Friday, July 29, 2011

Malaysia vs Singapura



Bola... ok fine...kenapa tetiba rasa macam nak merepek pasal bola kat dalam kisah hidup kiteorang nie? Mestilah kan.. kita nie orang kata kena la amik tau jugak perkembangan semasa.. Dah kalau semua orang dok bola sana-bola sini-bola situ..kena la juga kita amik port kan..amik tahu amik peduli.. Kang orang cakap kita katak bawah tupperware lak kan..


Ok aku tanak komen pape pasal
Malaysia vs indon masa Suzuki ker.. Malaysia vs vietnam ke..Malaysia vs
liverpool ker.. Malaysia vs aresenal ker mahupun Malaysia vc chelsea...sebab
dah lama game tu aku dah lupa..


(walau hakikatnya boleh je kalau nak rewind match tu kann.tak pun google je
pasal game tuh kan..tanak la tanak...)


aku nak cite pasal game semalam game
yang baru lepas tak abis 24 jam ok. Game semalam. Game


Malaysia vs Singapore
lawan timbal balik kelayakan piala dunia 2014.


KEPADA Malaysia punya penyokong
yang mengamuk ngamuk pasal defence Malaysia hancuss la harap kan safee je
laa...harapkan fahmi jelaa...apa la..bla..bla..bla.. main macam haram la apa
la..korang nie
KENAPA? Aku langsung tak faham SEBAB bila menang mak ai korang
punya puji sampai tahap ke langit tapi bila kalah korang hentam sampai tak
cukup tanah diaorang nak terima. Jangan pandai nak cakap jer ok...player-player
Malaysia pun da usaha sebaik mungkin..Korang rasa tak kan la diaorang sesaja
nak bagi kalah kan..
KELAYAKAN PIALA DUNIA ok.. ulang taip....kelayakan piala
dunia..Tak mungkin diaorang sengaja nak bagi kalah. Diaorang pun mesti nak
menang macam mana kita penyokong nak diaorang menang kan. Tapi mungkin bukan
luck kita semalam..


Ok. Fine Malaysia kalah. Tak per
aku tak marah sangat lepas tengok game semalam.. SEBAB? Singapore punya player
berlakon siotttttttttttt... Sumpah sana injured sini injured memang kasi badan
aku hangin sangat malam tadi. Korang-korang-korang yang sangat pandai
menghentam pun mesti perasan kan. Ok cuba bayangkan korang yang kat atas padang
tu. Dah kalau semua nak buat perangai yang tak leh blah skali keeper dia pun
nak sakit jugak......tak boleh blah langsung!!!!


Tak per la aku tanak merepek
banyak-banyak dah.. Lagi pun mungkin si penghentam-hentam nie semua tengah
emosi kot semalam.. ataupun si penyokong-penyokong yang emosi nie memang hebat dan adalah pemain liga eropah sebab tu leh hentam player Malaysia habis-habisan kan..


Xper korang,... Aku tak marah
korang pun.. Cuma aku hairan jer..tu jer...






Sekian...
Wabilahitaufiqwalhidayah..





No comments:

Post a Comment