Wednesday, June 27, 2012

Malas

Assalamualaikum...

Sibuk + malas = tak berupdate.

Sekian .

Thursday, June 21, 2012

lelaki melayu

lelaki melayu tak semua hemsem pakai t shirt..

lelaki melayu tak semua segak pakai kemeja..

TAPI

yang pasti semua lelaki melayu sangat segak hemsom bila pakai baju melayu kan...


Published with Blogger-droid v2.0.4

tak de keje

abdefghijklmnopqrstuvwxyz

*tujenkupdate.bizilah.nantieh*


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, June 17, 2012

Dia datang

Dia datang..
Dengan lenggang lenggoknya..
Dia datang..
Ewaaahhh..

Ish nie bukan lagu..
Nak bagi tau dia datang dah..
Apa yang datang..

Raja segala buah tu la..
En duriannn..
Oh mak kau!!!!
Tak tahan aku ngan buah durian nie...

Musim panas ke..
Cuaca berbahang ke..
Peduli apa aku kan...
yang pasti hawa nafsu melantak aku mesti di lunaskan..
hehehehe..

Aku dah bantai
Korang dah???

Mintak maapla yea..gambar curi kat pak cik google sebab aku rakus punya pasal lupa nak amik gambar yang aku da makan...hahahaha (=

*terima kasih tuk mr hubby sebab memuaskan nafsu melantak i*

House of Five

Semalam aku nengok citer Apa Kata FBI..
Ala yang host dia Faizal bin Ismail tu..
Tajuk semalam artis cilik..so ada la adik haziq, fimie don ngan bell ngasri..
hahaha apakehal ada si bell ngasri nie kann.. memang dia da bukan kategori cilik lagi kan..tapi pembabitan awal dia tu dari cilik.. 

Pastu dia jemput satu band nie.. House of Five.. Diaorang nie band dari adik beradik.. Yang bagusnya educated. Aku suka..kakak yang besar tu dah grad dalam law dari U of London kalau tak silap.. bawah dia Skrg study kat U of Manchester, 3 orang lagi akan amik xzam tahun nie. SPM, PMR ngan UPSR.. sume target straight A ok.. hahaha.. 

semalam masa FBI tanya yang kakak ni bagi tau sejak dari umur 3-4 tahun parents diaorang dah hantar diaorang ke kelas muzik.. ooo.. bagus2 hasilnya dah ada band dan dah release album pun ok (=..

Selain KRU rasanya takder lg band yg fuly family members kan.. kira ok la nie...nak jadi macam The Corrs kata diaoraang.. ok la..gud luck ok..jangan hangat2 taik ayam je ok... moga korang berjaya dalam muzik dan cecita memasing..




Nie sikit citer pasa diaorang yang aku google.. Kdt info to Utusan

BAND House of Five hadir dengan personel yang masih muda-muda belaka. Bayangkan pemain gitar dan deramnya baru berusia 12 tahun.
Namun jangan remehkan mereka, dari segi bakat walaupun masih perlu diasah bukan sesuatu yang mustahil untuk mereka menyerlah seperti band-band senior lain.

Lebih unik tentang band berasal dari Seremban, Negeri Sembilan ini adalah kesemua lima anggotanya terdiri daripada adik beradik dan mampu mencipta lagu mereka sendiri.

Mereka adalah Syazmin, 22 (vokalis), Aizat Ikhwan,20, (pemain biola), Azran Irsyad,17, (gitaris), Syazrin, 15 (vokalis kedua dan pemain keyboard) dan Azriq Anwar, 12 (deram dan gitar).

Nama mereka tentu masih belum ke tahap "hiruk pikuk" dalam dunia hiburan tanah air tetapi melihat usia mereka yang belia, selagi konsisten, langkah pasti terbentang luas.
Begitu juga biarpun pernah mendapat jolokan Jackson 5, House of Five mengakui lebih terinspirasi daripada kemunculan kumpulan muzik dari Ireland, The Corrs.

"Mungkin kerana muzik kami mempunyai persamaan iaitu pop kontemporari dengan sedikit unsur-unsur klasik," kata Syazmin yang kini menuntut jurusan undang-undang di Universiti Hull, London.

Bercerita tentang pembabitan awal House of Five, kata Syazmin, semua bermula daripada dorongan kedua-dua ibu bapa mereka, Saprudin Mohd Sharif dan Nor Aliza Abdul Rashid.
Semacam satu tradisi, seawal empat tahun adik-beradik ini akan dihantar ke kelas muzik.

"Mulanya sekadar untuk bersuka-suka kami adik beradik akan membuat persembahan di majlis keraian saudara mara dan rakan-rakan. Namun selepas itu banyak yang berpendapat kami patut melangkah lebih jauh," katanya.

DiujibakatAtas galakan tersebut dan setelah diujibakat oleh penerbit Amy dari kumpulan Ukay's, lahirlah House of Five.
"Kami memang terkejut apabila dikatakan sangat layak untuk menubuhkan sebuah band dan menghasilkan album sendiri," kata Syazmin lagi.

Dua buah single pertama kumpulan ini, Kenapa dan Rahsia sudah berkemundang di corong radio.
Kedua-dua buah lagu tersebut juga dihasilkan sendiri Syazmin dengan bantuan adik-adiknya.

Bukan sekadar ingin mengenengahkan single tersebut, House of Five juga merancang untuk muncul dengan album pertama mereka menjelang Jun nanti.
Pada masa yang sama, kata Syazmin, mereka berharap pertaruhan genre pop kontemporari itu akan diterima pendengar.
"Dalam kebanyakan lagu, kami akan berusaha menerapkan sedikit muzik klasik dengan alunan biola sebagai satu kelainan dan berharap ia dapat diterima ramai," katanya lagi.

Syazmin juga menjelaskan bahawa dia akan pulang bercuti pada Mei ini bagi menguruskan semua rangka promosi dan menyiapkan album penuh.
Biarpun begitu, House of Five lebih bijak apabila terlebih dahulu menggunakan laman sosial Facebook untuk mempromosikan band dan lagu mereka.
Malah klip video untuk kedua-dua single tersebut juga sudah dilancarkan di laman Youtube.

Sementara itu, Saprudin berkata dia memberi sokongan untuk mendukung anak-anak kesayangannya itu mengembangkan bakat dalam bidang muzik.
"Ini bukan sekadar untuk mengejar populariti tetapi membuktikan remaja seperti mereka juga boleh mengecapi kejayaan tersendiri dan kami sebagai ibu bapa cukup berbangga dengan dedikasi mereka," katanya.

Melawan arus cintamu - Puteri Caroline

Sebegini hatiku resah
Mengapa harus begini
Kau disana aku disini
Ku tak bisa lihat semua

Cara cinta ini
Maka katakan padaku
Apakah kita harus bersama
Tuk meneruskan perjalanan

Asmara engkau dan aku
Bagai sudah tidak jalan pemisah
Seperti tiada erti semua
Kerna ku tak daya melawan arus

Asmara engkau dan aku
Dibuai gelora dan tak menentu
Seperti tiada erti semua
Kerna ku tak daya melawan arus
Arus ini, arus ini

Cara cinta ini
Maka katakan padaku
Apakah kita harus bersama
Tuk meneruskan perjalanan

Asmara engkau dan aku
Bagai sudah tidak jalan pemisah
Seperti tiada erti semua
Kerna ku tak daya melawan arusAsmara engkau dan aku
Dibuai gelora dan tak menentu
Seperti tiada erti semua
Kerna ku tak daya melawan arus cinta
Melawan cintamu
Melawan cintamu

*falling in love with this song*

Saturday, June 16, 2012

Mengumpat Masjid

Aku dah lama dah perasan hal nie..
Al maklumla aku nie kaki drama..
Memang suka tengok cite melayu..
Aku memang suka tengok tv. memang suka tidur. so apadahal??

Lately nie aku terperasan pasal satu scene yang aku kurang gemar.
Scene mengumpat di dalam masjid
tak pun mengumpat di depa masjid tu..
Apa nie???
Kan ke tu rumah Allah?? Tempat beribadat..
ada satu citer cerekarama kalau sape ingt tajuk dia Oh Haram..
rita ngan aqasha berlakun..
lagi la menyayat hati aku tengok..
boleh pulak si pompuan nie nak menggatal dalam masjid.
boleh pulak umpat mengumpat dalam masjid..
Tu tempat suci kot..
Siap lengkap bersongkok bertelekung lagi macam tu..
Memang la mungkin moral kat situ jangan ingat orang yang sembahyang tu baik2 belaka..
Tapi tak payah la sampai buat scene2 macam tu kot..
Sedih aku nengok..

Semalam episod pertama Naziha tu kan ke orang kampung mengutuk diaorang kat depan surau..
dah elok2 pakai telekung pegi masjid bagai tapi mengumpat..
Tu ke cara kita orang islam?

Aku minta maaf la mungkin aku belum cukup terbuka bab2 tu..

Sekian, terima kasih

Thursday, June 14, 2012

mata orang lelaki

eh korang orang pompuan kan.. pernah tak tengah sembang2 ngan kengkawan lelaki kan pastu kan ngah khusyuk nie kita cite tetiba mata dia pandang 2 biji epal kita.. pernah tak? pernah tak? masa tu rasa ya rabbi tak selesa gila.. tapi kalau korang yang jenis sembang tak eye to eye to mungkin tak perasan la tapi kalau betul korang pandang mesti sedar punya..agak2 la kalau nak nengok pun jangan la dedepan kan..kita boleh nampak taw.. malu kowt.. tapi kn aku yang pakai baju ala ala gelebeh nie pun rasa tak selesa camne ngan yang suka tayang tu eh??? tak malu eh???


Published with Blogger-droid v2.0.4

tak sedar diri

Da lama aku perati... warga2 indon yang kat umah aku nie.. al maklumla kan aku nie dok umah flat tak mampunya nak dok kondo apatah lagi beli kondo kan.. al kisahnya diaorang nie makin menyakitkan hati aku lak.. kalau aku balik keje je diaorang pandang aku atad bawah macam aku pendatang.. dah tu yang lelaki lak pandang aku macam nk gomol2 aku pulak kan..sungguh cilakak... tadi ni aku melalu depan kedai makan haram yang diaorang buka kat bawah flat nie..yela tak mungkin kedai tu dapat kebenaran knn..so kedai haram la aku bantai.. dari jauh aku nampak diorang dok jerit2 maki orang tingkat atas... oo mak ai.. sumpah kurang ajar.. siap maki hamun bodoh bongok sume..ada orang buang barang dari atas agaknya.. yela orang tu mmg la salah sebbb buat macam tu tapi yang ko nak maki orang tak beragak apahal?? dah tu bila orang local nie lalu2 pandang diaorang jeling2 lak ngan megahnya..sungguh cilakak!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, June 13, 2012

Kenapa

Kenapa aku tak up date lagi pasal

i) Ulangtahun perkahwinan ke -2
*orang lain suka taip anniversary tapi aku nak guna bahasa melayu*

 ii) Hari lahir mr hubby

Nantilah aku citer sebab ada kesedihan di sebalik kegembiraan...

Laman sosial oh laman sosial

Nampaknya dah makin menjadi-jadi kan..
Sesuka je nak cakap apa..
nak maki apa..
Kadang-kadang tu macam orang tak berakal lak..

Memang la sume orang ada hati perasaan nak marah segala bagai..
Tapi orang kata kan ke elok jangan curah minyak ke dalam api
*eh betul ke peribahasa aku nie*
Kalau masing2 nak tunjuk hebat ke nak tunjuk kuasa ke tak payah la..
Kan ke baik kalau settle secara baik..
Zaman dulu tak de laman sosial ni ok je..
Leh je settel masalah secara baik..
Kan ke face to face to lagi baik dari socialnetwork to socialnetwork (=

ok la tu je nak luah.

*eh post nie tak de kena mengena ngan aaron aziz ngan zed zaidi atau tiz zakiyah ngan remy ishak taw*

Tuesday, June 12, 2012

ustaz vs ustazah

dulu masa zaman sekolah aku suka kalau ustaz yang mengajar subjek agama.. ustaz selalu sempoi dan kelakar.. tapi kalau ustazah mak aiii.... garang dia lain macam.. tu tak kira lagi kalau dia dapat pulas perut..nak nangis je rasa.. yela aku ni lak memang selalu buat hal kan.. selalu la kena aim.. tapi memang... kalau ustazah kan bila selisih ngan aku mesti pandang aku ngan kerek dan ganasnya.. kalu ustaz baik je... uay kelakar..kalau ngajar pun dia selit lawak.. selisih sebelah pun dia senyum je.. bukan sekali dua dari aku sekolah rendah kowt aku ada masalah kalau matapelajaran agama ustazah yang ngajar..hahahaha.. macam macam kan. tapi tu la aku harap kalau ada ustazah2 yang terbaca apa yang aku luahkan nie jangan la sombong ngan student perempuan.. kesian taw.. sampai sekarang kalau ada selisih ngan orang perempuan yang ala ala alim mesti pandang kerek.. kenapaaaaa... jangan buat aku macam nie... kita kan sesama manusia.. sesama islam lagi tu... senyum sikit (=

Published with Blogger-droid v2.0.4

Pertandingan Kompang

Kepaakkk..kepaakkk..kebboomm..keeebboomm...
Korang ada team kompang tak?
Ada?
Jom masuk..
 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KOMPANG

SEMPENA PROMOSI KERJA KAHWIN 2012

30 JUN 2012 (AHAD)
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR, JALAN CONLAY
 
TEMA

·         Setiap kumpulan hendaklah membawakan 2 buah lagu bertemakan PERKAHWINAN
·         Persembahan tidak melebihi 15 minit bagi setiap persembahan.                                                                                                                 
PENYERTAAN

·         Pertandingan ini terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu:
a)    Kategori Dewasa ( 18 tahun ke atas )
b)    Kategori Remaja ( 13 – 17 tahun )
·         Terdiri daripada10 - 15 orang bagi setiap pasukan
·   Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan yang dilengkapi dengan nama, alamat, nombor Kad Pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi.
·         Peserta yang mengambil bahagian hendaklah berpakaian seragam, sopan & kemas.
·         Peralatan tambahan dibenarkan (Jidur, Rebana, Geduk)
·         Persembahan yang melebihi masa akan ditolak 5 markah
·         Pertukaran lagu tidak dibenarkan di saat-saat akhir (seni kata hendaklah dikemukakan kepada jemaah hakim semasa pendaftaran)
·         Ahli kumpulan hendaklah dikekalkan dari peringkat awal hingga akhir.
·         Masa akan mula dikira setelah loceng dimulakan. 3 minit sebelum masa berakhir loceng akan dibunyikan.

JADUAL SARINGAN DAN JADUAL PERTANDINGAN AKHIR

PERKARA
TARIKH
MASA
TEMPAT

SARINGAN

30 JUN 2012 (SABTU)

9.00 PAGI

PANGGUNG SARI, BANGUNAN SERI UTAMA, KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR

AKHIR

30 JUN 2012 (SABTU)

8.00 MALAM

PANGGUNG SARI, BANGUNAN SERI UTAMA, KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR

PEMBAHAGIAN MARKAH:         

IRAMA
a)    Tempo
b)    Melodi
c)    Rentak                                                                    50 MARKAH
d)    Hasil bunyi                                                        
e)    Keharmonian lagu
f)     Pukulan

PERSEMBAHAN
a)    Tertib (intro / closing)
b)    Personaliti (penampilan)
c)    Pakaian                                                                  20 MARKAH
d)    Kreativiti / formasi
e)    Penghayatan / menjiwai

VOKAL
a)    Sebutan
b)    Pitching                                                                  30 MARKAH
c)    Intonasi / kemerduan
d)    Keharmonian suara



HADIAH PERTANDINGAN

·         Hadiah Kategori Dewasa (18 tahun ke atas) adalah seperti berikut:


Hadiah
(RM)

Pertama

Kedua

Ketiga


5,000.00

3,000.00

2,000.00

  • Hadiah Kategori Remaja (13 – 17 tahun) adalah seperti berikut:
           

Hadiah
(RM)

Pertama

Kedua

Ketiga


3,000.00

2,000.00

1,000.00


TARIKH TUTUP PENYERTAAN

·         Borang Penyertaan yang telah siap diisi hendaklah dikembalikan pada atau sebelum 25 Jun 2012 (Isnin).
·         Borang penyertaan boleh didapati dari Urus Setia / muat turun di ccdkraf.blogspot.com atau daftar terus secara online melalui laman web Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di www.kraftangan.gov.my.
·         Salinan borang penyertaan yang difotokopi juga boleh digunakan.

Sebarang pertanyaan hubungi:
Urus Setia Pertandingan Kompang
Bahagian Komunikasi Korporat
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur

Tel : 2161 3793   Faks : 2161 3773

Pertandingan Dondang Sayang

Suka berdondang?
Suka bersayang?
Jom la join (=

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN DONDANG SAYANG
SEMPENA PROMOSI KERJA KAHWIN 2012

24 JUN 2012 (AHAD),
7.00 PAGI – 6.00 PETANG
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR

TEMA
·  Setiap peserta hendaklah membawakan lagu dondang sayang bertemakan  PERKAHWINAN MASYARAKAT MALAYSIA
·         10 minit bagi setiap persembahan.
PENYERTAAN
·         Pertandingan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia
(tiada had umur)
·    Penyertaan adalah secara individu (pasangan untuk dondang sayang ditentukan melalui cabutan undi)
·         Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan yang dilengkapi dengan nama, alamat, nombor Kad Pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi.
·         Peserta yang mengambil bahagian hendaklah berpakaian tradisional yang sopan & kemas.
·      Segala perbelanjaan pengangkutan dan persediaan termasuk peralatan   adalah di bawah tanggungjawab peserta yang mengambil bahagian.

PEMBAHAGIAN MARKAH:         

KRITERIA
MARKAH
Pantun Beli
 30
Pantun Jual
 20
Melodi + Tempo
 20

Vokal
(Sebutan, Pitching , Intonasi / kemerduan Keharmonian suara)



 20
Persembahan
 10


HADIAH PERTANDINGAN

 HADIAH
(RM)

Pertama

Kedua

Ketiga

Sagu hati (x3)


2,000.00

1,500.00

1,000.00

250.00


TARIKH TUTUP PENYERTAAN

·   Borang Penyertaan yang telah siap diisi hendaklah dikembalikan pada atau sebelum 22 Jun 2012 (Jumaat)
·         Borang penyertaan boleh didapati dari Urus Setia atau laman web Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di www.kraftangan.gov.my.
·         Salinan borang penyertaan yang difotokopi juga boleh digunakan.

p/s: Ampun nie kesan kopi pste..capok sana capok sini.. tak pe la kan janji info lengkap (=