Ermmm...Korang pernah tengok tak orang share gambar2 baby pecah perut... baby meninggal kena buang merata-rata, kemalangan ngeri pecah sana pecah sini hancur sana hancur sini.. Selalunya kt FB la orang yang rajin-rajin share gegambar gini... video pun tak kurang gak laa.. Aku dah lama tak berkenaan sebenarnya.. Pada aku tak payah la kita nak share benda2 tu.. Kesian tu memang la kesian.. Aku tau rakyat Malaysia nie prihatin...korang share dengan niat nak jadikan pengajaran,..
Tapi.. penah tak korang fikir kalau yang pasal baby kena buang tu kompom la mak bapak dia tak amik kisah kan.. nie yang mangsa-mangsa kemalanga yang pecah sana pecah sini hancur sana hancur sini tu.. Bayangkan kalau la hari nie korang share setahun lepas tu ahli keluarga si mati tu yang terima gambar share tu apa perasaan diaorang.. kesian kat diaorang... kadang2 yang mati tu terdedah sana sini.. korang secara tak langsung dah tolong dedahkan aurat si mati...aib kan dia.. kesian...Aku ni.. Arwah adik aku meninggal kemalangan walaupun tak der luka tak der apa yang aku tau dia meninggal dalam hospital sampai hari nie kalau aku tengok orang belakon dalam hospital tengah nazak aku jadi sebak tak tentu arah terfikir macam mana la arwah adik aku dulu...korang bayangkan la kalau keluarga si mati tengok gambar yang di share tu kan..
Aku tau aku sedar aku nie jahil lagi bab agama nie tapi sungguh aku rasa tak patut.. Tak payah la share2 gambar gitu.. kan ke lagi baik kalau bila dengar musibah tu kita sedekahkan Al-Fatihah.. kan lagi baik..Tak payah la kita share2 gambar2 tu eh..
p/s: Sorry emo pepagi Jumaat nie.. sebab pepagi aku dah terhidang ngan gambar-gambar tu.. memang tak leh tahan dah..
No comments:
Post a Comment