Tak tahu mana nak mula..
Cerita Puasa??
Apatah lagi..
Setan sangat berjaya menguasai aku.
Ya! Virus Malas yang dia bawa sangat mudah melekat dengan aku.
Ok tanak citer pasal setan.
Nak citer pasal raya.
Ready?? Panjang entry nie.*Tak kuasa aku buat Part 1 Part 2 sume*
Kalau tak ready jangan baca. Kang korang muntah.
RAYA.
Dua hari sebelum raya dah balik kampung mr Hubby..
Actually tahun nie turn kampung aku, tapi atas dasar prihatin aku amik keputusan tuk beraya pertama kat umah MIL...
Petang raya tu biras aku bakar lemang ngan mr Hubby
*Tapi mr Hubby banyak main!main helikopter* owh my baby boooo
Lagipun mr Hubby tak sehat.. Demam teruk sampai takder suara..hakhakhak... suka aku ketawakan laki sendiri. Tak guna punya bini.
Dan petang raya tu MIL aku berperang di dapur..hiyarkkk...hiyarkkk..
Nasib la dapat menantu hantu macam aku, masak-memasak aku tolak dulu...hahahaha...
So dia master chef ok. Aku tolong la jugak.. tengok2kan masakan dia...potong2kan bawang dia..hehehe..
Settle semua masakan tuk pagi raya MIL aku masak:
1) Rendang Kerang
2) Rendang Daging
3) Ayam masak palembang *ok aku tak tau ni masak apa-So jangan tanya*
4) Lontong
5) Sambal udang
6) Nasi Tomato
7) Nasi himpit
DAN seminggu sebelum raya dia berjaya siapkan 21 jenis kuih raya berserta rempeyek, kerepek keladi dan kuih loyang....
MIL aku masak sorang ok. SORANG..hahaahha.. hebat sungguh MIL aku kan..Dats why i love her!!hahahha...
PAGI RAYA.
Get ready sumer atas meja.. Tunggu FIL, mr Hubby ngan biras balik semayang raya, wat edisi sedey2 tacing2.. pastu gegas pegi umah mak usu mr Hubby sebab ada kenduri arwah..Pegi sana aku bantai makan udang galah yang badan aku anti tu.. Apa lagi tak sampai setengah jam.. merah2 badan..hahaha.. aku tak peduli kan Hari Raya!aku nak makan gak. pastu jalan depan sikit aku tak taw umah sape..tak sampai sejam pun berjalan FIL aku yang balik awal dah panggil cakap ada orang datang umah,
Ok. Journey begins! start dal lebih kurang kul 11 tu aku membasuh pinggan mangkuk sampai kecut tangan aku membasuh pinggan mangkuk orang datang tak henti2... Tapi tak pe sebagai menantu hantu yang cuba menebus kesalahan menutup kekurangan aku tabahkan hati. Yeahh!! aku berjaya harungi sampai kul 12 tengah malam! Hebat kan..
Yea umah MIL nie macam umah mak aku gak.. Pattern kami tak kuar kemana memang rumah yang kena serbu. Same goes to my mak house. Kami dok ngan opah so memang dari umah lama buruk yang nak runtuh lobang sana-sini tu sampai la ke tahap umah dah ok sikit sekarang, memang umah tu jadi tumpuan. So aku tak la culture shock sangat.. Bezanya kalau umah mak aku sekali datang 3,4 biji keta, tapi umah MIL sekali datang 5,6 biji keta. Manusia yang memenuhi ruangan rumah adalah padat setiap masa.
Peluh yang menitik adalah tidak terkira... Tak pe aku bangga.. Memberi rezeki adalah amalan yang sangat mulia. Yeay...
RAYA KE DUA
Sepanjang hari adalah perjalanan balik to my lovely Kampung Selinsing. Hujan adalah sangat lebat. Perjalanan adalah sangat lama. Gerak 330pm sampai umah 11pm. Ok sangat BEST!
RAYA KE TIGA SAMPAILAH RAYA KE LAPAN
Masih di Kampung Selinsing. Pegi mandi manda ngan adik2, makan kenduri my bff, my cousin, pegi open house kat kg. Jumaat malam sabtu aku tak tau apa jadi, aku cirit birit dari 10 malam sampai pagi! Ok aku menangis sebab bontot sakit! *Sumpah tak tipu*
Kesudahannya balik PJ hari Ahad.. isnin selasa MC. Sebab demam! Sungguh aku demam. Kena selesema lak tu, Benci. Dah sampai umah PJ sambil cuti2 sambil rehat2 kat umah aku telah mendapati:
1)TAHUN NIE AKU TAK MAKAN KETUPAT!!!!!!
*raya apakah ini???*
2) DAH ADA CAMMY TAPI TAK GUNA MASA HARI RAYA!!!
*natijahnya tak der sekeping pun gambar berhari raya*
Yang ada gambar hari hari lepas raya pertama je. Jom tengok sikit. Nak tengok banyak tengok kat fesbuk aku.
Rayyan *kesayangan mummy* |
Puas!! Dah lama tak berendam (= |
My Baby bOO |
Budak-budak zaman sekarang!!Kecik2 dah pose kan! |
Nikah Mizzerzil |
Yes! I'm Mudzaffarians! |
Reception Mizzerzil |
Sumer kawan dari zaman hingus! |
Huhuhuu...balik makan kenduri jadi jakun jap dok amik gambar |
Kan da cakap bakar lemang (= |
Berberapa kerat gambar yang semat amik sebelum Cammy kena peram! |
My master chef |
Sempat celebrate bufday i ok.. |
Pasangan Gatai |
Gatai lagi |
Ingat-ingat!! |
Daddy sayang Rayyan! |
Ok tu jer nak cite.
Selamat Hari Raya korang!!Maaf zahir dari aku yea...*Batin tak der ok*
No comments:
Post a Comment