Thursday, December 27, 2012
cuti sekolah 2012
Wednesday, December 26, 2012
Testing
Woootttt...wooot.... uihh macam best je guna bendalah nie dari cik notty i... ok boleh conquer pasni uat entry.... first trial...memang la best kan....lappy sedang bercuti panjang...wakaakaa sian cik lappy kesayangan... pun da kena tinggal ngn mr hubby...jangankan lappy...cik madu i pun kena...wakhakaka...dasat tol penangan ko tabby!!
Tuesday, December 25, 2012
fffuuhhhh...
haiiiiii.....
fuhhh...fuhhh....tiup keyboard.. berabuk rasa....malas nak curi masa nak update new story...banyak cite tapi tu la... tuan tanah nie tak rajin nak cerita...
kena tggu mood..kalau mood baik hah siap la berkepuk2 story nak uat... bagi tuan tanah rehat jap eh.. jap je...mood dah seru dah..sampai dah sikit...sikit lagi tak smpai..sabarrr...
Tuesday, December 18, 2012
price to pay
Saturday, December 15, 2012
plaza angsana
15.12.2012 - 10.53 pagi aku still kat plaza angsana lagi... jap lagi nak gerak balik dah..yippiiii....leh jumpa cinta hati. 4 hari dah tak peluk cinta hati nie. majlis perasmian semalam alhamdulillah berjalan lancar...yaaahhhhuuu... cuma ada sikit cacat cela. tapi tu normal sebab team kiteorang bukan pro dalam event management kannn... buat mana yang tau je.. nama pun team work. sume orang bagi kerjasama dengan baik. syabas sume. rugi sape yang takde. yang lagi best aku dapat dok bilik sorang... waaaaaa..puas hati i mwngangkang sensorang u... terima kasih tuk pengurusan.. always try to serve us better... kali ni tak beli batik pun sebab kepala dah dekat jpo. walau aku kurang gemar jpo sebab barang banyak outdated tapi aku wanita biasa... hahahhahhaha..tapi tetap membeli sebentuk cincin silver utk kenangan di sini...
memandangkan aku balik ngan team media so lambat sikit gerak... ada assignment lagi yang diorang tak siapkan.. xpe..naik van jap jw..no hal lah..ok la tu je nak citer sambil bebuai...huuuuuuuu...membuai2 i naik buai u...
Wednesday, December 12, 2012
Tebiat
peeps korang ada tebiat? tak kira la tebiat pelik ke tak pelik ke...tebiat busuk ke tebiat wangi ke...eh ada ke tebiat busuk wangi?gasak la labu.. tebiat korang bukan tebiat aku kan....
aku nie ada satu tebiat...bukan satu la sebenarnya banyak tapi aku nak kongsi pasal satu tebiat aku yang aku paling takk suka... korang kalau gemuruh ke stress ke apa akan jadi kat korang? aku xtau la kalau korang nie manusia hebak dilahirkan tanpa deria gemuruh. eh gemuruh tu deria ke?? aku nie pesen kalau gemuruh atau stress aku nak muntah weh...xtaw kenapa kalau aku gemuruh je mesti nak muntah...
Tuesday, December 11, 2012
Promosi Kraf Malaysia - Johor
Aku pun macam biasa kena pergi bertugas.. walau tanpa relaku aku relakan jugak. macam mana tu?? layan jela labu.. Rabu sampai Sabtu berkampung kat sana... oh again off to JB leaving my baby... takpe la kata tanggungjawab kan... kena la commit!! yeah!!semangat!semangat!
Ok macam biasa ada Promosi Kraf Malaysia. Kali nie kat Plaza Angsana Johor. ekceli nie kali ke dua yang buat kat Johor nie.. memandangkan tahun lepas macam galak je orang datang so tahun nie harap2 ramai lagi yang galak nak datang yea.. jemput jemput..
p/s.. Majlis Perasmian hari Jumaat nie pukul 3.30 petang, Dato' Sohaimi Shahadan - Pengerusi Kraftangan Malaysia akan rasmikan. so mai la serbu.
Riak yang semakin menjadi-jadi
Ok jom baca..
Jaringan sosial dan kepantasan akses internet tanpa wayar telah memangkin satu fenomena luar biasa: riak dan takbur tanpa batasan.
Setiap hari aku pegi suapan berita Facebook, mesti penuh dengan keriakan, yang lama-lama jadi norma. Orang yang kelihatan macam bijak agama pun tak boleh lari daripada riak. Tadi aku tengok ada satu status Facebook berkata, "Tengok 1 Juta Money Drop. Jumlah surah dalam Al-Quran pun tak tau? Layak ke bergelar Muslim? Such a disgrace!" Ini juga adalah sejenis riak bertopengkan pseudo-dakwah, sebab secara tak langsung dia rasa diri dia adalah Muslim yang lebih baik hanya berdasarkan pengetahuan berapa surah dalam Al-Quran. Senangnya. Kau nampak orang tu tak tahu satu detail tentang Al-Quran, terus tak layak bergelar Muslim. Tak tahu pulak aku dalam Rukun Islam atau Rukun Iman ada rukun tersembunyi iaitu "Tahu berapa banyak surah dalam Quran."
Yang kelakarnya adalah kat bawah status tu, ada satu lagi jenis riak yang sangat berlainan, iaitu perempuan Melayu urban yang tulis, "Dom Perignon". Ringkas, tapi berkesan, iaitu riak bahawa beliau baru menikmati champagne berjenama Dom Perignon, champagne paling berprestij di dunia.
Itu beberapa contoh dari suapan berita Facebook aku dalam jangkamasa sejam pagi ni. Darabkan dengan bilangan kawan yang aku ada dalam Facebook, dan bilangan jam dalam sehari, dan bilangan hari dalam setahun, dan bilangan tahun yang berlalu sejak aku mula bukak akaun Facebook. Jumlah keriakan adalah berbilion!
Mungkin cara hidup sekarang menyebabkan semua orang jadi kurang berkeyakinan diri, lantas memerlukan pujian/iri hati dari orang lain sepanjang masa untuk membina keyakinan. Atau mungkin riak dan takbur adalah naluri asas manusia, cuma kewujudan Facebook, Twitter dan Instagram memberikan satu saluran yang sesuai untuk membebaskan naluri tersebut.
Secara jujurnya, aku pun suka riak jugak. Tapi setelah lama hidup, aku mendapati ada 3 darjah keriakan, dan hanya satu jenis yang orang suka.
Darjah keriakan pertama adalah riak yang jelas, terang, in your face dan tak bagi can. Contoh riak darjah pertama adalah letak gambar kereta Audi TT baru di Facebook dengan caption, "Audi TT baru, bitchaaaassss!!! Sila jeles." Ini adalah riak yang sepatutnya paling menjengkelkan, tapi kebanyakan orang tak kisah dengan riak jenis ni. Malah, riak macam ni adalah yang paling banyak mendapat like. Mungkin sebab orang menghargai kejujuran, dan riak secara jujur kelihatan lebih mulia.
Darjah keriakan kedua adalah riak dalam selamba, secara tak langsung, dan tersembunyi. Contohnya semalam ada kawan aku letak gambar anak kecik beliau tengah mencapai sesuatu dalam sebuah beg Louis Vuitton. Caption gambar tersebut adalah, "Kantoi carik iPad dalam bag I." Adakah gambar seorang bayi mencapai barang dalam beg merupakan satu detik yang perlu dikongsi dengan 1000 rakan Facebook? Pada aku, setakat budak kecik letak tangan dalam beg, macam tak payah ambik gambar pun takpe. Kalau kejadian sehari-harian macam tu pun nak kongsi dengan 1000 orang, maknanya adakah aku patut kongsi gambar aku tengah ketip kuku kaki semalam? Oh lupe, aku tak amik pun gambar macam tu, sebab tak relevan untuk diabadikan, apatah lagi dikongsi.
Maka kenapa kawan aku tu memilih untuk kongsi gambar bayi dengan tangan dalam beg tersebut? Sebab beg tu besar gabak dan berjenama LV. Dan budak tu tengah mencapai iPad. Mestila kena bagitau! Disebabkan iPad tu tersorok dalam beg, maka perlu dijelaskan kewujudannya dalam caption, manakala beg LV tak perlu diterangkan, sebab dah jelas kelihatan dalam gambar. Ini adalah contoh riak darjah kedua, di mana periak berpura-pura menggunakan alasan "Oh tengok telatah anak aku, kiut sangat taww" untuk mengetengahkan beg LV dan iPad beliau.
Riak darjah ketiga adalah yang paling hina, iaitu riak bertopengkan emosi negatif. Contohnya sorang kawan Facebook aku letak gambar semangkuk mi segera, tapi kalau perhatikan dalam gambar tu ada satu iPhone 5, kamera DSLR dan buku panduan melancong ke Itali. Caption gambar berbunyi, "Sedih gila, malam ni makan megi je. Takde sape nak sponsor I makan sedap ke??" Tergelak aku. Boleh pulak kau muatkan segala gajet elektronik dan buku melancong, sekali dengan mangkuk mi segera dalam satu frame tu. Nampak sangat penat susun secara strategik. Pastu buat caption sedih (emosi negatif) supaya nampak rendah diri.
Dan berpusu-pusulah orang komen "Eh, nak pergi Itali pun sedih lagi ke?" atau "Ala sekarang makan megi, kat Rome kang makan spaghetti, sama la tu." Pastu si periak pun reply, "Ehh, siapa cakap I nak pegi Rome? You ni paparazzi tau!"
Dan aku pun muntah cair di kibod.
Sesungguhnya entry ni bukanlah bertujuan mengutuk orang riak, sebab kita semua riak. Tapi pada aku, kalau kau nak riak tanpa dibenci, tak payah tapis-tapis, tak payah sembunyi-sembunyi. Cakap je terus, sebab orang lebih menghargai riak darjah pertama, iaitu riak dalam kejujuran.
Monday, December 10, 2012
I love rain I love u.
lalalalalalala.....duduuudududududu...lalalalalduuudud.... I love rain I love u....
farahsufianarazali
Wednesday, December 5, 2012
Hujan
Pagi hujan...petang hujan..
Siang hujan malam hujan..
Syukur alhamdulillah atas rahmatmu Tuhanku..
Musim demam pun berleluasa..
Xngapa la bukan sepanjang tahun pun kan....
Bila mai musim je... Redho jela farah..
Tuesday, December 4, 2012
Notty trial
Woootttt...wooootttttt....pas nie leh la ligat balik... Wanna say welcome dear samy ngn notty...
Tuesday, November 27, 2012
CEMBURU
Saidatina Aisyah (isteri Rasulullah) banyak menceritakan mengenai sikap Rasulullah yang sangat romantik terhadap isteri baginda.. Saidatina Aisyah menceritakan “Andai Nabi berada di rumah, baginda selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang”.
Cara memanggil isteri
Baginda memanggil isterinya dengan pangilan yang comel.. Aisyah di panggil dengan panggilan humairah yang bermaksud putih kemerah-merahan.. ini adalah kerana pipi Aisyah yang kemerah-merahan kerana kulitnya yang putih.
Membantu urusan di dapur
Di cerita kan apabila setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Namun pernah suatu ketika baginda pulang pada waktu pagi. Baginda teramat lapar waktu itu tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk dimakan mahupun yang mentah sekalipun tiada kerana Saidatina Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya humaira?" Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah". Lalu Rasulullah berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini " tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajah baginda.
Berpegangan tangan
Rasulullah pernah bersabda, "Apabila pasangan suami istri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka". Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Beliau sering memotong kuku istrinya, mandi janabat bersama, atau mengajak antara isterinya berjalan/melancong.
Menaiki kenderaan
Imam Bukhari & Muslim meriwayatkan, “Bahawasanya Rasulullah duduk di sisi unta baginda kemudian Baginda meletakan lututnya, lalu istri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi saw hingga ia naik ke unta”.
Memahami isteri
Rasulullah bersabda kepada Aisyah : "Sesungguhnya saya mengetahui jika kamu senang terhadap ku, dan jika kamu sedang marah kepada ku". Aisyah berkata: "Dari mana mengetahuinya?". Rasulullah menjawab: "Adapun jika engkau sedang senang terhadap ku, maka kamu akan mengatakan ‘tidak’ dan demi Tuhan(nya) Muhammad! Dan jika kamu sedang marah maka kamu akan mengatakan ‘tidak’ dan demi Tuhan(nya) Ibrahim as". Aku (Aisyah) berkata: "Ya, betul itu Rasulullah”. (HR. Aisyah)
Pangkuan isterinya
Adakalanya Nabi bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang diceritakan Aisyah dalam Sahih Bukhari dimana “Nabi membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid”.
Bersukan
Satu riwayat yang menceritakan “Rasulullah berlumba-lumba denganku. Aku mendahului baginda. Ketika aku menjadi gemuk, Baginda berlumba-lumba denganku lagi, lalu Baginda telah mendahuluiku. Lalu baginda SAW berkata, ini sebagai balasan terhadap yang lalu” (HR. Aisyah). Dan dalam riwayat lain pula menceritakan "Baginda bersama para sahabat. ketika itu, Aisyah turut sama dalam permusafiran tersebut. Dalam perjalanan, Nabi SAW mengarah para sahabat agar mereka berjalan dahulu, meninggalkan Baginda dan Aisyah di belakang. Apabila para sahabat sudah berada jauh di hadapan, lalu Baginda mengajak Aisyah berlumba".
Membasuh pakaian "Aku dan Rasulullah tidur atas satu hamparan, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid. Darah haidku menitis terkena pada hamparan itu, didapati nabi SAW membasuh tempat titisan tersebut, dan tidak mengalihkan tempat itu, kemudian baginda menunaikan solat di situ. Apabila darahku menitis terkena pakaian baginda, Baginda SAW sendiri membasuh tempat yang kena titisan darah itu, dengan tidak mengalihkan tempat lain, kemudian menunaikan solat dengan pakaian itu" (HR. Aisyah). Tengok.. Nabi sendiri membasuhnya dan tidak marah terhadap Aisyah di atas kesilapan Aisyah itu.
Lebihan isteri
"Aku minum air daripada satu bekas, ketika itu aku sedang berhaid, lalu Nabi SAW mengambil bekas minumanku itu dan meletakkan mulut baginda pada tempat aku meletakkan mulut pada bekas tersebut" (HR. Aisyah)
Meredakan kemarahan isteri
Mencium isteri
“Rasulullah SAW sentiasa mencium aku dalam bulan Ramadhan, ketika itu Baginda sedang berpuasa" dan satu riwayat lain yang bermaksud “Seorang lelaki datang berjumpa dengan Rasulullah SAW, berkata: “bolehkah aku cium isteriku pada bulan Ramadhan?” Nabi berkata : “boleh”. Datang pula lelaki lain bertanya; “bolehkah aku cium isteriku pada bulan Ramadhan?” nabi berkata : “tidak boleh”. Aisyah berkata: "Wahai Nabi Allah, kamu izinkan yang ini, dan kamu mencegah yang itu?" berkata Nabi : "Yang aku izinkan itu adalah seorang lelaki yang sudah tua. Pasti dia mampu menahan syahwatnya. Dan yang Aku cegah itu pula adalah adalah lelaki muda. Dia tidak mampu menahan syahwatnya, sebab itulah aku mencegahnya”. (HR. Aisyah)
Mengutamakan isteri
"Sesungguhnya Rasulullah mempunyai seorang jiran berbangsa farsi. Dia mempunyai kepandaian memasak lauk berkuah. Dia telah memasak untuk dihidangkan bersama Rasulullah. Kemudian dia menjemput Nabi. Nabi berkata : "Apakah Aisyah dijemput sama?" Dia menjawab: "tidak". Nabi berkata : "kalau begitu, aku pun tidak terima jemputan itu". Dia pun pulang dan datang kembali menjemput. Nabi SAW berkata : "apakah Aisyah dijemput sama?" dia berkata : "tidak". Nabi SAW berkata : "kalau begitu, Aku tidak akan terima jemputan ini" Dia pulang dan datang kembali lagi menjemput. Nabi berkata : "apakah Aisyah dijemput?" Dia menjawab : "Ya" pada kali ketiga. Nabi dan Aisyah pun bangun, dan sama-sama ke rumahnya" (Anas bin Malik)
Dapat di lihat bagaimana sayangnya Rasul terhadap isteri2 Baginda. Baginda juga tidak senang terhadap lelaki yang memukul isteri mereka. Diceritakan pada suatu ketika Baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia". Rasulullah menyahut "Aku tidak bertanya alasanmu, Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? "
Wednesday, November 14, 2012
Terapi Ion Rendam Kaki
Mesti korang pelik..benda apa la pulak yang aku terjebak kali nie kan.. nie namanya Terapi Ion Rendam Kaki. sesuai tuk pompuan gemuk banyak toksid dalam badan macam aku nie. rawatan nie pun jap je.. paling lama 45 minit je leh buat. sebab dia guna arus elektrik tapi kuasa kecik jela..
Memula aku letak kaki dalam air.. Jernih je kan..