Thursday, January 5, 2017

SELAMAT TAHUN BARU!!

Gitchew!!
Setelah 5 hari baru nak ucap kan..
Xpe la dari tak ucap langsung kan..

So tak nak lah cite pasal azam yang tak pernah kesampaian tuh.
Cumanya nak bagi tau.
Arini rajin nak tuka gambor blog..
Kah. ok Tak kelakar kan.
Paham.

Cerita??
Banyak cuma malas nak cerita.
Sebernarnya aku rasa punca aku malas nak menaip sebab aku dok layan cerita korea sekarang ni.
Banyak nau aku nak marathon.
Memang sejak aku terjebak aku tak leh stop.
Harus la sejak aku terjebak itu juga aku tak nak update blog.
Sebab.
Dari aku menaip blog baik aku nonton korea.
Kah. ok Tak kelakar lagi.
Paham.

Ok lah meh mami payung cerita sikit lah. (Nak cerita pasal anak tetiba bahasakan diri mami. Over!)
Ofkos la pasal ezra..muahahhahaha
Muhammad Nur Ezra dah dua tahun 3 bulan.
Alhamdulillah.. sakit sikit-sikit biasa la kan..
Tapi dah tak teruk macam masa dia kecik tu..
Dah boleh macam macam.
Aritu mami try bagi soalan cepu emas
"Ezra nak adik tak"
"Tak nak adik"
Ok mami tak bagi adik dulu.
Kita manja manja dulu ok.
Kah. Tak kelakar jugak ke?
ok paham.

Dua tahun jadi mami Ezra banyak yang aku belajar.
Terutamanya ilmu kesabaran aku yang selalu tak ada sebelum ni.
Biasa la dah jadi mak mak kena banyak sabar dengan anak..
Walau hp ko di baling
Walau laptop di curah air.
Walau tab dipijak sampai pecah hancur berderai screen dia.
Walau minyak tengah mengelegak di datang campak mainan getah dia dalam kuali
Tetap kena sabar.
Tapi tak la sabar mana pun.
Mami kutil jugak
Mami tempik jugak
Mami piap jugak
Maaplah mami tak manjakan anak.

Lagi cerita pasal tambah harta. (Gitchew bongkak bunyinya...)
Alhamdulillah..
Kami dalam proses nak beli rumah.
Lambat sikit prosesnya..
Tak pelah slowly kan..
Orang kata biar lambat asal selamat.
Aku kata lambat sebab cash tak cukup selamat.
Kah. Ok ini memang tak kelakar
Aduh

Citer family.
Mak abah alhamdulillah sihat dedua..
Lily da kawin.
Nak meletup pompom dah pun.
In sha Allah bulan tiga kuar la baby dia..
Macam gegirl katanya..
So the first flower in the house yawww..
Abg ija pun nak tambah ahli..
Bulan 6 In Sha Allah
Puyen dah sekolah!!
Masha Allah my most handsome anak sedara tu..
selalu buat mami melting.Behave up to max!!
Aie nak bertunang dah.
Insha Allah bulan 5 ni.
Mat Pit dah dalam upper six.
Good luck bro!!
Qimi gitu lah.
Jap gemok jap kurus.
Tapi dia kata berat badan dia ideal
Waklu qimi!!
kalau Arwah adik pat ada ni mesti dia dah start keje..
Rindu..takpela
Al - Fatihah untuk Mohamad Idzhar Ariff kesayangan akak..(Sebut dia je nangis..haishh)

Eh bila da buat list cenggini macam pax je jadual tahun ni..hahaha..
Ok lah..mungkin ini coretan pertama di tahun ini dan berjumpa lagi di tahun depan.
Doakan aku kuat semangat nak menaip cenggini.
Hahahaha..
Bye korang!!
-Ntah sesape yang baca blog ko farah!-

No comments:

Post a Comment