Saturday, April 28, 2012

Bersih

hari nie semua orang nak cakap pasal bersih...

bersih punya pasal semua jalan jadi jem...

bersih punya pasal nak keluar pun cancel..

bersih punya pasal abis aktiviti tergendala..

bersih punya pasal abis imej negara..


bukan di halang pun..

kan ke dah diberi tempat tuk di buat secara berhemah...

nak jugak tunjuk keras kepala..

nak jugak tunjuk hebat berarak kat tengah kotaraya..


sungguh aku bukan orang politik...

sungguh aku tak menyokong mana mana parti...

tapi sekurang kurangnya aku tak bodohkan diri berhimpun macam orang gila..


sebab...

aku mentah sangat lagi..

aku tak tau apa apa untuk menilai...

aku tak layak nak sertai...

kalau la kena tangkap...

kena soal kenapa join?

apa nak jawab?

saja?

suka?

seronok seronok?


tak payah laa nak tunjuk pandai nak tunjuk hebat..

kalau rasa betul betul nak tunjuk hebat tunjuk time mengundi nanti..


sape menang dialah yang hebat.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, April 27, 2012

trauma

yup...

sangat ketara ketraumaan mr hubby...

lepas kes umah kami kena rompak hari tu mr hubby macam sangat keeisauan..

hmmm...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Al fatihah

tabahnya dia menghadapi ujian itu..

hebatnya dia menerima dugaan itu..

sedangkan aku..

masih bergetar kaki saat menjejaki tempat itu...

masih membayangkan sakitnya dia waktu itu..

masih berperang dengan perasaan ketika itu..

Ya Allah Ya Tuhanku..

kau kuatkanlah semangatku...

Al fatihah...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Pesta orang kaya.

Orang kaya berparty

Semalam ada event..

LAGI..

so macam biasa kena kerah laa..

tapi aku mcm suka je.

sebab kena bertugas tuk party orang kaya..

ngan mak mak datin malaysia.

ngan ibu ibu kaya dari indonesia.

heybakk oo..

sebenarnya tujuan majlis nie tuk meraikan ibu ibu endon yg datang opis aku haritu..

so masing masing nak tunjuk persembahan kesenian memasing la kann..

tapi aku salute la ngan ibu ibu endon nie..

masa fashion show diaorang sendiri naik runaway then peragakan baju diaorang.

masa party lak diaorang sendiri main muzik.. 

diaorang sendiri menyanyi menari..

bukan macam mak datin malaysia..

menang bab melawa jaaa..

persembahan sume harap orang...

menci tawww...

tapi best gak la walau penat tapi aku suka sbb dapat pengalaman baru..

walau aku tak dapat jadi orang kaya dapat menyibuk kat party orang kaya pun jadi la labu...

ok lah. tu je nak cite.

Ok lah...jom tengok gambaq yang aku curi...

Nyanyian untuk orang kaya

Persembahan dari orang kaya untuk orang kaya
Model veteren! 55 tahun ke atas ok. Exclusively (=
Sedang menunggu giliran
Bersiap!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 25, 2012

Majlis sepetang bersama..

weeeee..hari ni ada event..

so macam biasa la..opis kena tinggal..

aku ngan kengkawan kena kerah kat sini..

hari ni melayan mak mak datin.. ngan mak mak indon..

harap harap majlis nie berlangsung ngan jayanya..

Atau..

aku dan kengkawan makan maki hamun..

ni la nasib aku..huhuhuhu...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, April 23, 2012

macam macam

yea aku bercuti.

tapi aku berkerja.

kesian.

ingatkan boleh relax2 nengok cite filipina ni.

malangnyaaaaaaaa...

yàaaaaaa....

aku tetap kena kerjaaa..

sadis kowt rasa..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, April 20, 2012

Akademi KRU - Syarat memasuki Akademi KRU

Weeee... bagus betul la tiga beradik nie..
Lepas satu-satu diaorang berjaya buktikan..
Sekarang nie diaorang dah nak bukak Akademi pulak..
Mak aii.. berbangga kowt..
Sebab apa? Sebab diaorang orang melayu..
Boleh berganding adik beradik.. perggghhh..

Ok bila korang tertarik nak bukak tajuk dia mesti la nak taw isi dia kan..
Ok la jgn taip banyak2 korang telaah la sendiri yea..

IDEA kreatif trio KRU sememangnya sentiasa ke hadapan melangkaui pemikiran sesetengah pemain industri seni. Bermula dengan album pertama pada 1992, Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim terus melebarkan sayap apabila menghasilkan pelbagai kandungan media dan hiburan dalam format filem cereka, animasi, rancangan TV dan muzik dengan kepakaran dalam bidang penerbitan dan pengedaran.

Kini, empayar penguasaan Kumpulan Syarikat KRU diteruskan lagi dengan penubuhan Akademi KRU sebagai institusi pengajian tinggi bertaraf vokasional yang memberikan tumpuan kepada kemahiran berkaitan industri media dan hiburan. Penubuhan ini secara tidak langsung dapat memenuhi keperluan industri yang memerlukan ramai tenaga kreatif di dalamnya.

Penubuhan Akademi ini turut membabitkan kerjasama Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Universiti Multimedia Malaysia (MMU).

Memulakan operasi pada 2 Julai ini, Akademi KRU akan memperkenalkan tiga program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang memenuhi sepenuhnya keperluan National Occupational Skills Standard oleh JPK, Kementerian Sumber Manusia bagi bidang Kemahiran Kesan Khas Visual, Animasi 3D dan Animasi 2D.

Bercakap kepada pihak media, Norman selaku Presiden Eksekutif berkata, selama 20 tahun bergiat dalam industri, KRU sudah mempelbagaikan produk mereka daripada bidang muzik, filem dan animasi. Bahkan produk mereka bukan saja dipasarkan di dalam negara, tetapi turut dijual di pasaran luar.

“April 2010 kami berpindah ke bangunan baru di Cyberjaya yang lengkap dengan kemudahan studio. Studio kami dipergunakan sepenuhnya bukan saja oleh kami sendiri, tetapi semua pihak luar. Kami menerbitkan filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) dan sekarang menghasilkan filem dalam bahasa Inggeris iaitu Vikingdom.

“Kami melihat perlunya ada akademi sebegini untuk keperluan industri. Kita perlu utamakan pembangunan sumber manusia terlebih dahulu sebelum mengadakan prasarana. Perlu ada kemampuan membangunkan tenaga kerja. Industri media dan hiburan tempatan kini sedang rancak berkembang di peringkat tempatan dan bergerak ke arah penerokaan pasaran global.


“KRU telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat tempatan dan antarabangsa serta produk kami juga dieksport ke pasaran dunia. Akademi KRU adalah sebuah institusi vokasional yang kepentingannya bukan saja memenuhi keperluan Kumpulan Syarikat KRU, tetapi juga untuk majikan lain dalam industri media dan hiburan di Malaysia,” katanya pada pelancaran Akademi KRU.

Majlis pelancaran berlangsung di K-Workers Development Center, Cyberjaya dilakukan Ketua Pegawai Eksekutif Multimedia Development Corporation (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali. Hadir sama, Pengerusi Akademi KRU, Datuk Profesor Nazaruddin Abdul Jalil dan wakil daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Universiti Multimedia Malaysia (MMU).

Tambah Norman, idea untuk mewujudkan Akademi KRU tercetus sejak dua tahun lalu dan impian ini menjadi kenyataan apabila disokong MDeC, JPK dan MMU.

“Kami memang nak percepatkan penubuhannya kerana KRU sendiri sering jadi pilihan banyak universiti yang menghantar pelajar untuk praktikal. Ia membabitkan kos sekitar RM20,000 hingga RM30,000 dari segi penggunaan perisian. Inilah sebabnya kami perlukan satu pusat latihan untuk mereka.

“Apabila kami bentangkan perkara ini, ada permintaan daripada orang Brunei dan Singapura untuk menghantar pelajar, tapi kami lebih utamakan anak tempatan. Yuran yang dikenakan antara RM8,000 hingga RM10,000 untuk latihan selama enam bulan. Ilmu yang diterima dalam tempoh ini melayakkan mereka untuk bekerja dalam beberapa jawatan yang sesuai dalam industri.

“Selama enam bulan, mereka akan diberi latihan asas mengenai penggunaan perisian yang digunakan di studio besar bukan saja di KRU, tetapi juga di luar negara. Mereka akan dapat apa yang diperoleh dan bergelar ‘junior artis’. Kalau mereka belajar peringkat tinggi, mereka berpeluang memegang jawatan lain dan kami bercadang memperkenalkan kos lanjutan pada 2014.

“Kami akan mengadakan empat pengambilan pada setiap tahun dengan kelas dua sesi yang dibahagikan kepada 25 orang setiap kelas. Kelas juga diadakan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Mengenai yuran yang dikatakan agak mahal, Kumpulan Syarikat KRU turut menawarkan biasiswa dan tajaan. Beberapa institusi pengajian tinggi juga sedia berbuat demikian.

“Pelajar yang layak juga boleh mendapatkan tajaan daripada pihak korporat. Sebenarnya bukan isu kos tinggi atau rendah, tetapi saya nak mereka yang belajar di Akademi KRU datang belajar bersungguh-sungguh. Saya nak bentuk disiplin mereka supaya berada pada tahap terbaik dan dapat bantu syarikat apabila bekerja nanti,” katanya yang menjelaskan KRU memperoleh hasil sebanyak RM21 juta tahun lalu dan 65 peratus datangnya daripada penerbitan filem dan bercadang menambah bilangan petugas kepada 500 orang pada 2015, berbanding 150 orang sekarang.

Akademi KRU akan menggunakan khidmat lima pengajar berpengalaman sepenuh masa dan 10 tenaga pengajar secara sambilan. Semua mereka terbabit secara langsung dalam industri. Mereka turut mendapatkan khidmat Panel Penasihat terdiri daripada pakar dalam dan luar negara iaitu Presiden dan Pengarah Urusan Asia Pasifik, Motion Pictures Association, Michael C Ellis; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Toon Boom Animation, Joan Vogelesang; Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia, Datuk Paduka Shuhaimi Baba; Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar; Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh dan Pengurus Kanan, Rhythm & Hues Malaysia, Hasnul Hadi.

Mereka yang berminat boleh memohon menerusi www.kruacademy.com mulai 20 April ini atau menghantar e-mel kepada hezrey.shariff@kruacademy.com sebelum 31 Mei 2012. Syarat kelayakan ialah lulusan SPM dan mereka yang mempunyai kemahiran melukis akan diberi keutamaan. Pemohon juga harus lulus ujian buat warna pada sesi temu duga.

Soooo...
Apalagi.. tuk freshie2 yang ngah cari keje cari pengalaman cari ilmu tu.. jangan malu jangan segan...sila ooiii sila (=

Thursday, April 19, 2012

Anak tak kenang budi

usaha tangga kejayaan ok..

ni la si belang menjerit tiap tiap malam nak pegi mengawan..tak kuasa nak layan dia..

kalau di lepas nanti balik dah tak nampak rupa kucibg bertuan dah..

dah macam kucing kurap jadinya..

tapi macam selalu dia takkan penah putus asa nak korek pintu sangkar dia nie..

kekadang tu terlepas gak dia kejekan pitntu tu..

sbb tu pintu tu dialihkan kat belah dinding supaya dia tak dapat lari..

amik kawwww...


aaaaaaaa...kuang ajo ko belang!!!

patut la pose! ko membuang depan aku! tak kenang jasa!!!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

1st GiveAway Zack-Monavie


Dah laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaammmmaaaaaaa sangat rasanya aku tak join GA nie..
So atas pelawaan (konon padahal tergoda ngan hadiah!hahaha)aku setuju nak join (=

Memandangkan syarat dia tak la susah sangat jom kita semak checklist!

Syarat2 nye senang jer..

1. Anda mesti seorang blogger  
(Yes!!i am a blogger!)
2. Anda mesti merupakan follower 2 blog ini..
3. Anda mesti mempunyai alamat di Malaysia  
(Harus!!proud to be Malaysian ok!)
 
4. Buat entry bertajuk: 1st GiveAway Zack-Monavie 
(Sila lihat tajuk entry saya ok!)
 
5. Mesti letak banner Lucky Draw tu yer kat entry anda  
(Pun selamat!)

dan linkkan ke blog zack-monavie.blogspot.com sahaja 
(kena la letak pas siap entry  nie!)

6. Kat sidebar pun, jgn lupa letak banner ni dan perlu linkkan juga 
(oWh..to no hal!)

7. Tinggalkan link entry anda di komen box entry INI SAHAJA nanti.. 
(Jap lagi saya komen yea)

8. Tag 3 orang kawan anda atau lebih untuk turut serta memeriahkan Lucky Draw ini..(Jap..nak tag.....)

i) Cik Mizzerzil kita nie!
ii) Mr opismate aku yang jauh nie Phatthegreat!
iii) Cik adik yg rajin update nie Noorul Amera!

Hah!!siap tag dah.(susah rupanya nak pilih orang kita nak tag nie kan..hahahah)
 
Itu sahaja.. !!!(laaaaaaaaaa...tu jer???)

Hadiahnya??? 
 sebotol Monavie yang bernilai RM145 (harga jualan)
Berbaloi2 weiiii!!part yang aku tak tahan skali

 pemenang boleh memilih sendiri Monavie yang mana satu menjadi pilihan hati..
merah? hijau? atau ungu? WOW!!
 
Apa lagi jom join reramai!!!
 

Wednesday, April 18, 2012

Kun Fa Ya Kun - salam takziah..

Berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul..

hadirnya bagai bidadari.. perginya mungkin sukar diganti..

dia pergi meninggalkan mu sendiri.. untuk mendidik puteri puteri..

puteri puteri mungkin sukar untuk memahami kenapa ibu pergi tak kembali...

maha hebat ujian yang Dia turukan padamu teman...
tabahkan hati.. kentalkan diri..kuatkan iman..

Telah Dia katakan jodoh mu bersamanya hanya sampai hari ini..

sesungguhnya Kun fa ya kun..itu janjiNya..itu janji mereka berdua..

Buat teman yang kehilangan isteri pada pagi tadi takziah dariku dan suami..

sekurang kurangnya bersyukurlah kerna Dia masih bersimpati pada puteri puterimu dan tinggalkan kamu untuk puteri puterimu..

Al Fatihah...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Maybank ATM kad

sape dah ada??

ai dah tukar...

walaupun yang lama tu masih elok, xrosak, xder masalah...

ai tetap gatai nak tukar..

sebab kat tepi dia da tukar kaler silver ok..

pastu master card lagi tu...hehehe..

ooopppsss... sila  amik perhatian ai tak pakai kledit kad yeaaa... mr hubby je yg pakai..

ai lyn lebit kad sajoooo..

buleh swipe time ada duit aja..

heehehe..

so kepada kengkorang yang rasa terjatuh hati ngan kad nie sila la ke maybank yang terdekat dan tukar kad anda dengar kadar free saja yea..

sila amik maklum..free saja...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 17, 2012

Suka bila ada orang meninggal?

Ok.
Memang aku hangin.
Memang aku marah.
Aku tak paham kenapa bila ada orang update status kat FB memberitahu bahawasanya ada kematian yang berlaku dikalangan orang2 yang dia kenal, makanya ada pulak makhluk-makhluk yang meng"LIKE" post tu.

Ok.
Boleh tak sesape pahamkan aku.
Motif like tu apa?
Suka yang si mati tu dah meninggal dunia ke?
Suka dengan pemberitahuan yang ada kematian ke?
Suka dengar ada orang mati ke?

Ok.
Fine.
Memang bukan post aku.
Bukan sedara mara aku yang meninggal tu.
Bukan kawan-kawan aku yang meninggal tu.
Malah aku tak senal pun sape yang meninggal tu.
Aku amik dari post orang.
Tapi aku tak PAHAM!!
KENAPA?

Kan ke baik kita sedekahkan Al-Fatihah.
Tak pun kalau malas sangat nak sedekag, taip la Al-Fatihah tu kat wall orang yang bagitahu tu.
Tak pun buat-buat tak tau tak nampak jer.
Lagi senang kan.
Dah la yang like tu orang islam.
Addooooiiii...

Aku tak salahkan orang yang buat wall post tu..
mungkin dia nak kongsi kesedihan dia..
Tapi tolong la.. ada rasa manusia sikit eh.

Lain la kalau dia cakap si polan-polan nie yang tadi sakit tenat dah kembali pulih..
logik la ko nak like kan dah kalau ko malas taip Alhamdulillah kan.
Susah2 sangat buat tak tau jelah!

Jangan buat lagi eh..
Tamau..
Tamau..

p/s: To adik zaidi ku sayang ampunkan kak paah ko ni andai ko baca post nie yea.. kak paah sangat geram! tak tertahan dah!

Monday, April 16, 2012

Cite cina petang petang

Waaaaa....da lama kowt tak layan cite cina petang petang macam nie... dulu masa time sekolah memang nie la yang aku dok nantikan..sanggup berebut remote ngan adik ngan abang..

sampikan tahap aku leh paham apa yg diaorang cakap tanpa nengoj subtitle... dasat tak tahap obses aku

. sekarang pun kalau aku dengar orang cine cakap boleh la aku paham sikit sikit..

tapi sekarang aku dah kurang.. mr hubby tak suka.

so aku pun tak leh nengok... tapi dah dua tiga minggu ni macam melekat balik je..hehhhe..

dulu antara cite yang aku tak leh lupa fei mau, fung sai yuk, rural hero, wukong.. perrgghhh memang legend laaa...

ok tu je nak cite.. bye..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, April 14, 2012

Ni kisah semalam gak nie.. tapi time rehat..
aku kat opis tataw nak buat apa.. so layan la movie..
Memula macam tatau nak tengok apa last2 pilih Jidin Sengal.
Sumpah sengal citer nie.
Sangat mampu buat aku ketawa terbahak-bahak..

Bila Jidin menanri macam Beyonce.
Bila Bob yng sangat konfident!
Bila iskandar yang sangat persan sepiking inglis.!hahaha tak ku sangka!!

ok la untuk tatapan korang nah aku kopi kan untuk korang!


JIDIN SENGAL
MULAI: 22 MARCH 2012
PELAKON: Azrul Raja Lawak, Zac Diamond, Wira Raja Lawak, Jue Aziz, Faezah Elai, Amyza Adnan, Norman Hakim, Rosnah Johari, Memey, Mariani


SINOPSIS JIDIN SENGAL
JIDIN SENGAL adalah sebuah kisah komedi tentang Jidin dan Bob Dobot, dua sahabat yang bercita-cita menjadi pelakon terkenal satu hari nanti. Jidin yang sengal tapi sangat meminati bidang lakonan telah secara tersengaja membakar reban bersama ayam-ayam kesayangan ibunya gara-gara memberontak nak datang KL mencuba nasib.
Di KL, Jidin bertemu dengan Bob Dobot, seorang pelakon ekstra tapi berjiwa pelakon utama. Bob memiliki konfiden yang tinggi, badan yang gempal dan muka yang tak serupa Aaron Aziz. Dia bercita-cita untuk memegang watak hero, atau paling tidak pun, pelakon pembantu berdialog, satu hari nanti.
Jidin dan Bob Dobot berkawan baik, dan Bob menjadi mentor kepada Jidin yang cetek ilmu lakonannya. Kehidupan dunia glamor (glamor ke?) sebagai artis ekstra penuh dengan cabaran dan kadangkala cacian. Jidin dan Bob sering diberi tawaran watak lalu-lalang, berlegar-legar di belakang pelakon utama saja, baru nak selitkan dialog pengarah dah jerit “cut!”.

Dengan bantuan rakan mereka Jay-Z, Jidin dan Bob Dobot mendapat peluang berlakon dalam sebuah filem. Mereka bertemu Iskandar, seorang lagi pelakon ekstra tapi lebih kacak, lebih bergaya dan terlebih poyo. Jidin dan Bob sentiasa dibuli oleh Iskandar yang memandang rendah kepada mereka.


p/s: Sungguh kalau aku suka sesuatu citer atau barang atau apa pun aku akan review!tpi sungguh weii citer nie kelakar!!!

Rancangan realiti VERSUS

Versus?
macam pelik jer bila di eja penuh kan..
selalu kita nengok short2 jer kan.. 
ali VS abu..
minah VS siti
hhhhaaaa.. kelas kau jah!

Eh aku nak citer pasal versus nie sebenarnya.. apabenda rancangan versus nie.. Memeula aku pun tak amik port sangat la.. cumanya minggu lepas aku ada la nengok citer Galaksi yag ada kak kiah propa tu.. diaorang terjah Loque.. ala yang kekanda adinda ngan atilia tu.... katanya ada orang tak puas ati dia jadi juri... tapi aku tanak citer pasal tu aku nak citer pasal versus nie la....

Al kisahnya semalam takder citer menarik.. yela aku nie bukan pelanggan astro!(Hahahahaha ketinggalannya aku!) takpe.. so pilihan cerita yang aku nak tengok terbatas.. so semalam takder citer yang menarik ku pun bukak la 8TV. sebab jarang rancangan gat 8TV nie menghampakan aku. So masa bukak tu nengok black ngah nyanyi ngan MUH lagu Pada Syurga Di wajahmu tapi dah di olah balik muzik dia.. kasi fresh.. Sumpah best.. so aku layan jap.. nenegok eh makin best lak sampai mr Hubby pun nak layan.. Untuk pengetahuan korang mr Hubby aku memang sangat tak suka rancangan2 cenggini tapi Versus ni boleh buat dia turun tinggal internet tuk join.. so heyybatt laa....

Yang aku paham ikut pemahaman aku la kan.. semalam ada 5 band sumer.. ada black ngan MUH, ada Sofarz, ada Aizat ngan Go Gerilla, ada Sixth Sense and lastly Hujan.. haaaa... diaorang nie kena nyanyi lagu lama tapi kena bagi nafas baru.. contohnya semalam sofarz nyanyi agu Tanya sama itu hud-hud.. tapi kurang kreatifnya jadi sama ngan lagu lama.. aizat ngan go gerilla nyanyi lagu biso bonar.. aku dengar sama je tapi juri cakap heyybaatt.. ntah aku tak paham. Sixth sense bawak lagu Kau lupa janji.. pun hebatttt.. pastu hujan lagu Lamunan Terhenti dan muzik diaorang memang power koWt!!!

So pepagi nie aku google la pasal Vervus.. tak banyak lagi orang taw kot.. xpe la macam biasa kalau aku suka aku akan review.. dan aku ada copy sikit pasal detal nie.. so jom cekidaut dan tima kasih TUAN RUMAH (=
Pengacaranya si hemsom Aidid dan si manis hunny maduu
PROGRAM REALITI VERSUS


Dalam Versus, Black Parallax ialah kumpulan gabungan antara Black dan Meet Uncle Hussain, manakala Go Gerila pula ditunjangi Aizat Amdan bersama rakan-rakannya. Ditubuhkan khas untuk Versus, mereka bersama kumpulan Hujan, 6ixth Sense dan Sofazr akan berentap menonjolkan bakat menerusi gubahan lagu.

Versus berbeza dengan rancangan realiti sedia ada, sistem penilaian untuk program yang mula ke udara mulai 13 April ini adalah melalui dua landasan, iaitu sistem undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pemarkahan juri profesional, yang terdiri daripada Jennifer Thompson selaku ketua juri, Loque daripada kumpulan Monoloque (juri tetap) dan seorang juri jemputan mingguan.

Hunny Madu dan Aidid Marcello pula bertindak sebagai pengacara. Rancangan berbentuk realiti ini diterajui Penerbit Eksekutif, Sunil Kumar dan Alet Arzuan Anuar, manakala Kiedd Fariz Aziz dan Ahmad Khairi Zulkifli pula selaku penerbit program.

* Bakal bersiaran selama dua bulan, setiap episod konsert mingguan akan menyaksikan persaingan bagi merebut gelaran juara dan memenangi hadiah utama bernilai RM200,000.

* Tempoh undian bermula pada Jumaat, jam 10.30 malam, selepas berakhirnya konsert mingguan, hingga Jumaat minggu berikutnya pada jam 12 tengah hari. Carta undian akan diumumkan di portal rasmi TV9.

* Versus boleh ditonton secara langsung di TV9 dan didengar menerusi Hot FM mulai 13 April, jam 9.30 malam.


Friday, April 13, 2012

Mahal tak semestinya elok.


Ya Allah sungguh sudah datang mood aku memblog..

ok back to our story sape penah pakai benda ni? nie apa???

nie losyen tangan dari Safi Balqis Perfect 10 ok... bau dia sangat wangi taw.. aku sangat suka dannn harganya yang sangat memikat aku yang kedekut nie...  150 ml dan harganya dia rm 5.90 je okk...

murah kan...tu la.. mahal tak semestinya elok murah tak semestinya buruk ok...

p/s: aku tak dibayar tuk review nie tawww...aku suka so aku akan review ok.. so cubalahhh.... tapi tak taw la pulak kalau di pandangan bau korang tak wangi jangan salahkan aku.. lain orang lain taste kan..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Rüsch

Apakah si comel ini?
Comel kan!
Korang pernah dengar Rusch? hurrrmm.. apa tu eh? kalau korang bukan orang yang duk area Kamunting, Perak so memang kompom lah korang tak taw. Kalau korang memang dok Kamunting tapi korang tetap tak tau gak mungkin korang adalah anak orang kaya super duper yang tak pernah cari keje kilang masa nak habiskan masa tunggu result SPM kuar.

Ok.. jom sambung citer pasal Rusch nie.. Actually nie Rusch ni kilang... Rusch nie kira nama German dia kalau nak sebut pun kena ada slang German. So kalau orang yang sebut macam oangputih tu maknanya orang tu memang tak penah keje situ. Hanya pekerja-pekerjanya yang taw.. Nama mat salleh di Teleflex Medical (= Kilang ni supply barang - barang hospital. Dulu lepas aku balik dok Perak balik aku saja pegi try kilang nie. Sebab dekat je ngan umah. Aku da malas keje penang. Penat dan buang masa, sebab tu la aku salute kat mak aku yang leh bertahan sampai sekarang keje penang nun... Mak..mak... besarnya pengorbanan mu )';

Kilang Rusch nie masa aku keje situ dulu basic yang di bayar kira antara yang tinggi la kat area Kamunting tu.. RM400 sebulan... Kira besar la tu standard kilang kat kampung kan..kalau kilang lain paling paling pun RM350 jer.... Masa aku masuk keje situ umur aku 22tahun kalau tak silap aku. So kira muda belia la kan time tu.. hot stuff gitu..hahahahahahaha.. Kilang nie antara tempat yang paling lama aku stay keje lepas aku SPM. yang lain sumer hampeh..

Masa mula-mula aku masuk situ aku mohon jawatan operator pengeluaran gitu.. waweeeeeeee... so macam biasa la kena push hari hari.. outpUt!!!oUtpuT!!!!ouTput!!!! tapi macam biasa aku yang keras kepala nie buat tak taw jer.. Untuk maklumat keje kat situ tak dibenarkan pakai makeup...waima bedak sekali pun diharamkan ok.. so masa keje situ aku sangatlah bersenang lenang dan comot. Sampaikan tahap kalau keje malam aku bantai pegi keje pakai track bottom ngan t-shirt je.. Keje situ dia ada bagi uniform tapi tak dibenarkan bawak balik. Dia hire laundry sendiri sebab katanya nanti kita jemur sendiri kuman melekat kat uniform tu.  

Lagipun memang produk yang kat department aku keje tu produk yang sensitip. Yela produk2 yang pihak sepital guna dok boh dalam badan kalau orang sakit kroni tu.. wayar2 yang dok jolok itku mulut idung tu..haaaaa menda2 tu la kami buat. Aku dok bahagian HME.. sumpah aku tak ingat dah maksud HME tu. Tapi yang pasti aku sayang HME tu..  

Macam mula-mula aku bagitaw tadi aku kat situ as operator.. dalam 2 bulan pastu aku di offer jadi Buddy.. buddy nie kira line leader laa...fullamaakk... hehehehe.. at first aku tanak..memang aku tanak sebab aku taw aku takkan leh commit. aku pemalas! pastu kena rayu kena paksa kena sogok ngan kata-kata yang jadi buddy lagi relax aku pun terima.. so dapat la elaun RM40 inggit.. banyak tu.. TAPI kenaikan pangakt aku tu tetap la tak merubah kemalasan aku.. dalam seminggu aku mesti ponteng sampaila satu hari aku kena panggil nagan manager. Puan Hasniza. hahahahahhaha,.. sumpah aku kecut perut masa kena panggil. aku kena ceramah ngan dia. demn!!! berdarah teling aku. sabar-sabar. pastu nama aku naik kat notice board sebab aku buddy paling malas! bonus kena sekat! bayangkan tahap dia punya marah la kat aku kan.

Tapi Alhamdulillah.. Lepas tu memang aku berubah sikit.. and u know what aku siap jadi work department committee ngan canteen committee ok!!aku masuk meeting bentangkan kat pengurusan apa yang staff tak puas hati..hehehehehe...aku sampai bergaduh2 ngan mak cik kantin tu sebab dia tak adil! kat staff ofis jual makanan sedap2 pastu kat kiterorang ni jual makanan yang hampeh. ingat tak mampu bayar ke??hellllloooo mak cik i pay for what i eat ok.  

Tak lama pastu aku kena jaga line sealing packing. masa tu keje aku berat sikit.korang taw pallet tak?? pallet yang forklift dok jolok tuuu.. aku menyeret benda tu masuk packing area kalau MH takder, aku meng wrapping barang,  angkat tub berkilo2.. pernah aku angkat tub tu pppppppprrrrrrrrraaaaannnnnnnnnnnngggggggggggg..... barang yang ada kuantiti dekat 2000 biji jatuh.. satu department tengok aku.. sumpah malu!!! tapi control macho ok..heheehe..balik rumah tak sempat mandi tukar baju pun tak campak tudung trus hanyuttt.. memang aku akui masa tu aku keje penat sangat,.. tapi aku seronok. aku rasa berbaloi. Ngan kawan2 yang happening gila nak mampos! memang grade A!terbaeekkkkkkk..


 Ini pallet yang aku dok usung tu ok!!

 Da siap aku kena wrapping macam mat salleh nie ok!! dia ada gak yau pegang tu..aku nie selit tangan ja nak pegang wrapping tu!

Kalau aku nak citer memang tak kan abis la..ngan mak cik2 yang sumpah kelakar, melucah tak kira masa. Malu i time tu taw!! time malam je sume buat keje sambil tangan merayau ntah kemana sebab apa? sebab tido..hahahhaha sumpah kelakar.

Ok la.. sebenarnya patung comel kat atas tu korang takkan dapat kat mana-mana pasaraya melainkan pusat latihan di Rusch Mfg Sdh Bhd ok. Tu je aku nak cakap dan!

KEJE KILANG MEMANG SUMPAH BEST!!! 

p/s: Ya Allah over pulak aku mengupdate hari nie (= 



Published with Blogger-droid v2.0.4

Berbaloi baloi


Alhamdulillah...hasil pertama keje ala  ala buruh kontrek hari tu dah pun sampai...hasil yang seterusnya kena tunggu 25 hb nie la jawabnya...

Memang penat... kalau di ikutkan tak berbaloi tapi ilmu yang dikutip sepanjang keje ala ala buruh kontrek tu alhamdulillah sangat membanggakan... banyak sangat dapat cedok dapat kutip..lalalaalalala...ni la yang aku suka. keje mati matian dapat ilmu berbaloi baloi.. alhamdulillah... Terima kasih Allah...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, April 12, 2012

Buah hati saya

iyeee...ni la satu satunya yang tinggal ngan aku skarang.. dulu masa bujang 9 ekor aku bela..pas kawin mr hubby tak sanggup bela...tinggal la sekor dua jaa... dalam banyak bnyak yang aku bela ada dua ekor yang aku sayang... chiko ngan chika.. tapi dedua dah mati.. sedey sangat.. even diaorang kucing tapi kalau aku sedih pastu cakap ngan sayang sayang aku nie macam paham je...hmmmm....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 11, 2012

Gempa Bumi

Ya Allah....

aku tengah tido...

tetiba bangun tengok ada miscall dari abg aku..

aku call dia tanya napa..katanya ada gempa bumi. memula memang tak caya sebab abg aku ni suka memain..sampai dia pasd phone kat kakak ipar aku.then baru la aku pecaya..

rupanya mak aku yang keja kat mattel kat penang nun ha dah rasa gegaran.so dia meroger anak anak tuk pastikan anak anaknya selamat...uuuuuuwwwwaaaaaa....mak memang sayangkan anak anak kan..

dan aku pun suh mr hubby menggoogle pasai nie.. betul ke tak kan.. memang betul...

Banda Acheh akan di duga lagi.. gempa bumi berskala 8.9 ritcher dicatatkan di samutera indonesia... kawasan utara dan pantai barat malaysia dah di keluarkan amaran tsunami... gegaran ni dapat gak dirasa di selatan thailand ngan india... latest info yang aku dapat ombak setinggi 6 meter dah landa kat indonesia... bukan ombak rindu tawww.... ok lahh..

Ya Ya Allah Ya Tuhan ku..

aku bermohon padamu Kau lindungilah segenap umatMu... Amin..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 10, 2012

masih lewat..

hhhuuuurrmmmmm...

ingatkan da abis HKK leh la smpai umah awal kan..

hakikatnyoooooo...

samooooo....


eh apahal aku tuka slang..

hurmmmmm..


aku nak cakap gak.

zed zaidi ko memang poyo.

ok.

puas.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, April 9, 2012

FFuuhhhh!!

Fuuuuuuhhhhhhhhhh......
fuuuuuhhhhhhhhhhhhh...

Mak aiiii... berabuk!!
Ya ampunnnn....
sungguh aku dah mengabaikan blog aku nie..
sian kat aku..
nampak sangat malas aku nie..

Tak per sekarang dah April..
So bulan BIZI nak mati dah lepas..
Yeaaaaayyyyyyyyyy...

Thank you so much to mr Hubby sebab banak support ai sepanjang bulan lepas..
Sumpah lemauuu..
Isnin-Jumaat 8am-10pm
Sabtu-ahad 7am-7pm

Nahaaaaaaaaiiiiiiiiiiiii!!!!
Buruh kontrak pun tak keje macam aku kannn..
SabOr jelaaaa...
Nasib la setahun ada 2 minggu ja HKK nie..
Kalau takk.....

Banyak aku nak cite nie.
Sumpah banyak.
Sabar nOh..
Org laki dok sebut kayuh pelan-pelan (=

p/s: Pelikk kan keje ngalahkan buruh kontrak! Tapi badan tak kuwus2 gak!! lagi bambam ada la...
uuuuuuuwwwwwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!