Friday, August 22, 2014

Selamat Kembali

Assalamualaikum..
Hari ni..
Aku genap 28 tahun..
Terima kasih Allah s.w.t. untuk setiap hembusan nafas yang masih Kau pinjamkan pada aku..
Terima kasih untuk hadiah yang tak ternilai akan aku dapat 2 bulan dari sekarang.. In Sha Allah..
Semoga..aku mampu menjadi manusia yang lebih berguna di masa yang akan mendatang..
Juga..
harini..
Hari kepulangan mereka mereka yang telah delay 37 hari perjalanan mereka..
zahirnya..tragis kisah pemergian mereka meninggalkan dunia ni..
tapi..disebaliknya..
Tanpa putus doa yang mereka terima..
Hampir 37..dan pasti 40 hari tanpa henti doa2 dari seluruh negara..mungkin seluruh dunia.. tahlil yang dibuat untuk mereka..
MashaAllah.. beruntungnya mereka..
Jangan dipersoalkan tentang dosa pahala mereka sebelum ini..siapa kita untuk mempersoalkan semua itu..mereka sudah pasti kini menjadi insan terpilih..kita??
Doakan yang terbaik untik mereka..
selamat kembali pulang..
Jenazah2 dan abu2 penumpang2 MH17..

Wednesday, August 20, 2014

Mujahidin.

Assalamualaikum...
Tadi..masa aku dok surf2 fb..
terpandang satu news feed..
and i was like.........
MashaAllah.....biar betul...
and selama ni pun masa dok sembang2 ngan mr hubby aku selalu cakap.. nanti baby da besar momy harap baby jadi pejuang untuk agama.. Jadi mujahidin agama..

momy sentiasa tanam dalam hati yang anak yg aku kandung ni pinjaman semata2.. dan
Lillahitaala aku sanggup kalau anak aku syahid untuk agama.. Bila dulu masa hangat pasal Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam si syahid yang tertangguh tu hati aku tersentuh sangat.. rasa malu sangat.. diusia dia yang muda macam tu, macam2 dia dah buat untuk agama dia..

Ni kisah Ahmad Ammar

Beliau antara student Malaysia terawal yang melawan arus perdana apabila memilih Turki sebagai destinasi pengajian setelah SPM. Sebab tu kami panggil beliau Abang Long. Agak aneh, seorang yang pernah dinobat sebagai pelajar kedua terbaik SPM 2010 di RMC dengan pencapaian 9A1 1A2 memilih untuk sambung di Turki, negara yang sering dilabel sebagai negara Eropah yang 'sakit'. Sepatutnya beliau ke tempat yang lebih berprestij. Dah la ambil Turki, ingatkan ambil medic ke, atau engineering, tengok-tengok ambil sejarah, bidang yang sering diambil oleh student gred C dan D, sejarah Uthmaniyyah pulak tu. MashaAllah! Bila pertama kali saya tanya beliau kenapa pilih Turki dan ambil sejarah. Jawapan beliau,
Turki ni dulu pernah jadi pusat Dunia Islam 600 tahun, takde kuasa dunia yang lagi lama daripada tu, negara lain pun respect dan tunduk dengan Turki, kenapa kita tak bangga, tu sejarah kita. Kita boleh kembalikan balik sejarah tu. Lepas tu kita ni dah belajar tinggi-tinggi, last-last orang yang belajar lebih-lebih kurang pulak control kita. Sebab tu ana ambil sejarah.
Cukup tersentak dengan jawapan tajam beliau.
Beliau seorang yang sangat pendiam, tapi sekali beliau cakap, semua orang nak dengar dan akan ingat apa yang beliau cakap. Beliau juga sangat susah nak gelak ketawa, tapi sekali beliau ketawa semua orang ingat bila dan apa yang buat beliau ketawa. Beliau jangan haraplah nak bercakap dengan perempuan, sangat kekok kalau beliau dalam situasi tersebut. Pernah sekali beliau bawa student Malaysia overseas yang datang cuti di Turki dan kebetulannya perempuan, oleh kerana beliau malu nak beritahu kat perempuan tersebut, beliau call seorang sahabat kami yang ambil master di Turki untuk tolong beritahu perempuan tu apa yang dia nk beritahu. Padahal beliau ada depan perempuan tersebut. MashaAllah, begitu sekali beliau menjaga dirinya.


Beliau seorang yang sangat rajin menolong, kalau ada program apa-apa di rumah, beliau orang yang pertama sampai untuk bantu bentang tikar, sapu-sapu, kadang-kadang masak dan hidangkan makanan. Beliau jugalah yang last sekali balik sebab nak bantu gulung tikar, sapu-sapu balik, basuh pinggan dan bungkuskan makanan. Sungguh luar biasa akhlak serta tingkah laku beliau. Beliau sangat sopan santun, sangat berjaga-jaga ketika bertanya dan sangat berdisiplin. Sebab beliau pernah cakap,
Dulu masa kecik-kecik memang kuatlah main-main tapi lepas masuk RMC memang kena train habis.
Saya cukup rapat dengan beliau dan keluarga beliau malah saya mengenali bapa beliau Hj. Azam sudah 10 tahun. Mana tidaknya, masa first time saya ngaji depan orang umur 8 tahun, atas permintaan bapa beliau lah yg ketika itu masih Presiden ABIM, sejak itu lagi saya aktif dalam program ABIM dan WADAH sehingga kini. Sejak saya sampai di Turki, kalau sabtu ahad, saya akan pergi ke rumah beliau dekat Fetih Mahallesi (hari-hari lain saya di asrama Turki), makan sama-sama, beliau masak, bersukan, berdiskusi sampai tulis kt whiteboard dan akan tidur di biliknya. Antara cara beliau ialah sebelum tidur dan bangkit dari tidur, beliau akan tepuk tilam dan baca 3 surah Qul, pada masa tu saya ingat mungkin dari sek. menengah lagi kot dia macam ni. Beliau sering tidur lewat kerana membaca buku (buku-bukunya banyak yang dah rabak dan banyak tulisan menunjukkan yang memang beliau membacanya). Bulan lepas, saya diminta untuk bentang mengenai sejarah Uthmaniyyah di laman Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM), beliaulah yang saya jadikan rujukan utama. Beliau pun beritahu laa buku-buku dan article-article sebagai persediaan untuk saya. Beliau juga cadangkan supaya setiap minggu mesti ada student yang akan present mengenai apa-apa ikut bidang masing-masing. 


Ketika Eid Adha yang lalu, kami (student Malaysia) berkumpul bersama-sama selama seminggu. Dalam seminggu tu ada 1 hari full program dari pagi sampai malam. Kami dibahagi-bahagi ikut kumpulan. Ditakdirkan Allah, kumpulan saya diketuai oleh beliau. Tapi yang lawaknya nama kumpulan saya yang beliau beri, oleh sebab beliau sangat suka Sultan Muhammed Al-Fatih, maka nama kumpulan kami yang beliau bagi ialah 'Fatih Var Mı?' yang bermaksud 'Fatih ade ke?'. Sangat kelakar sebab nama kumpulan kami soalan. Jadi setiap kali nama kumpulan kami dipanggil, semua akan ketawa terbahak-bahak termasuk kami dan beliau sendiri. Tugasan kami adalah pergi ke muzium Atatürk dan buat sedikit research. Dalam muzium itu, beliau seolah-olah jadi penceramah apabila segala gambar-gambar yang ada dalam muzium tersebut beliau terangkan dengan detail lebih daripada petugas-petugas muzium terangkan pada kami.
Ada sekali tu time makan malam di rumahnya, beliau cerita pengalaman beliau semasa mengikuti misi kemanusiaan di Syria. Beliau kata,
Ana ni bukannya reti Arab.
Semua orang yang menyertai misi ini tahu bahasa Arab dan bila tentera Syria tanya dari mana datang, mereka jawab "Syria" (walaupun bukan sebenarnya). Bila sampai turn beliau ditnya, beliau jawab "Maliziya", terus tak dapat masuk. Alhamdulillah, beliau berjaya juga cari jalan belakang dan masuk pada waktu malam secara sembunyi. Sebelum beliau pergi, beliau pernah kata,
Ana kalau tengok perempuan-perempuan Turki ni mesti rasa macam nak kena kahwin dah ni, tak tahu sebab apa.
Ketika beliau bermalam di wad hospital Syria, beliau terdengar bunyi bom yang sangat kuat, terus beliau mengucap dan bersedia untuk syahid (kerana salah satu tujuan beliau ke Syria juga adalah untuk syahid). Kemudian takde apa-apa berlaku beliau terus tidur. Dalam tidurnya beliau bermimpi bertemu bidadari. Ketika hari terakhir beliau di Syria, beliau ada bertanya dengan seorang pemandu di Syria (kebetulan driver tu boleh cakap Inggeris sikit-sikit)
Kenapa pemuda-pemuda kat sini berani betul dan nak syahid?
Driver tu jawab,
Pemuda kat sini dah tak pandang dah harta-benda dan wanita-wanita, diorang semua hanya tunggu Syurga dan bidadari Syurga, sebab tu diorang nak syahid.
Beliau pun ceritakan apa yang beliau mimpi, driver tu kata,
Awak ni boleh mati syahid ni.
Sekembalinya beliau ke Istanbul dengan selamat, kami pun (pasal baru habis baca buku 'Kemenangan yang Tertangguh' oleh saudara Hasbie Muda) gelarkan beliau 'Syahid yang Tertangguh'. Bila beliau cerita pada kami yang beliau mimpi. Kami semua gelak dan kata,
Anta ni kuat sangat bergurau.
Namun hari-hari berikutnya beliau memang berubah, setiap kali beliau pandang perempuan, tiada apa-apa yang dirasainya. 'Ajeeb!!!
Pernah juga beliau minta pada saya,
Anta tolong ngaji time ana kahwin nanti ye.
Sy pun jawab sambil tersengih,
Dah dekat ke? Dengan orang mana?
Beliau jawab,
Ana mintak ayah ana carikan, ayah nak cari orang Bosnia.
Katanya sambil berseloroh. Beliau juga cakap,
Nanti kalau kata ana meninggal kat sini pun anta tolong ngaji juga sikit paling-paling pun Qul huAllah pun ok la.
Saya pun jawab,
Tak yah laa cakap-cakap macam tu.
Beberapa hari sebelum beliau pergi menghadap Yang Maha Esa, kami bertemu dalam satu majlis makan malam di Çamlıca. Turut dihadiri oleh Menteri Pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz. Kebetulan beberapa hari sebelum itu pula, saya berkesempatan bertemu dengan Menteri Luar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu (nanti saya terangkan kenapa saya selitkan nama Dr. Davut). Beliau tanya saya macam mana boleh jumpa Dr. Davut sebab beliau nak sangat jumpa dengannya. Saya jawab Dato' Seri Anwar Ibrahim yang bawa jumpa masa dia datang Beşiktaş hari tu. Beliau kata Dr. Davut seorang yang sangat bijak. Gandingan EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) sahaja dah boleh gerunkan musuh-musuh Turki. Pada malam itu beliau bercakap banyak lebih dari biasa.


HasbunAllahu wani'mal wakeel! Wallahi, tak saya sangka-sangka itulah pertemuan perpisahan kami di ardhillah ini kerana 2 hari selepas itu, insan yang sudah saya anggap seperti abang dan murobbi telah dipanggil menghadap Tuhannya. Beliau pergi meninggalkn kami dan ummah buat selama-lamanya. Saat beliau ingin melintas di jalan raya, kaki beliau tergelincir kerana jalan memang agak licin, terus dilanggar sebuah ambulan kena bahagian bahu beliau (faham-fahamlah ambulan Turki laju macam mana). Kami terus ke hospital untuk urusan forensik. Ibu bapa beliau tiba di airport pada besoknya dengan keadaan yang cukup tenang (saya tak pernah melihat wajah setenang mereka yang baru sahaja kehilangan seorang permata yang lebih awal dipanggil olehNya, malah beliau merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga). Saya masih tak dapat terima hakikat ketika itu, ia seperti mimpi. Setelah jenazah dimandikan, kelihatan peluh masih ada pada wajah beliau. Saya kenal muka beliau time tidur dan begitulah wajah yang sama pada ketika itu, memang rasa macam nak kejutkan je. Namun Allah lebih menyayangi beliau.


Ketika jenazahnya disolatkan di Masjid Ayyub Al-Ansaari, ribuan yang hadir. Pada ketika itu, saya yakin beliau seorang yang tiada musuh. Rakan-rakannya sama-sama ponteng kelas pada hari itu sebab lecturer-lecturer pun tak datang universiti semata-mata untuk bersama solatkan jenazah beliau. Saat dikebumikan di perkuburan Eyyüp Sultan Camii, ramai yang tak sangka beliau boleh ditempatkan di situ (kerana perkuburan tersebut juga ada makam sahabat Rasulullah SAW, Abu Ayyub Al-Ansaari serta para mukminin yang lain, jadi agak luar biasa kalau orang yang tiada kaitan dengan kerajaan, tambahan pula foreigner untuk ditempatkan di situ) MasyaAllah! Ketika itu, kawan-kawan universiti beliau turut memakai lencana gambar beliau pada pakaian masing-masing. Dalam video, sebenarnya bukan saya dijemput untuk baca surah Al-Ikhlas (tak seperti yang tertera dalam video), tapi sayalah yang minta untuk baca. Saya cakap dekat Hoca bahawa Al-Marhum pernah minta saya baca pada masa ini. Saya pun baca surah Al-Ikhlas sebnyak 3 kali (dalam video tu kali pertama), kali ke-2 dan ke-3 saya sebak dan tak dapat menahan air mata yang mengalir mengenangkan permintaan beliau semasa hayatnya yang pada masa itu saya fikir beliau bergurau. Setelah selesai urusan pengkebumian, bapa beliau jumpa dan kata pada saya sambil senyum,
Nanti baca lama-lama lagi.
Saya terdiam, hati saya kata 'pakcik ni tak rasa sedih ke?', saya lebih emosi dari bapa beliau ketika itu. Pada keesokan harinya, bapa beliau mendapat panggilan telefon dari Dr. Davut yang turut mengucapkan takziah. SubhanAllah, siapa sangka orang yang teringin sangat beliau nak jumpa semasa hidup tapi tak berkesempatan. Namun saat beliau pergi, turut mendapat pengetahuan orang itu. Beberapa hari yang lalu, fakulti beliau di Universiti Marmara telah menanam sebatang pokok yang diberi nama sempena nama beliau. Papan utama di Marmara Universiti tertera "AHMET AMMAR, BİZ ÇOK SEVİYORUZ" yang bermaksud "Kami amat merinduimu, Ahmad Ammar". Bapa beliau tatkala melihat suasana tersebut kata pada saya sambil menggeleng kepala,
Ini bukan anak yang pakcik didik ni, mesti ada orang lain yang didik dia sampai ke tahap ini.
Last sekali sebelum beliau pergi, status terakhir beliau di FB, surah Taubah ayat 111 yang mana Allah berfirman,
"Sesungguhnya Allah membeli orang-orang mukminin, diri mereka serta harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka."
Cukup memberi kesan kepada sesiapa sahaja yang membacanya. Saya redha beliau tetap telah pergi. Hanya ilmu, nasihat dan semangat yang beliau tinggalkan pada saya. Kalau dulu orang sebut 'Fatih var mı?' pasti akan ketawa terbahak-bahak, namun kini kalau disebut lagi, hanya wajah beliau yang akan dikenang dan air mata akan mengalir. Ramai di antara kami ingat apa yang jadi pada beliau akan menjadi kerisauan ibu bapa di luar untuk menghantar anak-anak mereka ke Turki. Namun kuasa Allah, rupa-rupanya beliaulah pencetus dan pembuka mata kepada masyarakat untuk mula mengenal apa itu Turki di samping menjalinkan hubungan yang erat antara Malaysia dan Turki.
Sungguh, beliau hebat, hebat, memang hebat!!! Moga dengan hanya menonton video ramai lagi pemuda-pemuda yang akan mengikut jejak wira Uthmaniyyah ini. Saya pasti dan akan selama-lamanya mencemburui beliau.
"Abang Long Ammar Ağabey. Seni çok seviyorum."
Doakan beliau ditempatkan bersama para mukminin.
Al-Faatihah.
MUHAMMAD BiN AHMAD ZAHiD
20/11/2013
İSTANBUL,TÜRKİYE

_________________________________________________________________________________

lepas tu aku mula tekad.. pasang angan2..pasang harapan..pasang impian.. nak jadi momy yang ada anak macam tu.. In Sha Allah one day.. aku nak anak aku berjihad untuk agama dia... lagipun mr hubby pun cakap benda yang sama... lagi2 dia la orang yang paling anti yahudi laknatullah ni.. selalu angan2 cakap kat aku nak pegi gaza nak berjuang kat sana... huhuhuhu... berangan2 sungguh laki bini ((; tapi xpe.. moga angan2 dan cita2 kami jadi kenyataan..

lagi2 tengok pulak harini pasal mujahidin muda ni..Ya Allah lagi bergelodak jiwa aku rasa.. haishhh...tak salah kan aku pasang impian macam ni..bukan aku tak sayang anak..sebab sayang la aku pasang angan2 macam ni..terpulang la apa orang nak kata.. cuma ni harapan aku sebagai seorang bakal momy.. apa2 pun semua dengan izinNya.. moga Dia perkenankan... moga Dia izinkan..
owh lupa ni kisah mujahidin muda tu yang menyentap jiwa aku lagi..

Al Fatihah untuk semua umat islam...
Amin..

Main kasar

Assalamualaikum...
momy saja nak cakap kat baby..

ko main kasar sekarang ni nakkk...
main usik2 pundi kencing momy tak kira masa ni..
time momy sedap lena diulit intan ko seronok mengulit pundi kencing momy kan..
main kasar ni..
main kasar ni..
xpe..
xpe..
tak lama dah momy tunggu awak keluar..
siap momy kejekan...hahaahaaha..

ok. awak main kasar lg.momy kena lari g toilet.

daaaaaa....

Tuesday, August 19, 2014

BERKABUNG



Assalamualaikum..
Hurrrmm...rasanya ramai dah tau pasal kejadian yang meninpa pesawat MAS MH17 kan.. dan bagi menghirmati jenazah2 yang akan dihantar pulang ni, pihak kerajaan dah umumkan 22 Ogos ni sebagai Hari Berkabung..

Ekceli 22 Ogos tu my besday.. uhuk..uhuk..
sedih tau mourn day on my birthday.. eerrkkk..
tapi takpelah.. as it once in 28th years in my life tak pe lah..
kesian kat keluarga mangsa tu pulak..
kita doakan yang baik2 je untuk mereka semua..
Al Fatihah untuk yang beragama islam dan salam takziah untuk yang bukan beragama islam..

Buat keluarga yang diuji bertabahlah..

 "Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan." Surah At Thalaq, Ayat 7

 Ok..sini aku nak share sikit pasal berkabung ni..
aritu masa dok umum2 nak berkabung seme dok cakap cuti..cuti..
haii.. rakyat Malaysia ni seme ingat nak cuti je...
kesian keluagra si mangsa..
kompomnya kalau korang cuti korang tak kan berkabung kann..
mau pergi berjimba2 nih.huh!

Jangan sibuk nak pike cuti je!!

HARI PERKABUNGAN NEGARA ini adalah bertujuan menzahirkan rasa dukacita seluruh rakyat Malaysia ke atas mangsa tragedi tersebut. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan peraturan yang ditetapkan oleh Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, JPM yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua semasa HARI PERKABUNGAN NEGARA pada  JUMAAT,  22 OGOS 2014,   iaitu :  



i.      Bendera Malaysia hendaklah dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari berkenaan;


ii.   Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari berkenaan;


iii.      Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang / garang. Bagi yang beragama Islam dan terlibat secara langsung, mereka (termasuk petugas media) digalakkan memakai songkok (TANPA lilitan warna putih); manakala, pegawai / petugas wanita perlu memakai selendang hitam; dan


iv.        Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan.”
 

Monday, August 18, 2014

Harapan impian angan angan

Assamualaikum..
Ffuhhhhh..the time is getting closer..
momy semakin berdebar2..
satu rasa yang tak terucap dengan kata2..
sekarang dah start check up every 2 weeks..
perut momy da semakin ke depan..
my little munchkin dah semaikn membesar..
selera makan momy pun dah makin membesarr..

momy quite worried..
what kind of momy will momy be..
will u be my partner..
will u love me as much as i love u..
will we be such a good partner..
will dedi manage to handle u..
will dedi be a good father to you..
will dedi love momy as before u come (ok momy emo)
will momy and dedi able to raise u up to be a human..
will...
will..
will..
Ya Allah.. Kau bantulah kami menjaga amanahMu ini..

How time flies so fast..
baru semalam rasa buat upt pastu +ve..
baru semalam rasa pinggang start sakit..
baru semalam rasa muntah2 kronik macam tak tentu arah..
baru semalam rasa gusi start bengkak..
baru semalam rasa ur first movement..
baru semalam rasa badan mula lemau.. 
baru je lagu..baru sangat lagi..
macam tak leh nak hadam lagi perasaan ni..
taw2 dah 7 bulan..
Dah boleh start shopping barang baby..
orang keliling da start sedar kewujudan 'bump'..
dah macam2...

uuuuwwwaaaaaaaaa....
Imma happy mom to be!!
TERIMA KASIH ALLAH!!!!
TERIMA KASIH SUAMI!!
TERIMA KASIH KELUARGA!!
TERIMA KASIH MERTUA!!
TERIMA KASIH KAWAN KAWAN!!!
TERIMA KASIH!!
TERIMA KASIH!!

Owh yes.saya over.
sekian.

Sunday, August 17, 2014

Muhammad Nur Ezra bin Md Zaki

Assalamualaikummm...
ollaaaaa...
weeeeehhhoooo!!!!
Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izinnya aku dan suami akhirnya diberi kesempatan untuk menjaga amanah yang tak ternilai ini oleh Yang Maha Esa..

Muhammad Nur Ezra bin Md Zaki
Lahir pada 15 Oktober 2014
Tepat jam 5.00 pagi

momy dan dady sepakat pilih nama ni untuk kesayangan kami..
nur ezra bermaksud cahaya pertolongan..
yes. u are our saviour my little precious bundle of joy.
momy harap anak momy akan sentiasa berlapang dada untuk bantu semua orang yang ada disekeliling ezra nanti..
jadi manusia berguna untuk agama bangsa dan negara yea sayang..
macam mak2 yang lain momy nak semua yang terbaik untuk anaknya kan..

untuk semua yang mendoakan kami berdua..
sepanjang tempoh mengandungkan ezra..
jutaan terima kasih diucapkan..
doa ikhlas korang hanya Allah s.w.t. yang mampu balas..
untuk kawan2 yang masih belum ada rezeki aku doakan next turn will be ur turn..
untuk kawan2 yang dah ada anak my pleasure to share with me any advice and etc..

sorry la dah 2 bulan beranak baru ingat nak kemas sawang kat sini...hahhhaha..

Thursday, August 14, 2014

7 Bulan

Assalamualaikum...
hai syg momy..
da lama momy tak cite kisah check up momy kan..bhahahaha..xpe slowly2 kalu momy ingt momy up la entry..klu momy xingat lantak ler situ.. ekceli dua bulan ni momy checkup momy ada teman..
bff momy datang check up sekali.. ibu zila..kikikiki...

last month dia dtg bawak kakak eicha cucuk setahun..bulan ni dia dtg sebab dia menandung lagi..bhahahaa..laju naunau ibu kamu ni kan baby.. so bak kata zila..dari sekolah rendah..sekolah menengah.. terpisah jap.. tu pun berutus surat bagai..padahal umah sekangkang kera.. keja kilang.benti.keja kilang balik. momy dtg kl.. xlama pastu ibu datang jugak dok usj.. sama2 kena pitnah jadi bochiaaa... padahal kiteorg jumpa sebulan sekali pun susah. xguna pny org kampung.pastu masing2 kawin. ibu dapat eicha. momy lak mgandung.ibu ngandung lg..bergaduh. masam muka. baik balik. masih tabah.masih bersahabat.haaaaaa... macam cite nobel kisah momy ngn ibu.ni sambung p kenet ibu dan anak sama2 pulak. mampu??kakakakaa...

so berset2 la tarikh kiteorang jumpe..sambil2 tggu buang masa tu ada la geng momy gosip2.
kekekeeke...

ok perkembangan baby so so good..cuma last month dah di re-edd nanti momy story mory. kali ni check up nurse kata momy pny hemoglobin apa ntah turun..so kena makan kerang bnyk2.. bayam ke..ok nurse..nanti momy mkn bnyk2.. baby makin aktif.. kadang2 momy smpi bergerak2 kena tendang.. owhhh berat momy naik 1.1kg....akhirnyaaaa....melepasi sekilo lepas 7bulan..fffuuuhhh..mungkin faktor raya kan.. celah kangkang momy makin sakit.. nak bangun dari duduk atau baring adalah azab tahap mngeletar seluruh badan.. kadang2 momy merangkak sebelum nak berdiri...dugaaan betul.. kadang2 balik keje momy tggu teksi lama sangat pun momy nangis kat busstop. xtau kenapa. emo kenkonon penat..hahaaha..

pastu momy demam panas....mc sampai 3 hari.. selesema.. sakit tekak and the worst is batuk... Ya Allah... Dia je maha tahu azabnya momy.. momy risau baby je..takut efek kat baby.. tny doc semalam..doc ckp xde pape.. jgn risau.. so 3 hari momy kena hantar sample kahak kat klinik sebab nak check tibi. in case.. xpe la hantar je..dedi hantarkan..kakakaaka..pastu dapat la ubat batuk pil..lena momy tido..kalau x..memang xdapat nak tido.. batuk azab nak mati..kesian momy kan..bhahahha..

ok la..tu je momy nak citer...daaaa...

Sambutan Hari Raya MHDC

Assalamualaikum..
Aaahhaaa.. kisah raya sendiri tak abis lagi..meh aku nak selitkan kisah raya kat opis dulu lah..
Tadi 12082914 selasa..opos kiteorang buat makan2 hari raya la kononnya..bahagian2 kongsi2 buat hidangan..pastu seme pakat turun ramai2..

bahagian aku buat rojak buah ngan pecal.. tau apa pecal??tak taw g gugel..nanti korang taw la pecal tu apa..kehkehkeh..pagi2 masuk opis g buat2 sibuk nolong kat pantry...potong2 apa yang patut.. paham2 la rojak buah ngn pecal..berapa banyak rencah nak kena kejekan..nak potong nak rebus blablablabla...*tak paham kenapa bos amik menu tu..* dalam kul 10 siap seme pastu siap2 nak bawak turun bawah.. so laki2 sila angkut bawak turun bawah..1030 kiteorang turun buat2 sibuk..time tu pun da ramai org turun..setup2 tempat.. yup majlia ni buat kat opis ajooo..

ooo..opis aku memang bangsa kede skit.. apa2 nak buat utk meraikan staf kononya seme buat kat opis gak..motif??tak taw kenapa. mungkin org situ syg sgt kat opis sampai tak mau menyewa kat tempat lain utk meraikan staf *matik la aku keji opis sendiri. xpe kot2 ada pegawai2 tinggi baca pasni boleh la buat sikit perubahan kann* kesian yang jenis2 pasrah jaga gerai tu..yela org lain macam aku da melilau cari makanan yang kaki pasrah ni dok la depan gerai nunggu org makan..tak ke naya camtu..hmmmm...ntah la..xpaham aku konsep dia.

majlis mula kul 11 pagi..ada bacaan doa..pastu ucapan..blablabla.. bukan bg ucapan yea.BACA ucapan.ucapan raya pun guna teks.so the beat word should be BACA not BAGI.sekali lagi aku tak paham konsep. whatever laaa... ko bos kan. abis baca ucapan pastu penyerahan sumbangan skit.. pastu start makan... i loikeee...

banyak makanannnnnnn... jom aku listkan makanan yang aku ingat eh
kambing bakar
kuih muih
miangkam
kuih raya
beraneka jenis kek
nasi campur. (aku xpaham konsep lagi)
laksa dan laksam
pecal dan rojak
buah2an tempatan
rendang dan ketupat (gila makanan ni xde!)
satay nasi impit ngan pasemboq
meehun sup
roti jala kuah kari n durian
santan pulut durian (no 1 di carta hati...sedap bangatttttttttt!!! nak lagi boleyyy??)
aiskrim ngn abc
char kueytiow
air panas ngan air sejuk
ok ni yang aku ingat dan nampak la kalau ada yang tertinggal tu aku xpahsan la
..
makan sampai nak muntah..sambil2 dihiburkan oleh staf2 yang berani sumbangkan suara..kul 1 naik opis.. kekenyangan pastu tidooo...

muaahahahaha.. itu la al kisah sambutan raya kat opis aku. isnin depan katanya kementerian pun nak buat kat opis kiteorg..kalau rajin iolss up entry okeh..daaaaaaa.... sebelum tu jom tengok gambaq gediks.
.




































Monday, August 11, 2014

Kisah Sebelum Raya 2014


Assalamualaikum..
haish nengok orang citer pasal raya..aku pun teringin nak citer pasal raya lah.. tapi nak cite pasal sebelum raya dulu boleh..tapi gambo tak banyak lah..kenangan dalam kepala je banyak..boleh?boleh la kan..

aku tak amik cuti awal pun.. sebab memula ingat kena duty sabtu tu.. pastu mr hubby selalunya keje sabtu tu..dan tanpa perbincangan..aku setuju duty sabtu mr hubby apply leave hari sabtu. hambek.padan muka... so pasrah..mr hubby ckp xpe la nak buat cane..sabtu petang la gerak..

jumaat dapat khabar gembira.. dapat half day then sabtu xyah duty...wwwoohhoaaa... apa lagi..balik keje tros kemas bag..dan malam tu baru gedik2 nak cari baju raya.. sebab memang aku xde mood nak membeli sejak membawa si kenit dalam perut ni.. malam tu mr hubby paksa g cari.. Alhamdulillah rezeki walau masa fitting tu lampu kedai dah tutup dapat la sepasang baju..muahahaha..

sabtu pepagi gerak balik kuala selangor.. kami naik tren.. ingat nak balik perak raya ke dua naik flight. tapi tiket flight xbeli. see.. giler gamble ko.mampu??confidenntttt... jalan smooth giler..kuar kul 8 dlm kul 1030 da sampai kole sgor..ok la tu kan via public transport.. kengkawan dlm wasap da berasa memasing.. balik utara sangkut balik timur sangkut..kikikiki...aku gak selamat.. 

Alhamdulillah.. sampai umah mak, mak da kelibut dengan menu dia..hahaha..mak mentua aku memang suka masak..so imma happy doter in law... masa aku sampai 10 jenis kuih dia dah huat sendiri.. serunding daging dah siap..pastu dia dok mngerjakan rendang kerang.. itu baru mukadhimah...hahaha..

malam tu aku kua pusing2 kole sgor ngan adik ipar ngn apak mentua ngn mr hubby. mak mentua is kena tinggal sebab dia nak mengacau dodol.. bhahahaha.. dodol ok.homemade dodol. 2 kilo dia kejekan sendiri.. dari kul 5 dia ngacau dodol tu sampai kul 2 pagi..ada la kami tolong kejap2 tapi 60% dia buat sendiri kot.. balik dari ronda2 aku ngn adik ipar rincik2 bawang cili halia etc la kan..esoknya mak nak bersilat lagi kat dapur..

ahad.. full day kat dapur.. masak..masak..masak..

hasilnya isnin di pagi raya juadah kami :
kuih raya mak 10 jenis.
nasi minyak.
lontong.
ayam palembang.
serunding daging.
serunding kelapa.
rendang kerang.
sambal sotong.
dodol.
rendang itik.
nasi impit.

semua mak masak.menantu makan sajaaa..muahaahaha.. banyak kan.... itu pun mak mentua mcm sedih sebab malam tu dia nak buat kek jugak aku xbagi.aku soh dia pegi tido.. gagah nak buat jugak.memang aku tak bagi la citenya..

tu alkisah sebelum raya.. kisah raya nanti aku sambung okey...

Sunday, August 10, 2014

Movement

Ya Allah Ya Tuhanku..
satu hari
aku pasti akan rindui rasa yang maha hebat ni..
rasa anak yang sedang aku kandung ini..
bergerak ke sana sini..
rasa yang tak ternilai..
Terima kasih Ya Allah untuk rasa ini..
rasa yang mampu nuat aku senyum sendiri..
rasa yang mampu buat aku ketawa sendiri..
rasa yang mampu buat aku leka sendiri..
Alhamdulillah..
moga sayang momy sihat kat dalam tu..
buat la apa pun sayang..
momy bahagia..

Tuesday, August 5, 2014

Saya "Buycott". Anda Bagaimana??

Orang kata ni jihad kecil.. Tak dapat bantu secara besar besaran dapat secara sikit2 pun jadilah..
Sedih aku bila ada kawan2 ISLAM yang memperlekehkan jihad kecil aku ni.. siap cakap keje sia-sia.. keje orang bodoh.. xpe lah.. biarlah aku jadi orang bodoh pun xpe.. asalkan saudara islam aku kat palastine sana tak tersiksa.. Tuhan kan Maha Adil..Maha Mengetahui...

Ok back to my post.. tadi masa aku dok baca2 blog aku terjumpa artikel pasal application ni.. so cepat2 copy cepat2 install cepat2 nak sharing ngan korang yang pedulik pasal boycott ni..yang tak nak peduli xpe..hati korang kental..hati aku tisu..uhukk..uhuk..

 Sape sape yang ada smart phone boleh cari application ni kat playstore tau.. search buycott.. pastu install cecepat boh kat depan sekali.. ok..lets unite!!
 
Dia senang je.. kita just scan bar code kat product je..pastu dia akan inform kita (;
Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
Lepas dah taw ni product si zionis laknatullah tu..kita xyah la beli kan.. boh balik kat tempat dia elok elok kita cari brand lain..okey???Diaorang tengah megah sangat konon dengan boycott kita ni tak menjejaskan perniagaan diaorng pun.. tak guna betul!! meh kita buktikan kuasa pembeli!! setakat tak makan mekdi tu tak mati pun.. aku dah setahun tak makan mekdi tu sebenarnya..sejak Palastine kena serang puasa last year.. Alhamdulillah..memula memang rasa stress je..lelagi kalau bau kentang dia yang hangat2 pastu masin2 skit tu..Ya Allah..tak menahan.. tapi memikirkan saudara kita kat sana.. xpe la..i okey je tak makan mekdi tu pun..ahaaaaa..
Ni list barangan Yahudi Laknatullah yang harus kita jauhi!!!!
MILO ~ Yes this one quite hard untuk aku lepaskan..masih cuba istiqamah dan gagal...tapi takpe pelan2 buat2 lupa kan..
MAGGIE punnnn ); tapi xpe!! tak mati tak makan maggie.. stock yang ada kat umah tu kena abiskan cecepat..jangan buang terus.. tu membazir..amalan syaiton.. cuma lepas ni jangan beli dah kan..chaiyok2!!
Yang ni hurrrmmm..tak la penggemar sangat cuma sebelum puasa aritu termengidam.. beli la secawan.. pastu Palastine kena bedil.. terus rasa bersalah..hahah
Yang ni!!! dah laaaaaaaaaaaaaaaaamaaa tinggal..sejak pandai tengok you tube.. yang diaorang boh coke dalam mangkuk tandas leh buang daki2 tandas tu,,terus i insap!!
Dah setahun lebih kami bercerai berai. i ok je..makin bahagia!!

Nasib i pakai brand murah2 je.. so yang pakai loreal ni..kita ubah jom!!!
Lagi!! tapi Alhamdulillah sebagai rakyat marhaen tak de satu pun barang dalam list ni aku pakai..ahahaha.No more israel product!!

Aku memang emo bab ni..sebab sedih kot tengok budak2 jadi mangsa keganasan diaorang.. Bila time diaorang kena serang pandai buat ayat sedih kata rakyat (rakyat ke????) dia cedera la..kena bedil la..pegi mampus ko!!