah muktamad.

Ø  YURAN PENYERTAAN & HADIAH

-       Yuran penyertaan adalah seperti berikut:

o   Kategori Remaja            -           RM10.00
o   Kategori Dewasa           -           RM20.00

( Bayaran penyertaan dibuat semasa sesi pendaftaran ).

-       Hadiah adalah seperti berikut :

Hadiah Kategori Remaja
Hadiah Kategori Dewasa
Pertama

RM800.00
Pertama

RM1,000.00
Kedua

RM600.00
Kedua

RM800.00
Ketiga

RM400.00
Ketiga

RM500.00
Saguhati x 3

RM100.00
Saguhati x 3

RM150.00


Ø  TARIKH TUTUP PENYERTAAN

-       Borang penyertaan boleh didapati dari Urus Setia / muat turun di ccdkraf.blogspot.com atau portal Kraftangan Malaysia di http://www.kraftangan.gov.my/

-       Borang penyertaan yang telah siap diisi hendaklah dikembalikan sebelum atau semasa hari pendaftaran ke alamat berikut :

URUS SETIA PERTANDINGAN
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
KRAFTANGAN MALAYSIA
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR
SEKSYEN 63, JALAN CONLAY
50450 KUALA LUMPUR
TEL : 03-2161 3793                  FAKS : 03-2161 3773

No comments:

Post a Comment