Thursday, December 27, 2012
cuti sekolah 2012
Wednesday, December 26, 2012
Testing
Woootttt...wooot.... uihh macam best je guna bendalah nie dari cik notty i... ok boleh conquer pasni uat entry.... first trial...memang la best kan....lappy sedang bercuti panjang...wakaakaa sian cik lappy kesayangan... pun da kena tinggal ngn mr hubby...jangankan lappy...cik madu i pun kena...wakhakaka...dasat tol penangan ko tabby!!
Tuesday, December 25, 2012
fffuuhhhh...
haiiiiii.....
fuhhh...fuhhh....tiup keyboard.. berabuk rasa....malas nak curi masa nak update new story...banyak cite tapi tu la... tuan tanah nie tak rajin nak cerita...
kena tggu mood..kalau mood baik hah siap la berkepuk2 story nak uat... bagi tuan tanah rehat jap eh.. jap je...mood dah seru dah..sampai dah sikit...sikit lagi tak smpai..sabarrr...
Tuesday, December 18, 2012
price to pay
Saturday, December 15, 2012
plaza angsana
15.12.2012 - 10.53 pagi aku still kat plaza angsana lagi... jap lagi nak gerak balik dah..yippiiii....leh jumpa cinta hati. 4 hari dah tak peluk cinta hati nie. majlis perasmian semalam alhamdulillah berjalan lancar...yaaahhhhuuu... cuma ada sikit cacat cela. tapi tu normal sebab team kiteorang bukan pro dalam event management kannn... buat mana yang tau je.. nama pun team work. sume orang bagi kerjasama dengan baik. syabas sume. rugi sape yang takde. yang lagi best aku dapat dok bilik sorang... waaaaaa..puas hati i mwngangkang sensorang u... terima kasih tuk pengurusan.. always try to serve us better... kali ni tak beli batik pun sebab kepala dah dekat jpo. walau aku kurang gemar jpo sebab barang banyak outdated tapi aku wanita biasa... hahahhahhaha..tapi tetap membeli sebentuk cincin silver utk kenangan di sini...
memandangkan aku balik ngan team media so lambat sikit gerak... ada assignment lagi yang diorang tak siapkan.. xpe..naik van jap jw..no hal lah..ok la tu je nak citer sambil bebuai...huuuuuuuu...membuai2 i naik buai u...
Wednesday, December 12, 2012
Tebiat
peeps korang ada tebiat? tak kira la tebiat pelik ke tak pelik ke...tebiat busuk ke tebiat wangi ke...eh ada ke tebiat busuk wangi?gasak la labu.. tebiat korang bukan tebiat aku kan....
aku nie ada satu tebiat...bukan satu la sebenarnya banyak tapi aku nak kongsi pasal satu tebiat aku yang aku paling takk suka... korang kalau gemuruh ke stress ke apa akan jadi kat korang? aku xtau la kalau korang nie manusia hebak dilahirkan tanpa deria gemuruh. eh gemuruh tu deria ke?? aku nie pesen kalau gemuruh atau stress aku nak muntah weh...xtaw kenapa kalau aku gemuruh je mesti nak muntah...
Tuesday, December 11, 2012
Promosi Kraf Malaysia - Johor
Aku pun macam biasa kena pergi bertugas.. walau tanpa relaku aku relakan jugak. macam mana tu?? layan jela labu.. Rabu sampai Sabtu berkampung kat sana... oh again off to JB leaving my baby... takpe la kata tanggungjawab kan... kena la commit!! yeah!!semangat!semangat!
Ok macam biasa ada Promosi Kraf Malaysia. Kali nie kat Plaza Angsana Johor. ekceli nie kali ke dua yang buat kat Johor nie.. memandangkan tahun lepas macam galak je orang datang so tahun nie harap2 ramai lagi yang galak nak datang yea.. jemput jemput..
p/s.. Majlis Perasmian hari Jumaat nie pukul 3.30 petang, Dato' Sohaimi Shahadan - Pengerusi Kraftangan Malaysia akan rasmikan. so mai la serbu.
Riak yang semakin menjadi-jadi
Ok jom baca..
Jaringan sosial dan kepantasan akses internet tanpa wayar telah memangkin satu fenomena luar biasa: riak dan takbur tanpa batasan.
Setiap hari aku pegi suapan berita Facebook, mesti penuh dengan keriakan, yang lama-lama jadi norma. Orang yang kelihatan macam bijak agama pun tak boleh lari daripada riak. Tadi aku tengok ada satu status Facebook berkata, "Tengok 1 Juta Money Drop. Jumlah surah dalam Al-Quran pun tak tau? Layak ke bergelar Muslim? Such a disgrace!" Ini juga adalah sejenis riak bertopengkan pseudo-dakwah, sebab secara tak langsung dia rasa diri dia adalah Muslim yang lebih baik hanya berdasarkan pengetahuan berapa surah dalam Al-Quran. Senangnya. Kau nampak orang tu tak tahu satu detail tentang Al-Quran, terus tak layak bergelar Muslim. Tak tahu pulak aku dalam Rukun Islam atau Rukun Iman ada rukun tersembunyi iaitu "Tahu berapa banyak surah dalam Quran."
Yang kelakarnya adalah kat bawah status tu, ada satu lagi jenis riak yang sangat berlainan, iaitu perempuan Melayu urban yang tulis, "Dom Perignon". Ringkas, tapi berkesan, iaitu riak bahawa beliau baru menikmati champagne berjenama Dom Perignon, champagne paling berprestij di dunia.
Itu beberapa contoh dari suapan berita Facebook aku dalam jangkamasa sejam pagi ni. Darabkan dengan bilangan kawan yang aku ada dalam Facebook, dan bilangan jam dalam sehari, dan bilangan hari dalam setahun, dan bilangan tahun yang berlalu sejak aku mula bukak akaun Facebook. Jumlah keriakan adalah berbilion!
Mungkin cara hidup sekarang menyebabkan semua orang jadi kurang berkeyakinan diri, lantas memerlukan pujian/iri hati dari orang lain sepanjang masa untuk membina keyakinan. Atau mungkin riak dan takbur adalah naluri asas manusia, cuma kewujudan Facebook, Twitter dan Instagram memberikan satu saluran yang sesuai untuk membebaskan naluri tersebut.
Secara jujurnya, aku pun suka riak jugak. Tapi setelah lama hidup, aku mendapati ada 3 darjah keriakan, dan hanya satu jenis yang orang suka.
Darjah keriakan pertama adalah riak yang jelas, terang, in your face dan tak bagi can. Contoh riak darjah pertama adalah letak gambar kereta Audi TT baru di Facebook dengan caption, "Audi TT baru, bitchaaaassss!!! Sila jeles." Ini adalah riak yang sepatutnya paling menjengkelkan, tapi kebanyakan orang tak kisah dengan riak jenis ni. Malah, riak macam ni adalah yang paling banyak mendapat like. Mungkin sebab orang menghargai kejujuran, dan riak secara jujur kelihatan lebih mulia.
Darjah keriakan kedua adalah riak dalam selamba, secara tak langsung, dan tersembunyi. Contohnya semalam ada kawan aku letak gambar anak kecik beliau tengah mencapai sesuatu dalam sebuah beg Louis Vuitton. Caption gambar tersebut adalah, "Kantoi carik iPad dalam bag I." Adakah gambar seorang bayi mencapai barang dalam beg merupakan satu detik yang perlu dikongsi dengan 1000 rakan Facebook? Pada aku, setakat budak kecik letak tangan dalam beg, macam tak payah ambik gambar pun takpe. Kalau kejadian sehari-harian macam tu pun nak kongsi dengan 1000 orang, maknanya adakah aku patut kongsi gambar aku tengah ketip kuku kaki semalam? Oh lupe, aku tak amik pun gambar macam tu, sebab tak relevan untuk diabadikan, apatah lagi dikongsi.
Maka kenapa kawan aku tu memilih untuk kongsi gambar bayi dengan tangan dalam beg tersebut? Sebab beg tu besar gabak dan berjenama LV. Dan budak tu tengah mencapai iPad. Mestila kena bagitau! Disebabkan iPad tu tersorok dalam beg, maka perlu dijelaskan kewujudannya dalam caption, manakala beg LV tak perlu diterangkan, sebab dah jelas kelihatan dalam gambar. Ini adalah contoh riak darjah kedua, di mana periak berpura-pura menggunakan alasan "Oh tengok telatah anak aku, kiut sangat taww" untuk mengetengahkan beg LV dan iPad beliau.
Riak darjah ketiga adalah yang paling hina, iaitu riak bertopengkan emosi negatif. Contohnya sorang kawan Facebook aku letak gambar semangkuk mi segera, tapi kalau perhatikan dalam gambar tu ada satu iPhone 5, kamera DSLR dan buku panduan melancong ke Itali. Caption gambar berbunyi, "Sedih gila, malam ni makan megi je. Takde sape nak sponsor I makan sedap ke??" Tergelak aku. Boleh pulak kau muatkan segala gajet elektronik dan buku melancong, sekali dengan mangkuk mi segera dalam satu frame tu. Nampak sangat penat susun secara strategik. Pastu buat caption sedih (emosi negatif) supaya nampak rendah diri.
Dan berpusu-pusulah orang komen "Eh, nak pergi Itali pun sedih lagi ke?" atau "Ala sekarang makan megi, kat Rome kang makan spaghetti, sama la tu." Pastu si periak pun reply, "Ehh, siapa cakap I nak pegi Rome? You ni paparazzi tau!"
Dan aku pun muntah cair di kibod.
Sesungguhnya entry ni bukanlah bertujuan mengutuk orang riak, sebab kita semua riak. Tapi pada aku, kalau kau nak riak tanpa dibenci, tak payah tapis-tapis, tak payah sembunyi-sembunyi. Cakap je terus, sebab orang lebih menghargai riak darjah pertama, iaitu riak dalam kejujuran.
Monday, December 10, 2012
I love rain I love u.
lalalalalalala.....duduuudududududu...lalalalalduuudud.... I love rain I love u....
farahsufianarazali
Wednesday, December 5, 2012
Hujan
Pagi hujan...petang hujan..
Siang hujan malam hujan..
Syukur alhamdulillah atas rahmatmu Tuhanku..
Musim demam pun berleluasa..
Xngapa la bukan sepanjang tahun pun kan....
Bila mai musim je... Redho jela farah..
Tuesday, December 4, 2012
Notty trial
Woootttt...wooootttttt....pas nie leh la ligat balik... Wanna say welcome dear samy ngn notty...