Assalamualaikum...
Tadi..masa aku dok surf2 fb..
terpandang satu news feed..
and i was like.........
MashaAllah.....biar betul...
Tadi..masa aku dok surf2 fb..
terpandang satu news feed..
and i was like.........
MashaAllah.....biar betul...
and selama ni pun masa dok sembang2 ngan mr hubby aku selalu cakap.. nanti baby da besar momy harap baby jadi pejuang untuk agama.. Jadi mujahidin agama..
momy sentiasa tanam dalam hati yang anak yg aku kandung ni pinjaman semata2.. dan
Lillahitaala aku sanggup kalau anak aku syahid untuk agama.. Bila dulu masa hangat pasal Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam si syahid yang tertangguh tu hati aku tersentuh sangat.. rasa malu sangat.. diusia dia yang muda macam tu, macam2 dia dah buat untuk agama dia..
Ni kisah Ahmad Ammar
Beliau antara student Malaysia terawal yang melawan arus perdana apabila memilih Turki sebagai destinasi
pengajian setelah SPM. Sebab tu kami panggil beliau Abang Long. Agak
aneh, seorang yang pernah dinobat sebagai pelajar kedua terbaik SPM 2010
di RMC dengan pencapaian 9A1 1A2 memilih untuk sambung di Turki, negara
yang sering dilabel sebagai negara Eropah yang 'sakit'. Sepatutnya
beliau ke tempat yang lebih berprestij. Dah la ambil Turki, ingatkan
ambil medic ke, atau engineering, tengok-tengok ambil sejarah, bidang
yang sering diambil oleh student gred C dan D, sejarah Uthmaniyyah pulak
tu. MashaAllah! Bila pertama kali saya tanya beliau kenapa pilih Turki
dan ambil sejarah. Jawapan beliau,
Turki ni dulu pernah jadi pusat Dunia Islam 600 tahun, takde kuasa dunia yang lagi lama daripada tu, negara lain pun respect dan tunduk dengan Turki, kenapa kita tak bangga, tu sejarah kita. Kita boleh kembalikan balik sejarah tu. Lepas tu kita ni dah belajar tinggi-tinggi, last-last orang yang belajar lebih-lebih kurang pulak control kita. Sebab tu ana ambil sejarah.
Cukup tersentak dengan jawapan tajam beliau.
Beliau seorang yang sangat pendiam, tapi sekali beliau cakap, semua
orang nak dengar dan akan ingat apa yang beliau cakap. Beliau juga
sangat susah nak gelak ketawa, tapi sekali beliau ketawa semua orang
ingat bila dan apa yang buat beliau ketawa. Beliau jangan haraplah nak
bercakap dengan perempuan, sangat kekok kalau beliau dalam situasi
tersebut. Pernah sekali beliau bawa student Malaysia overseas yang
datang cuti di Turki dan kebetulannya perempuan, oleh kerana beliau malu
nak beritahu kat perempuan tersebut, beliau call seorang sahabat kami
yang ambil master di Turki untuk tolong beritahu perempuan tu apa yang
dia nk beritahu. Padahal beliau ada depan perempuan tersebut.
MashaAllah, begitu sekali beliau menjaga dirinya.
Beliau seorang yang sangat rajin menolong, kalau ada program apa-apa di
rumah, beliau orang yang pertama sampai untuk bantu bentang tikar,
sapu-sapu, kadang-kadang masak dan hidangkan makanan. Beliau jugalah
yang last sekali balik sebab nak bantu gulung tikar, sapu-sapu balik,
basuh pinggan dan bungkuskan makanan. Sungguh luar biasa akhlak serta
tingkah laku beliau. Beliau sangat sopan santun, sangat berjaga-jaga
ketika bertanya dan sangat berdisiplin. Sebab beliau pernah cakap,
Dulu masa kecik-kecik memang kuatlah main-main tapi lepas masuk RMC memang kena train habis.
Saya cukup rapat dengan beliau dan keluarga beliau malah saya mengenali
bapa beliau Hj. Azam sudah 10 tahun. Mana tidaknya, masa first time saya
ngaji depan orang umur 8 tahun, atas permintaan bapa beliau lah yg
ketika itu masih Presiden ABIM, sejak itu lagi saya aktif dalam program
ABIM dan WADAH sehingga kini. Sejak saya sampai di Turki, kalau sabtu
ahad, saya akan pergi ke rumah beliau dekat Fetih Mahallesi (hari-hari
lain saya di asrama Turki), makan sama-sama, beliau masak, bersukan,
berdiskusi sampai tulis kt whiteboard dan akan tidur di biliknya. Antara
cara beliau ialah sebelum tidur dan bangkit dari tidur, beliau akan
tepuk tilam dan baca 3 surah Qul, pada masa tu saya ingat mungkin dari
sek. menengah lagi kot dia macam ni. Beliau sering tidur lewat kerana
membaca buku (buku-bukunya banyak yang dah rabak dan banyak tulisan
menunjukkan yang memang beliau membacanya). Bulan lepas, saya diminta
untuk bentang mengenai sejarah Uthmaniyyah di laman Universiti Terbuka
Anak Muda (UTAM), beliaulah yang saya jadikan rujukan utama. Beliau pun
beritahu laa buku-buku dan article-article sebagai persediaan untuk
saya. Beliau juga cadangkan supaya setiap minggu mesti ada student yang
akan present mengenai apa-apa ikut bidang masing-masing.
Ketika Eid Adha yang lalu, kami (student Malaysia) berkumpul
bersama-sama selama seminggu. Dalam seminggu tu ada 1 hari full program
dari pagi sampai malam. Kami dibahagi-bahagi ikut kumpulan. Ditakdirkan
Allah, kumpulan saya diketuai oleh beliau. Tapi yang lawaknya nama
kumpulan saya yang beliau beri, oleh sebab beliau sangat suka Sultan
Muhammed Al-Fatih, maka nama kumpulan kami yang beliau bagi ialah 'Fatih Var Mı?' yang bermaksud 'Fatih ade ke?'. Sangat kelakar
sebab nama kumpulan kami soalan. Jadi setiap kali nama kumpulan kami
dipanggil, semua akan ketawa terbahak-bahak termasuk kami dan beliau
sendiri. Tugasan kami adalah pergi ke muzium Atatürk dan buat sedikit
research. Dalam muzium itu, beliau seolah-olah jadi penceramah apabila
segala gambar-gambar yang ada dalam muzium tersebut beliau terangkan
dengan detail lebih daripada petugas-petugas muzium terangkan pada kami.
Ada sekali tu time makan malam di rumahnya, beliau cerita pengalaman
beliau semasa mengikuti misi kemanusiaan di Syria. Beliau kata,
Ana ni bukannya reti Arab.
Semua orang yang menyertai misi ini tahu bahasa Arab dan bila tentera
Syria tanya dari mana datang, mereka jawab "Syria" (walaupun bukan
sebenarnya). Bila sampai turn beliau ditnya, beliau jawab "Maliziya",
terus tak dapat masuk. Alhamdulillah, beliau berjaya juga cari jalan
belakang dan masuk pada waktu malam secara sembunyi. Sebelum beliau
pergi, beliau pernah kata,
Ana kalau tengok perempuan-perempuan Turki ni mesti rasa macam nak kena kahwin dah ni, tak tahu sebab apa.
Ketika beliau bermalam di wad hospital Syria, beliau terdengar bunyi bom
yang sangat kuat, terus beliau mengucap dan bersedia untuk syahid
(kerana salah satu tujuan beliau ke Syria juga adalah untuk syahid).
Kemudian takde apa-apa berlaku beliau terus tidur. Dalam tidurnya beliau
bermimpi bertemu bidadari. Ketika hari terakhir beliau di Syria, beliau
ada bertanya dengan seorang pemandu di Syria (kebetulan driver tu boleh
cakap Inggeris sikit-sikit)
Kenapa pemuda-pemuda kat sini berani betul dan nak syahid?
Driver tu jawab,
Pemuda kat sini dah tak pandang dah harta-benda dan wanita-wanita, diorang semua hanya tunggu Syurga dan bidadari Syurga, sebab tu diorang nak syahid.
Beliau pun ceritakan apa yang beliau mimpi, driver tu kata,
Awak ni boleh mati syahid ni.Sekembalinya beliau ke Istanbul dengan selamat, kami pun (pasal baru habis baca buku 'Kemenangan yang Tertangguh' oleh saudara Hasbie Muda) gelarkan beliau 'Syahid yang Tertangguh'. Bila beliau cerita pada kami yang beliau mimpi. Kami semua gelak dan kata,
Anta ni kuat sangat bergurau.
Namun hari-hari berikutnya beliau memang berubah, setiap kali beliau pandang perempuan, tiada apa-apa yang dirasainya. 'Ajeeb!!!
Pernah juga beliau minta pada saya,
Anta tolong ngaji time ana kahwin nanti ye.
Sy pun jawab sambil tersengih,
Dah dekat ke? Dengan orang mana?
Beliau jawab,
Ana mintak ayah ana carikan, ayah nak cari orang Bosnia.
Katanya sambil berseloroh. Beliau juga cakap,
Nanti kalau kata ana meninggal kat sini pun anta tolong ngaji juga sikit paling-paling pun Qul huAllah pun ok la.
Saya pun jawab,
Tak yah laa cakap-cakap macam tu.
Beberapa hari sebelum beliau pergi menghadap Yang Maha Esa, kami bertemu
dalam satu majlis makan malam di Çamlıca. Turut dihadiri oleh Menteri
Pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz. Kebetulan beberapa hari sebelum itu
pula, saya berkesempatan bertemu dengan Menteri Luar Turki, Dr. Ahmet
Davutoğlu (nanti saya terangkan kenapa saya selitkan nama Dr. Davut).
Beliau tanya saya macam mana boleh jumpa Dr. Davut sebab beliau nak
sangat jumpa dengannya. Saya jawab Dato' Seri Anwar Ibrahim yang bawa
jumpa masa dia datang Beşiktaş hari tu. Beliau kata Dr. Davut seorang
yang sangat bijak. Gandingan EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) sahaja dah
boleh gerunkan musuh-musuh Turki. Pada malam itu beliau bercakap banyak
lebih dari biasa.
HasbunAllahu wani'mal wakeel! Wallahi, tak saya sangka-sangka itulah
pertemuan perpisahan kami di ardhillah ini kerana 2 hari selepas itu,
insan yang sudah saya anggap seperti abang dan murobbi telah dipanggil
menghadap Tuhannya. Beliau pergi meninggalkn kami dan ummah buat
selama-lamanya. Saat beliau ingin melintas di jalan raya, kaki beliau
tergelincir kerana jalan memang agak licin, terus dilanggar sebuah
ambulan kena bahagian bahu beliau (faham-fahamlah ambulan Turki laju
macam mana). Kami terus ke hospital untuk urusan forensik. Ibu bapa
beliau tiba di airport pada besoknya dengan keadaan yang cukup tenang
(saya tak pernah melihat wajah setenang mereka yang baru sahaja
kehilangan seorang permata yang lebih awal dipanggil olehNya, malah
beliau merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga). Saya masih
tak dapat terima hakikat ketika itu, ia seperti mimpi. Setelah jenazah
dimandikan, kelihatan peluh masih ada pada wajah beliau. Saya kenal muka
beliau time tidur dan begitulah wajah yang sama pada ketika itu, memang
rasa macam nak kejutkan je. Namun Allah lebih menyayangi beliau.
Ketika jenazahnya disolatkan di Masjid Ayyub Al-Ansaari, ribuan yang
hadir. Pada ketika itu, saya yakin beliau seorang yang tiada musuh.
Rakan-rakannya sama-sama ponteng kelas pada hari itu sebab
lecturer-lecturer pun tak datang universiti semata-mata untuk bersama
solatkan jenazah beliau. Saat dikebumikan di perkuburan Eyyüp Sultan
Camii, ramai yang tak sangka beliau boleh ditempatkan di situ (kerana
perkuburan tersebut juga ada makam sahabat Rasulullah SAW, Abu Ayyub
Al-Ansaari serta para mukminin yang lain, jadi agak luar biasa kalau
orang yang tiada kaitan dengan kerajaan, tambahan pula foreigner untuk
ditempatkan di situ) MasyaAllah! Ketika itu, kawan-kawan universiti
beliau turut memakai lencana gambar beliau pada pakaian masing-masing.
Dalam video, sebenarnya bukan saya dijemput untuk baca surah Al-Ikhlas
(tak seperti yang tertera dalam video), tapi sayalah yang minta untuk
baca. Saya cakap dekat Hoca bahawa Al-Marhum pernah minta saya baca pada
masa ini. Saya pun baca surah Al-Ikhlas sebnyak 3 kali (dalam video tu
kali pertama), kali ke-2 dan ke-3 saya sebak dan tak dapat menahan air
mata yang mengalir mengenangkan permintaan beliau semasa hayatnya yang
pada masa itu saya fikir beliau bergurau. Setelah selesai urusan
pengkebumian, bapa beliau jumpa dan kata pada saya sambil senyum,
Nanti baca lama-lama lagi.
Saya terdiam, hati saya kata 'pakcik ni tak rasa sedih ke?',
saya lebih emosi dari bapa beliau ketika itu. Pada keesokan harinya,
bapa beliau mendapat panggilan telefon dari Dr. Davut yang turut
mengucapkan takziah. SubhanAllah, siapa sangka orang yang teringin
sangat beliau nak jumpa semasa hidup tapi tak berkesempatan. Namun saat
beliau pergi, turut mendapat pengetahuan orang itu. Beberapa hari yang
lalu, fakulti beliau di Universiti Marmara telah menanam sebatang pokok
yang diberi nama sempena nama beliau. Papan utama di Marmara Universiti
tertera "AHMET AMMAR, BİZ ÇOK SEVİYORUZ" yang bermaksud "Kami amat merinduimu, Ahmad Ammar". Bapa beliau tatkala melihat suasana tersebut kata pada saya sambil menggeleng kepala,
Ini bukan anak yang pakcik didik ni, mesti ada orang lain yang didik dia sampai ke tahap ini.
Last sekali sebelum beliau pergi, status terakhir beliau di FB, surah Taubah ayat 111 yang mana Allah berfirman,
"Sesungguhnya Allah membeli orang-orang mukminin, diri mereka serta harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka."
Cukup memberi kesan kepada sesiapa sahaja yang membacanya. Saya redha
beliau tetap telah pergi. Hanya ilmu, nasihat dan semangat yang beliau
tinggalkan pada saya. Kalau dulu orang sebut 'Fatih var mı?'
pasti akan ketawa terbahak-bahak, namun kini kalau disebut lagi, hanya
wajah beliau yang akan dikenang dan air mata akan mengalir. Ramai di
antara kami ingat apa yang jadi pada beliau akan menjadi kerisauan ibu
bapa di luar untuk menghantar anak-anak mereka ke Turki. Namun kuasa
Allah, rupa-rupanya beliaulah pencetus dan pembuka mata kepada
masyarakat untuk mula mengenal apa itu Turki di samping menjalinkan
hubungan yang erat antara Malaysia dan Turki.
Sungguh, beliau hebat, hebat, memang hebat!!! Moga dengan hanya menonton
video ramai lagi pemuda-pemuda yang akan mengikut jejak wira
Uthmaniyyah ini. Saya pasti dan akan selama-lamanya mencemburui beliau.
"Abang Long Ammar Ağabey. Seni çok seviyorum."
Doakan beliau ditempatkan bersama para mukminin.
Al-Faatihah.
MUHAMMAD BiN AHMAD ZAHiD
20/11/2013
İSTANBUL,TÜRKİYE
_________________________________________________________________________________
lepas tu aku mula tekad.. pasang angan2..pasang harapan..pasang impian.. nak jadi momy yang ada anak macam tu.. In Sha Allah one day.. aku nak anak aku berjihad untuk agama dia... lagipun mr hubby pun cakap benda yang sama... lagi2 dia la orang yang paling anti yahudi laknatullah ni.. selalu angan2 cakap kat aku nak pegi gaza nak berjuang kat sana... huhuhuhu... berangan2 sungguh laki bini ((; tapi xpe.. moga angan2 dan cita2 kami jadi kenyataan..
lagi2 tengok pulak harini pasal mujahidin muda ni..Ya Allah lagi bergelodak jiwa aku rasa.. haishhh...tak salah kan aku pasang impian macam ni..bukan aku tak sayang anak..sebab sayang la aku pasang angan2 macam ni..terpulang la apa orang nak kata.. cuma ni harapan aku sebagai seorang bakal momy.. apa2 pun semua dengan izinNya.. moga Dia perkenankan... moga Dia izinkan..
owh lupa ni kisah mujahidin muda tu yang menyentap jiwa aku lagi..
Al Fatihah untuk semua umat islam...
Amin..
Amin..
No comments:
Post a Comment