Tuesday, June 12, 2012

Pertandingan Kompang

Kepaakkk..kepaakkk..kebboomm..keeebboomm...
Korang ada team kompang tak?
Ada?
Jom masuk..
 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KOMPANG

SEMPENA PROMOSI KERJA KAHWIN 2012

30 JUN 2012 (AHAD)
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR, JALAN CONLAY
 
TEMA

·         Setiap kumpulan hendaklah membawakan 2 buah lagu bertemakan PERKAHWINAN
·         Persembahan tidak melebihi 15 minit bagi setiap persembahan.                                                                                                                 
PENYERTAAN

·         Pertandingan ini terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu:
a)    Kategori Dewasa ( 18 tahun ke atas )
b)    Kategori Remaja ( 13 – 17 tahun )
·         Terdiri daripada10 - 15 orang bagi setiap pasukan
·   Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan yang dilengkapi dengan nama, alamat, nombor Kad Pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi.
·         Peserta yang mengambil bahagian hendaklah berpakaian seragam, sopan & kemas.
·         Peralatan tambahan dibenarkan (Jidur, Rebana, Geduk)
·         Persembahan yang melebihi masa akan ditolak 5 markah
·         Pertukaran lagu tidak dibenarkan di saat-saat akhir (seni kata hendaklah dikemukakan kepada jemaah hakim semasa pendaftaran)
·         Ahli kumpulan hendaklah dikekalkan dari peringkat awal hingga akhir.
·         Masa akan mula dikira setelah loceng dimulakan. 3 minit sebelum masa berakhir loceng akan dibunyikan.

JADUAL SARINGAN DAN JADUAL PERTANDINGAN AKHIR

PERKARA
TARIKH
MASA
TEMPAT

SARINGAN

30 JUN 2012 (SABTU)

9.00 PAGI

PANGGUNG SARI, BANGUNAN SERI UTAMA, KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR

AKHIR

30 JUN 2012 (SABTU)

8.00 MALAM

PANGGUNG SARI, BANGUNAN SERI UTAMA, KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR

PEMBAHAGIAN MARKAH:         

IRAMA
a)    Tempo
b)    Melodi
c)    Rentak                                                                    50 MARKAH
d)    Hasil bunyi                                                        
e)    Keharmonian lagu
f)     Pukulan

PERSEMBAHAN
a)    Tertib (intro / closing)
b)    Personaliti (penampilan)
c)    Pakaian                                                                  20 MARKAH
d)    Kreativiti / formasi
e)    Penghayatan / menjiwai

VOKAL
a)    Sebutan
b)    Pitching                                                                  30 MARKAH
c)    Intonasi / kemerduan
d)    Keharmonian suara



HADIAH PERTANDINGAN

·         Hadiah Kategori Dewasa (18 tahun ke atas) adalah seperti berikut:


Hadiah
(RM)

Pertama

Kedua

Ketiga


5,000.00

3,000.00

2,000.00

  • Hadiah Kategori Remaja (13 – 17 tahun) adalah seperti berikut:
           

Hadiah
(RM)

Pertama

Kedua

Ketiga


3,000.00

2,000.00

1,000.00


TARIKH TUTUP PENYERTAAN

·         Borang Penyertaan yang telah siap diisi hendaklah dikembalikan pada atau sebelum 25 Jun 2012 (Isnin).
·         Borang penyertaan boleh didapati dari Urus Setia / muat turun di ccdkraf.blogspot.com atau daftar terus secara online melalui laman web Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di www.kraftangan.gov.my.
·         Salinan borang penyertaan yang difotokopi juga boleh digunakan.

Sebarang pertanyaan hubungi:
Urus Setia Pertandingan Kompang
Bahagian Komunikasi Korporat
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur

Tel : 2161 3793   Faks : 2161 3773

4 comments:

  1. wah.. lumayan yer hadiahnya.. sukanya akak tgk gambar header tu.. cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aahhh..lumayan.. masuk laa... dondang sayang ke.. tQ tuk pujian,,header tu masa pas kawin uat outdoot...

      Delete
  2. wahhhh... aku kne cri team kompang nie....
    wehhh kalau yg menang tu bole lar aku nk order tuk wedding aku t...

    ReplyDelete