Friday, January 25, 2013

Upgrading Myself

Dulu aku penah citer sekali pasal kegilaan aku pada kuasa di tempat kerja. Hari ni aku nak tambah lagi senarai kegilaan kuasa aku pada kerja. Eh aku bukan nak membangga diri yea. sila paham. yela mana tau kot-kot satu hari aku hilang ingatan so boleh la aku nak review kat sini kan. (alasan bodoh!hahaha) tak pe la tak kisah la orang nak kata apa kat aku pun. yang pasti aku buat sebab aku suka. aku buat dengan ikhlas so tak de rasa terbeban malah aku rasa bangga sebab diberi kepercayaan. 

Manusia memang tak kan pernah senang nak tengok orang lain senang. macam aku sendiri aku jeles kalau tengok orang yang muda2 macam aku berjaya dalam karier, masadepan cerah..kan.. jeles yang membina laa..jangan jeles yang bukan2 lak..tu masalah korang la eh,, aku tak campur. Ok jom sambung kegilaan kuasa aku lagi..

22 ngan 23 Januari 2013 haritu aku kena bertugas jadi telefonis..menggantikan kawan yang tak sihat...yup..jawatan hakiki khidmat pelanggan kan... so tak lari bidang la keje yang aku buat nie.. ekceli masa memula aku dapat interview dulu memang expectation aku, keje aku adalah telefonis.. tapi sebab penempatan aku di BKK so tak buat keje telefonis nie cumanya ngan kaunter jee.. setelah 3 tahun lebih akhirnyaaa...aku nie pernah dah jadi receptionist ni...siap receptionist cum admin assistant lagi ok. so tak de hal ngan tepon tu.. cumanya ke familiaran (eh ada ke bi mcm ni) dengan telefon tu buat aku kelam kabut.. tapi a super duper big thanks to MAI yang banyak giler tolong aku.. memang dasattt dia dah leh hapal no ext staff ok.. aku salute ko mai! see aku buat pengakuan terbuka ni mai. aku bab nombor memang fail!dia relek je leh hapall... perrrgghhh.. apa2 pun 2 hari kat situ memang banyak ilmu aku dapat. EH jangan pandang rendah keje telefonis ok!!nak tau hazab ke tak ko pegi dok kaunter sehari baru komplen!!!

 ni tepon yang buat aku rasa aku macam sotong yang banyak tangan...hahahhahaha...((=

Ok NEXT..

Ni sebenarnya dah lama.. keluaran dia dah ada 5 issu memasuki 6 isu.. Majalah Buletin Kraf.. iye..iye.. majalah tak pemes apa nak bangga pun kan.. eh walau majalah nie tak pemes cetakan dia 5ribu nashkah ok. paling2 2500 orang baca ok!hahahaha... asalnya aku dalam team edaran.. buat edaran..5 ribu nashkah yang dicetak so buat la edaran ngan team lain.. 3 keluaran aku dalam team edaran.. pastu keluaran ke 4 aku di beri peluang menulis sikit so dudk dalam team penulis dan edaran.. keluaran ke 5 aku dah dalam team penulis.... Memula kolum kecit2 je.. saja geli2.. Alhamdulillah tuk next keluaran dapat 1 1/2 page... Penulisan mesti la kena tapis.. Alhamdulillah bos2 pun sangat membantu,, so tak rasa terbeban sangat.. Lagipun aku memang suka menulis sebenarnya.. masa sekolah pun pernah menang johan menulis cerpen. Padahal aku pun tak tau kenapa aku tulis cerpen tu. tak sampai setengah jam aku karang terus submit tetiba jadi juara.,hahahah gila..

KENAPA aku macam redho je grab seme ni.. sebabnya aku tak belajar tinggi, so to me i have, i must, do something that people can see on me. aku tanak orang ingat aku tak belajar tinggi so aku tak boleh buat kerja.

Ok tu je nak belagak.

Keluaran pertama


Keluaran Ke 4
Penulisan Pertama

 Keluaran ke 5
Penulisan ke 2
Insyaallah... Next Issue.. Jebak Puyuh..



Terima kasih untuk kengkawan yang selalu bagi kekuatan tuk buktikan aku mampu *emo kejap*

Datang Sengal

Hi.. hari ni tuan tanah datang giler tak betul. Hari ni Jumaat 25 Januari 2013. Memandangkan semalam cuti Maulidur Rasul, Isnin cuti Thaipusam so ramai la manusia kat opis nie cuti.. dapat 5 hari berturut kau.. sape yang tak nak kan.. tapi atas sebab-sebab yang tak dapat di elakkan ratu bercuti adalah terpaksa pura-pura tidak tahu akan kewujudan cuti panjang ini. Maka dengan itu datangla ke opis dan jadi sengal. Maka terimalah.................


Jam menunjukkan tepat pukul 2.45 petang dan guruh telah berdentum dengan machonya..maka bersiap sedialah!eh sejak ada instagram nie gedik pulak aku camwhore. yela boleh edit bagi lawo sampai ilang seme cacat cela. so konfident la..padahalllll..macam hape!hahahaha...

p/s: Salam Maulidur Rasul saudara seislamku ((=

Tuesday, January 8, 2013

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM


BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ....... adalah sangat ringkas namun kadangkala sangat sulit untuk di ucapkan. Dalam hadis Rasullullah dikatakan:

Barang siapa yang membaca BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM sebanyak 21 kali sebelum tidur maka:

1. Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan terkejut/mendadak.
2. Dia akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam.
3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran.
4. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan..

Alkisah ada seorang Isteri yang selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM setiap kali melakukan sesuatu, dalam membuka, menutup dan mengunci pintu/almari, menaruh dan mengambil barang/sesuatu, membuka dan memakai pakaian, masuk dan keluar rumah, naik dan turun dari kenderaan, dll. Pendek kata, beliau selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM setiap kali melakukan sebarang aktiviti.

Suatu hari, terlintas dibenak suaminya untuk menguji si isteri. Lalu si suami memberikan emas kepada isterinya dan berkata: "Wahai isteriku, ini aku amanahkan emas kepadamu. Simpanlah baik-baik."

Lalu sang isteripun menerimanya dengan mengucapkan
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan membuka almari dengan mengucapkan
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menaruh emas tersebut dengan mengucapkan
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menutup/mengunci almari dengan mengucapkan
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM .

Setelah beberapa hari dan kebetulan si isteri tidak ada di rumah, maka si suami mengambil emas tersebut dari dalam almari dan membuangnya ke laut. Kemudian dia kembali ke rumah.

Ketika isterinya pulang dia pun meminta isterinya untuk mengambilkan emas yang diamanahkan itu.

Lalu si isteri pun masuk ke bilik dan dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dia pun membuka pintu almari tempat ia menyimpan emas tersebut. Lalu mengambil emas yang saat itu dalam keadaan basah (air laut) lalu menyerahkannya kepada suaminya.

Melihat emas tersebut basah si isteri pun menjadi bingung dan bertanya kepada suaminya, lalu si suami pun bersujud dan beristighfar dan setelah itu menceritakan kejadian yang sebenarnya bahawa dia (suami) telah membuang emas tersebut ke laut tanpa pengetahuan sang isteri dengan tujuan untuk mengetahui manfaat dari BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM .

Dari cerita diatas maka kita dapat melihat kesaktian dari kalimat BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM selain dari itu masih banyak lagi manfaatnya iaitu:

Kita disarankan untuk membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ketika kita akan mengambil dan menaruh pakaian di gantungan, baik yang pakaian baru maupun yang baru kita gunakan. Tujuannya adalah agar pakaian tersebut tidak digunakan oleh makhluk lain (gol. Jin), ini dapat kita lihat apabila kita menaruh pakaian maka ketika kita gunakan kadang terasa gatal dan tidak selesa. Memang kita biasa mengatakan bahawa itu adalah pengaruh lembab ataupun sebagainya namun pada dasarnya pakaian tersebut telah digunakan oleh makhluk lain dengan cara mereka.

Keutamaan kalimat BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM adalah lebih untuk kaum wanita (lelaki juga) kerana banyak juga dari golongan wanita yang tanpa disedari olehnya sendiri (wanita tersebut) bahawa dia telah melakukan hubungan fizikal dengan golongan jin. Mungkin terdengar tidak masuk akal namun ini benar adanya.. Oleh kerana itu kepada kaum wanita mulailah membiasakan diri untuk membacanya.

Demikian sedikit penjelasan dan cerita mengenai keuntungan yang dapat kita peroleh dari mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari, semoga setelah membaca ini kita semua mulai dapat membiasakan diri untuk mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari. 
 
Kredit Info: Tazkirah

MEREKA

owh aku jarang bercerita tentang mereka. tapi hari ni rasa macam nak bercerita tentang mereka. owh mereka adalah meraka yang aku spend time satu hari 8 jam satu minggu 20 jam satu bulan 192 jam. walaupun bukan every single time tapi memang mereka lah yang aku tatap selama lebih kurang 700 jam..yang lebih tu aku cuti la...kikiki..hari tu 28/12/2012 tanpa dirancang aku dan mereka2 bersepakat amik gambar tuk diabadikan tuk tahun nie.. tapi hari tu sorang dari mereka tak hadir so.. kita tambah2 kan jela untuk lengkapkan ahli jemaah...

Tambah pulak sekarang aku seronok nak upload gambar so marilah tengok aku dan mereka yea.. jap lagi aku cerita pasal mereka..

Officially me and MEREKA


 Boss - En Misroni Hj Sulaiman. bos yang sangat sporting. kami dia layan macam anak2 kecik..kdg2 aku ngan mary suka buli2 main2kan dia.. buka bermaksud kiteorang kurang ajar..tapi ni kan family kami, so who cares?? tapi its not that im not respect him, honestly i respect him with my honored. sape penah keje ngan dia mesti tau dan agree ((=
 2nd boss - Abdul Manan Ismail..actually kalau diikutkan carta aku directly bawah en manan.. means apa2 yang aku buat tak boleh langkau dia. whatever it is hes my boss. kadang2 aku suka gadoh ngan dia tapi tak la pernah sampai kurang ajar dengan dia. Dia kadang2 kelam kabut kadang2 bagi aku stress...tapi layankan aje..
 3rd boss - Fazlin mohd zaki..ok kak lin nie ala2 kakak2 sikit.. dia charge on media so bab2 cakap memang dia expert..lagi2 kalau ngan orang tua..bagi dia cakap memang mengekek2 la bersembang.. bab keje ok je.. rajin kuarkan idea2..pastu kalau dia bagi keje memang dia monitor sampai siap...every single minutes she will come and ask...emmm dah siap? dah siap?ahahaha..kadang2 aku macam nak tape je mulut dia tapi apakan daya aku insan kerdil..hahaha
 Seterusnya mereka-mereka yang lain lain la..
 Wan Zakiroh Megat Sulaiman - Makcik nie garang...orang dia kecik jer tapi suara mak aii petir.. sangat serba boleh.. bagi la keje apa pun seusaha dia settlekan..hahaha..keje harusla komited.. dulu aku  ingat pas dapat baby slow la sikit tekun dia tu.. xdak maknanya.. macam tu juga...still petir ok... hahaha love u wanz!
Norehan Ab. Ghani - Kak han nie sangat jujur. dia memang jujur ngan perasaan dia. kalau dia marah memang xde simpan2..memang dia marah. tapi jap je pastu ok. macam mana dia senang marah macam tu la dia senang cool...tak puas hati dia terus gi tanya. xde simpan2.hahaha... bagus gak macam nie stock no heart feeling punya.. bagus2 i like.
Mohd Azlan Omar Baki - owh nie mr perfect! dia buat keje cermat giler. satu....satu.....satu...sumer nak perfect.. dia buat keje dendiam dia je sensorang... tau2 je siap.xpe la lan suka ati ko. owh laki ada 3 orang je...boss 2nd boss ngan lan.. lelain seme pompuan...
Siti Habsah Romlan - ok cik kak nie..dia buat hal dia je.. xkaco orang. i like.. dia ngan kiteorang dalam setahun lebih dah. tapi aku suka. dia memang relax je..nampak slow tapi tak slow.nampak diam tapi tak diam..hahaha.. masa dia memula nak masuk bahagian kiteorang aku ngan mary siap wondering lagi boleh tahan ke dia kat PR..hahaha last2 hebak kooo... xsangka..xsangka.. i like u hab!
Mary Estrada (bukan nama sebenar) - owh mary xsuka glamer. TAPI dia sangat glamer...wakakakaka...so aku xleh dedahkan nama penuh. sape tau so tau la..sape tak tau makanya tak taula.. pantang dia jangan kacau hal dia. bia dia buat apa2 sendiri. pandai2 la nak idup. dia lagi hati kering. giler bapak punya sempoi. dalam bahagian aku paling rapat ngan dia la.. gila sesama lari sesama aktiviti sesama..hahaha..macam2 dah buat sesama walau baru 3 tahun kenal. kenal je terus macam boleh sekepala. terus rapat. kadang2 macam kakak kadang2 macam adik kadang2 macam mak. memang macam2 la pompuan nie! love u more and more la mary!!(mesti dia geli aku cakap love kat dia.wakakakakaka)
Azwani Abd Mutalib - kak wani nie pun stock wat hal sendiri.. kadang2 aku balik keje tumpang kak wani nie.. dia selalu dok tempat dia sensorang tak kacau orang buat la keje dia sendiri.. tapi kadang2 dia datang la gak sembang2 ngan kitaorang kan.. tak kan la duk situ je..haish...
Hamizah Said - kak eja baru lagi ngan team kiteorang. so tak sempat nak kenal rerapat lagi.. so far so good ok je... tak de masalah.. owh kiteorang lantikan sama.. lapor diri pun hari sama.. tapi sebelum ni dia telefonis... bila semah ditukarkan dia masuk gantikan..
inilah mereka
selalu dengan aku
susah senang kami
sama-sama

Tipu lah kan kalau aku kata kami selalu baik2 saja..
sebab kami semua manusia
tapi tak payah la aku nak canang sini sana
sebab aku percaya mana2 pun sama.
tak tau la pulak kalau ada yang ok saja kannn
sure tak best la kalau baik baik selalu..
tak de asam garam la kan!!
AKU DAN MEREKA
 Di malam mesra Media
 Bekerja-bekerja!
 Bak kata orang bumi mana tak ditimpa hujan....
 Tapi tak per.. rumah tangga kita kan..
 susah senang sama-sama..
 tak payah kongsi ngan orang lain ((=
 Yang seronok-seronok tak per...
Ketawa bersama menangis tak yah citer kat orang laaa..lol

Tu je nak update.

kalendar kuda

aku ada. korang ada??hahaha..aku memang suka kalendar kuda nie weh.. aku sanggup terkapai2 xde kalendar dari pakai kalendar lain. aku pasti mesti ada yg nak bagi lagi tahun nie.. hahahaha...ada kalendar kuda baru semangat. walau kecit aku boleh note memacam kat situ ok. segala mak nenek reminder boleh dok situ. kadang2 ada kalendar lain yg kecit macam kalendar kuda nie tapi tu la..napsu aku tetap mengatakan nak kalendar kuda. kalau dapat kalendar lain pasni memang aku letak tepi xpun jadi harta karun la jawabnya.... eh korang suka kalendar kuda x??i suka taw..... yyeeeehhhaaaa...  gedegu gedeuk gedeguk kuda lompat...tata 2012...welcome 2013..be nice to me ok...

Wednesday, January 2, 2013

laki bini

Konon nak manja konon!
hi there!!  
hari ni nak cite pasal mr hubby kesayangan aku nie... aku pun tak paham laki sendiri ni sebenarnya.. dia nie jenis xde feeling punya manusia.. masa cinta cintun tungging tebalik sampai 7 tahun dulu pun dia cenggini ja..kalu aku merajuk pandai2 la sedar diri pujuk diri sendiri. nak harap dia memang tak la.. masa bercinta b4 10 pm mesti da anta aku blk umah.. nak dating nan hadonya kat tasik2 wayang segala bagai.7 tahun cinta 2 kali je nengok wayang sesama.sesama kengkawan dia ok. cuti pangkor redang seme pegi stock satu bas penuh. ok xpe bgs elak maksiat.wakakakaka..port paling dia gemar bawak aku dating kedai makan..fast food pun ok. b4 aku kenal dia aku tak pandai mkn beger... pas aku kenal dia mcd punya pasal cinta punya pasal aku bantai makan..wajajaaka.... sebab tu aku gemok!! manjakan aku??owh tidak sama sekali. tapi tak de la dia biarkan aku kan.. 

kasih sayang alhamdulillah tak berbelah bagi setakat nie...aku bukan pompuan yg kaki meminta minta nie.. mungkin sbb aku orang susah so aku da biasa apa aku nak aku cuba usaha sendiri tanpa susahkan dia... so aku memang keja tuk belanja joli aku. dia xcampur langsung. segala utang piutang dia settle. yela duit umah api air barang dapur sume atas dia. aku tau pegi market amik trolley amik apa yg patut tuk umah dia bayo.. aku xcampur... walau kiteorang tak hidup mewah... sangat sederhana aku bersyukur sangat sebab dia yang dihadirkan sebagai pembimbing yang selalu disisi aku... kalau aku rajin masak dia makan kalau aku tanak masak xpe dia tapaukan.. hal keje umah cenggitu gak... aku failed bab mengemas. tapi mr hubby A++ so bab tu aku goyang kaki. tapi dia masak memang 0.air je dia tau... comel giler bila aku sakit aritu dia gagahkan masak nasi ngan goreng ikan. sehari je sanggup pastu surrender... xpe.. aku xpaham.. tu give and take between us yang aku cukup banggakan...wihihihihihi....

romentik?????jangan harap. romen dia tau laa. romentik dia xtaw. stock xpuas hati dia tepek terus.xde simpan2 punya ini orang. kias2 pun xde. terus tepek. agak2 dia rimas sangat tengok aku da gemok terus tepek ayg gemok dah nie.diet cepat.ok sentap 2 hari xmakan.pastu ok aku melantak balik..wajakakaka..penah satu hari aku nengok cite melayu, dia kat sebelah.. so ada la scene sedih2.. pasangan mati..sedih... aku tanya..abg kalau ayg mati dulu macam mana.. selamba mak nenek aku kena tepek..ayg nie cakap macam orang takde iman. amik kau. sentap lagi. pastu siap sambung cakap abg kawin lain jela kalau ayg dah mati..sambil gelak2.boleh??sape boleh tahan ngn laki camni??aku je kot leh tahan ngan dia.

dia la kesayangan aku.dia la ketabahan aku... dia la imam aku.. dia la syurga aku.. dia la pak lawak bodo aku.. dia la si hati kering aku.. dia la si manja aku.. dia la sentiasa kat sisi aku...
haishhh...jauhnya aku melalut... sebenarnya aku nak tunjuk perbualan aku ngan dia yg selalu buat aku stress.. dia relax je tanpa rasa bersalah suka bagi jawapan ntah pape kat aku.. dah aku melalut buat n3 luahan perasaan...wkakaka...nasib la haiii...

Tengok aku merayu sakit mintak perhatian...xdilayannn...
Aku dah isytihar perang dan2 masuk bg jawapan;..
pastu ubah topik.boleh?
sila abaikan wallpaper aku dan profile picture wassup mr hubby. kiteoran g laki bini memang xsedar diri.wahahahah... 

apa ni

ok.nama aku farah tadi nak hantar barang di karyaneka pada farah karyaneka malangnya farah karyaneka tiada dan paskan pada staff karyaneka yang sedang bersembang dengan farah kedai sdsi dan sekarang nak naik opis untuk jumpa farah promosi. apa ni??

HRMIS yang hampeh

Ok. kesabaran aku memang dah tak terkawal kali nie. kurang ajo betul sang HRMIS nie. menatang nie memang buat aku sakit hati. aku menatap dia dari kul 2 lebih sampai kul 4 lebih tak sampai separuh keje aku jalan. memang menatang la menatang ni. dia heng sesuka hati dia stop sesuka hati tak de angin tak de ribut dia nak heng. Adoi mak aiii.. tolong la.. dah la xleh nak browse kat umah. takut apa ntah. rahsia kerajaan kot. aaahh aku tak nak amik tau..yang aku tau sejak menda nie wujud setahun mesti 3 kali dia menyusahkan aku. aku tak tau la orang gomen yang lain. atau mungkin korang manusia super duper hebak yang leh tahan ngan menatang nie. tapi seyesly aku memang menyampah ngan menatang nie. memula aku diam...aku sabar...aku layankan je.. aku tatap je...aku tunggu je ko running.. aku ketawa2 je nengok ko heng2!! lama2 memang aku hot! last2 memang aku tak leh sabar. last2 mampuih pi kat hang. aku malas layan. kalau mood aku rajin esok aku buat.memang puaka!

ok2 iye aku tau orang lain pun buat gak tapi tak kecoh pun kan., tapi agak2 la..kekadang tu macam melampau lak menatang nie. iye aku CUBA paham ada 1.4 juta orang sedang melayari benda yang sama.-hai korang T_____T ada yang hot macam aku tak ngan menatang nie??- tapi kenapa?kenapa buat aku macam nie... cuba la cuba tambah baik lagi website nie... tak kan sampai bebila time awal taun tengah taun ngan ujung taun ko kena sumpah.. kan padan muka tu... sian kat mak cik2 yang rajin nak keje sampai umo 60 taun tu.. mesti jenuh mengklebek pc.. tapi mungkin makcik2 lebih sabar dari aku. ok fine. aku bukan takat nak cakap kosong la kan.. bukan gak nak hentam sape2..mintak ampun la sangat kan.. tapi aku nak tepek gak!

2.44pm aku start berjuang. ekceli pagi da buat tapi mood ngah baik..delay2kan jela..so petang sambung.
 tak sampai 1jam dia da mula buat perangai ngan aku!
 aku tunggu..tunggu..f5...f5...ok....
 pastu kuar menatang nie?? soalan aku...SECUREkah macam nie??
kalau tetiba nama aku kuar kat orang yang nak dajalkan aku macam mana???
 ok f5 balik...lagi...sabar...
 KAU BUAT HAL LAGI!
 tetiba gedik elok ko laju dalam 3 minit... klik je pass..klik je pass..
 TAK SAMPAI 5 MINIT LA JAWABNYA!!!!
 Nekad nak blah!
 TERIMA KASIH KONON!
 4.20.58 aku sign-up!pegi mampuih. esok sambung!
korang hadap tak apa yang aku hadap nie????paham tak apa yang aku rasa??