Wednesday, February 29, 2012

tak sabar..

apa yang tak sabar eh....


nak jumpa sayang2..

weeeeeee.......


Published with Blogger-droid v2.0.4

menunjuk-nunjuk

yea..

benci aku ngan manusia yang suka menunjuk ni!

sumpah aku rimas!


tolong la jgn bagi muka aku cepat kedut..

tak banyak duit nak beli krim anti penuaan wehhhh..


aku cuci muka pun guna sabun cap dettol jer..


tolong eh....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Berjimat hanya dengan Mayonis!

Weeeee.... pepagi nie mengwalking aku jumpa satu info yang sangat best untuk dikongsi..

Jom cekidaut!!

MAYONIS menjadi antara bahan penting dalam penyediaan salad dan sandwich. Penggunaan bahan tersebut juga semakin diterima di kalangan masyarakat di negara ini. Mayonis juga semakin popular apabila bahan tersebut digabungkan dengan bahan tradisional menambah keenakan rasanya.
Bahan asas mayonis yang terdiri daripada telur dan perasa berasaskan minyak hakikatnya menawarkan kelebihan tersendiri untuk kesihatan dan kecantikan.
Bukan itu saja, ia boleh digunakan sebagai bahan untuk membersihkan kekotoran. Apa kata jika ada lebihan mayonis dalam peti sejuk, kita cuba gunakan bahan tersebut berpandukan kepada beberapa tips yang dimuatkan untuk minggu ini.

Pelembap kulit (uuuhhh losyen kau!!)
MAYONIS kaya dengan bahan pelembap tersendiri berasaskan kepada kandungan minyak dan telur di dalamnya.
Ia baik untuk kulit, malah mayonis sememangnya digunakan dalam beberapa jenis rawatan kulit. Cuba sapu mayonis di permukaan kulit dan urut secara lembut. Selepas selesai bilas bahagian yang berkenaan. Kaedah ini dipercayai membantu mempercepatkan proses pelembapan kulit.

Perapi rambut (conditioner!!lalalalala)
BAHAN pelembap yang terkandung dalam mayonis mampu meresap di bahagian bawah kulit. Ia juga berupaya menjadikan rambut sihat bersinar. Cuba gunakan mayonis sebagai bahan perapi untuk rambut. Lumur mayonis pada rambut sekurang-kurangnya sepuluh minit dan bilas.

Rawatan kuku (tak payah pegi manicure pedicure dah!!)
APA kata cuba gunakan mayonis untuk mendapatkan kuku yang kuat dan sihat selain tampak natural.
Sapu sedikit mayonis pada kuku dan biarkan selama sepuluh minit. Cuci dan keringkan kuku. Amalkan selalu, kuku anda akan menjadi lebih kuat dan sihat.

Hilangkan kesan tar jalan pada kereta (jimat kos polish (=
SAPU mayonis pada kesan tar dan tunggu beberapa minit. Gunakan kain lembut untuk hilangkan kesan kotoran itu.

Mengurangkan kesan panahan matahari (Sunblock ok!!)
SELEPAS berjemur lama di bawah sinaran matahari, sapu sedikit mayonis pada kulit dan anda akan dapat rasa kesan kelegaan.
Mayonis juga mengandungi cuka yang membantu mengurangkan kesan kulit terbakar akibat sinaran terik cahaya matahari. Ditambah pula mayonis yang disimpan dalam sejuk apabila disapu pada kulit mampu menyejukkan kesan terbakar pada kulit.

Hapuskan kesan krayon pada perabut berasaskan kayu (tak payah sental bagai nak rak dah)
AMBIL sedikit mayonis dan sapukan pada kesan krayon. Biarkan selama lima hingga sepuluh minit. Lap menggunakan kain lembap.

Melembapkan bahagian siku, lutut dan kaki (losyen lagi!!!)
SAPU mayonis di bahagian yang kasar dan kering terutama pada siku, lutut dan tumit kaki. Biarkan selama sepuluh minit dan selepas itu bersihkan menggunakan tuala lembap.

Haaaaa..amacam?? suka tak? Best kan.. so selamat berjimat!

Ok info nie aku buan main bantai jer ok...aku amik kat mummynemo kita (=

cuba try test

hello...hellooooo...

test....test....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, February 28, 2012

Vitamin C

Tetiba teringat kat Vitamin C nie..
Dulu masa aku kecik-kecik selalu makan Vitamin C nie..
Sedap bangat dohhh...
Nak-nak pulak mak aku bagi perisa oren...
oo..mak aiii...

Aku ingat lagi selalunya mak aku bagi paling banyak pun 3 tablet sekali makan..
Tapi aku suka curi-curi makan buat macam gula-gula..
sampai kena marah ngan mak..
Mak kata tak boleh makan banyak-banyak nanti gemuk..
Aku nangis...

Nanti aku curi-curi makan lagi..hahahaahha..
Hasilnya sekarang aku dah gemuk!
Ok aku dah tau punca aku gemuk!
Vitamin C nie punya pasal la.
Hurrmm..memang bukan salah aku la kan (=
Haaaa..aku dah agak dah memang bukan sala aku...hahahahaha..
 Sumpah sama! Dulu kecik-kecik nie la yang aku makan!

Kalau sape-sape yang dah ada anak tu elok sebenarnya bagi Vitamin C nie..
Sebab Vitamin C nie boleh buat tambah selera makan..
Yela kan kanak-kanak kadang2 tu asyik main sampai tanak makan kan..
kurus kering jer anak tu kan..
Apalah salahnya keluarkan RM 16.90 jer untuk 100 tablet kan.. tak rugi pun (=
Setiap satu tablet yang di makan tu mengandungi 100mg Vitamin C ok..

Ok lah..apasal tetiba aku mempromote Vitamin C nie??
Tak de apasal lah...saja..
Terkenang zaman kecik-kecik (=
So share la apa yang aku ingat kan..

Oh man!!!!
My childhood moment was damn awesome!!!!Miss those moment a lot!!!

p/s: Ok lah tu je nak share (=
Tetiba rasa nak makan Vitamin C nie...
Agak-agak gemuk lagi takkkkk...hehehehe...


Monday, February 27, 2012

Amalan pemakanan yang betul mengikut sunnah Nabi saw

Hari nie aku tak tau buat apa..
So aku pun mengoogle la pasal pemakanan..
Pasal amalan pemakanan Nabi Muhammad s.a.w
Sebab apa aku google pasal makanan nie??
Hurrrmmm sebab aku rasa lately nie aku makan main hentam ikut sedap nafsu seranah aku jer..
Sumpah teruk..

So aku cari la info pasal pemakanan nie..
Setelah di kumpul dan kumpul ini lah hasilnya kawan-kawan..
Meh kita sharing maring meh (=

Makanan yang tidak boleh dicampur dalam satu hidangan:-

1. Susu dengan ikan

2. Cuka dengan susu

3. Buah-buahan dengan susu

4. Daun salad dengan ikan

5. Bawang putih dengan bawang merah
(jika dicampur boleh menyebabkan lumpuh, bawang besar jika dimakan selama 40 hari berturut-turut boleh menyebabkan bintik hitam di muka)

6. Daging segar dengan daging kering

7. Benda masam dengan benda berasid seperti cuka

8. Cuka dengan nasi

9. Buah delima dengan serunding

10. Telur dengan ikan.

**Semua ini jika diamalkan boleh menyebabkan penyakit Lumpuh dan stroke.

**Tidur seketika (10-15min) sebelum zohor boleh mengembalikan tenaga!!

Perkara yang perlu dielakkan untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

1. Jangan mandi air suam selepas makan kenyang.(paling bahaya daripada cara pemakanan diatas)

2. Senaman sebelum makan.

3. Jangan senaman atau berjalan selepas makan tengahari (lebih kurang ?jam)

4. Jangan makan buah selepas makan.

5. Makan buah selepas makan akan mengambil masa 8 jam untuk menghadam makanan.
6. Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi)

7. Jangan tinggal makan malam walaupun sebiji kurma

8. Makan sedikit waktu malam (awet muda, sunnah nabi)

9. Selepas makan malam kena bergerak atau berjalan sekurang-kurangnya 100 langkah.

10. Jangan tidur selepas makan akan menyebabkan sembelit.

11. Meninggalkan makan malam akan mempercepatkan tua sebelum tua.

**kalau tak makan malam, enzim akan memproses lemak dalam perut dan lemak akan menjadi bertambah lemak atau kolestrol bertambah..

Tertarik dengan kenyataan Rasulullah SAW dalam buku Khal Tamar Plus, Rasululah memberi amaran bahawa "perut adalah punca penyakit". Jadi salah satu ikhtiarnya adalah melalui amalan Khal. Namun, nampaknya saya juga tertarik dengan amalan pemakanan Rasulullah. Bagi orang Islam, Nabi SAW adalah contoh terbaik, setiap perbuatan Nabi SAW mempunyai sebab tersendiri, dilakukan atas jagaan ilmu Maha Mengetahui.

Setelah google banyak artikel/blog kesihatan, ini hasilnya untuk nota sendiri dan sebaran. Namun begitu, tiada rekod/citation sumber asal dicatatkan (jadi kesahihan tips ini masih boleh diragukan, wallahualam).

Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari.

1. Jangan Makan/Minum
Susu bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Ikan, Ayam, Cuka, Buah
Ikan bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Telur, Daun salad

2. Cara Makan
Makan hanya cukup sekadar untuk menghilangkan lapar. Jika mahu makan lebih: sediakan 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk cecair/air, 1/3 untuk udara/bernafas.

Tidak makan buah selepas hidangan berat (eg: nasi, gandum, roti). Hanya makan buah sebelum menjamah makanan lain. Buah segar merupakan makanan pra-cerna,boleh masuk terus dari perut ke usus. Jika dimakan bersama makanan lain (eg: buah bertemu makanan lain dalam perut), buah akan terperangkap, bercampur dalam perut, biasanya mengakibatkan fermentasi (proses menghasilkan tenaga tanpa oksigen) buah dan segala makanan dalam perut berlaku secara sendiri.

Tidur sejam setelah makan tengahari (sebelum waktu zohor)

Dilarang meninggalkan makan malam. Jika abaikan? Kekurangan nutrisi menambah risiko penuaan (dimakan usia/aging) dan peningkatan berganda kolesterol dalam badan.

Kitab-kitab perubatan Islam melarang makan bersama/mencampur makanan darat (ion positif) bersama makanan laut (ion negatif). Menurut kajian, ion+ dan ion- menghasilkan tindakan biokimia yang boleh memudaratkan usus manusia.


Makan menggunakan tangan kanan dan dijilat jari. Jari menghasilkan enzim 10 kali ganda lebih banyak berbanding air liur dalam membantu dalam proses pencernaan makanan.

Tunggu makanan dimasak sejuk sedikit sebelum dimakan. Tiada keberkatan dalam makanan yang dimakan panas-panas.

Mengambil sedikit/secubit garam sebelum makan. Garam (NaCl) terdiri dari Natrium (sodium) klorida (chloride). Klorida yang terdapat dalam garam merupakan klorida yang sama dirembeskan dalam perut (klorida dalam asid hidroklorik, yang penting untuk pencernaan makanan). Jadi, pengambilan garam sebelum makan membolehkan badan menghasilkan hidroklorik asid mencukupi bagi mencernakan makanan. Kebanyakan efek negatif garam seperti diwarwarkan dunia kini adalah berpunca dari lebihan natrium, bukan klorida.

3. Cara Minum
Tidak minum air segelas dalam satu nafas sahaja. Sebaliknya minum seteguk-seteguk selang seli bernafas sambil duduk.

Tidak minum ketika sedang menjamah makanan. Sila minum sebelum/selepas makan.

Jika lalat jatuh dalam air minuman. Selamkan 100% lalat tersebut ke dalam air. Kemudian buang lalat tersebut. Terdapat sel longitudinal (sel yis) hidup menumpang (parasit) dalam badan lalat dengan sebahagian mencelah di setiap tubula (rongga) respirasi (pernafasan) lalat. Jika lalat diselam, perubahan tekanan osmosis air akan menyebabkan sel ini pecah/meletup membebaskan antidot bagi melawan patogen dalam badan lalat.

3. Lain-lain Sunnah Amalan Pemakanan Sihat
Bersugi sebelum dan selepas makan. Malah Nabi SAW juga bersugi sebelum setiap kali menunaikan solat fardhu.

Makan makanan "whole foods" (makanan yang mengekalkan sebatian asal, bukan makanan proses). Makan makanan yang ada dalam musimnya. Tidak mencampur sejenis makanan bersama sejenis makanan lain sesuka hati. Kini hanya 25% penduduk dunia yang masih makan "whole foods".

Tidak mencari kesalahan dalam hidangan. Jika suka, Nabi SAW akan makan. Jika tidak suka, Nabi SAW akan menolak dengan baik.

Tahukah Anda
Apa Yang Kita Tahu, Apa Yang Kita Tidak Tahu?

Kita tahu...
kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan bahawa kalau nak dapatkan vitamin B, kalau nak tambah darah dalam badan, kita kena makan hati haiwan atau hati ayam.

Kita tidak tahu...
sebenarnya Nabi tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ di mana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. maka, kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam.
makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

Kita tahu...
kita diajar di dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan.

Kita tidak tahu...
sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad s.a.w selain susu dan madu.
Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Malahan, Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

Kita tahu...
kita diajar kambing mempunyai tinggi kolesterol.

Kita tidak tahu...
kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhamad s.aw. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Yang sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

Kita tahu...
kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus.

Kita tidak tahu...
sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG,
kolesterol dan paling banyak lemak tepu trans.

Kita tahu...
para kafir juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tidak berkhasiat,
contohnya coke dan maggi.

Kita tidak tahu...
Coke tu sangatlah beracun, ianya sangat tidak bagus untuk kesihatan. ini kerana ianya mengandungi paras gula tinggi, sifatnya yang berasid, pH dalam lingkungan 3.5, malahan ada racun tersembunyi.

Kita tahu...
mereka menguar-uarkan kebaikan minum soya.
sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar,

Kita tidak tahu...
sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab di dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada wanita. soya juga ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zink yang penting untuk badan kita terjejas.


Amacam??Puas hati tak??
Paling sadis aku baca bab soya tu..
Aku pengketagih soya kowt!!
Patutla tade baby lagi agaknya.. )':
aaaaaaaaaaaaa....
Takpe2..usaha lagi!!

Apa-apa pun kredit pada tuan empunya info yang aku copy sejibik2 kat SINI, SINI, dan SINI (=

RINDU

Ya Allah Ya TuhanKu..
Kau bantulah aku..
Kau tabahkanlah hati aku..
Aku tak tahu bagaimana yang lain menghadapi rindu ini..

Tapi..
Sesungguhnya terlalu berat untuk aku tanggung rindu ini..
Aku rindu kan dia..
Aku rindu gelak tawa dia...
Aku rindu segalanya tentang dia..

Sungguh aku rindukan dia...

Al-Fatihah.. Allahyarham Mohamad Idzhar Ariff..............

Friday, February 24, 2012

Siapa AMY

Pada suatu hari..

AMI jumpa A..seronok mengata B..

Esoknya..

AMI jumpa B seronok mengata A..

Lusanya..

AMY jumpa A dan B seronok AMY mengata C

Begitulah seterusnyaaaaaaaaaaaaaa...

Soalan saya..

Manusia apakah AMY ini???

 p/s Pesanan penaja jangan jadi macam AMY (=

Thursday, February 23, 2012

Waktu Subur Wanita

OK.. hari nie aku nak share sikit pasal waktu kesuburan nie..
Yelakan orang yang macam aku nie kadang-kadang tak tau sangat.. 

Eh actually memang aku tak penah amik tau! Sumpah.
Mungkin sebab tu tak der baby lagi sampai hari nie )':

Tapi...
Ntah kenapa aku teringin lak nak amik tau hari nie..
Mungkin dah sampai masa aku berusaha keras..hehehehehe (=

DAN
Aku rasakan nie satu ilmu yang patut aku kongsi sesama korang..
So jom mengira!!!

Mengenai Haid

Haid juga dikenali sebagai menstruasi. Ia menunjukkan anda kini menjadi seorang wanita. Apabila haid berlaku anda akan mengalami pendarahan dari faraj. Haid yang berlaku adalah berbeza dari seorang wanita dengan wanita lain. Setiap kitaran haid adalah selama 3-7 hari. Tempoh antara sebuah kitaran haid ke kitaran haid seterusnya adalah berbeza iaitu diantara 21-35 hari.
Kenapa kita perlu tahu waktu subur wanita? Ada 2 sebab utama:-

1. Untuk memudahkan mendapat zuriat

2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat

Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

Fahami Kitar Haid

Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan, secara puratanya ialah 28-30 hari. Tetapi setiap wanita ada kitarannya sendiri – ada 25 hari dan ada yang lambat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda pada kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran fallopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestron dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestron semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh.

Waktu Terbaik

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

Ini adalah kerana fasa luteal mengikut kiraan kebiasaannya berlaku selama tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang seterusnya.

Sekiranya haid anda adalah tetap 28 hari, tidak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya haid anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

Cara Lain Mengetahui Waktu Subur

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu.

Menganggar Waktu Terbaik Untuk Mendapat Zuriat

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka jangkamasa untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu sperma dicipta dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan, ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami-isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15 atau/dan 16 untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya haid anda datang secara konsisten selama 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke-14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

Mengelakkan Mengandung Melalui Cara Kiraan

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari!), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang dinyatakan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

Sekor sekor mati

Aku tak tau nape..
Musim ke..
Tak cukup ke kami bagi makan...
Tak elok lagi ke kami jaga...
Tak bersih lagi ke kami bagi mandi..
Tak sayang lagi ke kalau kami sanggup panjat bumbung nak selamatkan mereka..

Sedih aku..
Sedih dia..
Sedih kami..
Yang tak faham tak kan tau..

Dalam masa seminggu 2 ekor kucing aku mati..
Sedih sangat..
Aku tak tau la kenapa..
Kawan aku kata virus..
Kesian kucing2 kami...

Sumpah aku sedih!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sekarang tinggal belang sekor je....

Bertahanlah belang yea..

Menang Besar!!Aku dah tak payah keje lagi (=

Giler arhh...
Tak sangka!
MENANG BESAR!
boleh benti keje terus dah nie!

Korang nak tau apa aku menang??

Jap..


 
           

The United Kingdom National Lottery
in Conjunction with: Organizing Committee[TM] for the 2012 London Olympics
Present the Internet lottery Promotion for the London Olympics 2012

Dear: lucky Winner E-mail user,

We are pleased to announce to you that your email address as indicated was drawn and attached to ticket number: 018795727498 with serial number: F3-003-036, which draw the lucky winning number: 13-15-16-21-34-36-(8)that subsequently won you the total sum of (550,000.00 GBP)Five Hundred and Fifty Thousand Great British Pounds. The draws registered as Draw number one was conducted in (LONDON, UNITED KINGDOM) These Draws are commemorative as such special that you do not need to buy any ticket to enter the draws. All participants for this online draws were selected randomly from World Wide Web sites through Microsoft draw system and extracted from over 100,000 unions, associations and co-operate bodies that are listed and active online.

Note: that this program is being sponsored by United Kingdom National Lottery and in conjunction with the Organizing Committee for the LONDON OLYMPICS 2012, to encourage the Internet users and to create awareness for the upcoming 2012 Olympic Games, which is to hosted by England.

Your cash prize is now deposited with our Correspondent Paying Bank, insured on your behalf, for security Protocol. You are advised to keep your winning details very confidential from the member of the public. This is part of our precautionary measure to avoid double claiming and unwarranted abuse of this program, Please be warned.

You are to forward your winning details to Dr. Charles Lewis to enable him clear your file for immediate payment.

Address: Summit Avenue Southwood Farnborough Hampshire GU14 0NAG. United Kingdom
Promotion Manager Name: Dr. Charles Lewis
Tel: +44 871 974 1112

Provide him with these following details:
- Name in full:______________________
- Age:_______________________________
- Sex:_______________________________
- Occupation:________________________
- Permanent Address:_________________
- Country:___________________________
- City:______________________________
- Postal Code:_______________________
- Fax [optional]_____________________
- Mobile:____________________________
- Winning E-Mail ID:_________________
- Batch No: 788/533/NMO
- Refrence No: 156/QNN/NMO
- Lucky Winning No: 13-15-16-21-34-36-(8)

Once again congratulations.

Sincerely,
Kevin J. Aronin
________________________________________________________________________
Copyright © 1995-2012.; All rights reserved. Terms of Service–Guideline




 Haaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
Kan aku dah kata MENANG besar!!
Yeay tak payah keje lagi (=

p/s: Korang rasa ada ke yang percaya ngan SPAM nie?Menipu jer semua nie. Bangun lah dari mimpi sedarlah wahai diri..hehehehe..so maknanya aku kena keja sampai mati la sini..huhuhuu (=

Monday, February 6, 2012

Thank You Allah

Bila Allah tak memberimu seseorang yang kamu impikan...
Semoga Allah menghadirkan seseorang yg memimpikanmu. . .

Bila Allah tak memberimu seseorang yang kamu Rindukan..
Semoga Allah menghadirkan seseorang yang merindukanmu. . .

Bila Allah tak memberimu seseorang yang kamu dambakan. . .
Semoga Allah memberimu seseorang yang mendambakanmu. . .

Bila Allah tak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu sayangi..
Semoga Allah menghadirkan seseorang yang menyayangimu...

Bila Allah tak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai..
Semoga Allah menghadirkan seseorang yang mencintaimu..

yangYg bukan hanya karena
apa yg ada padamu, tapi apa adanya dirimu...!!

Sujudkan hati & jiwamu dalam istikharah cintamu pada illahi. . .

p/s: Alhamdulillah.. Terima Kasih Allah kerana kau hadirkan dia dalam hidup aku (=

Sunday, February 5, 2012

OPAH

Aku ada opah yang rock!
Sumpah rock!
Korang ada??
Mesti takder kan..
To opah..
Kak SAYANG opah sangat sangat!!!!!!

Hah!! korang ada??? Aku ada taW!!!!!

My mOm special facial treatment

Haaaaaaaaaaaa.....
Korang rajin buat facial treatment tak?
Ala yang pegi spa2 pastu manadah muka bagi orang picit-picit tu..pastu bagi duit kat diaorang..
Pernah?
So far so gud aku tak pernah pergi lagi.. kenapa?
Sebab...........






Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa....................

Mak aku leh buat ok! Adik Qimi aku yang darjah 4 pun leh buat....
Tak caya??
Jap....
Amacam?? percaya?? Tak percaya?? Percayalah..selama nie memang mak aku yang mengerjakan tompok2 hitam kat muka aku.. hehehehe (=

Pengalaman naik KTM Antarabandar (=

Semalam aku tengok dalam Majalah 3 pasal KTM antarabandar dari Johor ke Kelantan..So aku pun nak gak cerita pengalaman aku nak KTM Antarabandar nie..Sebelum nie aku memang tak reti nak KTM nie nak balik kampung.. Selalunya memang nak bas jer.. Konsortium..Konsortium..Konsortium.. tu jer aku reti.. Kalau tiket bas abis aku dah nak nangis... Sampai l satu hari aku cari tiket bas habis.. aku nak balik kampung gak.. Aku nak kawin!!.. Gila Kowt aku tak balik kan.. Tak tentu arah aku cari transport nak balik kampung.. Cari punya cari punya cari.. dapat tau pasal KTM Antarabandar nie.. Pegi la beli tiket RM 28.00 seat Ekonomi KL Sentral - Taiping.. Memula pening gak sebab berlawanan arah kan.. tapi pastu ok la sebab aku selalu baik keje pun naik KTM kan so tak la jakun sangat..

Perasaan?Seriously aku rasa lagi selamat nak KTM dari naik bas. Sebab bila naik bas aku nampak gaung-gaung yang dalam-dalam.. mula la kepala aku berimaginasi kan.. jatuh la..terbalik la... apa la.. memang a orang kata kalau dah ajal tu kan.. tapi taknak la ajal jatuh gaung..ngeri koWt...seat dia muat2 aku yang comel nie jer la..tp ok tak der la sampai rasa sesak nafas..

Perjalanan dia lama skit dari bas la..kalau bas 4 jam..naik KTM nie 5 jam.. ok la..aku tak kisah... Haaaaaaaaaaa...Lepas tu aku rajin naik KTM.. Aku promote kat Lily... Lily pun terjebak..tapi memandangkan Lily nie mak nenek so dia tak suka perjalanan yang lama..ahahaha Ada aku kisah??? Aku tak kisah!

Banyak kali gak la aku dok beli seat ekonomi tu...sampai la baru2 nie sekali lagi balik naik KTM.. kali nie aku pengaruh mr Hubby lak.. dia pun redha je ikur aku... masa pegi kitaorang amik seat ekonomi gak.. balik amik tempat tidur...nie yang best dan aku suka. Sumpah kalau aku tau tempat tidur nie lagi best memang aku dah amik tempat tidur sebelum nie... Sangat selesa untuk aku.. aku leh lepak-lepak..sembang-sembang ngan mr Hubby.. penat sembang baring2 tidur.. Nak tidur pun ada langsir tutup tempat tidur kita.. so orang tak nampak la kita.. Harga dia mahal sikit la.. RM48.00 tapi seriously worth it!u wont regret it i tell u (= Tapi aku nak nasihatkan bawa la makanan sendiri sebab makanan dia mahal!...tu jer aku tak berkenan. Toilet?? Hurrmmm ada yang ok ada yang ko.. bukan kotor ngan najis tapi dia macam tandas yang lama yang menakutkan..hahahahaha... 

Ok la jom tengok gambar sikit.. pastu dah la..penant nak citer.. Kalau nak try tengok la kat KTMB punya website ok (=


 Masa pergi...
 Nie la seat ekonomi untuk orang saiz XXL macam aku duk ngan mr Hubby yang saiz S kira muat lagi leh pusing - pusing kiri kanan (=
 mr Hubby semangat!! go sayang go!!
Nie tempat tido masa balik.. yeay!! suka!!

Saturday, February 4, 2012

Tasha Manshahar

Hurrrmm.. Tasha Manshahar..
Sape dia nie.. Mesti korang tertanya-tanya sape dia kan..
Aku pun tak tau akan kewujudan dia sampai la aku memwalking kejap tadi.
So cari kat utube jumpe..

Loading...punya loading..... punya loading..
Ok aku puas hati.
Berbaloi aku tunggu..
Dia bukan macam si adik2 NAJWA LATIF tu..
Sumpah aku tak berkenan!
Tapi Tasha Manshahar nie aku berkenan..

Memandangkan aku berkenan aku pun apa lagi..
cari...dan mencari....

Hasilnya....

Orangnya bertudung!
Aku kategorikan comel!
Suara yang adoreable!

Dia ada channel sendiri kat utube - Channel Tasha Manshahar

Ada blog sendiri gak -Blog Tasha Manshahar

FB harusla ada kannn - FB Tasha Manshahar

Twitter pun ada - Twitter Tasha Manshahar

Owh...dia pun ada lagu yang macam najwa latif..
Pasai cinta FB.. (=
Tapi tajuk dia urban sikit laa... BE MINE..
Ok la... jom nengok dia..


Mempersembahkan...




TASHA MANSHAHAR!!




Dengan lagunya!!


BE MINE!

Jom usha sikit lirik dia (=

Lirik : Tasha Manshahar - Be Mine

Bermula di Facebook
You IM I dulu taktahu malu
I malas nak layan
So I buat taktahu

You terus cuba dan mencuba
Sehingga I jatuh cinta
Gatalnya diri you
Membuat I terjatuh

Bila kita dah start mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang panjang
Makan dan tengok wayang

Sikit sikit je I merajuk
You selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
I cuma test you saja

c/o :
Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You're my heart baby
My life is incomplete without you

Dalam pada I gembira
Sometimes I feel so sad juga
Cause you dah berpunya
But I always want you to be mine forever
Please be mine forever

Haaaaaaaaaaaaaaa...amacam???
Suka?
Tak suka?

Suka ke tak suka ke terpulang korang..
Yang aku tau aku suka (=

Ok la penat dah bercerita. (=

Friday, February 3, 2012

Baby

Yeayyy!!!
Lupa nak bagitau..
Aku dah dapat baby baru (=

Ishh...mesti la bukan anak aku..
Takder rezeki lagi laa...
Tapi anak adik ipar aku..

Nurul Khairulnisa (=

COmel...tapi aku tak amik gambar dia lagi..
Sebab sibuk kejekan dia..
Nanti la ada masa aku tempek gambar dia sini ekhh..

Jangan share lagi )=

Ermmm...Korang pernah tengok tak orang share gambar2 baby pecah perut... baby meninggal kena buang merata-rata, kemalangan ngeri pecah sana pecah sini hancur sana hancur sini.. Selalunya kt FB la orang yang rajin-rajin share gegambar gini... video pun tak kurang gak laa.. Aku dah lama tak berkenaan sebenarnya.. Pada aku tak payah la kita nak share benda2 tu.. Kesian tu memang la kesian.. Aku tau rakyat Malaysia nie prihatin...korang share dengan niat nak jadikan pengajaran,.. 

Tapi.. penah tak korang fikir kalau yang pasal baby kena buang tu kompom la mak bapak dia tak amik kisah kan.. nie yang mangsa-mangsa kemalanga yang pecah sana pecah sini hancur sana hancur sini tu.. Bayangkan kalau la hari nie korang share setahun lepas tu ahli keluarga si mati tu yang terima gambar share tu apa perasaan diaorang.. kesian kat diaorang... kadang2 yang mati tu terdedah sana sini.. korang secara tak langsung dah tolong dedahkan aurat si mati...aib kan dia.. kesian...Aku ni.. Arwah adik aku meninggal kemalangan walaupun tak der luka tak der apa yang aku tau dia meninggal dalam hospital sampai hari nie kalau aku tengok orang belakon dalam hospital tengah nazak aku jadi sebak tak tentu arah terfikir macam mana la arwah adik aku dulu...korang bayangkan la kalau keluarga si mati tengok gambar yang di share tu kan..

Aku tau aku sedar aku nie jahil lagi bab agama nie tapi sungguh aku rasa tak patut.. Tak payah la share2 gambar gitu.. kan ke lagi baik kalau bila dengar musibah tu kita sedekahkan Al-Fatihah.. kan lagi baik..Tak payah la kita share2 gambar2 tu eh..

p/s: Sorry emo pepagi Jumaat nie.. sebab pepagi aku dah terhidang ngan gambar-gambar tu.. memang tak leh tahan dah..