tip tap tip tap hujan dah turun..tip tap tip tap baju dah basah.. tip tap tip tap lalalala aku dah lupa sambungan dia..yang pasti hujan dh turun di bumi taman medan nie..
sejuk la malam jumaat nie kan..hehhe eh jangan pikir lucah je aku nak ngajak korang sesama ngan family berjemaah baca yassin tambah berkat dalam rumahtangga..tu je..len kali jangan nak pikir lucah je..hehe..
Thursday, May 31, 2012
Hujan di malam jumaat
3 Kali Operation dalam masa 5 tahun
01/09/2007 |
29/01/2011 |
01/05/2012 |
nanti aku kodek cari gambar masa operation yang satu lagi..
Kalau rajin bebila aku cite pengalaman 3 kali operation aku eh.
DAN
Aku sentiasa percaya bahawa
So aku sentiasa ok walau kerap di duga sebegini..
Alhamdulillah.. Aku redha ujianmu Penciptaku..
Kisah Kulat 2
Nie la baju-baju tu.. |
Sungguh elok2 lagi.. |
Yang kat sini banyak tak pakai lagi |
SUNYI SEPI
Apa keadaan korang kalau bos kepada bos pun tak der kat opis?
haahahhaha.. aku sangatlah senang hati..lalalalalalala...
walau kadang2 bos ngan bos kepada bos tu ada dan diaorang tak kacau aku , tetap aku rasa terkongkong.
Hari nie ngan esok sume tade..walawehhhhhhh..
Sangat heaven aku rasa.
Bos sume dah tua.
So suma kena start bersukan.
Makanya join la sukan yang opis aku adakan tu..
Aku yang muda yang banyak penyakit nie pulak malas nak bersukan..boleh??
Tak kisahlah kan..
Yang penting aku sangat suka dok opis hari nie..
Sunyi sepi lenggang..
Lalalalalaaa..
Eh..esok pun sama taw.. hari isnin baru semua masuk..
TAPI..
Bos tetap tinggal keje..
jangan wisau bos.. akan ku siapkan tugas tu sebelum aku bermaharajalela (=
Ok lah tu jer nak riak.
Bergaya walau extra size (=
Untuk memilih jalan selamat agar (kononnya) tidak kelihatan terlalu menonjol, mereka lazimnya memilih warna gelap atau hitam sebagai rona 'wajib' sama ada pakaian ke pejabat, majlis rasmi mahupun apabila bersantai.
Sedangkan bentuk badan tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada sesiapa untuk bergaya, malah industri itu sendiri mengiktiraf kemunculan model bersaiz besar (plus-size) dalam dunia peragaan antarabangsa.
Justeru, kebanyakan butik pakaian kini menawarkan pilihan pakaian yang bukan sahaja mampu digayakan oleh gadis langsing dan bertubuh kecil malah wanita bersaiz normal, besar serta tinggi yang merupakan golongan majoriti pembeli.
Yang penting adalah keyakinan diri seseorang untuk memasuki butik-butik tersebut dan mencuba pakaian yang dirasakan sesuai serta selesa dengan bentuk fizikal masing-masing tanpa 'menyembunyikan diri' di sebalik pakaian.
Seperti Aimi Mahfuzah Mohd. Kamalludeen, 23, sejak kecil dia berdepan masalah berat badan sehinggalah apabila meningkat remaja.
Sebelum ini, dia hanya menjadikan kemeja-T besar dan seluar jean longgar sebagai pakaian harian namun apabila tamat sekolah, dia mula membaca majalah fesyen ikon seperti Elle dan Vogue untuk mencari identiti sebenar dirinya.
Beberapa tips penting yang dipelajari adalah hitam tidak semestinya menampakkan susuk seseorang itu lebih kurus, apatah lagi jika fabrik yang digunakan jenis mudah melekap seperti lycra dan berkait (knitted).
Pada masa yang sama, warna-warna lain seperti jingga, hijau atau merah boleh disesuaikan jika kena dengan cara pemakaian agar tidak kelihatan keterlaluan seperti hendak ke dangdut!
"Pemilihan aksesori juga penting. Usah pakai kalung, gelang dan anting-anting yang besar (chunky) sekali gus, sebaliknya cuba padankan gelang dan subang ringkas supaya tampak manis.
"Semua orang gemar berseluar jean, tetapi wanita bertubuh besar perlu elakkan potongan pinggang terlalu tinggi atau rendah (low-waist).
"Sebaliknya, pastikan pinggang seluar terletak betul-betul di bawah pusat untuk menampakkan punggung dan pinggang kelihatan kemas (tidak menggeleber) dan langsing,'' kata Aimi Mahfuzah yang bakal memulakan kerjaya sebagai guru Bahasa Inggeris tahun depan.
Perkara lain yang wajar diambil perhatian ketika memilih seluar jean adalah fabrik yang digunakan. Elak jenis denim mudah regang kerana ia menonjolkan lagi bentuk punggung yang besar.
Bagi yang berpunggung besar tetapi berpayu dara kecil pula, jangan sesekali cuba potongan jean skinny kerana ia menampakkan badan besar di tengah atau berbentuk epal.
Sebaliknya, potongan bootcut dan straight cut adalah paling cocok untuk mengimbangkan bentuk badan dan tidak membuatkan jean kelihatan sendat terutama di bahagian paha dan punggung.
Pada masa yang sama, Aimi Mahfuzah juga 'gila' kasut seperti kebanyakan wanita lain, tetapi seleranya agak ekstrem apabila menggemari tumit tinggi, stiletto dan wedges setinggi lebih empat inci pelbagai warna serta corak.
"Jangan takut-takut untuk mencuba sepasang kasut tinggi hanya kerana anda gemuk, siapa tahu ia boleh membuatkan anda kelihatan tinggi dan langsing jika kena dengan gayanya,'' katanya yang memiliki lebih 20 pasang kasut tumit tinggi termasuk but dan pump jenis stiletto, round toe, peep toe, open toe dan pointed toe.
Gaya rambut juga memainkan peranan penting dalam menyerlahkan lagi penampilan dan keyakinan diri seseorang.
Sama ada bertubuh besar atau tidak, kadang kala rambut yang terlalu panjang boleh menampakkan seseorang kelihatan lebih berusia atau menjadi gangguan kepada kecantikan sebenar wanita berkenaan.
Untuk wanita berbadan besar, potongan rambut paling sesuai adalah paras bahu atau lebih pendek kerana ia tidak akan membuatkan mereka kelihatan membosankan, berusia atau terlalu keibuan.
Tetapi awas, jangan basahkan rambut sehingga nampak nipis dan melekap ke kepala sebaliknya bubuh perapi rambut, keringkan serta berus dengan rapi agar kelihatan tebal dan sihat.
Akhir sekali pastikan solekan tidak terlalu tebal, kenakan mekap berwarna lembut dan semulajadi jika tidak yakin untuk melakukan shading sendiri kerana bimbang nampak keterlaluan.
"Jika sebelum ini terasa diri gemuk dan hodoh, lupakan semua itu dan katakan pada diri sendiri, 'No matter how fat I am, there will always be someone bigger and uglier than me' (Tidak kira betapa gemuknya saya, akan ada orang lain lebih besar dan hodoh dari saya),'' ujar Aimi Mahfuzah lagi.
Wednesday, May 30, 2012
Alhamdulillah
weeeee..
akhirnya setelah berhempas pulas..
Dapat gak..
Ni la yang paling lama dan azab aku nak tunggu..
kalau yang sebelum ni relex je..
Apa-apa pun..
Alhamdulillah...
Nak buat apa ngan duit kwsp tu nanti??
hhahahahahahahahaaaaa....................
Monday, May 28, 2012
Perlu ke?
Saturday, May 26, 2012
Organic Dried Fruit Nuts
Hurrmmm..hari tu aku kuar ngan opismate gi buang masa.. kat mall baru kat setapak tu..apa nama dia festival kowt kalau tak silap..
jalan punya jalan punya jalan ada terbeli sesuatu yang sangat sedap.. sedap benda nie buat kudapan..lagi2 tuk spisis aku yang kuat makan nie..korang try la.. gonna love it!!ada badam ada gajus ada kuaci ada prune ada kurma ada kismis ish macam2 lagi la adaaaa...
Oh S33food
Tadi pagi turun pegi kedai bawah umah nie.. nak cari lauk nak masak.. sampai je kedai tu da nampak udang gabak2 punya besar.. mak aiii.. walau udang tu tak masak air liur aku dah rasa nak meleleh.. pas tu aku masuk dalam lagi nampak lak ketam.. adoiiii.... gemok gemok tu ketam tu sedihnya rasa.. pastu lak daging gila punya fresh..sedih tawww.. selalu masa tak berpantang tak de pulak udang gabak besar gitu..takde lak ketam. daging pun ala2 je.. time time aku sakit cenggini la sume nak ada.. sakit taw ati aku...
hurmmmm..pewot..pewot..bilala ko nak sembuh.. tekak ni dah meronta ronta tak lalu nak berpantang katanya...tapi nasib baik la gak macam setengah manusia nie kalau kata pantang tak leh mkn ayam ada jenis2 ikan je leh telan tapi aku leh makan ayam lagi... alhamdulillah syukur nikmat...tak pe la buat masa ni sabar je dulu nanti da ok jita balun sampai muntah..hahahaaa..
Friday, May 25, 2012
Kadang-kadang
Kadang-kadang berita itu buat aku sedih.
Kadang-kadang senyum itu tanda aku bahagia.
Kadang-kadang senyum itu tanda aku terluka.
Kadang-kadang berkata-kata kita lupa.
Kadang-kadang bergurau senda kita alpa.
Kadang-kadang tak semua mampu diterima.
Kadang-kadang tak semua indah tuk dibicara.
Aku sayang kamu.
Aku faham Dia masih mendugaku
Dan
Atas rasionalku..
Lalu aku terima dengan cuba berpura memahami
Lov3_mrsfarahzaki
SUKAN
Minta maaf bebanyakla..
walau aku selalu di paksa untuk bersukan, sampai saat nie belum ada manusia yang betul2 berjaya buat aku MINAT ngan sukan tu.
Sungguh dari kecik sampai sekarang aku tak suka sukan.
Sama macam aku tak suka matematik.
Tapi cer suruh aku berpesatuan.
Tu aku suka!
Suruh aku pegi camping ke.. jungle tracking ke tu aku suka!
Kenapa tetiba entry pasal sukan ni?
Ekceli opis aku buat hari sukan.. 1-4 Jun 2012.
Buat nun di Klate. Perrgghhh..
Seantero Malaysia turun ok.
Al maklum la kan ofis aku ada cawangan seantero Malaysia.
Aku memang tak turun la jawabnya.
Minta maaf bebanyak la yea..
Buat kengkawan yang suka bersukan tu Selamat Bersukan yea..(=
p/s: Mungkin sakit2 yang aku alami sekarang nie sebab aku MALAS bersukan kan.. percaya tak aku dah 3 kali jalani operation sebab mengamalkan gaya hidup tak sihat! Sungguh aku degil!
Monday, May 21, 2012
Kisah Kulat 1
Cer cari cer cari (= |
Nie masa audition karaoke.. |
Juri jemputan so kena la nyanyi skit. |
Nie juri full time. |
TEKUN! |
Kami tak memilih saiz untuk masuk yea (= |
Khemah-khemah yang berkeliaran sekitar ofisku. |
Lai lai! |
Nie pun penjurian time (= |
Nie kat kompleks (= |
Sangat suka! |
Ala adik-adik datang buat lawatan yea.. |
Cantik kan! |
Kalau suka nanti ada promosi datang yea (= |
Eh..singa pun hado ok! |
Sape kenal? Sape kenal?? |
Bunga telur ok! |
Nie sape tak taw pegi balik belajar sejarah! |
Dikir Barat (= |
Sumpah semangat sume peserta! |
Macam-macam gaya ok |
Malam akhir tu Sabri Yunus jadi emcee |
Meriah!!I like! |
Eh..eh..senaman dulu sebelom nyanyi ok! |
Urrggghh,,, terpampang wajahku..MALU! |
KAMI |
Cikgu Syafi yang penat menjerit ajar kiteorang. |
Meriahnyaaaaa |
Three stooges!hahaha |
Malam akhir karaoke |
Ngan peserta yang sangat berbakat! |
Gaya orang lama. |
Cikgu yang sangat sporting! |