Saya fikir…
Saya yang akan bersedih sepanjang minggu ini mengenangkan kami masih belum dikurniakan dia..tapi tak..Tuhan punya rancangannya sendiri..
Pagi ini saya dikejutkan dengan pengumuman tentang perginya ayahanda kakak yang banyak memberi saya nasihat.. Memang terkejut apatah lagi luka kesan pemergian ibunya beberapa bulan yang lepas masih berdarah…Dia masih menangisi pemergian ibunya pada minggu lepas dan hari ini dia dikejutkan berita pemergian ayahandanya yang tercinta.. Sungguh saya tidak tahu seandainya memang ayahanda kakak nurul sakit atau ini adalah kejutan atas ketetuan yang Maha Esa.. Saya hanya mampu menaip pesanan ringkas buat dirinya menyampaikan salam takziah dari saya… Dan sayu sekai bilamana pesanan itu dibalas berbunyi..” Paah… I lost my smile again..”..Sungguh..hati saya sebak airmata saya berlinangan ketika membaca pesanan itu..Dapat saya bayangkan bertapa kak Nurul sedang berperang dengan perasaan ketika itu.. Sesungguhnya saya amat bersyukur kerana masih punyai sebuah keluarga yang lengkap… Punya mak, abah, abang, dan adik-adik..
Buat Kak Nurul dan Keluarga tabahlah.. redhalah… semua ini ketentuan Yang Maha Esa.. Kuatlah sepertimana Kak Nurul selalu pesan pada saya.. dan Ingatah kami adik-adik (Margarita FC) Kak Nurul sentiasa disisi andai Kak Nurul perlukan bahu untuk jatuhkan airmata Kak Nurul. Bila Kak Nurul sedih begitu juga kami sedih… Saya tahu Kak Nurul seorang pejuang yang hebat dan pasti Kak Nurul mampu hadapi semua ini dengan tabah..
Dan buat semua satu pesanan saya…selagi mereka masih ada di dunia ini hargailah mereka… Kenangilah jasa mereka..
Satu... kasih nan abadi
Tiada tandingi Dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Perhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan
Al-Fatihah…..
No comments:
Post a Comment